Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 2

"Ingat pesan Baba ni, lain kali jangan bagi adik tu minum susu sajat ke sejat ke apa. Karang sakit perut siapa susah? Aku juga." Bebel Aariq. Afeeq hanya menunduk. Dia takut untuk memandang wajah Babanya. Dia sedar salahnya memberi adiknya itu minum susu sajat. Eh, sejat.

Cukuplah dengan sajat kau tu.

Aariq mengeluh kecil. Penat baru balik kerja belum habis, ditambah penat mengejarkan Atheefa ke hospital. Nasib baik doktor cakap tiada apa yang serius. Itu lagi better daripada buatnya si Afeeq terbagi susu Hamimah, si kucing Parsi milik Aariq. Tak ke esok si Atheefa itu mengucing pula jadinya.

"Uncle Riq, everything is alright?"

Aariq melangut melihat gerangan yang menegurnya itu. Adryan Darlish. Anak saudaranya.

"Good. Nasib baik tiada apa yang serius dekat princess. Ad buat apa dekat sini?" Dia menyambut huluran tangan Adryan. Adryan bersalam dengannya.

"Oh, Ad nak jumpa Daddy. Daddy tak bagitahu ke?"

Berkerut dahi Aariq. Bagitahu apa?

"Daddy masuk hospital. Oksigen rendah. Sekarang dah stabil sikit. Cuma kena tahan wad."

"AllahuAkhbar." Terkedu Aariq dengan berita itu. Langsung Aayyan tidak memberitahunya tentang itu. Aryan dan Anrique juga tidak memberitahunya apa-apa walaupun selalu berjumpa di pejabat.

Adryan menepuk perlahan bahu bapa saudaranya itu.

"Daddy dah okay. Uncle nak melawat dia?"

Aariq mengangguk. Sudah pasti dia mahu melawat abang kesayangannya. Kalau tiada Aayyan, duit siapa dia mahu kikis? Aathif? Orang tua kedekut tu? Boxer pun minta bonda belikan.

Aariq menggamit anak-anaknya. Atheefa yang berada dalam dukungan Aefeq bertukar ke tangannya. Mereka mengikut Adryan ke wad peribadi Aayyan.

"Assalamualaikum." Tombol pintu dipulas. Dan terpamparlah Aayyan yang sedang makan ayam kepci bersama anaknya, Aryan.

"W-waalaikumussalam."

Aryan segera menyorokkan bekas ayam kepci yang dibelinya. Semoga Adryan tidak nampak apa yang terjadi sebentar tadi.

"Daddy, how many times I told you? You cannot eat fast food. Ar, kau patut tegur Daddy. Kenapa kau yang galakkan dia makan benda-benda macam tu?" Kan dah kena berleter dengan Doktor Adryan. Kau lupa ke Aayyan, anak kau doktor mat.

Anrique berjalan keluar daripada bilik air dengan selamba.

"Aku yang belikan untuk Daddy. Daddy cakap dia teringin. Apa salahnya. Bukan selalu. Lagipun makanan hospital ni tak sedap."

Aariq mendekati Aryan. Mereka berdua menyaksikan api menyala di antara Adryan dan Anrique. Sorang jaga selera Aayyan, mahu makan apa diturutin. Sorang lagi jaga kesihatan Aayyan, tak mahu ayahnya itu jatuh sakit lagi.

"Ar, ayam tu ada lagi? Bak sikit. Cacing dalam perut aku lapar." Aariq menyenggol bahu anak saudaranya itu. Aryan mengangguk laju.

"Eh, tu Daddy punyalah. Ar, ambik balik." Tergapai-gapai tangan Aayyan. Ayamnya sudahpun selamat dirampas oleh Aariq. Adiknya yang ngak ada akhlak itu.

"Baguslah Uncle ambil semua. Ad tak nak tengok satu pun makanan ni dalam bilik Daddy."

Anrique mencemik, "Itu tak boleh. Ini tak boleh. Apa je yang boleh?" Gumamnya perlahan.

Aayyan melihat Atheefa dalam dukungan Aariq. Tangannya didepakan.

"Bak sini. Kenapa dengan princess ni? Pucat je."

Aariq memberikan anaknya kepada Aayyan. Aayyan menepuk lembut punggung anak kecil itu. Rambut Atheefa yang terjuntai diselitkan ke belakang.

"Afeeq bagi dia minum susu sejat. Lepastu dia sakit perut. Itu yang kitorang datang hospital." Cerita Aqeef dengan jujur. Dia pun tidak tahu menahu tiba-tiba ditarik ke hospital. Kacau saja orang nak tidur.

Aayyan mengangguk faham.

"Kira okaylah anak kau bagi adik diorang minum susu sejat. Kau tak nak tanya apa Aryan Darmish dah bagi adik dia, Arash tu minum masa kecik dulu?"

Aryan memberi isyarat kepada Aayyan untuk tidak membuka aibnya. Benda sudah lama usang dikenang.

"Dia bagi Arash minum air kolam ikan Ayeena."

Terbeliak mata Afeeq. Mak aii, lagi teruk dari aku.

"Tak cukup tu, minyak hitam motor aku pun hampir-hampir dia nak bagu adik dia minum. Nasib baik Que ada. Kalau tak, anak aku entah jadi orang ntah jadi motor agaknya." Aayyan ketawa kecil bila teringatkan perangai anak-anaknya. Kini, semua sudah besar. Masing-masing ada kehidupan sendiri.

Matanya jatuh memandang wajah Atheefa yang enak dibuai mimpi itu. Sejurus itu mengingatkannya kepada Aweena yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Bersama siapa lagi kalau bukan Mikael Darren.

"Kau teringat dekat Aweena ke?" Soal Aariq. Aayyan mengangguk perlahan.

"Alah, dia dah besar. Bagilah dia kahwin dengan tenang. Kau tu dah tua. Peluk je la bini dekat rumah."

Aayyan ketawa kecil.

"Kau ni kan. Aku sedihlah nak berpisah dengan anak dara aku tu. Dah besar dah dia sekarang."

Aariq mencebik, "Kira okaylah kau sempat tengok Aweena kahwin. Aku ni belum tentu sempat tengok princess kahwin. Sempat ke tidak aku tengok dia membesar pun entahlah. Aku risau kalau aku dengan Shayla dah tak ada nanti macam manalah dengan anak-anak aku. Siapa nak jaga diorang?"

Tiga kembar itu memandang sesama sendiri. Tiba-tiba rasa sebak dengan luahan Aariq. Nada suara lelaki itu seakan betul-betul maksudkannya.

Afeeq duduk mencangkung di tepi kolam. Entah mengapa kata-kata Aariq petang tadi masih bermain di benak fikirannya.

Aku risau kalau aku dengan Shayla dah tak ada nanti macam manalah dengan anak-anak aku. Siapa nak jaga diorang?

Afeeq mengeluh kecil.

"Feeq, kau kenapa?"

Afeeq mendongak ke arah Aqeef yang berdiri di sampingnya sebelum kembali merenung kolam.

"Qeef, aku rasa tak sedap hatilah dengan apa yang Baba cakap dekat Daddy Yan petang tadi." Dia luahkan apa yang dia rasa. Sudahlah dia rasa bersalah apa yang terjadi kepada Atheefa. Ditambah pula ayat tersirat si bapa. Kalau benda tu jadi betul, dia sendiri tak dapat bayangkan bagaimana mereka empat beradik mahu teruskan hidup. Selama ini Aariq dan Shayla adalah tempat mereka bergantung.

Aqeef ikut mencangkung di sebelah Afeeq.

"Aku pun."

Kembar kan. Dah kalau lahir pun dari kantung yang sama apatah lagi soal naluri. Sama-sama rasa.

"Aku tak boleh bayanglah kalau Baba dengan Mama tinggalkan kita. Macam mana kita nak besarkan princess? Baby? Kita dua pun dah perangai macam syaiton. Mampu ke kita nak didik adik-adik?" Keluh Afeeq. Dia sendiri tidak yakin dengan dirinya. Apatah lagi nak yakin dengan Aqeef yang perangainya lebih kurang dengannya.

Aqeef mengangguk setuju, "Aku tak yakin aku boleh jadi abang yang baik untuk diorang. Jadi, aku berdoa agar Allah panjangkan umur Baba Mama. Sumpah aku tak kuat kalau hilang diorang."

Dia melentokkan kepala ke bahu abangnya.

Aariq yang melihat itu memandang mereka hairan. Sebelum satu idea nakal menerjah otaknya. Dia mengambil lajak sebelum menolak dua anaknya itu jatuh ke dalam kolam.

Tersentak hebat dua orang itu.

Aariq ketawa terkekeh-kekeh. Afeeq menarik kaki Aariq untuk masuk ke dalam kolam bersama mereka. Hasil bantuan Aqeef, akhirnya tiga beranak itu basah lecun.

Terbahak-bahak mereka mentertawakan Aariq.

Aefeq yang melihat dari jendela biliknya itu ketawa kecil. Andai sahaja waktu bisa berhenti, ingin saja dia hentikan waktu ketika mereka sekeluarga sedang bahagia ketawa bersama.

Ya Allah, kau panjangkanlah usia kedua ibu bapaku. Sesungguhnya aku tidak kuat dan belum cukup mampu untuk kehilangan mereka.

"Huwarghhhhh.... Nak kahwinnn..."

Tangisan Atheefa menghentikan gelak tawa anak beranak itu. Aariq menghela nafas panjang. Tak sah kalau bukan,

"Mengigau lagi la tu budak princess ni."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro