Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 14

Wajah Aariq yang sedang tersenyum itu dipandang penuh hairan.

"Baba, kenapa pakai jubah putih ni? Nak pergi Umrah ke? Kalau haji sekarang macam dah terlepas je." Kepalanya digaru-garu. Hairan melihat ayahnya itu mengenakan jubah berwarna putih bersama kopiah putih elok tersarung di kepala. Aariq duduk di atas sejadah yang digunakan subuh tadi sambil menghadap ke arahnya.

Senyuman Aariq memberi seribu makna yang anak sulungnya, Afeeq itu sukar untuk menafsirkannya.

Afeeq menoleh ke kiri dan kanan mencari adik-adiknya. Langsung tiada kelibat mereka. Dia juga tidak ingat apa yang sedang berlaku. Yang dia cuma ingat dia tertidur di ruangan solat rumah agam Tuan Aydan selepas solat subuh berjemaah bersama Aariq.

"Feeq." Panggil Aariq perlahan.

Langsung anaknya itu mengalihkan perhatian kepadanya. Kening anaknya itu sedikit ternaik.

"Baba sayang Afeeq. Mungkin Afeeq nampak aku macam lebihkan adik-adik. Tapi Afeeq, Aqeef, Aefeq dan Atheefa sama-sama anak aku. Kasih sayang aku sama rata. Walaupun aku tak ada la sayang korang sangat. Tapi korang anugerah Allah yang diutuskan untuk Baba dan Mama jaga. Cinta dan kasih aku kekal sampai bila-bila untuk korang. Cuma jasad aku di dunia tak selamanya kekal..."

Belum sempat Aariq habis berkata, Afeeq sudahpun dibanjiri air mata. Aariq mengeluh kecil.

"Sudahlah nangis tu. Bagi aku cakap dulu. Jangan potong scene aku. Aku dah la tak banyak masa dah ni."

Afeeq mengangguk perlahan sambil menyeka air matanya dengan hujung lengan bajunya. Buruk betul nangisnya.

"Dekat mana kita tadi? Ha! Aku nak kau tahu yang kasih sayang aku tak pernah berbelah bahagi. Tuan Afeeq Luqman adalah anak pertama yang aku dukung selepas fresh keluar dari perut Mama kau. Tak pernah-pernah aku pegang budak yang tengkuk lembik, tapi sebab anak aku. Aku dukung kau. Menitis air mata aku habis basah bulu pipi aku." Aariq tersenyum mengingat semula momen pertama kali dia menemani Shayla melahirkan anak kembar mereka.

Penuh kekalutan waktu itu. Biasalah Aariq, tak gelabah tak sah. Punya lama dia teman Shayla untuk selamat melahirkan ketiga-tiga anak kembar mereka itu sampai dia order katil sebuah untuk diri sendiri. Letak bersebelahan katil Shayla. Sempat dia tidur dua tiga pusingan sementara Shayla menahan constraction.

Keluar sahaja bayi pertama iaitu Afeeq. Doktor memberi ruang untuk dia mendukung anaknya itu. Segera dia melompat turun daripada katil mendapatkan bayi itu. Senyuman di bibir anak sulungnya itu membuatkannya menjatuhkan air mata jantannya. Tak lama kemudian bunyi tangisan bayi kedua, dan diikuti bayi ketiga. Dan mereka adalah Aqeef dan Aefeq. Itu adalah pengalaman pertama yang dia sendiri tak dapat lupakan. Perasaan yang dia sendiri untuk gambarkan.

"Afeeq, Aqeef, dan Aefeq. Tiga orang ni yang mengajar Baba dan Mama tentang kehidupan berkeluarga. Walaupun aku dan Mama korang serba serbi kekurangan, tapi korang membesar juga jadi manusia. Aku tak sangka anak-anak aku semua dah besar. Aku rindu korang masa kecik. Kenapalah masa berlalu dengan pantas?" Aariq menyeka air matanya dengan hujung jari.

Afeeq mengemam bibirnya. Hatinya berasa kurang senang. Aariq seperti ingin pergi jauh. Jauh daripada mereka semua.

"Feeq. Sekali lagi aku nak bagi amanah dekat kau. Jaga Mama dan adik-adik bila aku dah tak da nanti."

Afeeq mengerutkan dahinya, "Baba nak pergi mana?"

Aariq senyum kecil. Lalu bayangan Aariq kian pudar.

Mata Afeeq membulat luas.

"Eh, Baba!!! Baba nak pergi mana? Baba ada ilmu ghaib ke? Macam mana boleh terus gone hah?! Baba!!!! At least bagitahulah nak pergi mana!!"

Langsung matanya tercelik daripada lena. Dia memandang siling putih bersama nafas tercungap-cungap.

"Aku kat mana ni?" soalnya perlahan.

"Kau dekat atas katil, sebelah aku." Aqeef menyiku lengannya. Laju dia menoleh ke arah Aqeef.

"Macam mana kau dekat sini?"

"Soalan kau tolonglah lebih bijak sikit, dari kecik kau tidur dengan aku. Memang dekat sinilah aku. Nanti kahwin aje kau bilik lain aku bilik lain. Kang satu bilik tak ke lain jadinya." bebel Aqeef sambil sibuk menatal telefonnya. Dia tidak boleh tidur dek kerana suara dengkuran Aefeq. Macam manalah Afeeq boleh tidur lena dengan bunyi bunyian dengkuran itu. Mengalahkan bunyi anjing tersepit celah pagar bunyinya.

Afeeq bangun daripada posisi baring dan bersandar pada kepala katil.

"Aku mimpi Baba."

Aqeef berhenti membelek telefon lalu kepalanya ditoleh ke arah Afeeq.

"Aku ingat kau mimpi kena kejar anjing. Bukan main berpeluh. Rasanya bilik ni ada aircond. Kau punya peluh macam baru balik fun run. Apapun, kau mimpi apa pasal Baba?"

Afeeq cuba mengingat semula tentang mimpinya sebentar tadi. Kata-kata terakhir masih menjadi tanda tanya kepadanya.

"Feeq. Sekali lagi aku nak bagi amanah dekat kau. Jaga Mama dan adik-adik bila Baba dah tak da nanti."

Afeeq memandang wajah Aqeef yang masih setia menunggu jawapannya itu.

"Aku mimpi Baba ada hiraishin no jutsu macam Naruto tu. Sebab dia cakap sikit pastu terus gone. Aku tanya nak pergi mana pun dia tak jawab. Mana Baba belajar macam tu eh?" Afeeq mengusap dagunya. Hairam. Macam mana Aariq boleh terus gone macam tu?

Aqeef mencebik sebelum sambung menatal skrin telefonnya. Malas mahu melayan abangnya itu. Tengok TikTok lagi best.

Klak!

Mereka berdua segera melihat ke arah pintu. Wajah kecil yang kelihatan gelisah itu dipandang penuh seliratan tanda tanya.

"Gais!!!! Baba hilang!!! Mama, Nenda dengan Princess dah cari dia merata tempat. Tak ada!!! Mama kata dia kena makan ubat ikut time. Macam mana ni?" Tercungap-cungap anak kecil itu.

Melompat Aqeef bangun daripada katil. Telefon dilemparkan ke atas katil. Kaki Aefeq yang masih tidur di atas lantai itu di sepak perlahan.

"Baby bangun. Kita kena cari Baba."

Afeeq ikut Aqeef keluar bilik diikuti oleh Atheefa. Mereka menuju mencari keberadaan Aariq. Dah tua-tua pun sibuk nak lari rumah.

Aefeq menggosok matanya perlahan sebelum mengejar langkah abang-abangnya. Baba pun larilah rumah esok ke apa ke. Penat ni. Orang nak sleep.

"Cakap dengan kami, Ma. Apa sebenarnya yang Baba dengan Mama sorokkan. Ubat apa yang Baba kena makan ni?" Aqeef mengerutkan dahinya. Puas mereka berpusing sekitar kawasan perumahan itu. Langsung tiada kelibat Aariq. Keretanya ada. Telefonnya juga ada. Tuannya saja tiada.

"Qeef, cuba bagi Mama bertenang dulu." Tengku Dayang mengusap bahu menantunya, Shayla. Sebagai seorang ibu dia juga risaukan keadaan Aariq. Dia sudah menelefon Aayyan dan Mikael untuk membantunya mencari keberadaan Aariq.

Atheefa hanya diam memeluk lutut sambil bersandar di bucu dinding. Mukanya merah padam menahan diri daripada melepaskan tangisan.

"Baba sakit apa, Ma? Kenapa semua orang nak rahsiakan daripada kami ni? Kami ni tak penting ke? Kami ni siapa sebenarnya?" suara Afeeq mengendur. Apa benar firasatnya dan apa yang di dalam mimpinya itu? Aariq mahu pergi jauh daripada mereka semua?

Shayla mengemam bibir. Tangan digenggam. Mata dipejam seketika.

"Baba..."

Mereka memandang Shayla. Ibu mereka itu menoleh memandang Tengku Dayang. Wanita tua itu mengangguk kecil.

"Baba ada kanser hati. Sekarang dah stage 4."

Seakan waktu berhenti berjalan. Hanya kipas berpusing. Mereka memandang Shayla bersama riak terkejut.

"Mama cakap apa ni?" Aqeef menghempas punggung ke atas sofa. Apa yang baru sahaja didengarinya itu sukar untuk dipercayai.

Masing-masing terkilan dan cuba menelan kepahitan itu. Shayla melepaskan tangisan di bahu Tengku Dayang. Dia tidak sanggup jika apa-apa berlaku kepada Aariq.

Aefeq terdiam kaku. Dia mengingat semula pesanan dan kata-kata Aariq sebelum-sebelum ini. Sememangnya dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan Aariq.

"... Aku ni belum tentu sempat tengok princess kahwin. Sempat ke tidak aku tengok dia membesar pun entahlah. Aku risau kalau aku dengan Shayla dah tak ada nanti macam manalah dengan anak-anak aku. Siapa nak jaga diorang?"

"Anak-anak Baba dah besar. Kalau Baba tak ada nanti, jaga Mama baik-baik ya. Baba sayang semua anak baba."

'Patutlah Baba selalu cakap pasal kematian. Ya Allah, aku masih perlukan dia. Tolong jangan ambil dia daripada kami semua.' Aefeq meraup kasar rambutnya. Kenapa dia tidak peka selama ini?

Atheefa menyembam wajahnya ke atas kedua lututnya. Tangisan kecil dilepaskan. Dia tahu ayahnya sakit. Dia juga tak mahu kehilangan Aariq. Belum puas dia bergurau senda dengan Aariq.

Sedang mereka merisaukan keadaan Aariq itu, tiba-tiba telefon Afeeq berdering. Segera lelaki itu mengangkat panggilan.

"Hello, Daddy."

"....."

"Ya Allah, terima kasih Daddy. Baik kami tunggu dekat rumah."

Talian dimatikan. Afeeq meraup wajahnya.

"Daddy Yan dah jumpa Baba. Dia minta kita semua tunggu dekat rumah. Nanti dia bawa Baba balik." Afeeq menyampaikan berita itu kepada mereka semua. Masing-masing melepaskan nafas lega. Bersyukur akhirnya Aariq sudah ditemukan.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro