Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 1

Afeeq menyiku lengan adiknya, Aqeef.  Aqeef pula menyiku lengan Aefeq. Saling siku menyiku. Tiga-tiga aku luku karang.

Mulut masing-masing terkumat-kamit.

"Hah, tu dah kenapa? Princess suruh kayuhkan basikal ni. Kenapa tercegat lagi?"

Bukan main Atheefa. Baru lima tahun bercakap mengalahkan burung murai.

Afeeq menggaru keningnya.

"Princess, macam mana nak kayuh basikal tu? Kan princess dah duduk atas tu, kayuhlah sendiri." Ujarnya. Betullah apa dia cakap. Kau bayangkan basikal sebesar Atheefa itu disuruhnya abang-abang kayuh. Kaki abang kau sudahlah panjang.

Atheefa mencebik.

"Ayok, Feeq kau buat princess marah. Matilah kau. Dibenci masyakarat." Usik Aqeef. Bukan main dia mengusik orang.

"Princess, abe Feeq minta ampun dari hujung cagu dekat kuku kaki Aqeef sampai hujung rambut."

Ternaik kening Aqeef. Kok gue pun kena sih? Gue ngak salah apa kok.

Atheefa menjelirkan lidahnya, "Tak nak. Princess tak nak maafkan abang Feeq."

"Princess tak boleh buat abe Feeq gini. Kan abe Feeq cakap abe Feeq tak sengaja. Janganlah merajuk, princess hm." Afeeq terus melutut di hadapan Atheefa. Mana mungkin dia mahu dibenci masyakarat. Nanti kuranglah peminatnya. Habis semua awek-awek lari. Oh no!

Atheefa menjelingnya tajam. Tangan disilang ke dada.

"Princess nak lari rumah." Atheefa bingkas berdiri. Basikal ditendang sehingga jatuh. Dia berjalan sambil hentak kaki menuju ke gazebo kolam.

Aqeef masih mengusik Afeeq, "Matilah kau."

Afeeq menampar bahu adiknya itu. Suka menambah perencah ajinamoto. Diam saja la. Bising.

Aefeq mengusap pangkal leher. Dia juga tidak faham apa yang berlaku.

"Biar baby pujuk princess."

Mereka mengangguk. Hanya Aefeq sahaja yang memahami adik bongsu mereka itu. Oleh sebab itu, Aefeq adalah abang yang paling rapat dengan Atheefa. Nak harapkan Afeeq dan Aqeef? Jangan diharap. Dua-dua kuat menyakat.

Aefeq melabuhkan punggung di sebelah adiknya itu.

"Princess." Panggilnya lembut.

Atheefa masih memeluk tubuhnya tanpa menoleh ke arah Aefeq. Dia masih geram pada abang sulungnya itu. Orang suruh kayuhkan basikal je pun, bukan suruh kayuhkan kapal terbang. Menci!

"Janganlah merajuk. Princess kan pretty girl. Pretty girl mana boleh merajuk hm. Abang baby nak kawan dengan siapa kalau princess abang merajuk? Abang baby nak kawan dengan princess."

Atheefa mengemam bibirnya. Suka benar dia dimanjakan oleh Aefeq. Hanya Aefeq yang mampu buatkan dia tak jadi mahu merajuk.

"Abang baby kena janji dulu dengan princess." Tersenyum lebar bibir anak kecil itu. Mulalah dahi Aefeq berkerut.

"Janji apa?"

Atheefa menggamit Aefeq mendekatinya sebelum lelaki itu merendahkan badannya menadah telinga kepada adiknya itu. Selesai berbisik, Aefeq menuju ke abang-abangnya.

Apa yang Atheefa sampaikan kepadanya itu juga dia sampaikan kepada mereka. Mereka mengangguk faham sebelum mendekati adik bongsu mereka itu.

"Okay, cakap dekat kitorang. Princess nak apa supaya princess dah tak merajuk dengan kitorang?" Aqeef memulakan bicara.

Senyuman senget di bibir kecil itu mengerutkan dahi masing-masing. Sudah! Macam salah soalan je?

Aqeef dan Afeeq menoleh ke arah Aefeq bersama renungan tajam. Lelaki itu hanya mengangkat bahunya.

"Princess akan dapat apa saja?" Soal si kecil itu.

Ragu-ragu Afeeq mengangguk. Kenapa rasa tak sedap hati ni? Janganlah budak kecik ni minta benda yang kuban-kuban.

"Betul ke apa yang princess nak princess dapat? Princess nak lamborghini 5 biji, banglo 4 tingkat yang ada swimming pool nak 12 biji, lepastu nak kilang coklat 10. Lagi hmmm nak tanam baba dekat belakang rumah sebab baba kedekut."

Afeeq memegang dada sebelah kiri. Boleh heart attack dia mendengar segala permintaan adik bongsunya itu. Ini minta mengalahkan bapak kau Dato' Aliff Syukri.

Aqeef pula hampir jatuh akibat pitam. Permintaan Atheefa langsung tak boleh terima dek akal. Lamborghini 5 biji? Bapak kau jutawan Malaysia ke dik non. Mana nak dapat oi?! Ini kalau dengar dek Aariq, selamat mampus orang tua tu.

Dengan kaki pendek tu, Atheefa nak buat apa dengan 5 biji Lamborghini? Dah buang tabiat ke apa?

"Boleh ke idok?!"

Laju kepala mereka menggeleng. Cari mampus. Tak nak woi.

"Hah, apa dia?!"

Memerah wajah si kecil itu menahan marah. Bersama tangan mencekak pinggang.

Laju tiga kembar itu menelan liur.

"B-boleh."

Terus tersenyum Atheefa mendengar jawapan dari mulut abang-abangnya itu. Macam inilah baru betul.

"Good boys. Sekarang, abang Feeq pergi masuk bancuhkan susu untuk princess." Arahnya dengan selamba. MashaAllah ini anak. Boleh sakit jantung melayan karenahnya.

Terkulat-kulat Afeeq memandangnya. Kenapa aku? Kenapa tak mangkuk dua ekor ni?

"Now!!!"

Mencecet Afeeq lari masuk ke dalam rumah. Atheefa turun temurun perangai Shayla. Garang seperti Mamanya. Risaulah, abang-abang yang kena buli.

"Abang baby sit here with me." Atheefa menepuk-nepuk tempat kosong di sebelahnya. Aefeq tersenyum lega. Dada diusap perlahan.

Aqeef pula masih berdiri sambil mengusap belakang leher. Aku kena buat apa?

"Hah, abang Qeef tercegat apa? Pergi sediakan bathtub untuk princess. Princess nak mandi kejap lagi. Pergi sekarang!"

Aqeef masih lagi tercegat di situ, "Kalau esok tak boleh ke? Malaslah."

Atheefa menjegilkan mata kecilnya.

"Sekarang!!"

Dengan pantas, Aqeef masuk ke dalam rumah menuju ke bilik Atheefa. Kenapalah aku dapat adik macam princess? Ada adik macam baby senang je buat dibuli. Ini aku pula yang dibuli. Tak henti-henti dia membebel sendirian.

Aefeq ketawa melihat abang-abangnya dibuli. Itulah perasaan aku dulu masa korang buli aku. Sekarang aku dah ada princess.

Dia menunjukkan thumbs ub kepada Atheefa. Princess penyelamatku.

"Itu dah kenapa dua-dua ekor tidur terlentang macam anak badak tu?" Aariq menyoal Aefeq. Masuk sahaja ke dalam rumah, dia disapa dengan dua sosok tubuh yang terbaring lemah di atas sofa.

Aefeq membantu mengangkat suitcase masuk ke dalam rumah. Matanya jatuh kepada abang-abangnya.

"Biasalah, Ba. Kena buli dengan princess."

Kening Aariq ternaik. Kena buli dengan princess?

"Apa pula si kecil tu nak kali ni?" Aariq melabuhkan punggung di salah satu sofa yang ada. Kaki Aqeef yang terjuntai hampir dengan wajahnya ditolak kasar.

Aefeq menggaru kening yang tidak gatal itu. Macam mana nak cakap eh? Kalau Baba marah macam mana?

"Princess minta Lamborghini 5 biji. Banglo 4 tingkat ada swimming pool." Itu sahaja yang dikhabarinya. Kalau dia bagitahu ayat terakhir princess pasti Babanya itu naik hantu.

Aariq mengangguk. Dia menyandarkan tubuhnya.

"Pasal rumah tu jangan risau. Baba dengan Mama memang dah beli rumah baru. Cuma tengah settlekan bab renovate. Cuma pasal Lamborghini tu tunggu Aayyan mati dia wasiatkan harta dekat aku dulu." Jawab Aariq sambil memejamkan matanya. Memang dia sudah bincang perkara ini dengan Shayla sebelum lahirnya princess.

Aefeq mengangguk, "Nak kena pindah rumah la ni? Tunggu Mama balik nanti eh?"

Aariq menggeleng.

"Baba ingat nak buat kejutan untuk Mama. Jadi, kita pindah awal sikit. Nanti barang-barang kita kemas hujung minggu ni."

Aefeq mengangguk faham. He understood the assignment.

"Atau lebih tepat korang kemas. Baba malas nak mengemas bagai ni. Korang kan ada. Penat berudu aku berenang nak dapatkan korang. Tolong appreciate sikit."

Nak terjatuh rahang Aefeq. Bapak macam ni pun ada ka?

"Ni princess mana? Senyap je?" Pelik juga Aariq dibuatnya. Selalunya setiap kali dia pulang dari kerja pasti disambut anak gadisnya itu. Ini langsung tidak nampak kelibat.

"Ouh, princess dah tidur lepas minum susu."

Aariq mengangguk. Lalu matanya membuka luas.

"Siapa bancuh susu?"

"Kenapa, Ba?"

Aariq menggeleng. Tangan naik mengusap dagu, "Setahu Baba, susu princess dah habis. Baba lupa nak beli."

"Eh, lepastu tadi dia minum susu apa?"

Laju anak mata Aefeq melihat ke arah abang sulungnya. Bahu Afeeq digoncang.

"Feeq, kau bagi princess minum susu apa?" Ditepuk beberapa kali pipi Afeeq. Lelaki itu mengagau. Mamai barang kali.

"Susu aku."

Membulat mata Aariq. Anak aku ada susu? Kenapa aku tak pernah tahu?

"Eh, susu sajat. Ha susu sajat."

Makin terbeliak mata Aariq. Tersedak halkum dibuatnya.

"Mana kau dapat susu sajat tu?" Aefeq menggaru kepalanya.

"Dalam peti ais." Jawab Afeeq dalam keadaan mamai. Orang nak tidur dengan aman ni. Tolonglah jangan kacau.

Aariq menepuk dahinya, "Itu susu sejat bahalol, badigol, bahenol. Bukan susu sajat. Mati-mati aku ingat Sajat dah balik Malaysia. Sempat pula dia menyusukan anak aku." Keluh Aariq. Risaulah kalau-kalau Bang Jat ada susu.

Suara tangisan Atheefa mematikan suasana. Laju kaki Aariq memanjat anak tangga menuju ke bilik anak bongsunya itu.

Pintu dikuak kasar.

"Hey, babygirl. Kenapa nangis?" Tercungap-cungap nafas Aariq. Terkejut dia mendengar tangisan anaknya itu.

Atheefa memuncung.

"Perut princess sakit."

Aariq menghela nafas berat sebelum menjerit nama penuh anak sulungnya, "TUAN AFEEQ LUQMAN!!!!"

Ha kau, bagi lagi susu sajat. Dah sakit perut adik kau. Goodluck, Abe Feeq.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro