Zombie Tit
oleh Rara_mack
Blurb
Blurb penulis adalah sangat samar-samar dan tidak jelas. Jadi, ia sukar untuk menarik perhatian juri dan sukar juga untuk pembaca cuba menangkap apa yang bakal disajikan oleh penulis. Quotes yang penulis letak itu agak menarik sebenarnya, tapi sangat kekurangan details yang diharapkan boleh ditambah oleh penulis. Tambah pula, karya penulis sudah di tahap 'complete', jadi mudah untuk buat blurb bagi cerita ini.
Pengenalan
Pengenalan cerita ini masih samar-samar. Masih lagi tak pasti dan tak dapat menangkap apa sebenarnya yang akan menanti para pembaca. Jadi, kurang sedikit rasa tanda tanya dan penuh ingin tahu dalam hati pembaca. Dan, kurang kefahaman tentang siapa watak ini sebenarnya. Siapakah 'aku' yang dimaksudkan dalam cerita ini dan apa latar keluarganya? Mungkin boleh tambah baik sedikit di sini.
Tatabahasa
Penulis mempunyai agak banyak kesalahan dari segi tanda baca dalam ayat. Selepas titik, pastikan ada space dulu sebelum memulakan ayat seterusnya.
Aku bencikan hari Ahad.Sangat benci.Mataku menatap.... - salah
Aku bencikan hari Ahad. Sangat benci. Mataku menatap.... - betul
Sesetengah ejaan yang penulis gunakan agak terlalu pasar dan santai, tetapi tidak mengganggu pembacaaan. Hanya kesalahan tanda baca yang agak keatra di dalam karya penulis.
Jalan cerita
Jalan cerita penulis sangat-sangat menarik. Saya sangat sukakan watak SM Nazrul dan saya suka hubungan Nazrul dengan Sam ini. Saya suka karya ini ada unsur misteri tersendiri yang sedang cuba diselesaikan tetapi ada juga unsur humor dan sweet di situ. Saya suka journey setiap watak dalam menyelesaikan misi ini, dan ia lebih kepada genre penyiasatan berbanding aksi keras seperti bertumbuk dan berlawan.
Jalan cerita, idea dan plot itu sudah ada. Tapi, kurangnya adalah di bahagian tatabahasa sahaja. Kalau tatabahasa penulis dicantikkan sedikit sahaja lagi, pasti karya ini akan jadi jauh lebih menarik. Usaha yang sangat baik oleh penulis. Tahniah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro