Title Mrs Untuk Delayla
oleh ainqalbi
Blurb
Penulis menulis Blurb dengan baik. pada bahagian aw Blurb sebenarnya agak panjang dan berjela, jadi mungkin boleh kurangkan sedikit. tetapi setelah itu Blurb dibuat dengan baik. Tatabahasa adalah baik walaupun agak santai, tetapi mudah difahami. Blurb ini agak banyak memberikan details cerita. Boleh kurangkan sedikit untuk timbulkan lebih banyak isu suspen dan tetapi walau bagaimana pun, tidak mengandungi spoiler yang terlalu banyak. Kerja yang baik oleh penulis.
Pengenalan
Okey di bahagian prolog, penulis memulakan cerita dengan epigraf iaitu sejenis puisi untuk memulakan cerita.. sangat baik walaupun sebenarnya masih agak samar-samar kenapa dan untuk apa sebenarnya epigraf ini dan siapa 'dia' yang dimaksudkan. Tetapi, cukup melalui puisi ini kita dapat lihat yang ia mengisahkan tentang luahan seorang kekasih kepada seorang kekasih dan bagaimana dia mencintai seseorang tetapi gagal menggapai seseorang itu. Itu yang saya faham melalui epigraf ini dan dibuat dengan sangat baik oleh penulis, jadi tahniah. Puisi ini juga cukup menarik dan walaupun tidak terlalu tinggi bahasanya, tetapi masih boleh diterima dengan sangat-sangat baik, maka tahniah untuk penulis.
Untuk bab satu pula, penulis membuat kerja yang sangat-sangat baik sebab ayat memang sedap, lancar walaupun jalan cerita agak cepat. Masuk-masuk aje terus dihadapkan dengan berita soal ada yang datang melamar dan berminat untuk menjadikan Dilaila sebagai isteri. Sebenarnya itu pacing yang agak cepat. Terus kepada main poin cerita, sedangkan mungkin boleh berikan sedikit lagi latar belakang cerita, latar belakang watak dan sebagainya yang berkaitan dan kemudian perlahan-lahan baru boleh dijelaskan kepada soal heroin ini dilamar oleh seorang lelaki. Tapi apa pun ini adalah satu masalah kecil dan pengenalan ini dibuat dengan sangat baik untuk kedua-dua prolog dan juga bab satu. Jadi tahniah untuk penulis. Kerja yang sangat baik.
Jalan cerita:
Okey untuk jalan cerita sebenarnya, walaupun agak klise tetapi menarik. Pacing jalan cerita agak cepat terutama sekali apabila di bab dua dan bab tiga. Rasa nacam agak cepat bagaimana Delaila sudah jatuh hati dengan diff. Mungkin boleh diceritakan lagi bagaimana, kenapa dan sejak bila Delaila sukakan Diff, supaya nampak lagi strong yang memang Delaila ada hati pada Diff. Jadi. boleh terangkan lebih sikit lagi kenapa Lela pilih Diff ataupun momen-momen Lela terpaut pada Diff.
Jalan cerita ni sebenarnya ada plot twist yang baik. Sebenarnya saya tak expect dan saya tak jangka pun yang Adif akan meninggal kerana kanser otak. Saya ingatkan majlis kahwin mereka akan gagal sebab Diff tinggalkan majlis. Rupanya ada penyakit. Jadi agak tak terjangka di situ. Kerja yang baik oleh penulis.
Perkembangan kisah Muz dan Delaila pula adalah sangat baik.Kita boleh lihat bagaimana Muz perlahan-lahan cuba pikat Delaila dan terus bersabar dengan Lela walau apa pun yang Lela buat. Sehinggalah Lela sendiri setuju untuk berkahwin dengan Muz.
Tapi, menuju ke konflik selepas kahwin, pacing kembali terasa cepat. Muz dikatakan berdendam dan benci dengan Dilaila tapi hanya dua atau tiga bab sahaja menyebut soal dendam dan kebencian. Kemudian, terasa mudah sangat Muz jadi baik terutama sekali selepas Delaila keguguran. Mungkin boleh tunjukkan bagaimana Muz betul-betul laksanakan rancangan dia untuk buat Lela sengsara sebab kebencian Muz ni adalah salah major konflik dalam cerita ini. Sebab. kalau boleh kita nak tengok flow ataupun kita nak tengok peringkat-peringkat kebencian tu beransur hilang. Tunjukkan bagaimana Muz mula-mula benci sangat-sangat dan akhirnya dia semakin baik, semakin baik, semakin dan akhirnya menerima, bukan hanya sebab Lela keguguran.
Tatabahasa :
Okey, bahagian tatabahasa dibuat dengan sangat baik oleh penulis. Tatabahasa penulis sangat baik, matang, dan struktur ayat juga lancar untuk dibaca which is very very good. Cuma hanya satu sahaja, sesetengah bahagian agak terlalu santai bahasanya. Dan beberapa kesalahan ejaan kecil tetapi sangat-sangat minimal. Semuanya tetapi tidak mengganggu pembacaan dan masih boleh diterima secara positif dan sangat baik. Bahagian tatabahasa juga tidak ada yang salah, dan tanda baca kedudukannya semua betul. Mungkin grammar bahasa inggeris ada sedikit yang perlu diperbaiki tetapi masih okey. Kata penegas 'lah' dan 'kan' seboleh-bolehnya dirapatkan dengan perkataan sebelumnya. Hanya itu untuk bahagian tatabahasa. Apa pun bahasa penulis sangat matang, kerja yang sangat baik oleh penulis dan saya ucapkan tahniah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro