Suka Dalam Diam
Oleh IkaSyafiqah1
Blurb
untuk bahagian Blurb, bahasa yang digunakan mungkin boleh dimatangkan bagi dari segi struktur ayat kerana ton ayat itu agak mendatar dan tidak ada turun naik dalam Blurbnya. yang kedua bahagian penerangan soal Zafir, agak terlalu panjang dan tidak diperlukan sekiranya Hakim adalah watak utama. sebab melalui Blurb ini, 5 perenggan pertama menceritakan tentang Shakila dan Zafir, sampaikan terasa seperti Zafir adalah Hero. dan hanya 2 perenggan yang membincangkan tentang Hakim sedangkan Hakim adalah watak utama bagi cerita ini.
Apa pun, Usaha yang baik oleh penulis. Cuma, penulis perlu tahu keutamaan apa yang perlu diletakkan di bahagian Blurb ini.
Pengenalan
Saya sebenarnya agak keliru kenapa cerita ini terus dimulakan dengan bab 2. saya tercari-cari dimana Prolog ataupun bab 1 tetapi tiada. hanya ada bab2 sahaja jadi penilaian di bahagian pengenalan akan dibuat melalui cerita di bahagian bab 2.
Dari segi isi kandungan di bahagian bab2 ini sebenarnya agak monotone. Agak mendatar tanpa turun naik emosi. Cuma, pengenalan adalah baik kerana ia menunjukkan latar belakang keluarga watak dan rutin harian watak.
Di beberapa perenggan di bab 2, mungkin penulis tak perasan ada sedikit percampuran pov di situ, di mana penulis menggunakan perkataan kami dan aku sedangkan cerita ini dalam pov ketiga. Mungkin penulis lupa untuk ubah di beberapa bahagian, jadi boleh diubah supaya penulisan lebih kemas.
Tatabahasa:
Dari segi tatabahasa, penulis mempunyai kemahiran yang baik. Ayat adalah matang dan lancar. Tidak terlalu pasar, tidak terlalu tinggi walaupun nada cerita agak monotone. Kesalahan ejaan adalah minimum kecuali sedikit masalah dari segi tanda baca iaitu titik dan koma. Sesetengah ayat yang dikarang oleh penulis agak terlalu panjang tetapi tidak diletakkan koma di tempat yang sepatutnya. Jadi ayat itu menjadi tidak gramatis dan sukar untuk difahami.
Namun begitu, penulis adalah teliti dari segi Italic atau mencondongkan bahasa yang bukan bahasa Melayu. Dari segi bahasa sebenarnya penulis tak ada masalah dengan ayat. cuma ada sedikit masalah dengan pencampuran pov di bahagian awal cerita, jadi mungkin adalah lebih baik jika penulis dapat pilih pov yang paling sesuai untuk cerita ni.
Jalan cerita
Pertama, saya agak keliru dengan watak Zafirah dan Zafir ini. melalui Blurb, Katanya Syakilah akan menghantar surat kepada Zafir. Tapi saya tak nampak di mana adegan menghantar surat itu berlaku. Dan, watak Zafir juga sangat jarang muncul di dalam cerita ini. Tak nampak di mana adegan-adegan yang menunjukkan Syakilah sukakan Zafir itu.
Yang kedua, watak Mak dan abah Syakila agak tidak konsisten. melalui 5 bab pertama, penulis menceritakan kisah hidup syakilah yang agak menyedihkan di mana ibu bapanya tidak memberi kasih sayang yang baik kepada syakilah. Tetapi di bab 7, diceritakan pula bagaimana ibu bapa Syakila sangat Risau akan Syakilah yang mempunyai lebam dikulitnya sehingga sanggup datang ke sekolah. jadi perwatakan agak tidak konsisten di situ.
Yang ketiga, watak Hakim juga agak minoriti di dalam cerita ini. Mengikut Blurb, kisah ini sepatutnya kisah antara Hakim, Zafir dan Syakilah, tetapi tak jelas momen-momen mereka bertiga. Tak nampak bila Syakilah sukakan Zafir, move on daripada Zafir dan seterusnya jatuh hati pada Hakim. Ia hanya nampak di bahagian hujung-hujung sahaja iaitu semasa Hakim dah ada teman wanita baru.
Dan, jalan ceritanya macam lebih banyak bertumpu pada kisah kekeluargaan Syakilah sendiri. Agak tak kena dengan Blurb dan tajuk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro