
Lepaskan Dia Pergi
oleh bunnyaf
Blurb
Blurb yang menarik dari awalnya lagi! Memang menimbulkan rasa ingin tahu. Ayat yang digunakan pun sedap dibaca. Ayat matang dan ada rasa sebak dalam ayat yang Khairunnisa gunakan. Agak samar-samar juga sebenarnya, tapi rasa saspens itu tetap buatkan Blurb itu sangat-sangat menarik!
Pengenalan
Pertama sekali, wow.
Hanya dua bab pertama pun dah boleh buat emosi jadi sangat rollercoaster. Pengenalan yang sangat mantap dan padu. Dahi pun rasa berkerut-kerut baca dan rasa tertarik nak terus baca. Khusyuk betul dan penuh rasa tertanya-tanya. Solid dan kukuh. Tapi, bahagian tatabahasa perlu diperbetulkan, ya. (rujuk tatabahasa di bawah)
Tatabahasa
Bahagian struktur ayat dan bahasa adalah sangat matang. Ayat sedap dibaca walaupun ayatnya agak pendek-pendek. Flow ayat pun lancar saja. Menarik untuk terus dibaca.
Ejaan ada beberapa kesalahan kecil. Tak terlalu mengganggu tapi kalau boleh, minimumkan lagi kesalahan ejaan itu.
Bahagian tanda baca. Ya, banyak yang perlu diperbaiki di bahagian tanda baca. Di bahagian titik, pembuka kata, dan koma.
Selepas efek bunyi, titikkan atau tanda serukan dia.
Buk! ✓
Buk ×
"Awak cantik," puji Ali ✓
"Awak cantik." Puji Ali ×
"Awak cantik." Ali memuji Aisyah ✓
Ada beberapa ejaan pendek-pendek seperti je, tu, ni, tapi ianya tak mengganggu dan kebanyakannya digunakan dalam dialog sahaja. Bersesuaian dan sedap untuk terus dibaca.
Plot
Plot, secara amnya memang sangat menarik. Rasa nak tahu sangat-sangat. Dengan kisah Nisa yang dibuli, kisah Faiz yang bersembunyi dari keluarga dia, soal ibu bapa Nisa dan sebagainya.
Tapi, susunan plot agak tidak kemas. Sedikit berterabur. Sekejap di sana, sekejap di sini. Memang ada teknik penulisan yang begini (memisahkan dua cerita dan diselangkan dengan cerita dari sudut pandang watak lain), tapi sesetengah susunannya adalah sedikit mengelirukan.
Plot juga sebenarnya agak terpesong daripada watak Khairunnisa. Macam lebih banyak menceritakan soal Suraya dan kesusahan yang dialaminya. Awalnya memang banyak cerita soal Nisa, tetapi makin lama makin ke arah Suraya. Mungkin memang kisah silam Suraya ada kaitan dengan Nisa, tapi kalau boleh, tetap jadikan Nisa sebagai watak utamanya, ya.
Jalan cerita memang menarik sangat daripada awal cuma agak slow dalam nak menuju ke bab 10 itu. Cuma, harapnya boleh dipertemukan hero dan heroinnya dengan lebih awal. Dan, perbanyakkan adegan mereka. Sebab dah sepuluh bab, hero dan Heroin tak jumpa lagi 😅 kalau ikut anggaran words yang awak tulis di setiap hujung bab, 10 bab awak ini dah lebih kurang 100 page novel sebenar dan mungkin lebih. Bayangkan dalam novel, dah seratus page pun, tak jumpa hero lagi 😅.
Tapi, memang plot anda antara plot yang sangat intriguing! Sangat misteri. Nak tahu macam-macam benda. Soal ibu Nisa, Suraya Felixia, Iskandar, Zack, Faiz dan lain-lain. Nak tahu sangat-sangat. Bagus!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro