Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dendam

oleh nrrxihxn

Blurb.

Blurb yang diberikan memang lengkap, tapi terlalu panjang dan terlalu banyak pendedahan. Mungkin boleh ringkaskan lagi, supaya timbul persoalan dan buat orang lebih tertarik nak membaca. Bahasa yang digunakan di Blurb adalah haik dan lancar, dan jalan cerita pun nampak menarik.

Pengenalan :

Prolog yang sangat-sangat menarik. Menimbulkan tanda tanya yang sangat-sangat besar tentang apa yang terjadi pada Hana dan siapa sebenarnya Fariz dalam cerita ini (memandangkan Aidan adalah heronya). Ada beberapa kesalahan ejaan yang agak mengganggu di bahagian prolog, tetapi apa pun, prolog tetap menarik.

Peralihan daripada bab 1 kepada prolog adalah sangat-sangat bagus. Apa yang saya sangat suka soal pengenalan penulis adalah penulis gunakan dua sisi berbeza watak Hana. Daripada watak yang lemah dan mencari-cari ibunya, kepada watak yang kuat dan bergelar salah seorang perisik dalam SPY J. Perbezaan 'dua kutub' personaliti ini buatkan pembaca jadi tertanya-tanya dan tertarik, apa sebenarnya yang berlaku pada Hana.

Kerja yang sangat baik oleh penulis. Tahniah.

Jalan cerita :

Dari segi jalan cerita, plotnya memang menarik dan menimbulkan rasa ingin tahu. Cuma, penceritaan tak diolah dengan lengkap. Maksudnya di sini, terlalu banyak kelompongan asas dalam cerita. Maksudnya, ada banyak kekeliruan asas cerita itu sendiri. Antaranya, watak2 ahli SPY J yang ramai. Mungkin boleh dikhususkan lagi, siapa mereka dan peranan mereka dalam organisasi ini.

Yang kedua, watak latar belakang itu boleh diperjelaskan lagi. contohnya, berapa sebenarnya umur mereka ini sebab agak samar-samar. Ingatkan dah bekerja, rupanya masih bersekolah. Dan watak Zaf yang dikatakan sebagai yang paling tua dalam cerita ini, dan dah beristeri, mungkin boleh beri detail lebih lagi soal siapa Zaf. Ketua? Presiden? Pengasas organisasi? Detail-detail ini akan buat flow cerita lebih smooth.

Organisasi SPY J pun perlukan lebih banyak details kecil. contohnya, ditubuhkan oleh siapa? apa fungsi organisasi ini sebenarnya? siapa sasarannya? tujuan dibina? macam mana ahli-ahli ini direkrut? barulah penceritaan jadi lebih real dan dekat.

secara keseluruhannya, ploy cerita ini memang sangat baik dan layak dipuji. hanya bahagian penyampaian dan penccritaan perlu ditambah baik. Tahniab kepada penulis untuk idea yang kreatif ini.

Tatabahasa

Tatabahasa yang digunakan penulis juga baik. Hanya kesalahan ejaan di bab-bab awal tetapi semakin berkurang selepas lebih banyak bab ditulis oleh penulis. Beberapa kesalahan tanda baca juga boleh dibetulkan lagi. Dari segi tanda baca, sudah okey. Tapi, dari segi sruktur ayat, perlu diolah sedikit supaya lebih matang. Pasti lebih menrarik.

Apa pun, usaha yang baik oleh penulis. Tahniah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #award