Űç
Old Ottoman Café & Restaurant...
Hasyara menunggu dengan penuh gelisah. Jadi ke tidak ni? Rasanya dah 30 minit dia tunggu. Jaket kain yang dia pakai tadi pun sudah ditanggalkan. Walaupun sekarang tengah musim sejuk, menunggu si lelaki ini sudah buat dia panas.
" Merhaba... " Sapa si lelaki dengan nada ceria. Wajahnya itu macam baru lepas jumpa jodoh.
" Nerelisiniz?" Soal Hasya. Dia menjemput si lelaki duduk.
" Tak payahlah cakap Turki. Kita bukan tak faham pun. " Jawab si lelaki.
Hasya hanya tersengih. Dia sengaja mengasah bakatnya yang dah lama karat. Dah lama dia tinggalkan bahasa ibunda negara sendiri. Bolehlah digelar murtad bahasa Turki. Dia berdehem.
" Kalau kita guna bahasa Turki untuk satu hari ni boleh je kan? Kita rojakkanlah." Ujar Hasya. Mehram sekadar mengangguk.
Pelayan datang ke arah mereka dengan membawa menu. Hasya mencapai menu yang dihulurkan.
" Hoş geldiniz." Pelayan memberi ucapan selamat datang kepada mereka.
Hasya dan Mehram mengangguk. Dia dah lama tak makan makanan dekat sini. Elok rasanya dia makan makanan tempatan.
" Yöresel bir yemek denemek istiyorum?" Hasya menyoal. Pelayan tersembut mengangguk.
" Tabii." Pelayan itu menunjukkan beberapa jenis makanan tempatan.
Merham hanya menunggu Hasyara memesam. Betulah si gadis ini orang Turki. Pekat betul longhat Turki dia. Tapi masa cakap bahasa melayu pun dia tidak kekok. Serba boleh sungguh gadis ini.
" I choose this. Ya sen?" Hasya menyoal Mehram yang berdiam dari tadi.
" Ikut awak je. " Ringkas Mehram menjawab dalam bahasa melayu.
Hasya mengangguk dan mula memesan. Dia menghulurkan semula menu kepada pelayan mesra itu sambil tersenyum.
" Teşekkür ederim." Hasya mengucapkan terima kasih
Pelayan itu mengangguk. "Rica edrim. " Pelayan menjawab ringkas dan berlalu pergi.
Hasya melihat semula muka lelaki didepannya. Mehram masih dengan senyuman manis dibibir. Memang lelaki ni suka senyum tanpa sebab atau bibir dia memang bentuk macam tu?
" Bir sorun var mi?" Soal Hasya curiga. Manalah tahu si lelaki ini ada benda yang hendak disoal.
" Kata tak boleh cakap Turki. Tu dengan slang bahasa negara pekat tu." Ujat Mehram.
Hasya tersengih. Kan dia dah kata dia nak asah balik bahasa ibunda yang dah lama dia tinggalkan. 10 tahun dia menuntut pelajaran bahasa Malaysia. Habis semua kosa kata negara sendiri dia hampir lupakan.
" Hasya macam mana awak boleh datang sini semula?" Soal Mehram sengaja mengisi kesunyian.
" Baba saya yang hantar saya datang sini semula. Satu sebabnya saya nak belajar uruskan syarikat Baba. Kedua sebabnya saya nak cari jodoh." Ujar si gadis.
Rambut yang terurai itu di betulkan semula. Hasya menyelak rambutnya ke belakang. Rimas betul dengan rambut panjang ni. Getah pula rupa nak bawa.
" Awak masih membujang?" Soal Mehram dengan nada kuat.
Mata Hasya membulat. Ada beberapa orang awam di situ melihatnya. Hasya mengetap bibir geram
" Yavaş konuş... " Hasya meminta supaya Mehram merendahkan suaranya.
Mehram yang mendengar permintaan Hasya terus menoleh sekeliling. Dia mengangguk tanda minta maaf kerana berkelakuan seperti berikut.
" Apa salah ke saya bujang?" Ujar Hasya kembali.
" Salah tu tak salah. Tapi tak takut ke kalau andartu sampai ke tua?" Soal Mehram berani.
Hasya merengus. Secara kebetulan pelayan sampai menghidangkan makanan.
" Lütfen. " Ujar pelayan itu dengan ramah. Hasya dan Mehram mengangguk.
" Selagi saya tak jumpa Al Fateh saya. Saya takkan kahwin. " Kata Hasya tersenyum.
Mehram membuat muka kaget. Apa si gadis ni merepek ni?
" Bu ne anlama geliyor?" Tanya Mehram tentang maksud si gadis.
Hasya memandang si lelaki. Masa soalan jodoh boleh pula guna bahasa Turki.
" Açim. Makan dulu saya cerita nanti. " Ringkas Hasya menjawab.
Mehram sekadar mengangguk. Al Fateh? Itukan penakluk konstatinople. Dah kenapa nak cari orang macam dia pula? Pelik betul selera Hasya ni.
Mereka menjamu selera dengan penuh asyik. Lupa sebentar tentang jodoh Hasyara. Dah lama dia tak makan makanan tempatannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro