Sekiz
Mehram menunggu di kafe itu dengan penuh sabar. Apabila Putera Aqhili menghubunginya dia agak terkejut. Adakah anak raja itu hendak memarahinya? Tapi bagi dia, dia tidak bersalah.
Jika mahu mengurat usahalah sendiri. Kenapa perlu libatkan dirinya. Ingat aku ni tukang sampaikan ayat-ayat cinta korang? Sapaan dari belakang buat Mehram menoleh.
Muncul Aqhili didepannya.
" Merhaba." Sapa Aqhili ramah.
Mehram agak pelik dengan keramah si lelaki.
" Merhaba..." Jawab Mehram berbasa basi.
Wajah tampan Aqhili dilihat. Nak dibandingkan dengan wajahnya rasanya kurang 0.5% saja.
Putera Aqhili ini 100%
Dia? 99.5%.
Kalau dibundarkan dah sama level dah.
" Neden beni arıyorsun? " Soal Mehram memulakan bicara.
Minuman sudah di order. Dia menunggu Aqhili meneruskan kata-katanya. Dia ingin tahu mengapa si lelaki mencarinya.
" Dürüst olmak istiyorum..." Aqhili bersuara.
Mahu jujur? Jujur apa pula waktu-waktu begini? Kalau setakat nak kata dia suka Hasya baik tak payah. Dia pu nak jujur yang dia juga suka Hasya.
" Söyle bana." Mehram memberi keizinan supaya Aqhili bercerita.
Aqhili memulakan ceritanya. Mehram mendengar dengan penuh kusyuk.
Hampir 30 minit Aqhili menyelesaikan ceritanya. Mehram tergamam. Dia tidak sangka rupanya ada agenda tersendiri. Bila dia mendengar cerita Aqhili dia rasa lebih baik jika Hasya tidak mengetahuinya.
" Neden isyan etmiyorsun? " Mehram bertanya mengapa dia tidak membantah.
Aqhili menggeleng tanda dia tidak mampu. Mana mungkin dia melawan arahan ayahndanya. Mehram picit kepala. Bagaimana dia nak cakap pada si Hasya tentang niat sebenar anak raja ini.
" Bana yardım etmelisin. Ne de olsa ondan hoşlandığını biliyorum" Ujar Aqhili.
Aqhili merayu supaya Mehram membantunya. Aqhili juga tahu bahawa Mehram suka pada Hasyara. Dia tidak mahu jadi batu penghalang. Biarlah dia jujur pada gadis bernama Hasya itu.
Dia nak benci keturunannya pun dia tidak kisah. Memang dia layak dibenci. Permintaan ayahnya itu memang tidak terjangkau dek akal.
Selesai pertemuan itu Mehram terus berjumpa Hasya. Dia tahu gadis itu masih tertanya-tanya dengan ayat Putera Aqhili itu. Dia sengaja tidak mahu terjemahkannya. Sebab sakit hati.
Harini hari kedua dia akan bertemu dengan Putera Aqhili. Kali ini Mehram tekad untuk membantu. Daripada hati Hasya terluka kemudian hari baik dia terluka sekarang. Sekurang-kurangnya dia tahu hal sebenar.
Hari kedua mereka melawat ke Hippodrome Of Constatinople. Walaupun rasa bersalah menyelubungi kedua-dua lelaki itu. Mehram masih rajin menterjemah manakala Aqhili masih setia mendengar.
Melihat Hasya yang bersungguh-sungguh menjaga kawasan bersejarah ini buat hati Aqhili makin tak keruan. Bagaimana dia hendak menyatakan hal sebenar dan tujuannya. Kasihan dia melihat usaha si gadis.
Mehram juga teruja mendengar fakta yang dihuraikan oleh Hasya. Mengikut apa yang dikongsi tempat ini dibuka kepada orang awam dan tidak mempunyai sebarang bayaran masuk. Mercu tanda yang didirikan di tempat ini sentiasa padat dengan pengunjung.
Hasya kata lagi bila bulan puasa kebanyakan orang akan membawa makanan dan minuman mereka untuk berbuka puasa disepanjang jalan berikut. Kagum Mehram melihat kebijaksanaan Hasya.
Pukul 3 petang selepas berehat Hasya membawa mereka pergi ke Grand Baazar. Tempat itu memang sesak dengan pelancong dari luar.
Hasya berhenti disebuah kedai menjual selendang. Dia tertarik melihat selendang bercorak bunga itu.
Mehram dan Aqhili saling berpandangan.
" İlgileniyor musun? " Aqhili menyoal.
" Dia tanya sama ada awak berminat atau tidak dengan selendang itu?" Mehram menterjemah ayat putera itu.
Hasya melihat Aqhili dengan senyuman manis. Mana mungkin dia kata tidak suka jika Tuan Putera sudah bertanya? Hasya mengangguk malu-malu.
" İlgileniyor gibi görünüyor." Mehram mengatakan bahawa Hasya berminat.
Aqhili mengangguk. Dia memilih selendang yang si sukai oleh Hasya. Selepas membayar mereka meneruskan perjalanan. Hasya rasa dia hendak meluahkan perasaanya.
" Mehram." Panggil Hasya.
Mehram menoleh.
" Tolong bagitahu tuan putera sesuatu boleh?" Hasya meminta pertolongan.
Mehram menyengetkan bibir. Kening diangkat.
" Tolong apa?" Mehram menyoal kembali.
" Bagitahu dia yang saya sukakan dia."
Selesai berkata begit Hasya mempercepatkan langkahnya. Aqhili cuba mengikut langkah si gadis. Tapi Mehram menahan.
" Senden hoşlandığını söyledi." Mehram memberitahu isi hati Hasya.
Aqhili menoleh. Dia menggeleng.
" Hasya bana aşık olmamalı." Aqhili cuba melarang.
Keluhan dilepaskan dari mulut.
" Fakat Hasya padişahın oğlunu seviyor." Mehram berkata bahawa Hasya menyukai anak lelaki sultan itu.
Jika dia menolak tidakkah dia hancurkan hati si gadis. Tapi dia sudah tekad dia tidak kisah jika Hasya membenci keturunannya.
" İtirafımı duyduktan sonra benden nefret etmiş olmalı." Ujar Aqhili.
Dia yakin selepas dia cerita segalanya pasti Hasya akan memandang serong padanya. Mehram memegang bahul lelaki itu. Sebagai seorang lelaki dia juga rasa tersepit. Sama ada membantu anak raja itu untuk jujur dan kemudian Hasya kecewa atau tipu Hasya dan dia juga akan kecewa bila tahu.
Mereka mendekat Hasya yang sedang duduk di meja rehat.
" Mana awak pergi?" Soal Hasya pada Mehram.
" Teman tuan putera cari biji kopi." Bohong Mehram.
Hasya hanya mengangguk. Baru dia teringat tentang luahan hatinya tadi. Adakah Mehram sudah memberitahu? Atau dia sengaja nak keruhkan keadaan lagi?
" Dah bagitahuke apa yang saya suruh tadi?" Soal Hasya pada Mehram.
Mehram mengangguk.
" Dia kata apa?" Soal Hasya teruja.
Mehram mendiamkan diri. Dia memberi isyarat pada Aqhili supaya memulakan apa yang patut.
Hasya melihat mereka berdua curiga.
" Hasya..." Panggil lelaki itu.
Hasya melihat wajah lelaki itu.
" Benden hoşlandığını biliyorum. " Ujar Aqhili.
" Tuan putera kata dia tahu awak suka dia." Mehram menterjemah.
Hasya mengangguk. Dia menanti dengan penuh sabar.
" Ancak... Seni sevemiyorum." Aqhili bersuara lagi.
Hasya menunggu Mehram menterjemahkannya.
" Tapi dia tidak boleh mencintai awak." Ujar Mehram.
Hasya menggeleng kepala tidak percaya. Mehram mengeluh. Dah agak dah!
" Nedey? Bir numara mısın?" Hasya masih tidak percaya.
Barangkali Mehram silap tafsir. Namun melihat gelengan kepala Aqhili buat dia menoleh ke arah lelaki itu.
" Yalan söylemedi, Seni sevemiyorum." Aqhili mengaku jujur.
" Ama neden?" Hasya tidak tahan berteka-teki.
Mengapa anak raja itu menolak kata hatinya.
" Sebenarnya..." Tiba-tiba Mehram bersuara.
Hasya menoleh.
" Aqhili berkenalan dengan awak atas arahan Sultan Mahzan. Dia tahu awak adalah pengurus syarikat pelancongan tempat bersejarah Turki." Mehram mula bercerita.
" Dia dapat arahan dari ayah dia untuk memujuk awak supaya menjual kawasan-kawasan bersejarah tu. Ayah dia suruh dia goda awak supaya awak suka dekat dia. Jadi mudahlah proses jual beli tanah itu nanti. Dia tidak berani membantah kata-kata ayahnya. Dia kesal selepas mengikut arahan ayahnya" Mehram menyambung ceritanya.
Hasyara tergamam. Apa yang dia dengar memang tidak masuk akal. Tidakkah mereka sedar itu adalah salah satu sumber pendapatan ekonomi negara ini? Jika mereka runtuhkan bangunan itu dimana lagi pelancong hendak pergi?
Hagia Sophia yang penuh dengan kenangan dan sejarah kemenangan dahulu tidak mungkin dirobohkan semudah itu. Bagaimana generasi akan datang mahu menghormati dan mengambil iktibar dari kisah-kisah sila bangunan bersejarah itu.
" Tak guna!" Hasya menyentak.
Aqhili hanya mampu menunduk. Mehram terbungkam. Melihat Aqhili hendak tahu apa perkataan yang di sebut oleh Hasya buat dia cemas. Perlu ke dia bohong?
" Şaşırdığını söyledi." Mehram berbohong.
Aqhili keras membatu. Takut dia hendak melihat wajah Hasya saat ini.
Hasya yang geram bangun dari duduk.
" You liar! You are not my Al Fateh! " Hasya menunjuk kearah Aqhili
" You coward! " Sambungnya lagi dan terus berlalu dari situ.
Merham mengeluh.
" Hasya!" Panggil Mehram.
Namun gadis itu tidak menoleh.
" Üzgünüm." Aqhili meminta maaf.
Mehram hanya mampu menggeleng. Tiada siapa yang bersalah. Cuma tindakan Sultan yang tidak masuk akal itu menjejaskan segalanya.
Hasya mencari Alfatehnya. Dia faham maksud lelaki idaman gadis itu. Tapi dia rasa dia cukup ada sebahagian sifat Al Fateh. Walaupun dia bukan raja dia boleh jadi raja pada hati Hasya.
Dia perlu mencari gadis itu semula. Tidak mahu dia biarkan si gadis keseorangan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro