Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dokuz

  Hasya berlari sejauh mungkin dari kawasan itu. Dalam fikirannya cuma ada dua perkataan.

Liar!

Coward!

Dia cuha menafikan apa yang dia dengar sebentar tadi,tapi dia tidak dapat menahan. Tergamak anak raja itu bertindak sedemekian. Dia agungkan semua anak raja seperti Sultan Al Fateh.

Tapi anak raja yang dia jumpa ini jauh pangkal dari api. Hasya cuba menahan marah dan sebak yang berkunjung. Mehram yang dah tahu awal-awal kenapa tidak berterus terang?

Dua-dua pengecut!

Mehram pula rasa dah putus asa. Memang bandar Istanbul ni besar. Tapi mustahil dia tidak mampu jumpa Hasya yang kecil itu. Hagia Sophia dia dah singgah. Tapi Uncel Uldon kata tiada pula Hasya ke situ.

Mehram buntu. Dia cuba bertenang seketika. Nafas ditarik sedalam mungkin. Mana lagi tempat yang dia belum pergi?

Masjid biru?

Taqsim Square?

Bosporus?

  Antara pilihan itu dia rasa Bosporus paling dekat dengan kawasan itu. Dekat situ dia boleh tengok pemandangan cantik. Boleh tenangkan diri.

Make sense.

Mehram menuju kearah Bosporus seperti yang dia jangkakan.

15 minit kemudian dia sampai.

Tepat!

Hasya sedang duduk di tepi tasik itu seorang diri. Dia mendekati gadis itu. Nak di tegur terus menerus nanti dia kena pelangkung.

Hasya yang rasakan seseorang mendekatinya cuba meneka. Bau minyak wangi ini seperti dia pernah bau. Tapi siapa ye? Ouh!

Mehram!

Mehram yang baru hendak menyapa terhenti apabila namanya diseru.

" Apa awak buat dekat sini Mehram?" Soal Hasya.

Dia memandang lelaki itu. Mehram berdehem menghilangkan gugup.

" Arr... Saya cuma nak pastikan awak okey." Jawab Mehram.

Dia duduk disebelah gadis itu tanpa meminta keizinan. Muka gadis yang sugul itu ditatap.

" Hasya..." Mehram memanggil.

Hasya menoleh malas.

" Awak ingat tak haritu Aqhili ada cakap satu ayat yang panjang?" Mehram menyoal.

Sudah semestinya dia ingat. Ayat itu menjadi tanda tanya apabila Mehram enggan menterjemahkannya.

" Apa maksud dia?"

" Dia kata dia harap dia tidak bertindak begitu. Lepas dia jumpa awak haritu dia dah sukakan awak dan tak dapat lupakan awak." Terang Mehram.

Hasya mengangguk. Kalaulah ayat itu diterjemah dari awal mungkin hatinya boleh terima. Tapi bila hal ini dah berlaku. Kata-kata cinta yang dilafazkan itu terus dianggap palsu.

Nampaknya dia gagal mencari Al Fatehnya. Tanggapan bahawa semua anak raja seperti Al Fateh hanyalah palsu. Betulah orang kata, jangan terlampau berharap kelak merana.

Anak raja?

In your dream little lady!

Melihat Hasya yang tersenyum sinis buat Mehram pelik. Sudahlah diamkan diri saja. Senyum sorang-sorang pula. Dah gila ke macam mana.

" Saya gagal." Hasya berkata lemah.

" No... Awak tak gagal." Mehram cuba meyakinkan.

Hasya hanya tersenyum tawar.

" Saya gagal cari Al Fateh saya. Saya terlampau ikut sangat cerita-cerita dongeng dekat dalam buku-buku tu." Kesal Hasya berbicara.

Mehram tersenyum.

" Siapa kata awak terlampau ikut sangat cerita-cerita dongeng tu?" Mehram menyoal.

Kening Hasya terangkat. Apa maksudnya.

" Al Fateh... Segak,bijaksana,baik hati, dan macam-macam lagi. Walaupun tiada anak raja yang setanding dengan dia. Tapi ada saja rakyat biasa yang kelakuan macam Sultan itu." Ujar Mehram.

Hasya mendengar dengan penuh minat.

" Siapa orang tu?" Hasya menyoal.

" Ni." Hasya menoleh kearah lelaki itu.

Mehram menunjukkan dirinya sendiri. Hasya tergamam. Adakah Mehram sengaja cuba melawak? Atau dia memang membenarkan kata-katanya.

" Awak melawak ke?" Soal Hasya curiga.

Mehram mengetap bibir.

" Iam serious! Walaupun saya bukan dari keturunan anak raja. I can be your Al Fateh." Mehram menutur katanya dengan nada yang penuh yakin.

Hasya kaku terdiam.

" Saya suka awaklah Hasyara Atun."

" Suka sangat-sangat." Kata Mehram lagi.

Hasya rasa tidak sanggup mendengar. Dia rasa nak tutup mulut Mehram. Mustahil.

" Awak ni biar betul ?" Curiga Hasya.

" Ish susah sangat ke nak percaya kita ni Cik Hasya."

Mehram memusingkan badannya menghadap Hasya.

" Iam really serious. Seni soviyorum." Mehram menuturkan kata cinta pada gadis itu.

Hasya rasa sebak. Mehram cemas. Kenapa dia menangis? Aku salah cakap ke?

" Kenapa awak nangis ni!" Cemas Mehram bertanya.

Hasya menyapu butiran air mata yang baru mengalir.

" Kenapa awak boleh suka saya Mehram? Awak bukan anak raja." Hasya cuba mengusik.

" Like you say before little lady. Even if I know its wrong I will make you fall for me." Mehram berkata dengan nada menggoda.

Dia melakonkan semula kata-kata Hasya tempoh hari. Hasya tergelak kecil.

" Let me be your king." Mehram meminta izin dengan penuhh budiman.

Hasya menyelak rambutnya yang mengurai ke belakang. Dengan malu-malu dia mengangguk.

" Yes! Iam a king!" Mehram menjerit teruja.

Senyuman Hasya melebar. Perkenalan tidak lama. Tapi Mehram boleh suka dekat dia. Ini memang gila.

🍎

Sementara itu di istana, Aqhili tekad untuk menegakkan kebenaran. Dia masuk ke balairong itu dengan penuh yakin. Biarlah dia dimarahi janji dia dah sedarkan ayahnya dari kesilapan yang mereka sedang buat.

" Prens Akhili burada." Laung pengawal.

Sultan Mahzan yang sedang bersemayam itu tersenyum melihat anaknya. Dia harap ada berita baik.

" Emre Sultane." Tuan penasihat memberi laluan.

" Kısaca konuşmak istiyorum." Aqhili ingin bercakap bersama ayahnya secara peribadi.

Dia meminta semua pegawai dan pengurus pentadbiran keluar dari kawasan itu sementara.

" Nedey?" Sultan Mahzan menyoal anaknya.

Aqhili menarik nafas sedala mungkin.

" Bu plana devam etmek istemiyorum." Putera Aqhili berterus-terang.

Dia tekad dia tidak mahu meneruskan rancangan bodoh ini.

" Ama neden?" Soal Sultan Mahzan agak terkejut.

" Turistik noktalar ekonomik gelirlerden biri. İnsan hayatının hatıralarını yok etmek imkansız mıdır?" Ujar Aqhili.

Dia berhujah dengan penuh yakin. Memang betul kata Hasya. Mana mungkin tempat bersejarah dan tempat-tempat lain itu dimusnahkan. Tempat-tempat itu merupakan sumber rujukan dan bukti-bukti untuk anak, cucu cicit pada masa akan datang.

Sultan Mahzan tergamam. Dia seperti baru diketuk dengan batu. Betul juga kata anaknya. Ini semua kerana hasutan menteri-menteri di situ. Tuan penasihatnya ada bagi idea untuk mempertimbangkan cadangan menteri-menteri disitu.

Namun dia termakan hasutan itu dengan mudah. Sultan Mahzan mengeluh. Mukanya disapu.

" Bu durumda katılıyorum." Sultan Mahzam bersetuju dengan tindakan anaknya.

Aqhili lega mendengar. Akhirnya kerja gila ini terhenti. Hasyara telah menyedarkan mereka tentang pentingnya tempat-tempat bersejarah ini dipelihara. Bukan sahaja untuk orang luar tapi untuk negara sendiri juga. Aqhili tersenyum.

🍎

3 minggu kemudian Mehram berjumpa dengan keluarga Hasya di Malaysia. Rasanya dah lama dia ada dekat Turki. Bila sampai di Malaysia banyak juga yang berubah.

Kini dia berada di depan rumah Hasya. Salam diberi beberapa kali. Kali ke 3 baru pintu rumah terbuka.

Muncul Hasya dimuka pintu.

" Hai cik princess." Mehram mengusik.

Hasya menjuihkan bibir. Dia menjemput Mehram masuk ke dalam. Mehram melihat Baba dan ibu Hasya sedang duduk diruang tamu.

Malulah pula!

" Baba,ibu... Ni kawan Hasya." Hasya memperkenalkan Mehram kepada ibu bapanya.

Mehram menyalam tangan Encik Gulatun.

" Merhaba Uncle." Mehram memulakan bicaranya.

Sengaja dia cakap turki. Manalah tahu Encik Gulatun tak faham. Namun Hasya mencuitnya. Mehram menoleh.

" Ayah saya boleh cakap bahasa melayu." Hasya berbisik.

Mata Mehram membulat. Hish masa jumpa dengan Hasya pun macam tu juga.

" Kenapa kamu datang sini?" Soal Encik Gulatun.

Mehram berdehem untuk menutup gugupnya.

" Saya nak meminang anak Uncle." Mehram menjawab sopan.

Encik Gulatun melihat anak daranya. So inilah konon anak raja yang anaknya nak cari selama ni? Baguslah kalau anak dia sedar yang sangat mustahil untuk jumpa lelaki persis Al Fateh.

" Hasya kamu setuju ke?"  Soal Encik Gulatun.

Hasya melihat Mehram dan Encik Gulatun silih berganti. Setuju ke tidak ya? Hasya memegang dagunya.

" Mestilah Hasya setuju!" Hasya membalas germbira.

  Mehram juga tersenyum lebar. Alhamdullilah dia akan berusaha menjadi Al Fateh Hasya. Walaupun tak sama tapi dia mencuba.

Semoga perkahwinannya ini bawa sampai ke Jannatul Firdausi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro