Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 6

MALLYSA sudah selamat menjadi isteri kepada Akid, maka dengan ini statusnya sudah berubah kepada lebih tinggi. Mungkin selepas ini, akan ada garis yang menghalang kami untuk selalu bertemu. Yalah, Mallysa tentu sahaja sibuk dengan kerjanya, belum kira dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dah menyekat dia supaya jangan terlalu berseronok macam zaman bujang dulu.

Sempat jugalah aku buat drama air mata kerana rasa sebak tidak terhingga. Melihat Puan Suzana menitiskan air mata, aku juga berbuat yang sama. Jelas terlihat betapa bahagia Puan Suzana dan dalam masa yang sama sudah melepaskan anak sulungnya untuk dijaga oleh lelaki yang layak memegang kunci hatinya.

Ya, aku akui aku salah pada mulanya. Sewenang-wenangnya bersangka buruk terhadap orang yang tak bersalah. Entah apa benda yang meracuni fikiranku tempoh hari. Selepas ini, aku mungkin akan rindukan gadis itu dan kuranglah telinga aku menampung bebelannya.

Malam ini, majlis persandingan pula akan dilangsungkan. Jemputan tidak ramai mana pun. Hanya didatangi keluarga terdekat, sanak-saudara dan rakan sekerja. Tidak kurang juga rakan lama Mallysa yang masih berhubung sehingga kini. Ada sebilangan kawan Mallysa yang juga merupakan bekas kawanku. Eloklah kami masih berhubung, boleh juga mengeratkan silaturrahim sesama rakan.

Pelbagai khabar aku dengar dari bibir mereka. Ada yang sudah bernikah dan mempunyai anak, ada yang sedang bertunang atau orang selalu panggil darah manis dan ada juga yang masih belum bertemu jodoh. Alasan mereka, malas mahu mencari sebab diakhirnya akan ditinggalkan.

Betullah itu. Mahu tengok contoh terdekat, akulah orangnya. Huh, selepas ini memang aku tak mahu terpikat dengan mana-mana manusia atau kata mudahnya, yang berjantina lelaki. Biarlah orang panggil aku hati batu ke apa yang penting aku tidak mahu disakiti lagi. Cukuplah banyak derita bila memendam rasa.

Mallysa yang anggun dalam persalinan berwarna kuning cair itu aku tatap dengan hati yang turut sama gembira. Cerialah Mallysa, ceria juga aku untuk gadis itu. Biar berat macam mana pun hati aku ini, memang menjadi hakikat bahawa satu hari nanti aku akan ditinggalkan dan tidak boleh berpaut pada Mallysa selamanya.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Tebal sangat ke mekap si Luna ni?" Mallysa menjeling Luna yang sibuk meratakan lipstik pada bibirnya.

Aku tahan ketawa yang hampir meletus. Tadi, hampir juga pekak telingaku mendengar leterannya yang mengalahkan leteran ibu-ibu. Kata Mallysa, dia geram kerana wajahnya tidak diperlihatkan semasa sesi merias wajah. Itu yang dia bengang semacam. Risau jikalau Luna 'sabotaj' mukanya berubah menjadi versi Maleficent pula.

"Tak ada maknanya aku nak balas dendam dekat kau Allysa walaupun aku tahu aku boleh je buat kalau aku nak. Tapi, tak mahulah buat nangis pengantin takut hilang seri hari pertama kahwin," celoteh Luna lalu ketawa mengekek. Tangannya kini bergerak membawa berus ke wajah Mallysa, mahu meratakan pemerah pipi dengan lebih sempurna.

"Nervous tak tu? Muka rileks semacam je aku tengok." Aku menambah, saja nak buat Mallysa berganda debarnya.

"Cuba nampak muka aku ni... chill gilakan? Kau orang tak tahu dalam ni..." Mallysa menudingkan jari ke dadanya.

"Banyak gila debaran tu! Macam nak lari dari sini je weh."

Serentak itu, aku cubit hujung lengannya.

"Kau jangan buat gila, Ally! Ala, ini cuma persandingan je pun. Tak ada apa yang patut dirisaukan."

"Kau nasihat aku bukan main betul. Kau tunggu kau nikah nanti... aku nak tengok kau risau ke tidak!" Mallysa sengih nakal. Sempat lagi mengembalikan paku buah keras. Dia tahu aku lemah bila menyentuh topik begini.

Saja je nak kenakan aku, kan!

"Seronok tengok Allysa dah kahwin. Lepas ni, turn Ammara bakal menyusul pula ya." Luna tidak kurang sama, sengaja mahu mengusik aku. Dia meletakkan berus ke dalam bekas alat soleknya kemudian mendekati aku.

"Carilah pengganti baru, Ammara. Sampai bila nak seorang diri? Nanti umur dah lanjut, bilanya nak rasa anak tu membesar depan mata? Lagi lambat, lagi rugi tau!"

Aku cuma terdiam mendengar bait bicara Luna. Susah betul kalau mak andam seorang ini dah buka mulut. Macam-macam pernyataan dia nak keluarkan dan tanpa sedar sekaligus membakar hati aku.

Memang salah ke seorang diri? Aku dah lama kut seorang begini tak ada masalah pun! Haish, kalau aku tahu mungkin aku patut berundur dari awal. Hadir ke majlis begini pasti tak lari dari celoteh orang. Lagi-lagi kenalan rapat yang selalu bertanyakan soalan klise seperti,

"Bila nak kahwin?"

Jujurnya, aku tidak kisah jika kekal membujang sampai tua. Aku nak tutup pintu hati aku rapat-rapat supaya tiada seorang pun boleh ceroboh masuk dan akan aku pastikan tiada siapa yang berjaya.

Kerana dari dulu lagi... aku benci dan rasa menyesal bila menyulam cinta.

"Melamun lagi la tu si budak Ammara ni." Serentak dengan itu, aku dapat rasakan bahuku dipukul Mallysa. Spontan, aku mengaduh geram.

"Main pukul-pukul bahu orang, apa kelas!"

Akhirnya, gamat tempat itu dengan tawa kami bertiga.

KERJA aku sebagai pengapit rasanya sudah selesai. Sebelum aku turun dari pentas, sempat Mallysa dan Akid menegur perubahan yang terpampang pada raut wajahku. Mereka kata, wajah aku kelihatan agak pucat dan tidak bermaya. Aku disuruh untuk pergi mengambil makanan tapi aku tolak sebab malas mahu makan.

Aku tiada selera.

Aku penat berfikir benda yang sama, berkaitan tadi. Cubaan Mallysa dan Luna untuk memujukku mencari pasangan tidak berjaya, kini datang lagi 'anasir' yang sengaja mahu cucuk jarum. Tak tahu apa motif dia dengan pelawaan tersebut. Mati hidup semula pun aku tak akan setuju.

Sebenarnya, aku tak marah pun kalau orang datang dekat aku untuk berborak atau apa. Tapi bila sekali dia menyentuh satu isu itu, aku sendiri jadi panas. Tinggal tunggu masa nak meletup sahaja tetapi aku tahan dengan mulut cili dia sebab aku hormat jurang umur antara kami. Dia lebih tua dan mestilah aku kena mengalah.

Aku mendengus kuat tanpa sedar.

Geram teramat sangat. Ada ke makcik itu cakap aku tak mahu kahwin sebab tak laku? Dan lagi teruk ayat yang dia lempar, boleh dia kata aku dah tak ada kesucian lagi.

How the hell was that.

"Muka tertelan asam kelubi sungguh. Pucat sangat kut tadi. Makanlah untuk isi perut."

Lamunan aku menghilang di saat telingaku menangkap satu bunyi pinggan yang diletakkan di hadapanku. Terkebil-kebil aku pandang wajah Ezzat yang selamba melabuhkan duduk di sebelah aku.

"Kau nak apa datang sini? Pergi main jauh-jauh!" Aku cuba menghalaunya tetapi sedikit pun dia tidak peduli sebaliknya dia ukir satu senyuman yang tak dapat aku tafsirkan.

"Kenapa moody aje ni, hmm? Sindrom bulanan perempuan ek?"

Telahannya tepat dan aku tak menyangka wajah aku jadi panas. Aku putarkan bebola mata ke atas kemudian mengalihkan kepala ke sebelah kiri. Malas nak pandang muka dia yang sedang tersengih tiba-tiba itu!

"Ammara Sakura..."

"Dari mana kau tahu nama aku ya?" Aku potong ayatnya tanpa sempat dia habiskan. Rasa sensitif tatkala telinga dapat menangkap orang menyebut nama sendiri. Apapun, terima kasih kepada ibu sebab berikan nama indah ini kepadaku.

"Banyak kali aku dengar orang sebut nama kau, mustahillah aku boleh lupa. Kawan kau pun selalu sebut, mestilah aku ingat."

Aku menganggukkan kepala. Malas mahu memberi komen lebih lanjut.

"Aku perhati je muka kau dari atas tadi. Pucat! Kau tak makan ke tengah hari tadi?" Soalannya membuatkan aku kembali mengalihkan mata kepadanya. Kuat membebel macam orang tua.

"Kenapa sibuk hal aku? Biarlah aku dah makan ke, belum makan ke..." Aku buat keras kepala. Suka sangat ambil tahu pasal aku dah kenapa? Ezzat ini memang spesies manusia tiada kerja lain ke? Bukan ke dia ni spesies malas ambil kisah?

"Elok sangat la menyombong bila orang dah bagi pertolongan. Kalau kau pengsan tadi, aku rasa majlis Akid dengan Allysa boleh jadi viral sebab ada seorang perempuan ni tak reti jaga diri sendiri." Ezzat lontarkan ayat paling sinikal yang pernah aku dengar sepanjang aku hidup.

"Cuba bayangkan kalau petugas hospital datang bawa stretcher, tak pasal-pasal kau dah kena seret masuk..." Dia mahu menyambung tetapi aku terlebih dahulu mencantas.

"Kau merepek apa ni? Aku tak faham dan tak nak dengar cerita kau. Full stop." Seiring dengan ayat itu, aku berdecit sedikit. Adoilah, waktu ini pula Ezzat nak buka falsafahnya. Aku rela berundur awal-awal.

"Tak nak faham pun tak apa, yang penting aku nak kau isi perut kau dulu. Aku tahu kau tak makan dari tadi." Ezzat mendekatkan kerusinya rapat ke arahku. Kemudian, pinggan itu ditarik ke hadapan sedikit.

Sempat aku jeling nasi berlauk yang ada di dalam pinggan. Walaupun aku tak lalu nak makan, tipulah kalau liurku tidak kecur melihatnya. Sudahlah semua lauk-pauk yang dihidangkan ini, hasil masakan Puan Suzana bersama bantuan adik beradiknya yang lain. Aroma dari hidangan itu kian menyusup masuk ke dalam rongga hidung.

"I don't take your order dan aku tak ada selera nak makan! Tolong jangan paksa aku untuk ma..." Belum sempat aku mahu noktahkan ayat terakhir, mulutku spontan menerima suapan dari Ezzat. Dalam kunyahan itu, aku masih rasa tak puas hati. Ada ke dia paksa aku makan begini?

"Tak reti malu ke orang tengok bila buat perangai tak senonoh macam ni?" Aku menyembur Ezzat tetapi lelaki itu nampaknya buat tidak peduli dan hanya bersikap selamba.

"Dah tak ada cara lain nak tutup mulut kau. Suap aje pun, bukan buat benda lain." Dia menjawab mudah. Aku lihat, Ezzat menyuakan sudu itu ke bibirku dan aku menggeleng.

"Aku ada tangan untuk makan sendiri, Ezzat. Please... jangan suap aku. Malulah, nanti apa kata makcik tu," tolak aku perlahan sambil mata pandang kiri dan kanan. Berharap agar figura itu tidak memerhatikan sketsaku di sini.

Aku tak nak kena semburan makcik itu untuk kali kedua. Haru dibuatnya!

"Makcik mana pula nak kata ni? Sebelum dia nak kata itu ini, kau habiskan dulu makanan tu. Aku nak pergi ambil air. Nanti aku datang semula."

Tak datang semula pun tak apa, Ezzat. Aku lagi suka. Malangnya, hanya itu sahaja hati aku mampu berkata bersama mata yang dilarikan ke arah kelibatnya yang sudah menghilang. Aku mengeluh perlahan. Takut kalau ada mata-mata yang melihat walaupun tiada apa yang patut aku risaukan sebenarnya.

Takut buat apa, Ammara Sakura? Kau bukannya artis. Mungkin kuat sangat aura hitam makcik itu menghantui aku.

"Woi! Berangan nak kahwin ke Ammara?"

Hampir saja jantung aku nak tercabut dengan kehadiran yang tak diundang itu. Mallysa menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelahku. Akid juga berbuat yang sama. Bezanya, dia duduk di sebelah tempat yang diduduki Ezzat tadi.

"Pengantin tak ada kerja ke nak lepak dekat sini? Nanti tetamu cari macam mana?" tanya aku sambil tersengih. Saja nak usik Mallysa dengan Akid. Masing-masing sudah tersenyum ceria.

"Santai. Kami berdua nak duduk sambil borak sekejap dengan kau. Kesian pula aku tengok muka kau macam tengah tunggu jodoh tak sampai lagi," balas Mallysa selamba.

Sengihanku langsung mati. Mallysa ini, ada sahaja idea dia nak kenakan aku. Dahlah depan Akid pula tu!

"Betul tu, sweetheart. Mana jodoh Ammara ni tak sampai lagi? Lama betul perginya." Akid sama menyelit sebab dah kamceng dengan Mallysa dari awal.

Aku mencebik bila mereka berdua sengaja nak kenakan aku. Tapi, mataku sempat melihat tangan mereka dah bersulam rapi. Sehati sejiwa dan romantik sangat!

"Itulah tu. Eh, kau cakap hari tu kau nak cari pekerjaan? Dah jumpa ke belum kerjanya, Ammara?" Mallysa mengubah topik lain. Seluruh fokusnya ditetapkan pada aku, menanti jawapan.

Aku menggelengkan kepala.

"Tak dapat lagi. Ada permohonan yang kena tolak. Malas la aku, cuma redha je sebab tak ada rezeki." Aku menjawab ringkas lalu tersenyum kecil. Tak mahu terlalu berharap nanti yang sakitnya hati aku juga. Mungkin aku kena beralih arah tapi aku belum fikir apa yang patut aku buat.

"Kerja? Siapa nak cari kerja?" celah Ezzat yang tiba-tiba hadir bersama dua gelas air sirap. Dia kemudiannya melabuhkan duduk di sebelah Akid selepas menghulurkan segelas air kepadaku.

"Ammara tak dapat kerja. Dia ini memang sejenis tak boleh duduk diam dekat rumah. Kalau Allysa tak push dia, tak ada maknanya dia nak buka langkah." Mallysa dengan baik hati tolong jawabkan untuk aku. Tersengih-sengih dia pandang Ezzat.

Amboi, ada niat nak pasang baru ke?

"Oh, macam tu! Kebetulan, kafe tempat Ezzat kerja... ada cari seorang pekerja dan nampaknya ini memang rezeki Ammara."

Balasan Ezzat membuatkan aku melopong tak percaya. Maknanya, sinar untuk aku bekerja di kafe kembali cerah walaupun aku tidak tahu masa hadapan nanti bagaimana.

Tetapi, memberi kata setuju bermakna aku akan bertemu Ezzat lagi. Aku tak mahu dekat dengannya tetapi aku terdesak nak cari kerja. Sungguh, aku benci rasa dilema.

***

Agak agak apa keputusan Ammara? 🤔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro