TSS 5
AKU tergemap mendengar suara yang menegur. Suara garau yang aku tidak pasti berlapiskan kemarahan atau sebaliknya. Tetapi yang aku tahu...
Wajah aku mulai memanas.
"Aku tengah cakap dengan jembalang tanah ke? I said, jauhkan tangan kau dari tangan aku," ulangnya dalam nada berbisik. Bimbang didengari oleh orang lain. Matanya kekal menatap aku dengan renungan yang sukar ditafsirkan.
"Maaf, tak sengaja!" Segera aku meminta maaf lalu menarik tangan kananku. Aduh, buat malu diri sendiri sahaja. Aku pun tidak tahu macam mana tanganku boleh terpegang tangannya. Lagipun, aku dulu yang dapat dan pegang buku itu. Bukan dia!
"Jadi buku ni..."
Jeda. Perpustakaan Suria semakin dicengkam sepi saat mataku berlawan renungan dengannya. Masing-masing tak mahu mengalah.
Well, aku tak kisah sebab perempuankan sentiasa menang.
"Aku yang pegang dulu."
"No, I was the one! Aku datang lagi awal dari kau tau tak?" Aku dapat menangkap jelingan padu yang dilempar ke arahku. Peduli apa aku kalau dia nak marah. Yang penting, aku lebih awal darinya.
"Aku lagi awal dari kau sebab dari tadi aku duduk sini je. Dah, kau pergi blah cari buku lain. Tak kira, aku nak baca buku ni jugak!" Aku buat muka sambil menghalaunya dengan cara paling 'terhormat'. Rasa tak puas hati dengan manusia berhadapan aku biarpun rak buku menjadi pemisah antara kami. Melalui celahan lubang, aku dapat lihat matanya disepetkan rapat.
Boleh nampak ke tu?
"Kenal aku lagi tak?" Dia bertanya, sekaligus menukar topik lain. Dia cuma mengalah bila aku tunjuk keras kepala dengan memeluk buku rapat ke dada. Heh, beranilah rampas buku dari aku, dapat makan penumbuk percuma saja.
"Tak ada kepentingan untuk aku cari tahu siapa kau. Misal katalah kita memang tak pernah kenal, maaflah! Aku malas nak kenal dengan orang baru. Semuanya menyusahkan!" Ayat itu aku akhiri dengan berpeluk tubuh. Tak ada masa aku nak melayan semua ini.
Elok aku nak angkat kaki bersama buku di tangan kanan, kakiku kembali terhenti bila tangannya memegang buku dengan kuat. Impak daripada itu, badanku terundur sedikit di belakang.
"Kau betul-betul yakin ke selama ni kita tak pernah kenal walaupun..." Bicara si dia terhenti buat sesaat sebelum badanku tegak bak patung manikin. Dia mendekat ke arah aku, dengan langsung merapatkan jarak antara kami.
"Cuma sehari je?" sambungnya sambil tersenyum senget. Renungan yang satu itu buat aku ketap bibir serapatnya. Tak faham dengan maksud lelaki ini. Apa yang dia ingin sampaikan sebenarnya? Satu lagi, perlu ke dia jadi klon Mallysa yang suka cakap bersimpang-siur? Aduhai, sabar sajalah, Ammara!
"Aku tak faham." Aku berkata jujur. Dalam masa yang sama, aku mahu pendekkan masa berbicara dengannya. Aku rasa lemas dalam renungan itu. Aku tak selesa bila duduk dekat dengannya. Dan, aku masih tidak mengerti kenapa mataku boleh terpaku pada sepasang mata hitam pekatnya yang sedikit sepet itu.
Yang aku tahu, ada cahaya indah yang bersinar dalam pupil yang mengembang itu. Cantiknya.
"How about..." Nada suaranya meleret sambil tangan yang masih memegang erat buku aku tadi, masih kekal bersatu sekaligus mematikan langkah aku untuk melarikan diri.
Dan aku dapat rasakan bahawa nafas aku tersekat. Kalau aku lari, bermakna aku kena rempuh tubuhnya walaupun aku tahu peratusan itu mungkin cuma 0.001 peratus sahaja. Persoalannya, berani ke aku buat begitu?
"Kau nak apa? Kalau tak ada benda penting yang kau nak cakap, back off." Aku memberinya amaran. Tidak betah dengan keadaan berdiri begini dengan tubuh yang bersandar pada dinding. Apa dia ingat ini drama yang selalu ditayangkan di kaca televisyen setiap malam?
Aku berdecit. Mata aku melingas ke arah sekeliling tetapi apa yang aku cari tetap tidak jumpa. Dasar minah berjanji palsu punya Mallysa. Tadi cakap tak lama namun sekarang batang hidung pun tak kembali.
"Pen aku mana? Bak balik sini." Dia yang sedari tadi menatapku, kembali bersuara. Tangannya dihulur ke arah aku bagaikan seorang penagih hutang yang menunggu duit diberikan.
"Pen? Sejak bila pen..." Bibit ayatku tersekat di hujung rengkung apabila kotak fikiran kembali memutarkan sesuatu yang buat bibir aku melopong sebentar.
Ah, aku dah ingat! Dia inilah lelaki yang selamatkan aku dari dibunuh lelaki rambang beberapa hari lepas. Dia juga yang memberi aku sebatang pen yang terukir namanya sendiri. Pelik bukan? Jarang orang mahu memberi barang kepunyaannya kepada orang lain. Apatah lagi, orang lain itu aku yang sudah terang lagi bersuluh cuma orang luar.
"Oh, ingatkan dah hilang ingatan." Sindiran Ezzat mengembalikan aku ke alam nyata.
Aku mendongak, menatapnya tajam. Sempat menyindir aku pula!
"Suka hati kaulah. Kalau kau tak nak blah, biar aku yang blah sebab setahu aku, kita tak pernah menjalinkan sebarang urusan perniagaan." Aku berura-ura untuk membuka langkah tetapi ditahan oleh sepasang tangannya. Semerta, keluhan kecilku terlepas dari bibir.
"Nak apa lagi?" Aku menyoal malas.
"Easy. Aku cuma nak tahu nama kau je." Ezzat senyum kemenangan apabila melihat bebola mataku mulai membesar. Tidak kurang dari itu, tangannya lebih laju bertindak dengan merampas buku yang aku pegang.
"Hei, buku aku!" Hormon aku dah mulai menggelegak panas, menunggu masa untuk menyebarkan lahar. Aku tak tahu kenapa aku rasa marah hanya kerana sebuah buku sedangkan selama ini, nak buka buku resepi seperti itu pun aku malas.
Huh, memang padanlah pekerja kafe Wen kutuk aku pemalas! Bagus, Ammara!
"Kau nak baca ke buku ni? Hmm... well let's see apa yang terkandung dalam buku ni. Macam seronok." Ezzat menyelak-nyelak helaian buku sederhana tebal itu dengan kening yang terjongket ke atas. Sesekali, dia tersenyum sendiri dalam keadaan menelaah buku sambil berdiri.
Wajahku kian berubah mendung. Aku rasa mood aku sudah berlari jauh, sama jauh dengan mentalku yang dicarik-carik dengan kejam.
"Pastry Love." Ezzat menyebut patah perkataan itu dengan sengihan. Tajuk sebenar buku.
Aku berpeluk tubuh. Jam yang melilit pergelangan tangan aku kerling sekilas. Masa seakan berjalan dengan begitu perlahan dan mencemburui diri aku di sini. Masa begitu lambat berdetik seakan mahu aku berada dengannya lebih lama.
Oh, kenapa aku rasa macam bodoh sangat berdiri seperti tunggul kayu?
"Suka pastri?" Buku ditutup dan kemudian, matanya kembali terangkat merenungku.
"Tak suka." Aku menggelengkan kepala tanpa memandangnya. Sebenarnya aku malas mahu menjawab jujur. Buat masa ini, sumpah aku nak ketuk kepala Mallysa kuat-kuat. Sudah 10 minit aku tahan rasa hati yang mahu melebur hanya kerana lelaki itu.
"Okey." Kepala Ezzat kembali tunduk. Lama matanya terhenti di bahagian belakang kulit buku. Ralit membaca barisan-barisan ayat yang dipanggil blurb.
"Kau nak aku tunggu dekat sini berapa lama? Sebulan? Setahun?" Hati aku semakin mendongkol geram bila dia kembali menyambung pembacaan.
"Selama-lamanya pun okey kalau kau setia."
Aku kejur di tempat yang aku berdiri mendengar balasan selambanya. Aku tak faham dengan apa yang Ezzat cuba kaitkan sebenarnya tapi...
Kenapa mesti sebut pasal kesetiaan?
"AS stands for what?" Kali ini, mata Ezzat menatap penuh wajah aku yang terkejut dengan pertanyaannya.
"Kau tengok apa..." Menyedari matanya bukan terhala pada wajahku tetapi pada pangkal leher sehingga dada membuatkan ketapan aku sedikit kuat. Tak tahu malu ke renung begitu?
"Apa maksud AS?" Dia tidak berhenti bertanya dan mengulang patah yang sama tetapi aku lihat anak matanya kembali dilarikan menatapku, meminta pengertian.
"Itu gabungan nama aku," jawabku perlahan. Tanpa sedar, tangan kanan sudah bergerak menyentuh loket bunga yang menghiasi leher. Arwah ibu kumpul duit untuk memberikan aku loket ini. Satu-satunya hadiah terakhir yang dapat aku jaga seeloknya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
"Loket bunga tu cantik. Yang beli loket ni, mesti dia sangat istimewakan?"
"Sangat istimewa walaupun jasadnya dah tak ada tapi kehadirannya sentiasa ada... dekat sini." Aku menggenggam tangan dengan erat kemudian merapatkannya ke dada.
Ibu... satu-satunya permaisuri hati dan syurga yang takkan pernah aku lupa.
"TERMENUNG ke berangan tu?"
Aku tersentak mendengar suara yang menegur. Kepala aku panggungkan ke arahnya dengan juihan bibir, tanda sebal. Tapi aku terlebih sebal dengan diri sendiri sebenarnya sampaikan aku rasa aku nak belasah wajah yang tersengih sinis itu. Nampak sangat perli aku yang ralit dengan lamunan tadi.
Kalau tidak kerana dipaksa Mallysa, mungkin aku tidak akan menjejakkan kaki ke butik pengantin ini dan mungkin juga takdir takkan membawa aku berjumpa lelaki ini.
Siapa?
Siapa lagi kalau bukan Ezzat. Aku tak tahu untuk apa dia ada di tempat yang sama. Tapi fikiranku mula berfikir, mungkin dia pun bakal berkahwin dan memilih butik yang sama dengan pilihan Mallysa kerana kata Mallysa, butik ini memang sangat terlihat istimewa. Kalau lihat dari luar sahaja dah buat bibir terpegun.
Keluar dari kereta, aku terpaksa melangkah beriringan dengan Ezzat. Yang dia ini pun satu hal, kenapa tak ajak bakal isteri berjalan sekali? Kalau bakal isterinya jenis wanita diva, mahu hancur muka aku dibaling dengan beg berjenama Louis Vuitton yang mencecah ribuan ringgit. Itu belum lagi dengan campur tangan mak mertua yang singa.
Fuh, jauh betul aku berfikir!
Aku mahu tolak pintu butik itu tapi tangan Ezzat lebih pantas mendahului gaya lelaki material. Aku mengatur langkah dan dia membuntuti aku dari belakang. Gaya seperti ada bodyguard pula.
"Selamat datang ke Sofia's Bridal." Pekerja yang bertag nama Suhana itu tersenyum manis sambil menyambut kedatangan kami berdua. Pelik, aku atau Mallysa yang nak kahwin sebenarnya?
Sudahlah kehadiran gadis itu tak muncul dari tadi. Gamaknya suka tinggalkan aku keseorangan.
"Lambat betul kau ni, ingatkan nak melamun sampai esok pagi. Mesti seronok ada orang tolong kejutkan dari lamunan indah." Bertemu Mallysa yang sedang tergelak kecil, aku dah biasa disambut dengan ayat perliannya. Dia suka sangat kenakan aku. Aku nak kenakan dia tapi sampai sekarang takdir masih belum menyebelahi.
Kau tunggu, Ally!
"Kenapa tak tunggu aku? Kau tahu tak, aku terkejut orang lain yang muncul. At least kau tampar aje pipi aku biar balik dunia realiti." Aku berbisik kepada Mallysa namun gadis itu semakin menarik sengihan lebar.
Minah ini, jangan sampai aku pang karang!
"Kalau tampar nanti jadi macam watak antagonis pulak. Biarlah, ada orang tu tawarkan diri nak kejut kau dengan penuh kasih sayang."
Aku kawal riak wajah macam nak muntah. Aku tak lihat bagaimana reaksi Ezzat. Entah-entah lelaki itu pun nak muntah sama mendengar penerangan Mallysa yang boleh dimasukkan ke dalam kategori 'menjijikkan'.
Sibuk nak kejutkan aku sedangkan dia mungkin tidak perasan kalau bakal isteri dia tengah menghendap aku. Sia-sia saja 26 tahun hidup kalau dituduh sebagai perampas terhandal.
"Hah, kau nak kenal tak dengan bakal suami aku? Nama dia Akid. Tu dia dah sampai." Mallysa setia berbisik di sebelahku sambil mata melihat Akid dan Ezzat sudah rancak mengambil tempat duduk dan berbual.
Setelah itu, Mallysa tarik aku berjumpa tuan punya butik. Dia sengaja membiarkan dua sahabat itu berborak sementara kami bertemu Sofia Maizura.
"Ini... baju nikah Allysa. Warna putih gading dengan bahagian hujung baju ada sulaman lace yang Allysa nak. Pergi cuba dulu. Nanti kalau ada yang tak okey kita boleh cuba alter." Sofia datang bersama sepersalinan baju nikah di tangannya. Mallysa ditolak masuk ke dalam ruangan fitting room, meninggalkan aku bersama Sofia di sisi.
"Ammara Sakura... cantik betul nama awak. Allysa ada cakap tak yang awak dan Ezzat akan jadi pengapit diorang masa majlis sanding nanti?"
Soalan Sofia serta-merta menyekat sel-sel otak aku untuk berhubung dengan lebih lanjut.
Menjadi pengapit Mallysa, aku boleh terima lagi tetapi bila menyentuh berkaitan Ezzat, aku mulai rasa tidak senang hati. Bermakna, aku mungkin akan jumpa dia lagi di hari nikah dan persandingan Mallysa dan Akid.
Oh, ini sungguh bala buat aku!
Dahlah sama-sama jadi pengapit. Mahu tak cukup oksigen aku kalau bakal isterinya nampak. Habislah kalau kena cekik depan majlis.
"Ammara... janganlah berangan! Saya tengah cakap dengan awak ni..." Sofia menggoyangkan tangannya di hadapanku. Bimbang bila aku tak beri reaksi. Aku pun tak pasti macam mana dia tahu nama aku. Agaknya dari mulut Mallysa sendiri.
Ya, sebab aku terkejut dengan fakta tadi. Mallysa ni memang suka simpan rahsia. Bukan nak beritahu aku dulu. Nasib tak terkena serangan jantung.
"Ammara baru tahu pasal benda ni. Ally memang nak kena." Aku menjuihkan bibir.
Sofia tertawa melihat tingkahku. Melihat dari wajah Sofia, sempat aku memuji kecantikannya. Wajahnya berseri-seri tanpa dapat dikawal. Saat mataku tertala pada perutnya yang sedikit memboyot, aku tersenyum kecil.
"Sofia dah berapa bulan?"
"Baru lapan bulan, Ammara. Sempatlah buat kerja dekat butik sebelum perut meletup." Usai menghabiskan ayat, Sofia ketawa untuk kesekian kalinya. Aku turut sama ketawa melihatnya.
Seronoknya kalau aku dapat rasa bahagia begini walaupun cuma dalam anganan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro