Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 32

BUKA sahaja mata, mata aku berubah mengecil. Cahaya lampu kalimantang yang menyusup ke dalam kornea, membuatkan aku berkali-kali mengelipkan mata.

Terangnya!

Sekarang dah malam ke?

Berapa lama aku terlelap?

Dahi aku berkerut. Lembutnya tilam ini. Aku tidak pasti di mana aku berada sekarang, namun yang pasti fabrik ini menjadi punca kantuk aku tenggelam lebih dalam.

Aku menguap. Kepala aku terteleng ke sisi. Melihatkan suatu item, tangan aku terus menjangkau ke arah telefon yang entah macam mana boleh terletak elok di situ.

Aku ketawa kecil setelah menyedari aku tidak mampu menghidupkan peranti itu. Aku tak perasan pun bateri telefon aku habis!

Kebetulan ada jam yang tergantung di dinding. Mata aku terus membulat saat menyedari jarum jam hampir menjangkau ke angka empat.

"Ya Allah, aku belum solat lagi!" Tergesa-gesa aku bangun untuk mengambil wuduk.

Pulasnya aku tidur. Kenapa tak ada orang yang kejutkan aku?

Usai menunaikan solat dan berdoa, barulah minda aku kembali memproses keadaan ketika ini. Segenap ruangan bilik itu aku teliti. Rekaannya lain, berbeza dengan rumah mama sebelum ini.

Baru aku sedar yang aku tidak berada di bilik lama aku. Jika tidak silapku, aku dah pindah rumah. Persoalannya, mana Ezzat?

Aku melangkah gontai ke arah pintu. Tangan aku memulas tombol. Buka sahaja pintu, hampir aku terloncat melihat Ezzat betul-betul ada di hadapan mata aku.

Kus semangat!

"Aku baru nak kejut kau bangun. Kau belum makan lagi. Dari pagi, kan?"

Aku tak membalas. Tangan aku spontan singgah di perut. Aku mengaduh sakit saat perut aku tiba-tiba terasa memulas. Lembik terus kaki ini mahu berdiri. Hampir saja aku jatuh menyembah bumi.

Tak buang masa, Ezzat meluru ke arah aku. Badan aku ditarik rapat kepadanya. Lengan kiri aku automatik dibawa ke belakang lehernya. Perlahan-lahan, lelaki itu memapah aku berjalan.

Dahi aku berkerut.

Peluh mencengkam kedinginan tubuh dan telapak tangan. Menyedari ada satu tangan yang menjalar di pinggang, semerta liur yang kutelan terasa tersekat menuruni rengkung.

Aku tidak dapat menikmati hiasan dalaman di rumah ini dek sakit perut yang hadir tanpa memberi salam. Terasa pening-pening lalat, sukarnya bagi aku memproses semuanya.

"Kenapa kau nak seksa diri kau sendiri? Aku suruh kau jangan skip makan, kan?  Dah kenapa kau buat lagi? Macam budak-budak!" Ezzat marah aku. Bibirnya penuh melontar bebelan padaku.

"Tak payah pura-pura jadi hero, tak nak sarapan pagi. Ingat perut 'awak' tu kuat sangat ke tahan kalau tak ada alas apa-apa? Kau lupa ke ada gastrik?" Lagi, dia bom aku.

Semua itu tepat mengena batang hidung aku. Tetapi masalahnya, bukan aku sengaja! Manalah aku tahu Eirman cari pasal dengan aku sampai aku lupa nak makan. Tak cukup dengan itu, tanpa angin dan ribut, tahu-tahu Ezzat nak bawa aku pindah.

Ni semua bukan salah aku, okey!

Aku cuba menolak tangan Ezzat dari memberikan bantuan dan memapah aku, namun dia terlebih dahulu menangkis tindakan itu. Sebaliknya, tangannya di pinggangku dikemaskan. Bibir Ezzat melebar satu senyuman.

Senyumannya tak memungkinkan aku berkata-kata. Mulutku terus terkatup tanpa sebarang bicara.

Dia nak tolong aku ke atau nak ambil kesempatan sebenarnya? Aku tak tahu pula dapur ni jauh! Aku tengah kritikal, lagi dilambatkan pula papahannya. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku.

Aku menolak lagi. Kali ini masih tak berjaya.

"Degil sangat ni kenapa? Orang nak tolong, kan?"

Bersama wajah keruh, aku menggeleng. Aku tak perlukan kepura-puraannya, mahupun keprihatinannya sama sekali. Selagi aku masih mempunyai kudrat, aku tak akan menyusahkan dia.

"Tak payahlah bantu kalau rasa terpaksa. Aku masih boleh jalan..." bantah aku.

"Aik? Pernah ke aku cakap aku terpaksa tolong kau? Tak pernah, kan?" Ezzat membidas aku. Sedikit pun dia tak lepaskan pegangannya daripada aku. Hingga kami tiba di dapur, dia dudukkan aku di atas kerusi.

Selepas itu, aku tak pasti ke mana dia menghilang. Kepala aku tertunduk sakit. Sesungguhnya, menahan pedih di perut memang tiada taranya! Rasa yang mencucuk-cucuk itu membuatkan nafas aku jadi mengah. Sebelah tangan aku mencengkam permukaan meja kayu dalam tidak sedar.

Kurang daripada dua minit, kehadiran Ezzat seakan memberikan 'sinar baharu' untuk aku terus hidup. Dia datang dengan membawa sepinggan nasi yang penuh dengan lauk. Hidung aku dapat menangkap bauan yang enak.

Bebola mata aku bersinar kala dia meletakkan pinggan itu di atas meja makan. Sejak bila dia masak? Waktu aku tidur tadi ke? Sempat mindaku berteka-teki.

Kemudian mata aku jatuh pada lauk yang kelihatan menyelerakan. Aku tahu bau apa yang wangi tadi. Itu tomyam campur yang mama bekalkan pada kami. Kata mama, tomyam itu dia buat khas untuk aku supaya aku tidak melupakannya. Sampai begitu sekali kasih sayangnya yang tidak berbelah-bahagi pada aku.

Mama, mama...

"Lauk ni jiran sebelah bagi, campur dengan lauk mama dekat rumah tadi." Tanpa dipinta, Ezzat menjelaskan apa yang membelit pemikiran aku.

"Jiran sebelah? Siapa jiran sebelah kita?"

"Ya, kita kan baru pindah hari ni. Eh, sejak bila kau banyak tanya ni? Baru tadi kau marahkan aku?" Soalan berbalas soalan.

"Sejak kau selalu berahsia dengan aku. Setiap masa," ujar aku bersahaja. Tanpa menghiraukan Ezzat yang terkedu, aku sambar sudu dan terus menggaul nasi.

Tak kupedulikan riak wajahnya yang berubah walaupun aku tahu dia dapat dengari dengan jelas bicara ini.

"Sakura." Dia panggil nama aku. Ada riak tidak puas hati yang tergambar di wajahnya pada saat itu.

Titik fokus aku tetapkan hanya pada makanan yang terhidang di hadapan mata. Nada suara Ezzat tertahan seperti mahu mengatakan sesuatu. Pun begitu, dia masih mengunci mulut.

"You dare me to trust you. Bila aku dah cuba percayakan kau, kau sorokkan semuanya daripada aku. Your anger... And your emotions! I'm not your child doll, Ezzat. Kenapa bila aku tanya, kau tak jawab pun apa-apa?"

"Kau buat macam aku ini tak ada hati," luah aku, pedih. Seiring dengan ayat itu, tangan aku mengetuk dada.

Kunyahan terhenti. Nasi aku tidak luak banyak. Sudu aku letak perlahan ke atas pinggan.

Ezzat terdiam. Sorotan matanya terhenti dia tampang wajah ini.

Kami bertentang mata. Dalam mata ini, terpancar satu sinar kesayuan yang buatkan hatiku serasa diguris lagi dengan kata-katanya.

"Kau tak perlu tahu."

Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa yang kau cuba selindungkan dari pengetahuan aku?

"Aku ada hak untuk tahu, Ezzat," balas aku.

"Hak?"

"I'm your best friend."

Sekonyong-konyong, Ezzat ketawa. Tawa itu membias sinar terluka di lautan matanya. Kedua belah tangannya bersilang ke dada. Mata itu tak lari dari merenung aku. Lama kami bersabung pandangan.

"That's so funny of you. Really funny to aware that you only think that I'm just your only best friend?"

Dahi aku berkerut sedikit. Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ezzat.

"Don't you aware of it? Yes, you won't." Nada suara itu kelihatan berjauh hati. Seraut wajah itu menghantar renungan yang sukar ditafsirkan.

Aku menggali nafas dalam-dalam.

"Out of sudden, kau tiba-tiba berubah. Semua yang kau buat... Mengelirukan aku. Setiap kali kau tunjukkan kekecewaan kau pada aku, kau buatkan hati aku lagi berganda kecewa dengan kau. Sebab apa, Ezzat?"

Sepi.

Hanya mata kami saja yang saling bersabung pandang buat masa ini. Pabila masing-masing menoktahkan rasa yang tak pernah selari dengan jiwa ini.

"You are the one who never understands me. You are way selfish than I am. And you..."

Bibir lelaki itu membeku di bawah bayu. Peliknya, Ezzat hanya membiarkan aku meneruskan bicara. Sedari tadi, dia membiarkan aku tenggelam di dalam renungan kacanya.

Aku lihat bibirnya hampir terbuka bagi berkata-kata, namun tidak ada satu patah yang meletus dari bibir itu. Dia cuma membiarkan aku melepas rasa.

"Perlu ke kau pilih untuk berkahwin dengan perempuan sembarangan kalau kau masih tak nampak sinar untuk semua ini? Perempuan yang kau tak kenal siapa dia sebenarnya?"

Selera aku memang sudah mati di saat ini.

Perbincangan aku dan Ezzat tak pernah menemui jalan pulang. Hingga hati aku sendiri yang membengkak dipayungi rasa kecewa.

Kenapa harusnya aku yang memendam rasa?

Kenapa harusnya aku yang menelan semuanya?

Hatiku kian runtuh dengan saratan emosi yang menderu. Seakan lelah untuk aku teruskan sesuatu yang tak mungkin.

Aku tak rasa semuanya akan berjaya. Aku tak rasa aku punya keyakinan tinggi seperti dahulu.

Tak kupedulikan keadaan perut aku. Perlahan-lahan aku bangkit dari duduk tetapi pergelangan tangan aku pantas dilelar olehnya.

Anak mata ini jatuh pada pegangan itu.

"Kau bukan perempuan sembarangan."

Dan, mata aku ternaik... Automatik terhenti pada wajahnya.

"And for you information, perempuan yang aku rasa aku tak kenal dia sebenarnya adalah perempuan yang paling aku cari selama ini. You know why?"

Aku... Tak percaya aku adalah wanita yang Ezzat cari. Aku tak rasa wanita itu adalah aku. Mana mungkin Ezzat cari aku. Adalah mungkin jika mata Ezzat salah menilai. Ataupun wanita yang dicari itu orang lain... Dan bukannya aku.

Seperti... Wirdani.

"Frantically, I don't really know who are you, and so do you. Aku tak tahu kenapa kau tahu banyak benda tentang kisah hidup aku sedangkan kewujudan kau dulu, aku tak pernah tahu pun," balas aku sebelum aku cuba meleraikan genggamannya di tanganku.

Namun, mengenali Ezzat, dia tak mungkin mahu lepaskan tangan ini. Berkongsi hidup dengannya, sedikit sebanyak aku tahu perilakunya itu.

Aku mengeluh. Berat nafas ini berhembus.

"That's why... Kau tak kisah fasal aku pun. The naked truth is... You never know that I've known you since I was fourteen."

Aku terpempan mendengar penjelasan daripada Ezzat. Kotak fikiran aku kini meletuskan tanda tanya.

Wait...

Ezzat cakap dia kenal aku sejak dia berumur empat belas tahun.

Memori itu membawa semula aku pada suatu masa dahulu...

"How do you even know me when you were only fourteen? No, Ezzat. No way..."
Aku tidak percaya. Dada aku dihambat debaran yang aku tidak pasti mengapa.

Tak mungkin. Tak mungkin Ezzat ada semasa..

"Pusara ibu kau dan ayah aku terletak di satu kawasan yang sama," jawab Ezzat. Dia menarik tangan ini, menyuruh aku kembali duduk.

"Ingat tak, budak yang kau pernah tengking dekat kubur arwah ibu kau dulu? Itu aku." Dia menambah. Di hujung ayatnya, bibir Ezzat melebar dengan satu senyuman.

Aku terpanar. Kaku dan langsung tak bergerak. Aku tak menjangka kenyataan yang meluncur laju dari bibir Ezzat.

"Seorang budak lelaki yang sengaja mencari masalah. Kononnya nak membantu tapi akhirnya dapat cetus kemarahan orang lain," sambung Ezzat lagi. Dia tidak memandang wajah aku sebaliknya matanya jatuh pada meja di hadapan aku.

Ezzat termenung.

Dan tanpa dipinta, mengapa aku dapat rasakan dia seperti menyimpan satu perasaan yang tidak pernah aku selami?

Kerana sikap akukah yang membawa kelukaan dan kebekuan pada dirinya kini?

Tetapi, bukan dia seorang yang terluka. Hendak dikata, aku pun terluka sama.

Ammara Sakura yang dahulu masih tidak jauh berbeza dengan yang sekarang. Dan buat apa aku mahu memahami perasaan orang jika aku sendiri kecundang dalam menitikberatkan rasa yang aku simpan?

"Ezzat." Aku seru dia.

Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri. Kehadiran aku ibarat halimunan ketika aku memanggilnya.

"Ezzat?" Tak betah dengan keadaan ini, aku cuit lengan bajunya. Khayalan milik lelaki itu lantas musnah.

"Ezzat... Aku..." Jeda. Kemudian matanya jatuh menentang anak mataku.

Buat beberapa saat, tautan mata kami merapat. Ada satu memori yang bergentayangan di minda aku. Memori itu akhirnya membawa aku kepada satu detik yang menjelaskan betapa mudahnya aku memusnahkan emosi seseorang.

Aku pernah menempik lelaki itu. Di hadapan ayah. Di hadapan semua orang. Di kawasan tanah perkuburan yang suci itu. Tanpa belas. Dan ada satu jarum yang menyucuk ke dalam jiwa dan raga aku.

Ya, aku rasa bersalah. Aku rasa berdosa.

Aku mula rasa aku ini seorang yang jahat dan tidak berhati perut. Patutlah orang layan aku seperti ini. Kerana aku sendiri yang menolak jurang itu dengan lebih jauh.

Hidup aku ini selalu nampak indah dan seakan berjalan dengan lancar. Walhal sukar untuk aku gambarkan betapa perihnya rasa yang tak tertanggung. Tak ada seorang pun yang mengetahui tompok luka di segenap hati aku.

Aku sangat penat dengan hidup ini. Penat bermain dengan emosi. Pernah juga aku terfikir, adakah aku sudah gila? Atau punya masalah jiwa? Bagaimana cara untuk aku keluar dari segala kepompong permasalahan?

Buat kesekian kali, aku melepaskan keluhan perlahan.

"Aku minta maaf." Jeda yang tadi dibawa angin pertuturan Ezzat, lantas aku gantikan dengan tiga patah kata secara tiba-tiba.

Renungan tadi terus terputus apabila menyedari kolam mata aku berubah hangat.

Kenapa... Semakin aku cuba untuk marahkan lelaki itu, semakin aku rasa aku tidak mampu?


TAWA dan harmoni hilang sekelip mata saat tangan aku terlepas cermin kaca yang aku pegang di tangan.

Prang!

Pecah.

Hancur.

Angin tiba-tiba bertiup kencang. Garang debu yang dibawa anginan menampar wajah aku dengan ganas!

Lalu aku jatuhkan mata ini... Pada serpihan kaca yang retak seribu.

Seperti hati ini.

Baru sahaja sebentar tadi, aku bertemu dengan keluarga aku. Ada ibu di sisi, meniupkan semangat supaya aku menjalani hari-hariku dengan patuh dan penuh sabar. Ibu bersama bicara lembutnya. Sesekali menggosok kepala aku penuh kasih. Didaratkan ciuman hangat di ubun-ubun aku.

Ibu merapatkan bibir pada ubun-ubun aku. "Semoga anak ibu sentiasa ceria tanpa ada tangis yang menemani. Ibu mahu zuriat yang ibu lahirkan ini... Menjadi cekal dan berbakti pada orang tua yang masih hidup."

Ayah di hadapan aku bersama senyuman manis. Sesekali, ada sengihan yang terbit mengundang tawa kecil di bibirnya. Ayah suka dengan lawak aku. Ayah suka apabila aku menunjukkan kenakalan kerana aku manusia yang menceriakan kehidupan mereka berdua.

Impian aku... Di hadapan mata.

Impian aku... Adalah punyai keluarga bahagia.

Seperti saat ini.

Andai aku punya kuasa, aku ingin hentikan masa. Tak mahu membiarkan masa bergerak walau sesaat pun.

Satu saat yang bahagia.

Dan... Satu saat yang merubah segalanya. Satu saat yang kejam untukku.

Angin semakin kencang. Hampir-hampir aku jatuh namun sempat aku seimbangkan diri. Kelopak mataku terkatup akibat habuk dan debu yang berlumba-lumba mahu masuk.

Lama juga aku berkeadaan sedemikian. Hampir tiga minit berlalu, aku buka mata semula.

Kosong.

Bibir aku bergetar. Segenap tempat aku lihat dan apa yang aku cari langsung tiada.

"Ibu! Ayah!" Aku menjerit sekuat hati serasa ingin terkeluar anak tekak daripada mulut. Tetapi, telinga aku berdengung. Jeritan aku serupa bisikan. Tidak terpacul sempurna dari lorong bibir.

Kali ini, tiada lagi angin kencang yang membawa aku pergi, sebaliknya aku berada di satu tempat yang tidak kukenali.

Api menjilat kasar bangunan yang ada di sekelilingku. Asap berkepul-kepul naik ke udara sekalian membawa bauan mencemari rongga pernafasanku.

Pada saat ini, aku keliru. Dada aku tidak habis memalu debaran seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Untuk kesekian kali, mata aku jatuh lagi. Serpihan cermin masih ada bersama aku. Pada mata ini, aku tidak buta untuk melihat sesuatu cecair yang menuruni cermin dengan perlahan.

Nafasku berubah rentak.

Cecair likat berupa darah. Aku tunduk dan melihat cermin. Biasan wajah aku memetakan riak yang berbeza dengan diri aku. Mata itu... Mata aku.

Dan mata itu... Mata yang mengkhianati.

Mata itu bulat dan terjegil besar seolah-olah mahu aku menyedari kesilapanku. Mata berupa penuh dendam. Seakan ada ada sisa api dari bangunan tadi, marak menyala di dalam kaca mata itu.

Aku berdiri, menggeleng tidak percaya. Tubuhku rasa longlai tiba-tiba. Lututku terasa longgar apabila kedua tanganku terangkat ke atas, ada darah menyaluti kedua-dua tapak tanganku.

Bibir aku terketap-ketap. Tak mampu aku katakan sesuatu. Bibir aku terkunci dengan erat.

"Kau... Kau yang bunuh dia. Kau... Pembunuh. Kembalikan dia pada aku..." Bisikan itu sayu, tetapi bersalut dendam.

Serentak itu, ada bauan hanyir menusuk ruang pernafasanku. Seperti bau bangkai yang tidak terusik. Aku menggeleng lagi.

Ada seorang mayat yang bergelimpangan di atas jalan raya bertar. Wajahnya tidak terlihat namun penuh berdarah-darah. Menggigil tubuhku melihatnya.

Apa yang terjadi saat ini? Aku tidak mengerti! Batinku berteriak semahunya.

"Kau akan menyesal kerana telah membunuh jiwa yang tak berdosa ini!" Suara itu semakin mencucuk gegendang telingaku sehingga aku terduduk bersama tangis.

Persoalannya, suara itu milik siapa? Kenapa dia gelar aku pembunuh? Aku tidak membunuh siapa-siapa!

"Kau dengar ini, kau akan menyesal, perempuan!" Dia menjerit marah di hadapan wajah ini.

Tuhan, tolong katakan bahawa ini semua hanyalah mimpi.

-----

Hi there! Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada korang semua. Semoga 2023 membawa manfaat dan kebaikan pada diri kita semua. Buka lembaran baru untuk azam tahun baru!

I don't have any intention untuk lupakan cerita ni, saya tak sempat settle sebab kekangan masa untuk menulis. Jadinya, bersisa cuti ini saya nak cuba tulis beberapa chapter ke depan supaya kalian masih ingat cerita ni hihi.

Terima kasih kepada kamu yang masih bertahan untuk baca! ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro