Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 30

DINGIN mencengkam suasana tika aku kembali ke dalam kereta itu. Tidak dapat tidak, hujung mata aku singgah pada wajah itu. Dalam masa yang sama, kepalanya turut berpusing.

Anak mata kami bertemu.

"How did you know her?"

"Siapa?" Aku pura-pura bertanya. Riak Ezzat tak lari untuk aku teliti. Dia kacip gigi, seperti ada sesuatu yang menghinggap di hatinya.

"Perempuan tadi tu. How did you know her?" Soalan tadi diulang semula.

"Why? Do you know her?" Aku putar semula soalannya. Kenapa tiba-tiba Ezzat berubah persis seorang diktator? Sejauh mana Ezzat telah mengenali Wirdani sebenarnya?

"I'm asking you, Sakura. Jawab ajelah! Susah sangat ke?"

Ternaik bahuku bila Ezzat tiba-tiba membentak. Tiada angin, tiada ribut, aku pula yang menjadi tempat amarahnya dilampiaskan.

"Aku baru je kenal dengan dia tadi. What's wrong with her actually? Dah kenapa kau marah sangat ni?" soal aku pelik. Tali pinggang aku tarik ke tubuh saat Ezzat mulai meneruskan pemanduan. Sedikit pun dia tak pandang aku.

"Jangan cuba dekat dengan dia lagi." Amaran itu jelas-jelas ditala pada aku.

Suara Ezzat... Dingin.

Kening aku automatik terjongket naik. Dah kenapa pula? Apa yang buatkan Ezzat jadi seperti itu? Cara dia seperti Wirdani itu merupakan satu ancaman kepada kami walhal wanita itu baik-baik sahaja dengan aku.

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak faham." Aku cuba meneruskan bicara kami dengan berhemah. Sebolehnya aku tak nak cari gaduh dengan dia.

Tadi elok aje emosi lelaki itu. Selepas dia melihat Wirdani, segalanya langsung berubah. Sampai aku kena marah hanya disebabkan aku baru kenal dengan Wirdani.

"Did she tell you something?" Ezzat bertanya lagi. Setiap pertanyaan yang aku ajukan, tak dibalas olehnya. Walaupun dia fokus memandu kereta, aku dapat melihat tangannya yang mencengkam kuat stereng. Urat-urat yang timbul di serata tangannya itu memeranjatkan aku.

Persoalannya... Kenapa?

Apa yang buat lelaki itu marah sangat? Salah aku ke semua ini berlaku?

"Nothing." Aku berdalih. Ada sesuatu yang mahu aku tanya kepada Ezzat tetapi melihatkan kekeruhan yang ada di wajahnya, semerta aku jadi resah. Akhirnya aku simpan soalan itu sendiri.

"You sure it is just nothing?"

"Ya. Sekarang aku nak tanya kau pula." Mimik muka aku berubah serius.

Sisi wajah Ezzat berpaling. Dia menatap aku sekilas sebelum pandangannya dibawa kembali ke hadapan. "Kau nak tanya apa?"

"Soalan yang sama kau tanya dekat aku tadi, aku nak tanya kau semula. Macam mana pula kau boleh kenal dia? Kau pernah ada hubungan dengan dia ke sebelum ni?" Aku tahu soalan kedua aku kelihatan seperti tidak relevan tetapi aku peduli apa?

Aku nak tahu apa yang ada dalam hati Ezzat sebenarnya.

Lama aku tunggu jawapannya. Dia tak membuka mulut. Hanya berdiam diri membuatkan aku seperti orang dungu untuk setiap persoalan yang aku utarakan.

Sepi lagi buat kesekian kali. Tiada bunyi radio mahupun angin. Yang kedengaran hanyalah deruan nafas kami berdua. Sekali lagi membuatkan suasana didenting sunyi.

Aku mengeluh perlahan. Jemari aku bersulam sesama sendiri, bersama fikiran aku yang melayang kepada lelaki di sebelah aku.

Kenapa Ezzat? Kenapa kau tak nak jawab soalan aku? Susah sangat ke? Apa lagi yang kau sorokkan dari aku? Kenapa kau boleh tahu pasal aku, tetapi aku tak boleh tahu pasal diri kau?

Banyak.

Terlalu banyak perkara yang mahu aku tanya kepada dia. Tetapi kalau beginilah caranya, aku tahu Ezzat tak akan buka mulut. Sia-sia kalau aku bertanya.

Beberapa minit berlalu, kami berdua hanya senyap dalam perjalanan. Kereta akhirnya berhenti di perkarangan rumah. Tanpa beritahu apa-apa, enjin kereta dimatikan lalu Ezzat tinggalkan aku sendiri. Dia masuk ke dalam rumah tanpa ajak aku sekali.

Seolah-olah aku ini hanyalah halimunan di sisinya dan kami seperti tiada sebarang hubungan. Sedangkan tadi dia elok saja. Dan kerana tindak-tanduknya itu, dia buatkan aku keliru lagi.

Ezzat Hadif...

Kenapa hanya dengan kehadiran seorang Wirdani, buatkan kau jadi macam ni?

Kenapa kau marah dengan aku yang langsung tak tahu apa-apa?




PINTU yang berwarna hitam kecoklatan itu aku ketuk berkali-kali. Tiga kali ketukan telah berlalu namun bayang seseorang yang aku nantikan masih belum muncul di hadapan aku.

Aku ambil masa lima minit untuk menunggu seseorang. Jika selepas waktu itu dia masih belum muncul, aku terpaksa mematikan hasrat untuk bertemu dengannya. Lebih-lebih lagi aku tahu aku tidak boleh pulang lewat seperti selalu.

Mama sedia maklum yang aku keluar untuk berjumpa dengan ayah. Aku tak mengerti mengapa ayah menelefon aku tadi. Katanya mahu bertemu dengan aku seorang sahaja.

Mengingatkan tentang ayah aku, timbul lagi satu keluhan. Ayah juga seorang yang penuh rahsia. Sama seperti Ezzat. Aku tak tahu sampai bila aku akan menutup mata hati aku sendiri kerana aku tak tahu apa yang sepatutnya aku tahu.

"Sakura?"

Aku tersentak apabila ada satu tangan yang menyentuh bahu aku dari belakang. Aku pusingkan badan. Lelaki yang aku tunggu sejak awal itu mendekati aku.

Masih berbekas di hati aku apa yang telah ayah buat pada aku. Pujukan ayah untuk aku kahwin supaya dapat 'selamatkan' Stellaria masih lagi menjadi suatu tanda tanya.

Sepahit mana pun hakikat yang harus aku telan, aku tak nafikan yang aku masih punya ayah kandung yang perlu aku hormatkan.

Orang lain yang tak punya ayah mesti bersedih tanpa kehadiran orang yang disayangi di sisi. Berbeza dengan aku, nikmat mempunyai ayah masih dapat kukecapi.

Tetapi aku juga punya hati dan perasaan. Kerana tak mahu ada salah faham, kerana itulah juga aku sering menuntut penjelasan.

Ironinya, hidup aku penuh dengan misteri. Sehingga aku sendiri tertanya-tanya apa istimewanya hidup ini.

"Kenapa ayah nak jumpa Sakura?" Aku terus menuju ke pokok pertanyaan. Malas mahu bermukadimah.

"Ayah nak cakap sesuatu. Jemput masuk dulu." Tangan kanan ayah mendepa ke hadapan, memberi ruang untuk aku membuka langkah.

Mahu tidak mahu, aku turutkan juga permintaan ayah walaupun aku tidak mahu berlama-lama di sini. Mata aku melingas ke sekeliling ruang tamu.

Sejujurnya, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah ayah selepas aku tumbuh dewasa. Susun atur perabot di rumah ini boleh aku katakan... Cantik pada setiap mata yang memandang. Cita rasa ayah dalam menghias rumah masih tidak berubah. Sama macam arwah ibu.

Aku suka konsep rumah ayah. Sangat berestetika dan bersederhana. Begitulah kegemaran arwah ibuku dulu.

Dinding ruang tamu disaluti calitan berwarna krim yang mengindahkan pandangan mata. Di tengah-tengah sofa, terselit sebuah meja kopi. Di hadapannya tak kurang duduk sebuah televisyen kecil. Sesuai ibarat kediaman seorang bujang. Ayah cakap rumah ini dia sewa saja. Aku tak tahu kalau suatu hari nanti, ayah pindah lagi.

Anak mata aku berlari dan jatuh pada satu almari kayu yang berkaca. Aku terlihat sebuah bingkai gambar yang berdiri teguh di atas sebuah buku.

Spontan, kakiku melangkah ke arahnya. Bebola mata aku membesar, penuh bercahaya tika kornea ini menyapa satu gambar yang terletak cantik pada ruangannya.

Gambar itu ada aku, ibu dan ayah. Lengkap keluarga kecil kami. Jika tidak silapku, gambar itu diambil semasa aku masih tadika. Muka aku tak berubah langsung!

Aku tak dapat menahan bibir dari menguntum senyum.

"Ayah tak pernah lupakan keluarga kita. Lebih-lebih lagi pada Sakura," tutur ayah. Mata ayah mengimbas pergerakan aku yang mengusap perlahan gambar itu.

Mata aku kini turun pada objek yang berada di bawah bingkai gambar. Buku itu rupanya album gambar. Aku fikirkan buku itu hanyalah sekadar buku.

"Dalam buku tu, ada lagi banyak gambar. Cuma apa yang ayah kesali, tak ada gambar semasa Sakura dah dewasa. Ayah terlambat untuk semuanya sebab kesilapan ayah sendiri." Penuh tersirat bicara si ayah.

Badan aku berpusing menghadap ayah. Raut tua itu, aku perhatikan tanpa lepas. Tertera kedutan yang ketara. Setiap hari pasti wajah itu akan dimamah usia. Ada satu sesal yang menyangkari hati aku.

Kenapa aku terlambat untuk jumpa semula dengan ayah aku?

Kenapa aku selalu mengetepikan semuanya hanya kerana mengikut amarah dan kebencian aku sahaja?

Ya Tuhan, rindunya aku dengan keluarga kami dahulu. Ketika semuanya lengkap dengan adanya ibu bersama.

Ya Tuhan, tolong bawakan rindu ini pada arwah ibuku juga...

"Ayah minta maaf, Sakura. Ayah terpaksa. Dari dulu lagi ayah dah musnahkan hidup dan impian Sakura..." Setelah ayah melabuhkan duduk di kerusi, dia meraup wajah. Gayanya seperti orang yang serabut dan penuh dengan masalah.

Aku turut duduk di kerusi sofa, setentang dengan ayah. Dahi aku berkerut tidak mengerti. Dada aku berdebar-debar menantikan balasan seterusnya.

"Apa maksud ayah?"

"Ayah minta maaf. Mungkin Sakura marahkan Ezzat, tapi jangan benci dia. Sakura marahlah dekat ayah sebab dari awal lagi, ayah yang rancangkan semua ini. Ayah pentingkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama, ayah musnahkan kehidupan Sakura. Ayah yang seret Ezzat dalam masalah ni sekali..." jelas ayah. Mata tuanya jelas berkaca-kaca.

Aku mengetap bibir. Aku tak betah melihat ayah aku dalam keadaan sedemikian. Baik buruk ayah, aku harus terima dan aku tak sanggup melihat air mata ayah gugur sama seperti ayah menitiskan air mata ketika kematian arwah ibu dulu.

Berkali-kali ayah meminta maaf kepada aku, seolah-olah setiap bait ayat itu menghiris hujung hati kecilku. Ah, aku terasa bersalah kerana ayah terpaksa menghadapi perangai aku ini.

"Macam seorang ayah yang lain, ayah pun nak yang terbaik untuk anak ayah. Ayah tak mahu lihat anak ayah terluka dan menderita."

Sakura dah terluka ayah, dari dulu lagi...

Ayah je yang tak pernah tahu betapa dalamnya luka yang ada di hati ini. Hati aku menggetus pedih.

"Sakura faham." Itu sahaja yang mampu aku balas akhirnya. Ayah penuh dengan pengharapan. Di setiap permintaannya, tak mungkin untuk aku berikan penolakan.

Aku lega melihat wajah ayah yang sudah tidak mendung. Aku tahu ayah seorang yang kuat, sama macam anaknya ini. Aku tak rela melihat ayah menangis kerana aku.

"Ni ayah nak tanya sesuatu."

"Apa dia ayah?" Kepala aku terangkat. Mata aku bertaut dengan mata ayahku. Wajah ayah yang serius itu membuatkan dada aku berdebar-debar.

"Sakura cintakan Ezzat?"

Aku tergamam. Soalan yang langsung tak diduga, keluar lancar dari bibir sang ayah. Deras di dadaku bertambah dua kali ganda. Lebih lagi bila ayah tak lepas dari menatap wajah aku.

"Sa... Sakura tak ada jawapan. I'm really sorry, ayah." Aku membalas ujaran itu dengan kepala yang tunduk merenung lantai. Entah mengapa, bibirku seakan terkelu.

Aku tak sangka ayah akan tanya soalan peribadi itu. Aku sendiri tak pernah pun terfikir perasaan aku kepadanya.

Dari dahulu lagi, aku tak percayakan cinta. Cinta itu kompleks. Aku tak rasa cinta akan ada untuk aku. Aku tak rasa aku boleh bahagia seperti orang lain. Dengan perangai aku ini, siapa saja boleh terima aku? Mahu mengecap cinta, jauh sekali terasa.

"To love a person... Is to break a time. Ayah sebetulnya tak nak masuk campur hubungan Sakura dengan Ezzat tapi ayah rasa Sakura patut tahu sesuatu."

Ya Allah, banyaknya 'sesuatu'. Mungkinkah ada seribu lagi 'sesuatu' yang belum aku tahu?

"Ya, ayah mengaku ayah terpaksa kahwinkan kamu dengan Ezzat untuk kepentingan Stellaria. Mula-mula, ayah tak nak teruskan rancangan ni dan ayah fikir, Ezzat akan menolak. Tapi perjodohan ini... Dia terima. Dia terima dengan rela hati. Ezzat sendiri datang untuk yakinkan ayah yang dia betul-betul nak Sakura." Panjang lebar ayah menjelaskan.

Aku terdiam. Sesungguhnya, otak aku masih cuba memproses semua ini. Setiap pernyataan yang terlahir bibir ayah, aku cuba cerna dalam-dalam.

"I already fall for you, Sakura."

Suara itu.

Suara itu tiba-tiba melekat seperti pita di dalam memori aku. Mengingatkan aku kembali pada Ezzat yang terlepas kata tempoh hari.

Seperti yang aku katakan, semua ini ibarat mimpi. Aku tidak tahu mahu percaya atau tidak, tetapi hakikatnya Ezzat pernah cakap 'itu' kepada aku walaupun dia tidak menyedarinya.

Hati aku... Separa kosong.

Aku tak tahu mengapa sukarnya 'cinta' mahu mendekati aku. Adakah sebab aku menebalkan tembok menutup pintu hati sekeras-kerasnya?

Aku dah serik. Aku takut. Jadi tak mungkin aku boleh cintakan sesiapa.

Aku tersenyum perit. Mungkin benarlah, carta bahagia bukan untuk aku. Bahkan aku sendiri tak yakin adakah aku mampu bahagiakan orang lain.

You are truly a loser, Ammara.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro