TSS 27
TERMENUNG sendirian, itu yang aku mampu untuk lakukan pada waktu ini. Duduk di hadapan cermin, pantulan wajahku yang terbias, aku tatap lama.
Tatap tanpa lepas.
Betul ke aku ini seorang yang tak berguna?
Aku membebani minda dengan kenyataan demi kenyataan yang aku rasa terikat dengan kebenarannya. Terkenang kembali kejadian beberapa jam yang lalu, hati aku kini bergelora dengan pelbagai rasa yang sukar untuk aku ungkapkan.
"You are not her real mother. Betul, kan?"
Seperti terasa ditampar patah kata itu, aku terkedu. Mata ini, aku angkat pada tampang wajah Ezzat. Aku cuba memastikan dia bersikap serius atau sengaja mahu menduga aku.
Namun apa yang dapat kulihat, dia...
Sangat serius.
Seperti di dalam kepalanya itu terkandung beratus alasan yang aku tak tidak jangka, dan senario yang diketahuinya tetapi tidak diketahui olehku.
"Kau..." Terhenti bicara aku. Lidah terkelu, bibir membeku.
"Kau sayang sangat dekat dia." Perlahan bibir Ezzat berkata. Seketika, aku nampak ada sesuatu yang terbentuk pada juring bibirnya.
Mata aku jatuh pada bibir itu.
"Terlalu sayang sampai kau... Sakitkan diri sendiri. No fair." Ezzat menyambung, lagi bicaranya membuatkan wajah aku berubah. Tak senang duduk.
Apa sebenarnya yang lelaki itu mahu sampaikan? Apa yang lelaki itu lihat dalam diri aku?
"Siapa kata?" Aku cuba bantah kata-katanya.
"Kalau kau perlukan seribu jawapan atas kematian Bunga Amanda, aku tak punya jawapannya. Tapi, I assure you the rest. Pelaku sebenar... Bukan aku." Kali ini, nada suara Ezzat yang ditekan itu membuatkan aku kembali melarikan pandangan pada anak matanya.
Cuba menyelami, cuba menggali sama ada benarkah pernyataan itu ataupun sebaliknya.
Bibir aku membeku. Tiada kata-kata yang akhirnya meletus dari mulutku. Hati aku bergelora ketika ini, tambahan lagi apabila mindaku selalu terbayangkan wajah anak tak berdosa itu.
Dahulu, lelaki itu juga pernah menyakinkan aku bahawa dia tidak bersalah. Tapi, patutkah aku percaya?
Amanda... Amanda anak yang baik. Takkan ada orang lain yang boleh gantikan harta yang paling bernilai buat aku. Namun, aku juga sedar bahawa detik itu, aku tak punya apa-apa. Harta kesayanganku... Telah lama pergi dari dunia ini.
Amanda pergi atas tindakan tangan yang kejam ke atasnya. Tangan yang tak berperasaan. Tangan yang tiada simpati mahupun empati. Semua itu tersangatlah teruk di mata aku.
"Apa yang membuatkan kau rasa, kau tu tak bersalah?" Soalan cepu emas terpacul dari bibir. Aku lihat Ezzat tarik nafasnya dalam-dalam. Lelaki itu tampak bersedia ingin menjawab segala persoalanku.
"Because... I know I didn't do that. Kenapa kena lari kalau dari awal lagi tak bersalah? And kalau kau tanya lagi kenapa, aku hanya boleh jawab, cukuplah Tuhan aje yang tahu." Panjang bicara Ezzat. Sela masa terjeda tika dia ambil nafas sedalam-dalamnya.
Aku terdiam. Cuma anak mata aku masih menyelami kolam matanya yang redup itu. Saat bicara lembut Ezzat menerpa telinga, aku tidak dapat menolak perasaan damai yang hadir.
Ah, Ammara dan kekeliruan yang tidak bertepi!
Jelas sekali yang aku selalu keliru dengan hati. Tika aku sematkan di dalam dada ungkapkan benci itu, kelembutan Ezzat seakan menyirami segalanya. Aku nampak dengan jelas keikhlasan lelaki itu selepas kami berkahwin. Bukan kerana mahu beli jiwa semata. Tapi, sinar mata Ezzat... Tak pernah salah untuk memancarkan cahaya indahnya. Buatkan hati aku tiba-tiba disimbah kehangatan.
"I know you love her so much. I know. But sometimes, orang cakap melepaskan pergi lebih baik dari membiarkan dia menghantui. Hati rasa tak tenang, hati juga tak lepaskan rasa tu. Sedalam mana dendam tu ada, kehidupan tak akan terasa bahagia. Aku tahu, mesti kau pelik sebab aku banyak berkata-kata. But the reason I tell you this sebab aku... Nak yang terbaik untuk kau."
Terjeda.
"Because you are my wife." Ezzat sambung tutur katanya. Hingga dia lemparkan satu senyuman manis kepada aku.
Dan tidak semena-mena... Aku jatuh. Jantung aku seakan mahu bergolek keluar.
Walaupun aku berada tidak jauh dari Ezzat yang duduk di birai katil, aku dapat mendengar bisikan lelaki itu. Bisikan yang mendendangkan bait...
"I already fall for you, Sakura."
Aku tak pasti sama ada Ezzat sedar atau tidak apa yang dia perkatakan. Tetapi telinga aku belum tuli lagi untuk tak menangkap ucapan itu. Aku tak buta untuk nampak, ada sesuatu yang memayungi hati Ezzat.
Betul ke dia sayangkan aku? Apa perlunya dia sayang perempuan bermasalah macam aku ni? Aku melepaskan helaan nafas dalam. Hingga aku dekati lelaki itu, tanpa fikir secara lanjut. Aku hempaskan punggung di sebelah lelaki itu.
Tidak dapat tidak, terasa ada sebak yang bertandang di jiwa. Aku mengaku, aku tidaklah kuat mana. Kadangkala aku ini ada sisi lemahnya juga. Bilamana ia melibatkan nyawa yang aku sayang, aku tak mampu menyembunyikan hakikat betapa aku ini mudah rapuh. Berkali-kali aku cuba berlagak kuat di hadapan semua orang tetapi ada masa, luruh juga kelopak aku ini.
Dengan perasaan jauh merindui Bunga Amanda. Meski darah yang mengalir di dalam tubuh kami berbeza tetapi, anak kecil itu sentiasa mendapat tempat istimewa dalam hati aku.
"Ezzat Hadif..." seru aku perlahan.
Ezzat angkat kepala. Dia kerutkan dahi seketika. Terkejut dengan perilaku aku yang memanggil nama penuhnya secara tiba-tiba.
"Kau tak kesahkan kalau..." Suara aku tersekat di skala enam. Takut untuk teruskan tetapi akal aku lebih laju bertindak dan sentiasa mengkhianati tuannya.
Kali ini, Ezzat tidak berkerut pelik lagi. Dia memusingkan badannya menghadap aku. Matanya tak lepas dari meneliti wajah aku. Dalam diamnya itu, aku tahu dia sedang menunggu aku menyudahkan ayat.
Namun apa yang aku buat bila aku sulam jari jemari sesama sendiri. Berdebar tetapi dalam masa yang sama, aku perlukan kekuatan. Dan aku mungkin dah gila apabila kotak fikiran aku mengeluarkan idea di luar alam. Jauh daripada kebiasaannya.
"Do you mind if I want to hug you?" Perlahan tona suara aku. Wajah aku menebal. Tetapi hormon gila aku ini seperti meronta-ronta minta dilepaskan. Aku... Tak sedar bila aku jadi manusia pelik seperti ini.
Kau dah gila ni, Ammara!
Mata aku enggan membalas tatapan matanya. Tetapi, dagu aku dipagut. Secara automatiknya, aku tak dapat lari dari menemukan pandangan kami.
"Nak peluk hari-hari pun boleh." Usai ayat itu dihabiskan, Ezzat tarik badan aku untuk merapat dengannya. Kemudian kedua belah tangannya dilingkarkan ke pinggang aku.
Aku terkedu, tetapi tidak pula aku menolak semua itu. Malah, batang tubuh itu aku peluk kejap. Seperti tidak mahu dilepaskan. Mata aku terkatup buat beberapa saat. Menikmati ketenangan yang mengasyikkan. Tak sedar, ada senyuman yang melatari bibir ini.
Aku tak boleh menyangkal kenyataan bahawa aku rasa selesa dan selamat dalam pelukan ini. Semerta gundah aku tadi kian sirna setelah aku terima satu pelukan magis darinya.
"Terima kasih..." ucap aku perlahan. Ada rasa terharu yang menyusup. Hingga aku dapat rasakan, belakang tubuhku ditepuk-tepuk lembut seakan dia cuba berikan segunung ketenangan untuk aku.
"Kasih diterima."
Aku ingin rungkaikan pelukan kami tetapi suara Ezzat menghentikan tindakan aku.
"One second."
Aku cuma anggukkan kepala. Kini kepala aku sandarkan selesa pada dadanya. Dapat dirasakan jantung itu berdegup dengan laju, persis seperti larian ritma jantung aku.
"Aku suka kalau kau peluk aku. I feel something peaceful."
Mendengarkan itu, tubuh aku membeku. Tenang? Adakah berkongsi kehangatan dapat menenangkan fikiran dan emosi aku? Walaupun aku tak menolak hakikat betapa aku juga punyai rasa tenang yang sama seperti Ezzat namun, ada sesuatu yang singgah di fikiran aku.
Terus aku rungkaikan pelukan. Aku menjauh dari Ezzat sehingga lelaki itu kelihatan sedikit terpinga-pinga dengan tindakanku.
"Kenapa?"
"Perlu ke aku percayakan kau, Ezzat Hadif?" tanyaku. Dalam kepala aku, ada suara jahat yang mengatakan ini semua ilusi dan mainan ciptaannya. Separuh hati kecil pula mengatakan sebaliknya.
Dan aku selalu membenci rasa ini. Rasa yang selalu hancurkan kebahagiaan dan pemikiran aku.
Detik itu, terdengar helaan nafas Ezzat berhembus perlahan. Dia meraup wajah, kemudian bahu aku ditarik lembut dengan kedua belah tangannya.
"Kau percayakan aku?" Redup pandangan mata itu. Seakan mencengkam hati untuk merasa sesuatu. Tapi kala suara-suara jahat kembali berdengung di telingaku, aku mendengus. Kenapa bisikan itu tak mahu menghilang? Mengapa terus-menerus menggangguku?
"That's why I am asking you now. How should I trust you, Ezzat?"
Tiada jawapan yang keluar dari bibir Ezzat. Hening seketika keadaan kami. Anak rambut aku terbang ditiup angin manja dari balkoni. Tampang wajah Ezzat, aku tatap dalam-dalam. Cuba meneroka ketulusan yang ada di dalam seraut hati miliknya.
Cuba walaupun sekali. Boleh ke aku buat begitu?
Dan pernyataan itu sudah membuang suara jahat yang meladeni kotak fikiran tadi. Semerta, aku lepaskan keluhan. Aku tak faham dengan diri aku. Aku penat dengan rasa yang tak berkesudahan ini. Adakah aku terlalu stres sampaikan mood angin aku tidak tentu hala? Patut ke aku pergi jumpa doktor?
"Kau patut tahu satu hakikat tentang kematian Amanda." Suara kembali serius Ezzat membuka ruang untuk aku berfikir lagi.
"Apa maksud kau?"
"Kematian Amanda tu... Kematian yang disengajakan."
Serentak itu, dada aku memalukan debaran yang paling deras. Ah, tak mungkin. Aku menggelengkan kepala. Cuba menolak kenyataan yang baru saja kudengari tadi.
"See. You don't trust me. You don't trust my words. Kalau macam ni caranya, kau tak akan dapatkan keadilan Amanda." Pandangan redup Ezzat kini menghilang. Bertukar riak wajahnya yang sedikit keruh.
"Macam mana kau tahu benda tu sengaja? Kau nak cakap ada orang jahat yang sengaja nak hapuskan Amanda? Ada orang yang pernah berdendam dengan kita orang?" Bertalu-talu aku memuntahkan soalan. Ada sesuatu yang aku fikirkan.
Dari mana Ezzat tahu tentang ini? Adakah dia upah seseorang untuk menyelidik berkenaan Bunga Amanda? Kenapa seakan ada banyak benda yang dia sorokkan tapi aku tak tahu? Itu belum ditambah lagi dengan isu Stellaria yang Ezzat masih belum bongkarkan. Pokok pangkalnya, segala misteri dalam hidup aku banyak lagi belum terungkai.
Ah, semua ini boleh buat aku gila!
"Kak Jena knows something about this. Apa kata kau pergi jumpa dia petang nanti?" usul Ezzat.
Aku berkerut dahi. Dah siapa pula wanita bernama Kak Jena tu? Tak pernah pula aku tahu sebelum ini.
"Kau tak ikut..." Baru aku mahu bertanya, Ezzat dah cantas bicara aku.
"Nope. Kena jenguk kafe kejap lagi. Dan ya, aku mungkin balik lewat sikit."
Aku mengigit bibir. Tiba-tiba terasa berjauh hati dengan penolakan itu. Sedangkan aku mahu tau bermacam perkara dari bibirnya sendiri. Dan aku? Kena pergi sorang-sorang? Mana aku tahu Kak Jena tu siapa...
"Less your worry. Nanti aku bagi alamat untuk pergi jumpa dia. This is the only way supaya kau dapat tahu sesuatu tentang anak kau."
Nampaknya aku seperti tiada pilihan lain melainkan mengikuti kehendak Ezzat. Memandangkan aku juga seorang yang ingin tahu, takkan aku nak menolak peluang ini? Sementelah, dah lama aku simpan hasrat hati untuk tahu apa yang aku memang nak tahu.
Hati, tolonglah kuat. Semua ini demi keadilan yang telah lama aku mahu gali.
SETENGAH jam aku menunggu kedatangan wanita yang dikenali sebagai Kak Jena itu. Bayangnya tak kelihatan kerana aku yakin hanya aku seorang saja yang masih tercongok di kafe ini. Tak ramai pula orang hari ini. Atau aku datang terlalu awal?
"Ammara." Tiba-tiba namaku diseru satu suara. Semerta aku bangkit dari duduk. Mataku disapa oleh figura seorang wanita yang telah aku tunggu sedari tadi.
"Kak Jena?" teka aku.
"Betul. Nama sebenar akak... Johana." Kak Jena tersenyum. Dari tadi aku perasan pandangannya tak lari dari wajah aku tapi aku cuba buat wajah bersahaja.
Sejauh mana Kak Jena telah mengenali aku sebenarnya?
"Oh... Jemput duduk, Kak Jena." Aku mengajaknya duduk. Mata aku memerhatikan Kak Jena yang sudah melabuhkan duduknya, dan aku juga berbuat perkara yang sama.
Sebelum aku memulakan bicara, terlebih dahulu aku telah memanggil pelayan. Kami pesan dua jenis air mengikut kehendak masing-masing. Aku memesan jus epal sementara Kak Jena memesan teh o ais.
"Kalau Ammara nak tahu... Akak kenal Ammara daripada Ezzat. Mungkin Ammara tak perasan, tapi masa Ammara dan Ezzat kahwin, akak ada di sana sebab Ezzat yang jemput akak datang. Sebelum ini, akak dah kenal lama dengan Ezzat sebab akak selalu pergi kafe dia dengan anak akak. Ezzat pernah terbuka cerita dekat akak pasal seorang gadis kecil ni," bicara Kak Jena.
Mata aku sedikit membuntang. Seriuslah Kak Jena ada ketika aku kahwin? Kenapa aku tak perasan? Tapi logik juga la sebab waktu itu aku masih belum mengenali Kak Jena lagi. Ezzat pun tak pernah cerita pasal Kak Jena kepada aku.
"Akak... Akak rasa dari mana Ezzat tahu pasal gadis kecil tu?" Aku cuba mengorek rahsia. Mana tahu ada klu yang aku boleh dapatkan. Sebab Ezzat tu orang yang sangat suka berahsia. Kalau aku tanya, belum tentu dia nak cakap. Aku tak tahu cara apa lagi yang boleh dibuat supaya dapat desak dia buka mulut.
"Hmmm, pasal tu akak tak tahu sangat. I think it's better for you to ask him yourself," balas Kak Jena. Dia tersenyum sopan.
Aku mengangguk. Sedikit kecewa.
"Akak kerja sebagai seorang pakar perkembangan kanak-kanak. Akak juga tahu Ammara pernah jadi ibu angkat Amanda. Tetapi, semasa Amanda berumur enam tahun, Ammara ingat tak Amanda pernah lari dari rumah?" tanya Kak Jena.
Dahi aku berkerut. Buat beberapa ketika, aku menyedari sesuatu, aku mengangguk lagi.
Ada satu perkara yang aku pelik tentang Amanda. Dalam umur enam tahunnya itu, dia tiba-tiba menunjukkan sikap mula memberontak. Dia larikan diri dari rumah dan buatkan nyawa aku seperti hampir mahu melayang. Itulah benda yang paling aku takutkan sekali.
Ketika kemalangan tiga tahun lepas yang telah meragut nyawa Amanda, sehingga kini aku masih dihempap rasa ralat. Aku tahu aku tak buat yang terbaik untuk Amanda.
Aku melepaskan helaan nafas perlahan.
Beberapa saat selepas itu, pesanan kami sampai. Aku tarik gelas jus epal lalu menyedut air itu. Cuba membasahkan tekak.
"Masa akak tengah bekerja, akak terkejut bila pembantu akak bawa seorang budak. Katanya budak tu menangis-nangis minta tolong. Dia anak yang bijak. Dia suruh akak buang rasa takut yang dia rasa anxiety. Sejujurnya, akak sangat terkejut tengok kepetahan Amanda."
Mata aku membuntang, tersedar tentang sesuatu yang dicakapkan oleh Kak Jena adalah perkara yang baru bagiku.
"Amanda... Ada anxiety?"
"Yup. Akak cuba bantu dia atasi sakit itu. Dia cakap dekat akak, setiap malam tubuh badannya menggigil. Bila dia cuba atasi benda tu, nafasnya jadi tak teratur. Hingga berlalu pukul tiga pagi, barulah Amanda boleh tidur dengan tenang," jelas Kak Jena panjang lebar. Gelas teh o aisnya dicapai.
Aku terkedu.
Ya Tuhan, apa yang selama ini Amanda alami, aku tidak pernah tahu satu pun hal itu!
Amanda tegar menyorokkan perkara ini padaku diusianya yang masih kecil bagiku. Patutlah dia selalu bangun lambat setiap pagi, kerana dia tidak mendapat tidur yang cukup.
Anak aku itu... Sedang bertarung dengan dirinya sendiri!
Aku meraup wajah. Dada aku padat dengan rasa yang menggesa aku merasa pedih. Ibu jenis apa aku ni?
"Ammara... Akak faham dengan Ammara. Akak pun sebenarnya terkejut bila dapat tahu Amanda berfikiran sebegitu. Dia kata, dia tak nak bebankan ibunya. Ibu dia dah jaga dia dengan baik sekali hingga terhutang nyawa pun, tak mungkin dia mampu membalas..."
Amanda, kenapa Amanda buat ibu macam ni? Kenapa dera perasaan ibu?
Hati aku merintih pedih. Tak terhitung kebaikan yang pernah gadis kecil itu lakukan kepadaku. Anak itu punya rasa kasih yang tulus. Dalam memberontaknya, masih terselinap rasa tidak mahu menyusahkan aku di dalam hatinya.
Dahulu, Amanda selalu beri alasan dekat aku yang dia mahu tidur petang. Aku yang sibuk menghadap pastri, tak terfikir langsung setiap kali dia cakap nak tidur, rupanya dia lari dari rumah dan pulang dua jam sebelum aku mengetuk pintu biliknya. Mungkin waktu itulah Amanda mendapatkan rawatan dengan Kak Jena. Ya Tuhan!
Apa aku dah buat ini? Aku tak peka dengan anak itu, malah aku leka siapkan tempahan dan kerja-kerja aku.
"Semua ni salah Ammara, akak!" Aku berkata. Pada Kak Jena, aku luahkan segala kekesalan yang membelit peti suara. Kak Jena tersenyum lalu dia usap bahuku dengan lembut.
"Kadang-kadang, kita selalu salahkan diri kita ke atas perkara yang terjadi asbab izin-NYA. Tapi, mungkin kita tak perasan untuk pandang suatu hikmah dari-NYA. Kalau dipandang dari satu sudut yang lain, ada sesuatu yang tersembunyi dari pandangan mata kasar."
Kak Jena masih lagi tersenyum. Aura positif wanita itu jelas terserlah. Membuatkan aku rasa selesa bercurhat dengannya, entah mengapa.
"Contohnya, kalau Amanda tak jejakkan kaki ke klinik akak... Mungkin akak tak tahu apa yang difikirkan Amanda. Mungkin ini keajaiban daripada Tuhan, dia dapat mimpi yang dia dibuang ibu kandungnya sendiri," tambah Kak Jena.
Sedikit sebanyak apa yang dijelaskan oleh Kak Jena menjunjung logik di pemikiran aku. Apakah benar Tuhan mahu tunjukkan sesuatu pada aku dengan menghantar Kak Jena hari ini?
"Dan pada waktu itu... Ibu kandung Amanda tiba-tiba datang cari anak dia lepas selang beberapa tahun Amanda tumbuh membesar. Wanita itu datang klinik akak entah macam mana. Suprisingly, wanita itulah seseorang yang dah lama Amanda nak cari. Akak tinggalkan dia berborak dengan Amanda. Lepas beberapa minit berlalu, wanita tu dah tak ada. Amanda menangis sebab ibu kandungnya tu bencikan dia. Tak anggap dia macam anak sendiri."
Aku terpempan. Penumbuk aku kepal. Hati kian diasak geram.
Sebegitu bencikah wanita itu terhadap darah daging sendiri? Sehingga sanggup buang anak sendiri jauh dari pandangan mata? Itu manusia ke binatang?
"Tentang kematian Amanda..." Bibir aku memberat untuk menuturkan itu. Lambat-lambat aku menundukkan wajah. Hati aku tak tenang. Aku takut dengan apa yang bakal keluar dari bibir Kak Jena kelak.
"Oh ya, tentang kematian Amanda. Ibu kandung dia sendiri yang rancang semua kemalangan yang berlaku. Dia gunakan orang lain supaya identitinya masih kekal tak bernama. Akak tahu ini pun melalui surat layang yang dia hantar pada akak. Awalnya akak pelik, kenapa dia reveal diri dia melalui surat tu tapi akak tak punya sebarang jawapan sehingga kini. Dan Ammara..."
Kak Jena mencari kekura tangan aku kemudian dia mengenggamnya perlahan. Seperti punya satu rasa untuk disalurkan untuk aku.
"Bukan salah Ammara tentang apa yang telah berlaku belakangan ini. Ini semua kehendak dan takdir dari Allah SWT. Kita sebagai manusia, kena reda dengan apa yang telah berlaku. Sebab kita ni insan yang lemah, tak terdaya dan tak punya kuasa untuk kembalikan sesuatu yang dah mati."
Air mata aku turun berjurai-jurai. Cerita Kak Jena lebih daripada yang aku pinta. Banyak benda yang aku baru tahu hari ini. Perkara yang baru aku tahu selepas tiga tahun berlalu.
It hurts me the way I couldn't explain...
"Yang langgar Amanda tu... Bukan Ezzat, Ammara. Tetapi orang lain. Sesuatu yang sama mungkin kebetulan tapi sejujurnya dia dan akak memang ada di tempat kejadian. Semasa Ammara pengsan, dia yang bawa Ammara ke hospital. Ezzat cuba laporkan ke polis tapi tak ada apa yang merubah keadaan melainkan kematian itu sendiri. Kami tak cukup bukti."
Aku rasa sekarang, kepala aku amat berat. Telah banyak informasi aku serap daripada Kak Jena sehingga kepala aku merasa berdenyut-denyut. Aku tak sangka Ezzat dan Kak Jena ada di tempat kejadian. Mungkin ini pun salah satu jalan Tuhan mahu tunjukkan kepada aku?
Tangan aku menggigil. Maksudnya tiga tahun sebelum ini, Ezzat dah tahu siapa aku sebenarnya. Sebab itukah dia tahu banyak perkara tentang anak angkat aku itu? Aku dapat rasa bahawa telahan aku tak salah lagi.
"Percayalah cakap akak ini. Dia ada dalam keadaan yang terhimpit. Dia langsung tak salah dan pernah dituduh hanya kerana dia jadi saksi di situ. Kalau memang dia pelaku itu sendiri, kenapa tak dari awal lagi dia bunuh Ammara sekali? Ammara orang yang jaga dan sayang Amanda. Pastilah ibu kandung Amanda tak suka apabila Ammara bersama Amanda." Kak Jena tersenyum. Dia seperti memahami keadaan diriku.
Aku tak rasa malu dengan air mata yang masih turun bagaikan hujan itu. Kak Jena berdiri lalu duduk di sebelah aku. Bagaikan mengerti, dia bawa aku ke dalam dakapan. Belakang badan aku diusap.
"Terima kasih Kak Jena." Hanya itu sahaja yang mampu aku balas. Aku masih dalam kejutan. Tetapi aku hargai segala usaha Kak Jena jelaskan satu persatu untuk aku mengerti.
"Ammara seorang wanita yang kuat. Walaupun Amanda cuma anak angkat Ammara, besar pahala Ammara tau. Hanya Tuhan yang dapat balas kebaikan Ammara. Akak doakan Ammara bahagia dengan Ezzat."
Sudah terbukti Ezzat memang tidak bersalah dan semua ini memang salah aku. Sejak awal lagi. Aku cetuskan masalah di kafenya dan menyulitkan keadaan. Aku sukar untuk menerima kenyataan sehingga aku palitkan kesalahan kepada orang yang tak tahu apa-apa. Ya Tuhan, berdosanya aku!
Mahukah Tuhan ampunkan manusia jahat seperti aku ini? Aku mengeluh perlahan. Hati aku diasak pedih.
Mata aku terhala pada jam besar berbentuk bulatan di dalam bilik itu. Jarum jam kian menganjak ke angka sepuluh. Kenangan petang tadi kian menghilang dari ruangan mata.
Aku ambil sikat di atas meja solek. Tangan aku diangkat ke atas. Sesekali aku tarikan jari ini mengurut peluput rambut. Aku pandang lagi pantulan wajah aku di dalam cermin.
Panjang rambut aku mencecah hampir ke paras pinggang. Perlukah aku potong rambut aku? Aku selalu bencikan diri aku kerana rambut panjang ini. Rambut dan kenangan silam. Ianya menyakiti aku. Perlukah aku transformasi diri aku supaya aku dapat lupakan diri aku yang dulu? Atau semua ini terlalu cepat?
Sekali lagi mata aku berlabuh pada jam dinding itu. Kemudian tiba-tiba aku pandang pintu bilik yang statik. Aku geleng kepala.
Sikat di tangan ini, aku berus kasar pada rambut. Geram dengan diri sendiri. Apa yang aku tunggu sebenarnya? Aku terdesak sangat ke? Tangan aku berhenti bergerak. Sikat itu aku genggam erat. Beberapa saat selepas itu, aku sendiri yang menyakiti hatiku dengan menerbitkan rasa kecewa tidak semena-mena.
Orang yang aku tunggu tidak muncul-muncul. Dia marah aku ke? Adakah dia simpan dendam sama seperti yang aku lakukan kepadanya dahulu? Aku menghela nafas berat. Tidak mengerti dengan kehendak diri sendiri.
Lebih baik aku tidur daripada aku jadi penunggu bayang seperti ini. Mungkin aku akan meminta maaf dengannya esok.
Tak apalah! Aku dah janji dengan diriku tadi yang aku akan cuba berubah. Ya, Ammara Sakura mahu cuba berubah. Dan untuk itu, aku perlu lebih bersabar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro