Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 23

WANITA yang duduk tegak di hadapanku, aku perhatikan dalam-dalam. Air mukanya yang sepatutnya tenang, berubah gelisah ibarat seekor cacing yang kepanasan. Tampang wajahnya dirias agar kelihatan jelita, berbeza dengan dirinya seperti selalu. Kadangkala terlihat suram namun hari ini dia tampak sedikit bercahaya.

Seketika, wanita itu melepaskan helaan nafas yang dalam. Dirinya yang berada di dalam persalinan serba putih itu seolah mencerminkan kesucian dan kebersihan. Kemudian, bebola matanya naik pada sesuatu yang menutup kepalanya.

Tudung.

Buat pertama kali setelah sekian lama, kain itu menutup mahkota rambutnya. Sejujurnya, dia rasa rimas dan panas tetapi dia kentalkan hatinya untuk bertahan. Semua ini kerana dua orang lelaki hadir dalam kamusnya dan cuba untuk mengubah seluruh kehidupan miliknya.

Terasa seperti boneka. Hanya menurut perintah itu.

Pada awalnya, dia berkeras tidak mahu mematuhi kehendak itu namun dia kalah jua dengan sang ayah. Walaupun separuh hatinya tidak rela, dia tetap tidak mampu membangkang perintah ayahnya.

Wanita itu cuba ukirkan segaris senyuman walaupun terlihat payah. Yang pasti, senyuman yang hadir itu bukanlah senyuman yang gembira.

Benar, wanita itu adalah aku.

Aku sukar untuk percaya begini pengakhiran hidupku. Daripada aku hidup bebas tanpa sesiapa di sisi, akhirnya aku akan terikat dengan seorang lelaki setelah termeterainya ijab dan qabul nanti.

Aku... Sebenarnya rasa takut.

Aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Kalau pun aku terima, itu hanya dari bait kata, bukan dari kerelaan hatiku sendiri.

Walau hatiku terasa perit, namun ini jalan yang telah aku pilih.

Jalan yang berkemungkinan akan membawa jasad ini menuju ke cahaya kebenaran. Oleh itu, aku perlu dapatkan keyakinan ayah.

Dan... Keyakinan Ezzat.

Lelaki itu sepertinya mengetahui sejarah hidup kami sekeluarga. Walaupun demikian, aku tidak mengetahui sejauh mana pemikiran dan akal lelaki itu. Yang aku perlukan sekarang adalah... Rahsia keluarga aku.

Apa yang aku masih belum tahu sehingga ke hari ini?

"Ammara, you look really gorgeous today! Tak sia-sia I datang untuk rias wajah you tahu?" Luna membebel setelah dia selesai meratakan pemerah pipi pada wajah aku.

"Thank you tau, Luna. I sebenarnya tak nak make up tebal-tebal tapi I know citarasa you memang tepat dengan apa yang I harapkan," balas aku lalu menyimpul senyuman.

"No hal! Anything for you and..."

"Congratulations on your wedding! You jangan risau, I seratus peratus percaya yang you dapat lelaki yang baik. Lelaki yang akan bahagiakan hidup you dan tak akan lukakan hati you," sambung Luna. Panjang lebar dia berbicara sambil menatap wajah aku dalam-dalam.

"Thank you Luna..." But I don't think our wedding akan berjalan dengan lancar seperti mana pasangan lain yang normal.

Kami... Sangat jauh berbeza. Jauh panggang daripada api.

Seakan ada jurang yang menghalang untuk aku terus mendekatinya. Namun, aku selalu ragu. Adakah Ezzat boleh bahagiakan aku bilamana aku sendiri yang merasa tidak bahagia ketika berada di sampingnya?

Nyatanya, aku hanya bermonolog dalam hati. Ingin sahaja aku luah kepada Luna tetapi aku tahu, dalam hal ini aku tak perlu terlalu terbuka. Bimbang aku tersilap langkah, maka buruk padahnya. Sudahnya semua rasa aku kunci rapat-rapat dalam hati.

"It seems like you look worried. Is something bothering you, Ammara?"

"Hah?" Aku tersentak. Kepala aku panggung tegak ke arah Luna.

"You nampak risau. Ada sesuatu... Yang mengganggu pemikiran you. I tak mungkin salah tafsir wajah you, Ammara..." balas Luna sambil menatap wajah aku yang berubah sedikit.

Lama Luna menoktahkan pandangannya pada tampang wajah aku, sehinggalah timbul rasa tidak selesa. Maka aku melepaskan satu tawa kecil.

Tawa yang plastik sebenarnya.

"Mana ada! I'm really okay. You jangan risau, Luna. I sangat okey." Aku menyanggah bicaranya setelah menyudahkan tawa. Berkali-kali pula aku balas 'okey' sampaikan Luna mengerutkan dahi.

Kelihatan seperti sesuatu yang dicurigainya. Tetapi aku buat-buat tidak nampak dan hanya menatap wajah aku di hadapan cermin. Tangan aku yang berada di atas riba menjelaskan betapa ada sedikit perasaan gelisah yang menerpa.

Sebolehnya aku kena cuba jadi orang yang cool. Aku tak boleh cepat melatah. Ini terlalu awal bagiku. Lagipula, tak mungkin aku kalah dengan Ezzat.

Harus aku tunjukkan kepadanya bahawa keadaan seperti ini tidak menjadi masalah buat aku. Sebolehnya dia tak perlu tahu bagaimana peritnya 'keterpaksaan' yang aku tanam dalam relung jiwa.

Ya, Ammara Sakura boleh. Terlalu awal untuk Ammara Sakura berundur.

Ammara Sakura... Bukan perempuan yang lemah.

Ketukan pada pintu menyedarkan aku daripada lamunan yang bertamu. Lantas aku bangkit dari duduk tatkala muncul wajah Cik Ayu setelah pintu bilik dibuka.

"Semua dah bersedia. Tok kadi, wali, pengantin lelaki dan saksi dah ada. Tinggal pengantin perempuan aje ni. Marilah kita turun. Bimbang lambat mula, lambat pula habis nanti." Sempat Cik Ayu berseloroh membuatkan tawa Luna pecah di situ juga.

Aku kerling wajah Luna yang sepertinya dah lupakan hal tadi. Dalam diam, hati aku lepaskan sedikit kelegaan. Mujurlah kalau Luna dah lupa. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu bimbang berkenaan hal itu.

Jika aku ada masalah pun, biarlah aku tanggung semuanya.

Awalnya, aku biarkan Luna dahulu turun tetapi Luna dengan selamba menolak tubuh aku ke hadapan.

Ish, ish!

Mujur sahaja ada Cik Ayu yang menemani aku di sisi. Tak adalah aku merasa kekok nanti. Dan, Cik Ayu sudah seperti ibu aku sendiri. Mana taknya? Genggaman eratnya pada tanganku membawa makna tersendiri.

Seakan ada... Kasih sayang.

Kami bertiga bersama-sama melangkah menuruni anak tangga. Luna dengan baik hati membantu aku dengan memperkemaskan veil agar tidak terlurut di belakang tudung aku.

Ketika kami sudah sampai di bawah, ada berpasang mata yang pandang tak lepas dan aku yakin semua orang sedang pandang aku... Mungkin termasuk Ezzat sekali. Tetapi aku berpura-pura tidak memandang wajahnya. 

Luna sudah mengambil tempat di sebelah Ezzara.

Ezzara hadir bersama ibunya, Puan Kamilia. Aku lihat, ada senyuman manis yang terbentuk daripada juring bibir wanita itu bilamana pandangan aku dan dia bertemu. Senyuman yang aku rasa sangat manis hendaknya.

Puan Kamilia mempunyai senyuman yang menawan. Teringat pula ketika aku dan Ezzat berbalah tentang satu hal. Tentang penerimaan Puan Kamilia pastinya.

Jujurnya, aku risau jika Puan Kamilia menentang ataupun terkejut kenapa aku dengan Ezzat akan berkahwin secepat ini. Tetapi, riak wajah wanita itu tidak mencerminkan apa yang aku duga sebaliknya ada senyuman ceria darinya.

Seolah-olah Puan Kamilia sudah merestui hubungan kami... Walaupun sejujurnya aku bertemu dengan wanita itu hanya sekali sahaja. Wanita itu... Letakkan kepercayaan kepada aku.

Untuk selalu ada bersama anak lelakinya.

Tetapi persoalannya... Mampukah aku bila kebencian sungguh mengatasi segalanya?

Aku menggelengkan kepala tanpa sedar. Tindakan aku tadi disedari oleh tok kadi yang lantas berkata sesuatu.

"Pengantin perempuan dah geleng kepala noh. Geleng tu maksudnya nak kahwin ka dak? Jangan buat pasal noh, nanti jadi drama akasia pulak, tak terlayan tok nanti!" Pekat sekali tok kadi berseloroh dengan lenggok utaranya. Akhirnya membuatkan seisi tetamu melepaskan tawa besar.

Aku menggigit bibir lalu melabuhkan duduk di pelamin bersama Cik Ayu yang sengih sekali.

Ish malunya! Pasti merah muka aku ketika ini.

Pun begitu, hampir jugalah tangan aku nak ketuk kepala sendiri. Aku tak perasan pun aku geleng kepala. Macam mana tok kadi pula boleh perasan?

Semerta, mata aku tiba-tiba terhala pada wajah Ezzat. Ada senyuman yang terjongket dari bibirnya walaupun dia tak pandang wajah aku. Dan lagi membuatkan dadaku seakan mahu meletup!

Ya Tuhan, apa aku dah buat? Malunya bukan kepalang tahu!

"Tok kadi ni, pengantin tu muka dah merah menyala dah ni! Elok langsungkan aje kahwinnya daripada duk tunggu-tunggu. Kami tetamu dah penat gelak, tok." Suara Puan Suzana automatik membuatkan mata aku terhala padanya.

Mata aku bersinar tatkala melihat Puan Suzana datang bersama Encik Mirza dan anak kedunya, Mallyna. Biarpun Mallysa tak hadir, aku yakin gadis itu lambat-laun akan tahu juga daripada keluarganya.

Tapi, sejak bila mereka tahu? Sebab aku tak jemput pun mereka. Kalau boleh, aku nak perkahwinan ini berlangsung secara kecil-kecilan sahaja. Tertutup daripada pandangan orang ramai.

Tetapi nampaknya ada juga kenalan aku daripada kafe. Ada Dhuha, Tiya dan Ikhwan! Masing-masing tersenyum lebar dan aku beranggapan mereka tidak menjangkakan aku akan berkahwin dengan majikan kejam dia orang tu.

Lamunan aku tadi terbang semula ke realiti ketika khutbah nikah disampaikan oleh tok kadi. Aku dengar dengan penuh teliti bagaimana pentingnya tanggungjawab seorang suami dan seorang isteri dalam membina sesebuah mahligai perkahwinan. Betapa tanggungjawab yang hadir tidak mudah seperti yang dijangka.

Cuma minda aku berulang kali melenyapkan rasa fokus yang hadir dengan kerisauan yang bertamu tanpa aku sangka.

Kepala aku mulai terasa berdenyut-denyut. Bilamana aku melihat bermulanya genggaman tangan yang erat di antara ayah dan Ezzat, aku dipayungi satu perasaan yang aku sendiri tidak pasti bagaimana rasanya.

Ya, kerana orang itu merupakan ayah aku sendiri. Aku masih belum puas untuk menghabiskan detik memori dengan ayah kandungku setelah sekian lama kami tidak bertemu. Sebab aku dah nak diikat oleh lelaki yang ayah sendiri jodohkan untuk aku walhal aku tak pernah tahu bagaimana detik pertemuan antara ayah dengan Ezzat.

Kehadiran mereka berdua ibarat satu helaian misteri dalam hidup aku.

"Ezzat Hadif bin Ahmad Wafri."

"Ya, saya."

Walaupun badan aku sedikit bergetar, namun aku cuba tahan hati. Tak mahulah buat hal di majlis perkahwinan ini. 

"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku, Ammara Sakura binti Luz Ibad dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan, tunai."

Nada serius yang terpacul daripada bibir sang ayah diselangi oleh bicara Ezzat yang menyahut lafaz ijab tadi. Suara lelaki itu dilihatnya tenang dan lancar sahaja. Seperti tiada angin yang menolak dirinya dari bertutur penuh.

"Alhamdulillah, sah!"

Sehinggalah terdengar sendiri di telinga aku, ucapan sah daripada saksi maka aku... Secara sahnya kini menjadi isteri kepada Ezzat Hadif.

Secara jujur dari lubuk hati aku, aku rasa kosong. Seperti rasa berdosa pula untuk punya rasa seperti ini tetapi aku tidak faham dengan kehendak hati aku. Kadangkala, ada satu rasa yang bernaung dalam hati aku. Seperti tidak menyangka.

Aku... Tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Cuma ada rasa lega yang bertamu sebab salah satunya, aku malu. Kalau boleh semua ini harus segera selesai supaya perasaan aku boleh kembali neutral seperti sediakala.

Setelah doa dibaca, dua keping kertas dihulurkan kepada Ezzat dan aku. Pembicaraan lafaz taklik daripada suami.

Lafaz taklik dilakukan setelah selesainya ijab dan qabul. Bait-bait isi daripada kertas tadi mengandungi syarat untuk membubarkan perkahwinan jika suami atau isteri telah membuat sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan syarat taklik tersebut. Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan. 

Kami berdua menandatangani satu borang yang diberikan oleh tok kadi. Setelah itu, aku bangkit untuk menyalami ayah dan para hadirin yang turut serta. Aku sempat melirik Ezzat, dia juga melakukan perkara yang sama. Ketika dia menyalami tangan ayah, seperti ada sesuatu yang lelaki itu bisikkan di telinga ayah. Tetapi keadaan aku yang jauh darinya membuatkan aku tidak dapat mencuri dengar isi-isi perbualan itu.

Aku kembali semula ke pelamin. Dan aku boleh lihat Ezzat sedang menapak ke arah aku. Langkahnya yang tersusun cermat itu semerta buat dada aku berkocak kuat. Ditambah lagi dengan baju melayu putih yang dipakainya, dia nampak menawan di kaca mata aku ini.

Ezzat nampak segak betul hari ini. Sumpah tak tipu.

Huh, Ammara! Kau dah gila ke?

"Assalamualaikum... My wife."

"Aaaa waalaikumsalam," jawab aku gelisah. Hatiku tersentak mendengar hujung suara Ezzat yang seperti sengaja dileret-leretkan. Berpeluh-peluh aku dibuatnya ketika Ezzat kini sudah duduk betul-betul menghadap aku. 

"Nervous sangat ke ni? Tangan pun sejuk macam ice cream," komen Ezzat selepas aku menghulurkan jemari kanan aku ke arahnya. Lelaki itu menggenggam tangan aku. Apa lagi, semakin kuatlah degupan jantungku berlagu. Kalau jantung tu boleh terkeluar, memang dah lama dah aku mati katak.

"Ma... Mana ada la!" balas aku tergagap-gagap. Sedikit geram dengan diri sendiri hari ini. Semuanya terasa seperti serba tidak kena. Badanku terasa bergegar dan dingin. Perut aku pula tiba-tiba meragam ikut suka dia. Berkerut-kerut dahi aku dibuatnya.

Ezzat menyarungkan cincin ke jemari manis aku. Aku angkat pandangan menatap tampang wajahnya. Ada satu senyuman nipis yang meniti di bibir lelaki itu.

"Salam suami, Ammara." Terasa hujung bahuku dicuit. Aku pusingkan belakang. Cik Ayu menyuruh aku salam tangan Ezzat. Malu benar aku rasakan tika ini. Pasti berpasang-pasang mata yang sedang memandang kami berdua pada saat ini.

Dengan hati yang libang-libu dan masih belum bersedia, tangan aku yang menggeletar diangkat untuk menyalami tangan suami aku itu. Namun apa yang aku kira, semuanya tidak berjalan dengan lancar apabila kepalaku dicucuk dengan satu rasa yang semakin lama semakin memberat.

Segalanya bertukar gelap dan kelam dan aku hanya dapat dengari jeritan orang ramai sebelum aku tidak sedarkan diri.



PERLAHAN-LAHAN, kelopak mata aku terbuka. Minda aku mencerna keadaan sekeliling. Aku kini berada di dalam bilik tidurku sendiri. Ya, jika tidak silapku, aku bernikah di sini. Di rumah sewa aku. 

Dengan mata yang sedikit terpisat-pisat, aku tidak mampu berbuat apa-apa apabila ada satu tangan yang singgah ke dahi aku. 

"Kau tak demam pun."

Dahi aku berlapis dengan kerutan. Agak tak terjangka dek keprihatinan lelaki yang boleh aku katakan kini adalah suami aku sendiri.

Walaupun sebenarnya aku rasa Ezzat tak adalah prihatin mana. Tetap hati aku tak rasa sejuk.

Aku bangkit dari baringan tadi. Entah berapa minit atau jam aku dah tidur. Terasa tulang-belulang sedikit lenguh. Lebih-lebih lagi dekat pinggang ini. Ibarat mahu tercabut daripada rangkai tubuh aku sahaja.

"Tak ada orang pun dekat sini. Kau tak perlu berpura-pura semata nak tutup mata orang lain." Aku membidas. Walaupun aku berasa pelik dengan keadaan seperti ini... Maksud aku berdua dengan Ezzat.

I mean like, kami tak pernah berada dalam keadaan sedekat ini. Lebih-lebih lagi aku yang duduk di atas katil dan Ezzat yang duduk... Rapat dengan aku, juga di atas katil. Sedikit sebanyak rasa nak terlompat juga jantung aku ini.

"Kalau ada orang lain pun, I don't even care. Kau... Kenapa tak cakap yang langsung tak ambil makanan sejak pagi? Kalau perut tu..." Ezzat seakan mahu memarahi tindakan aku yang bodoh tetapi dia tiba-tiba sahaja mendiamkan diri.

Tak, macam mana sekarang ini lelaki itu tahu aku tak makan apa-apa? Dia consult dengan pak nujum ke apa?

"You look pale, over and over again. Sengaja nak biar perut kosong waktu pagi. Mogok tak kena tempat! Nasib baik tak masuk hospital!" Gaya Ezzat nak marah macam mak nenek. Membebel aje kerjanya.

"Tak payahlah risau. Aku sakit ke, lapar ke, demam ke... Yang penting aku tak menyusahkan hidup kau pun, kan? Tak apa, jangan risau sebab kalau aku sakit, aku boleh jaga diri sendi..." Bicara aku tiba-tiba mati ketika aku merasakan ada satu kucupan kudus dilayangkan di atas ubun-ubun aku.

Aku terdiam. Agak tersentak dengan perilaku Ezzat tadi. Tiba-tiba dia buat hati aku jadi galau. Dan aku juga perasan yang dia tidak mencium dahi aku semasa majlis akad nikah tadi.

"My kiss is only reserved for you in private if you are wondering though. I don't do PDA, my cherry blossom." Kepala aku yang masih berbalut dengan tudung tadi diusap-usap oleh Ezzat. Pandangan matanya meneroka wajah aku dengan penuh minat.

Tanpa sedar, pipi aku memerah. Aku mengetap bibir dengan rasa geram. Okey pertama, sejak bila Ezzat pandai baca fikiran orang? Kedua, tolonglah! Public Display of Affection? Gross tahu tak! Aku takut jika aku yang muntah pelangi nanti.

Ketiga, panggilan 'cherry blossom' itu, memang aku tak jangkakan sama sekali. Kedengaran manis di telinga aku, atau aku sendiri mungkin dah gila sebab disampuk setan selepas bangun dari pengsan tadi. Dan sejak dahulu lagi aku memang dah gilakan bunga sakura. 

Mungkin kerana arwah ibu yang meletakkan nama aku begini. Di hujung nama aku, terpahat perkataan 'Sakura'. Jadi kiranya aku suka nama aku sendiri. Aku sukakan sesuatu yang wangi. Seperti indahnya bunga.

"Kau..." Ketika itu, patah kata yang cuba aku keluarkan, terjeda seketika. Bebola mata ini aku angkat ke atas. Bertemu dengan pandangan redup dari mata Ezzat. Berdebar-debar dada aku dibuatnya. Aku tidak pernah melihat anak mata seseorang dengan sedekat ini. Atau untuk aku katakan... Anak mata yang bercahaya.

"Aku risaukan kau, Sakura. Aku tak nak tengok isteri aku sakit," ujar Ezzat lalu menghulurkan aku segelas air putih. 

Entah dari mana dia dapat tapi aku teguk jua akhirnya. Tak larat biarkan tekak kering, nanti sukar aku nak berbalah dengan lelaki itu. Selesai, aku lap bibir dengan hujung jari macam orang gengster. Dan-dan pergerakan aku terhenti tikala perasankan matanya tak lepas dari melihat perilaku aku.

Menjadikan tubuh aku sendiri keras ibarat batu. Pun begitu, aku tak sangka Ezzat boleh tukar panggilan nama aku kepada Sakura. Dulu, Ezzat sering memanggil namaku Ammara. Kenapa pula dia ni nak berubah angin?

"Tengok apa?" Aku menyoal garang. Sempat larikan pandangan darinya. Mata aku menangkap satu kepingan foto berbingkai yang bersandar rapat pada dinding. Di dalam gambar tersebut, ada aku dan arwah ibu. Foto itu diambil ketika aku masih kecil dan masih aku jaga hingga detik ini.

Indahnya kalau arwah ibu ada sekali melihat anaknya di dalam persalinan serba putih. Menjadi impian aku suatu ketika dahulu, aku mahu ibu ada di sebelahku ketika aku bernikah. Tetapi semua itu hanya anganan. Betapa aku rindukan ibu.

"Thank you for accepting me. But I know you still loathe me. Aku tahu kalau boleh, satu hama pun kau tak nak dekat dengan aku. Tapi aku harap kau tak rasa terbeban untuk kahwin dengan aku sebab aku ikhlas dengan kau." Panjang lebar Ezzat berkata. Ketika itu, kedua jemari aku diraih lalu digenggam olehnya.

Hati aku membeku. Kembali menatap wajahnya, ada satu sinar terbias dari anak matanya yang sukar untuk aku gambarkan. Betul ke lelaki ini kahwini aku dengan seikhlas hati? Ataupun Ezzat sendiri diugut oleh ayah? 

"Macam mana nak rasa seseorang itu ikhlas kalau dari awal lagi dah rasa benci?" Perlahan bibir aku menggumam dan aku percaya Ezzat dapat menangkap bicara aku sendiri apabila dia terus menyambung kata-katanya.

"Do you even believe that hate can change to love? Macam cerita cinta orang lain?"

Aku melepaskan tawa kecil. Ezzat kini hadir membawa fakta kurang realistik. Membuatkan aku jadi tidak percaya dengan apa yang dikatakan olehnya.

"Another lovebird is having their own fantasies, and it's really not like us. Are you even believe... Our story aren't same like the other people? Jadi berhenti keluarkan perkataan yang susah nak jadi kenyataan." Aku pangkas bicara Ezzat. Kembalikan paku buah keras.

"Cinta tu boleh dipupuk."

"Tapi kalau ada rasa benci, memang tak akan ada rasa cinta." Aku tarik tangan aku, menyorokkan ke belakang badan supaya Ezzat tak boleh ambil. Jadinya, genggaman tadi terlepas.

"So..." Ezzat tiba-tiba berjeda. Nafasnya ditarik dalam. Masih fokus pandang raut wajah aku yang sedikit kelat.

"So... Berhenti pasang angan-angan, sebab aku tak boleh cintakan kau." Laju aku menyambung. Penuh kejujuran disulami senyuman sinis. Memang fakta yang betul, kan? Aku tak bolehlah beri harapan dekat orang. Sebab aku sendiri tak mahu merasa sakit. Lebih baik aku cegah sebelum terlambat.

"How did you convince yourself not to fall in love? So sure? Yakin yang benda tu tak akan berlaku dekat kau?"

"Yes, I am!"

Seketika, aku nampak Ezzat ketawa kecil. Mungkin dia anggap aku ini seperti wanita gila. Yang tak punya hati dan perasaan. Yang tidak kisah bagaimana untuk mencorakkan hidup ke hadapan. Seperti orang yang mundur dan tidak punya tujuan hidup. Ataupun seperti orang yang kehilangan akal. Seakan menolak tuah.

"Aku ada 1001 cara untuk buat kau jadi seorang Sakura. Sakura yang lebih lembut dari yang sekarang. Nak tahu macam mana?" Ezzat menyoal aku. Keningnya sudah terjongket ke atas. Di samping itu, senyuman senget yang terhasil dari juring bibirnya membuatkan aku dilanda debaran.

Ah, benci sungguh aku dengan keadaan seperti ini.

"Tak payah buat benda-benda lapuk. Tak penting. Merepek!" sanggah aku. Tak payahlah nak buat bulu romaku meremang.

"Tadi cakap sakit perut, kan? Makan nak?" 

Eh, eh? Bila masa pula aku mengadu aku sakit perut dekat dia? Suka hati dia aje, walau hakikat sebenar memang aku betul-betul sakit perut.

Sakit perut sebab lapar dan sakit perut sebab ABC. Kedua-dua kesakitan ini memang pembunuh senyap!

"Tak nak!" Aku geleng kepala. Masih menjunjung ego walaupun menyeksa diri. Kalau tahu dek Cik Ayu, mungkin aku dah kena ketuk dengan penyapu. Tapi masalahnya aku tak biasa bersama Ezzat. Walaupun baru sahaja berkahwin.

Tetapi aku sumpah tak biasa!

 "Jangan degil boleh tak?"

"Mana ada de..." Cepat-cepat aku bangun dari katil dan berura-ura ingin beredar namun tanpa aku jangka, tiba-tiba terasa badanku melayang ke atas. Dalam kadar sesaat, rahang aku jatuh. Seperti tidak percaya.

"Ezzat Hadif!"

///

Cherry Blossom = Sakura

Cuma Cherry Blossom tu panggilan bunga Sakura dekat Jepun. Dia orang ni suka pakai nama sedap sedap macam tuuuu. I dah mencair helppp beruntungnya siapa nama dia ada Sakura ^^

Here I attach one of the beautiful picture: Cherry blossom! And btw it's located at Kawazu, Japan.

Ianya dipanggil sebagai Kawazu-Zakura yang juga dikenali as Kawazu Cherry Trees. Cantik gila, kan? Pergi sini masa spring season memang indah! Siapa yang teringin nak gi Jepun, saya doakan one day awak dapat pergi sana <3

See you dekat bab yang seterusnya!! Thank you for reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro