Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 20

AKU terkocoh-kocoh mahu melangkah pulang namun langkah aku terus termati sewaktu mataku terpandangkan kelibat Ezzat yang menyinggah di hadapan wajah. Belum sempat aku nak buka pintu, tangannya terlebih dahulu menghalang pintu tersebut. Aku berpeluk tubuh sambil tayang wajah bosan.

"Nak apa?" Aku bertanya dingin. Kemudian, mataku meneroka sekeliling. Tak ramai sangat orang, maka itu bukan satu keperluan untuk aku risaukan. Aku mahu pulang awal sebab waktu kerja aku sudah habis.

"Nak balik dah ke?"

"Taklah, nak sambung kerja sampai tengah malam." Sinis jawapan yang aku beri sehingga mengundang tawa kecil di bibir lelaki itu. Hati aku terus mendongkol geram. Apa masalah dia sebenarnya?

"Ada orang panggil kau. Tengok sana tu!"

Mataku terus mengikut arah tangannya bergerak.

Seketika kemudian, aku kepal penumbuk kuat-kuat. Kosong dan tiada orang. Berani betul dia mainkan aku waktu sekarang. Sudahlah aku terkejar dek masa, dia pula dengan senang hati nak usik aku.

"Ke tepi sekarang! Aku nak balik." Tanpa menghiraukan panggilannya, aku terus meluru keluar.

Mujur sahaja dia tak halang langkah aku, menyebabkan nafas kelegaan terhembus dari bibir. Selaju yang mungkin aku menapak ke kereta. Aku mahu cepat sampai rumah kerana hati aku resah mengenangkan seseorang di rumah.

Beberapa minit aku memandu, akhirnya aku kini berdiri di hadapan pintu pagar. Tangan aku menggagau ke dalam beg tangan, menyelongkar segala isi di dalamnya. Mencari kunci yang hilang entah di mana.

"Kunci mana kunci? Aduh, gatalnya nyamuk gigit!" Aku berdecit perlahan sambil memikirkan sesuatu. Mungkin aku lupa bawa kunci rumah ataupun mungkin juga kunci aku tertinggal di kafe. Keadaan di luar pula semakin gelap menjadikan bulu romaku meremang sendiri.

Bunyi burung-burung yang terbang mahu pulang ke sarang juga tidak kurang membuatkan aku sedikit resah.

Berkali-kali aku goncangkan pagar tersebut namun masih lagi tiada orang menyedarinya. Aku semakin pasrah kerana tiada yang menyahut.

"Cik Ayu! Cik Ayu dengar tak?" Untuk kesekian kalinya, aku berbuat perkara yang sama. Namun tetap juga tiada sahutan dari dalam rumah. Aku rasa wanita itu mungkin sedang berada di dapur. Entahlah, aku betul-betul mengharap akan ada keajaiban yang berlaku kepadaku.

Nyamuk pula semakin rakus membenamkan gigitannya pada kulit jemariku.

Aku garu tangan aku dengan kasar kerana tidak tahan dengan serangan 'jahat' itu. Tak tahu berapa lama aku kena jadi patung di hadapan pagar. Nak buat macam mana, kunci aku dah lesap!

"Terpekik terlolong macam hantu. Nah!"

Aku tersentak kuat sehingga tangan mengurut dada perlahan.

Kus semangat!

Nasib baik aku masih boleh bernafas dengan aman. Sergahan itu memang satu tamparan yang menyentak sehingga ke jantung dan seluruh sistem badan.

Segera aku pusingkan badan ke belakang tanpa sebarang ragu.

"Eh... kunci aku!" Mata aku mengecil melihat segugus kunci yang ditayangkan di hadapan wajah. Aku mahu merampas kunci itu tetapi dari awal lagi dia dah melarikan tangannya ke belakang.

"Cari kunci, Ammara?" Dia tersengih penuh makna. Kunci itu kembali digoyang-goyangkan kepada aku dengan penuh minat. Sajalah tu nak tarik perhatian aku yang sememangnya sedang menahan api amarah.

"Bagi balik kunci tu, Ezzat!" Aku marah Ezzat yang cuma angkat bahu. Pun begitu, aku tak rasa pelik kerana aku dah tahu bahawa kami hidup dalam kawasan kejiranan yang sama. Entah bagaimana dia boleh menjejakkan kaki ke sini dan tahu kawasan rumah aku.

"Kalau tak nak... kau nak buat apa?" usik Ezzat.

"I said... give it back to me! Sekarang juga!" Suara aku sedikit meninggi. Macam mana nak tahan sabar bila sedari awal lagi sudah diuji? Ikutkan hati yang geram, mahu sahaja aku rodok bibir dia yang tak berhenti senyum senget. Sakit sungguh hati aku melihat dia tersenyun begitu. Penuh makna dan penuh kelicikan.

"Itulah, sombong lagi. Orang panggil dia tadi, dia sengaja buat tak dengar. Kalau orang tak datang sini, entah berapa jam dia kena lepak dekat luar pagar. Seronok sangat derma darah dekat nyamuk!" Selamba sungguh Ezzat mengutuk aku, seperti aku sedang halimunan.

Selepas itu, barulah dia melemparkan kunci rumah aku. Nasib baik tangan aku tangkas menyambut!

"Blah sekarang! Menyampah la aku tengok muka kau. Kalau tak sebab aku bencikan kau, memang tak ada maknanya aku nak buat baik tau!" Aku menghalaunya dengan kasar.

Dah berura-ura mahu menghempuk dia dengan beg tangan aku tetapi aku cuba tahankan hati.

Tanpa membuang masa, aku terus membuka kunci pada pagar rumah. Biarlah dia nak berdiri di situ sampai tahun depan pun. Apa yang perlu aku kisah?

"Tak pandai ucap terima kasih ke? Atau memang dah terkena sumpahan bisu lepas buka pintu pagar?"

Aku merengus kuat.

"Pergi baiklah! Sibuk aje dekat sini." Pintu kereta aku buka dengan kasar sebelum aku memboloskan badan ke dalamnya. Selesai memarkirkan kereta ke laman rumah, aku terus kunci pintu pagar dan terus menghala masuk ke dalam rumah tanpa langsung memandang ke belakang.

Sesak sungguh kepala aku dibuatnya!

"ADA bising apa tadi dekat luar? Cik Ayu dengar macam suara orang bergaduh aje?"

Beg tangan aku letak di atas meja sebelum tubuh ini aku hempaskan ke atas sofa. Tangan aku sempat menolak rambut yang terarah ke hadapan. Semakin rimas dan sebal apabila mengingati kejadian tadi.

"Entahlah Cik Ayu, Ammara jumpa beruk sesat tadi," jawab aku selamba biarpun aku boleh melihat dengan jelas kekeliruan yang terpeta di wajah Cik Ayu.

Sekarang ini, Cik Ayu sudah jadi peneman aku. Sudah dua minggu lebih wanita itu tinggal bersama aku dan aku yakin, wanita itu sudah selesa biarpun pada awalnya dia kelihatan ragu-ragu. Aku senang dengan kebahagiaan Cik Ayu.

"Maksud Ammara... Beruk yang jadi jiran dekat rumah Ammara? Budak Ezzat tu?"

"Cik Ayu, mana Cik Ayu tahu dia jiran Ammara?" Laju aku bertanya.

Terkejut juga sebenarnya. Bila masa Cik Ayu boleh kenal lelaki yang dia tak mengaku jiran itu? Bahkan, Cik Ayu juga tahu nama Ezzat. Bahaya betul. Nampaknya Cik Ayu lebih advance dari aku ni.

Hish, sakit pula hati aku dibuatnya.

Balik-balik Ezzat.

Asyik-asyik Ezzat.

Pagi, petang, siang dan malam asyik dengar suara manusia itu. Senang cakap, setiap hari ada saja lelaki itu di mana-mana.

Hatiku mendongkol geram. Tak boleh ke sehari tak ada sebarang anasir yang mengganggu hidup aku? Sungguhlah, aku rimas!

Lagipun aku, kan benci dekat Ezzat. Buat apa aku terhegeh-hegeh nak cakap pasal dia. Meluap-luap hati aku dengan amarah apabila mengenangkan kaitan lelaki itu dengan Amanda.

"Ammara tertinggal tren ni. Dah dua minggu dah kut, of course Cik Ayu tahu. Tu hah, Cik Ayu nak buang sampah, ada je suara yang tegur. Mana tak kenal kalau dah hari-hari ajak Cik Ayu berbual. Peramah betul dia tu. Jarang Cik Ayu jumpa lelaki budiman macam tu." Cik Ayu membalas dengan senang hati.

Aku julingkan bebola mata ke atas.

Ceit, lelaki budiman? Tekak aku tiba-tiba rasa loya. Sungguh tidak sesuai klasifikasi lelaki budiman terhadap Ezzat.

"Budiman apanya kalau macam tu? Ammara nak pesan dekat Cik Ayu supaya berhati-hati tau! Bahaya tu Cik Ayu kalau dah termasuk dalam perangkap buaya. Lagipun, mana kita tahu dia tu perangai elok semedang. Entah-entah dia luaran tu plastik. Zaman sekarang ni bukan senang nak percaya orang," tuduh aku secara melulu. Tangan aku silangkan ke dada dengan bibir yang separa memuncung.

Cik Ayu menggelengkan kepala. Tangannya singgah di tanganku yang disilangkan. Isyarat mata Cik Ayu buatkan mata aku terkelip-kelip.

"Tak elok cakap begitu, Ammara. Nanti jatuh tuduhan, Ammara yang kena merangkak cari dia dan minta maaf. Cik Ayu percaya dia lelaki yang baik. Lagi satu, boleh Cik Ayu nak tanya sikit?" Cik Ayu melabuhkan duduk di sebelah aku.

Aku agak terkesan dengan kata-kata Cik Ayu sebentar tadi.

Aku kena merangkak dan minta maaf?

Aku menggelengkan kepala. Aku tak nak bersemuka dengan dia. Malah, kalau diberi peluang aku nak pergi jauh dari dia.

"Cik Ayu minta maaf kalau soalan Cik Ayu melibatkan privasi Ammara." Lembut suara Cik Ayu.

Sambil itu, tangannya mengurut lembut kekura tangan aku. Matanya tak lepas dari menatap wajahku.

Aku tak dapat tafsirkan pandangan yang dilempar Cik Ayu. Aku... Keliru.

"Cik Ayu nak tanya apa?" Aku bersuara dalam nada yang sedikit tenggelam. Bebola mata aku kini jatuh pada tangan aku yang diurutnya. Lembut dan halus. Jemarinya mendendangkan tarian di atas tapak tangan aku. Seakan sentuhan itu mengingatkan aku pada arwah ibu.

Rindu. Tapi aku tahu rindu aku takkan ada yang menyambut. Aku pilu.

Tapi, aku tahu bahawa aku tak mampu. Cik Ayu punya sentuhan persis macam ibu. Cik Ayu ternyata pandai mengurut. Aku terkedu bilamana urutan yang diberi oleh Cik Ayu tidak jauh beza dengan apa yang arwah ibu buat pada aku.

Aku melepaskan keluhan kecil dan aku pasti Cik Ayu tak perasankan tingkah aku ini. Tak mengapalah, Cik Ayu tak perlu tahu pasal arwah ibu.

As the time goes by, no one should ever know some memorable things that I keen to keep only for myself.

Biarlah.

Biarlah aku simpan seorang diri.

Aku tak mahu bergantung dengan tempat mengadu. Cukuplah menyusahkan orang buat aku hati aku dihiris pedih. Aku lebih rela jika aku bergantung kepada diri aku sahaja.

"Ammara... Masih ada keluarga? Masih ada ibu dan ayah? Cik Ayu tengok Ammara macam dah biasa hidup sendiri." Perlahan ayat itu dituturkan oleh Cik Ayu. Mungkin bimbang kata-katanya bakal mengguris hati aku.

Aku menyimpulkan senyuman. Layak ke aku ada keluarga?

"Maafkan Cik Ayu kalau Ammara tak selesa..."

"Arwah ibu dah tak ada." Aku potong bicara Cik Ayu. Tona suara aku betulkan dengan sedikit dehaman. Tak mahu terlihat perih oleh Cik Ayu.

Bibir Cik Ayu bagaikan bergerak-gerak untuk menutur kata namun aku lihat, tiada sepatah pun yang meletus dari seulas bibirnya.

Wanita itu hanya diam dan merenung aku bersama sebuah pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

Seketika, mata ini aku alihkan dari menatapnya. Tak betah aku dengan keadaan sebegitu.

Mata Cik Ayu... Seakan punya sinar dan harapan yang membangkitkan aku untuk terus hidup. Tak pernah hati aku merasakan perubahan yang berbeza seperti ini.

Aku... Tidak pasti perasaan apakah itu.

"Boleh Ammara peluk Cik Ayu?" Tanpa sedar, bibirku menutur perlahan. Melihatkan Cik Ayu yang mengangguk, aku mendepakan tangan bersama mata yang separuh berkaca... Tanpa dapat aku tahan lagi.

Buat pertama kali.

Tidak pernah sekalipun aku mengharap mutiara itu akan keluar dan tanpa aku jangka, perlahan-lahan ianya mengalir dari pipi aku sendiri. Merasakan betapa peritnya hidup yang harus aku lalui kini, membuatkan dadaku semakin memberat.

Aku kecewa dengan diri aku sendiri. Aku tak mahu terlihat lemah oleh orang lain namun, aku tak sedar bilamana sisi lemahku dipertontonkan kepada Cik Ayu.

Aku dapat merasakan pelukan ini seperti pelukan wanita yang aku rindui. Sedikit-sebanyak, hati aku merasa terpujuk.

Kepala aku sembamkan pada leher wanita itu ketika Cik Ayu kian mengeratkan pelukan.

"Shhh... Ammara kuat orangnya. Cik Ayu percaya setiap kesakitan dan kesedihan yang Ammara lalui, akan dibalas oleh Tuhan dengan kebahagiaan. Kesakitan yang hadir umpama belati... Tak akan kekal berpanjangan. Cik Ayu yakin Ammara akan bahagia satu hari nanti." Cik Ayu mengusap lembut belakang badanku.

Untuk kesekian kalinya, aku bertanya kepada hati aku sendiri.

Layakkah untuk aku bahagia?

Apakah ada peluang untuk aku mengecapi semua itu?


"MORNING, Ammara."

Sapaan Dhuha di tepi tidak aku hiraukan. Dengan wajah yang mengetat, aku menyusun langkah menuju ke loker yang menempatkan barangan milik aku. Setelah memasukkan kunci, loker itu aku buka dengan kasar. Kuat berdentum bunyinya. Peduli apa dia kalau loker itu nak terhempas sekali pun.

"Apa hal tu?"

Telinga aku menangkap suara Ikhwan yang berada tidak jauh dari tempat aku berada. Terhenti pergerakan tamganku yang ingin memasukkan beg ke dalam loker.

"Tiya, kenapa Ammara tu? Pagi lagi dah buat muka tebal dua inci," tanya Ikhwan selamba.

Aku pusingkan badan ke belakang, menjeling Ikhwan dengan tajam walau tidak disedari oleh lelaki itu. Ikhwan kelihatannya sedang khusyuk menulis sesuatu di dalam buku catatan.

Tiya mengangkat bahunya sambil menyedut air teh o ais.

"Mana aku tahu. Sibuklah kau ni, Ikhwan. Tak payah jadi pakcik bawang berbayar. Pergi buat kerja sana!" halau Tiya dengan tangannya. Sikit lagi kepala Ikhwan hampir disirami dengan teh ais itu.

"Alah, ni mesti sebab bos. Bukan aku tak tahu perangai bos macam mana. Adalah tu mulut laser dia nak sakitkan hati Si Ammara ni." Ikhwan menjelirkan lidah kepada Tiya tanda tidak puas hati.

Aku kembali memalingkan badan menghadap loker. Berasap-asap telinga aku mendengarkan kata-kata Ikhwan dari tadi. Yang paling aku panas hati... Sudah tentulah pasal Ezzat yang disebut-sebut mereka. Loker yang tidak bersalah itu aku tumbuk dengan kasar.

Pergi mati, loker! I hate you!

Mindaku kembali menerawang tatkala mengingati perbualan bersama lelaki itu awal pagi tadi. Semasa aku ingin bergerak keluar dari rumah, suara Ezzat menghentikan langkah aku untuk membolosi perut kereta.

"Kau tahu kerja kau hari ni buat apa?"

Kepala aku automatik terngadah ke arahnya. Seketika, aku mengecilkan mata dan pandang wajah Ezzat serupa nak telan.

"Apa?" Setelah itu, aku menjawab malas. Tangan aku silangkan rapat ke dada, tanda malas mahu melayani kerenah lelaki itu. Harapan aku untuk Ezzat segera pergi dari sini. Tengok muka dia pun, aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk.

"For today, we are going to have a special customer. Please assist him and serve him as well with all your skills and professionalism. Don't forget to put your manner with you. Dia dijangka akan sampai dekat restoran pada pukul 12 belas tengah hari untuk lunch bersama rakannya." Panjang lebar Ezzat memberi arahan. Sempat pula dia lemparkan perlian kepada aku.

Nafas ini aku tarik dalam-dalam. Sabar, Ammara. Sabar adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan.

"Siapa dia?" Aku bertanya bosan. Segala yang diperkatakan oleh Ezzat tadi hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Pun begitu, aku berharap pelanggan itu bukan pelanggan yang menyakitkan hati.

"Bakhtiar. That one yang kau hampir nak bertumbuk sebab..." Belum sempat Ezzat ingin menghabiskan patah katanya, aku terlebih dahulu meningkah.

"Oh well... I still remember that bastard yang gatal merenyam macam ulat bulu tu. But why? Could you tell me please apa sebab aku kena layan dia? Apa yang buat kau fikir aku patut layan dia as a customer?" Bibirku menyungging senyuman sinis.

Mana logik dia nak suruh aku pula yang melayani orang tua itu? Excuse me, lelaki ini dah gila ke apa? Ataupun dia letak otaknya di lutut, sebab itulah dengan sesuka hatinya Ezzat menyuruh aku buat benda yang aku tak suka.

"I think you don't have any problem with that, no? Aku tak rasa benda ni masalah besar untuk kau. By right, kau kena profesional dan jangan libatkan hal peribadi kau dengan dia. Tolak tepi semu..."

"What if aku tak nak buat apa yang kau suruh? Kau nak buat apa? Pecat aku sekarang juga?" duga aku dengan senyuman sinis yang masih belum padam dari bibir. Laju aku tingkah kata-katanya. Kalau dia bersetuju untuk berhentikan aku dari kerja ini, mungkin aku akan tepuk tangan dan bersorak riang bilamana hasrat aku akan tercapai.

Sesungguhnya, itu salah satu perkara yang aku nantikan. Aku tak nak dekat dengan Ezzat. Kalau dengan cara menyakitkan hati Ezzat dapat membuatkan dia berubah fikiran, aku sanggup.

Aku nak lari dari lelaki itu. Tetapi, aku sedar aku akan berada dalam masalah besar kalau aku tiba-tiba berhenti sesuka hati. Jadi, lebih baik jika Ezzat sendiri yang buat perkara itu. Bukankah lebih mudah? Tak perlulah dia nak menghadap pekerja berhati hitam seperti aku ini.

Tetapi, aku, kan jahat. Semua orang tuding jari dan salah kepadaku. Siapa saja yang mampu bertahan dan dekat denganku? Malah, aku juga turut dihina. Aku takkan pernah lupa segala kata-kata nista yang telah Calla palitkan kepada aku. Tak sedar, bibirku digigit perlahan.

Oh, Ammara... Sampai bila kau kena hidup macam ini?

"Jangan mimpi nak berhenti kerja. Tugas kau cuma perlu ikut arahan aku aje. Susah sangat ke?" Aku dapat lihat Ezzat seperti mahu meletus amarahnya. Anak matanya seakan menembus segenap tengkorak aku.

Tawa kecilku meletus dengan tidak semena-mena.

Kelakar betul.

Memang lelaki tak akan pernah faham ke perasaan tidak selesa yang aku alami bila aku kena jadi pelayan lelaki tua itu? Siapa aje kat dunia ni yang boleh faham semua tu?

"My answer is still no. Kalau kau nak orang tua tu dilayan baik-baik dan sopan-santun, pergi cari orang lain. Bukan ke pelayan kat Cremé tu ramai? Why not kau petik je mana-mana yang sesuai. Kalau boleh cari yang jenis gedik sikit, sebab apa? Orang tua tu nak sangat, kan?" hambur aku dengan kasar.

Ketika itu, ada satu kepuasan yang dapat aku rasakan lepas dah hamburkan segala yang terbuku di dada.

Tanpa menunggu balasan daripada Ezzat, badan aku terus dihalakan membolosi kereta.

Enjin dihidupkan satu saat dan belum sempat aku ingin menutup pintu, ada satu tangan yang memegang kuat pintu itu menyebabkan aku juga terdorong ke luar.

"Hei, kau dah gila ke? Off your hands from my door car now!" Aku memberinya amaran. Sedikit lagi muka aku hampir tersembam ke jalan tar dan mujur sahaja aku dapat menampung diri.

Jikalau tidak, aku rasa destinasi aku selepas ini adalah hospital, bukan kafe. Setelah itu, bebola mata aku angkat ke atas, menyoroti wajah Ezzat yang hanya tertera selamba. Dia ni sungguhlah tak ada perasan?

"I guess there's something that you would love to know, Ammara. Benda yang kau tak pernah tahu dan tak pernah terfikir untuk cari tahu pun." Pernyataan yang meluncur laju dari bibir lelaki itu membuatkan keningku terangkat tinggi. Tampang wajahnya penuh misteri, membuatkan aku mulai tertanya-tanya.

Kecil besar, kecil besar aku merenung Ezzat dari dalam kereta, yang kemudiannya mengangkat bahu.

Aku berdecit perlahan seraya melangkah keluar dari kereta. Aku benci dengan rasa ingin tahu ini.

Dan... Aku tak suka masa aku dibuang begitu saja. Lagi-lagi untuk berbual dengan lelaki ini. Heh!

"Apa benda yang aku tak tahu, Ezzat?" tutur aku senada. Sejujurnya, aku rasa sekarang ini bukan waktu yang sesuai untuk dia uji aku begini. Dia tak tahu ke betapa aku sudah lambat untuk berangkat ke kafe?

"You will know later when we arrived at the cafe." Itu sahaja balasan yang Ezzat berikan kepada aku sebelum dia sendiri yang melangkah pergi dari tempat aku berdiri.

Mata aku terkebil-kebil, menyoroti langkahnya yang turut menghilang ke dalam kereta. Dalam kadar tiga saat, keretanya kian menghilang dari pandangan mata aku.

Tanpa sedar, aku melepaskan keluhan kecil. Apa semua ini? Kenapa Ezzat sengaja buat rasa ingin tahuku mencanak tinggi? Sepertinya dia mahu mendera perasaanku.

Dan persoalan yang kini mengetuk tangkai mindaku ialah... Apakah perkara yang aku tak pernah tahu sebelum ini?

***

Okay guys, finally Ive been thinking untuk sambung semula story ni bila masa yang ada. So that I planned nak teruskan je walau banyak kekangan yang menimpa saya ketika ini. Apa-apa pun, selamat membaca semua :)

Sebenarnya lagi... Dah banyak draft dah siap dan im not that kind yang suka simpan banyak banyak. Jadi geram tauuu nak teksn butang tu eehh.

Sekian bebelan ini maka jumpa di next bab!

Maaf ayat kelam kabut sikit hahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro