Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 18

"KESIAN mama tengok dia ni. Wajah dia manis, tetapi mama nampak kelukaan yang sangat dalam pada sepasang matanya..."

"Ya, mama. Dif tak tahu kenapa, tengok dia macam tu saja, Dif dah rasa sakit. Sakitlah dia, sakit juga dekat Dif..." Suara itu melantun sayup-sayup di gegendang telingaku. Entah kenapa aku rasa sukar untuk membuka kelopak mata. Terasa berat sangat. Sama berat dengan bebanan yang aku pikul sendirian.

Rasa itu seperti ada besi di bahu aku. Sukar untuk aku betul-betul bangkit. Aku seakan tiada daya untuk membantu diri aku sendiri. Rasa lemah sangat segala sendi di badan aku.

"Jadi macam mana? Dia tak bangun lagi."

"Tak apalah, mama. Nanti dia akan bangun tu. Kita solat isyak dulu, ya?"

"Baiklah, jangan lupa doakan dia."

Keadaan kembali menjadi hening. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu sehinggalah aku mendengar suara seseorang yang sedang melaungkan iqamat di hadapan aku. Suara itu kelihatan merdu, persis sebuah nyanyian indah di telingaku.

Selang seminit, suara tersebut diselangi dengan satu bacaan yang pernah aku amalkan suatu ketika dahulu. Ya, dia baca surah Al-Fatihah. Dalam keadaan mata tertutup dan jiwa terumbang-ambing, entah mengapa aku rasa terlalu dekat dengan suara itu.

Seperti ada yang menjadi penghubung melalui doa yang dia titip seusai dia selesai melakukan solat fardu tersebut. Hati aku rawan, bagaikan dipalu sesuatu. Rasa sayu, sebak dan segalanya... kian mencengkam. Aku tidak faham kenapa hati aku merasakan sebegitu.

Paling penting, aku rasa ingin melepaskan tangisan tetapi aku tidak mampu.

Dan aku tidak boleh, seolah itu menjadi satu penggantung harapan kepada aku untuk terus kuat dan jangan jadi terlalu lemah di mata mereka yang ada di sini.

"Kamu kuat, sayang. Kamu terlalu kuat untuk menjadi seorang gadis yang sempurna dekat mata dia, biarpun satu dunia menjerit tentang cela yang ada pada diri kamu."

Seperti ada seseorang yang duduk di sebelahku, aku dapat rasakan sebuah kucupan hinggap di dahiku. Penuh kudus dan penuh dengan kasih tanpa berbelah bahagi. Hatiku kembali dihentak rasa hiba. Aku tidak tahu gerangan siapakah yang sudi menumpahkan kemanisan kasih sayangnya untuk aku. Aku tidak kenal dia dan aku tidak mampu melihat wajahnya.

Yang aku tahu, ketika ini aku hanya mampu mendengar biarpun agak sayup di telinga walaupun ada garisan yang menghalang kami untuk terus melangsungkan bicara. Mahu sahaja aku jerit pada satu dunia bahawa aku mahu lepaskan diri dari rasa yang membelenggu ini.

"Tidurlah, sayang. Rehat dan tenangkan segala sakit yang ada dekat diri kamu. Mama tahu kamu boleh lawan semua ni." Dia usap kekura tanganku dengan lembut.

"Mama nak pergi mana?" Muncul satu suara yang menyampuk.

"Mama nak panggil kakak sekejap. Dif jaga Ammara, ya?" Suara itu terdengar penuh pengharapan. Dia cakap dengan anak dia atau suami dia sebenarnya? Aku keliru.

"Pasti. Dif akan selalu jaga dia."

BERAT yang dirasakan, akhirnya dapat sampai di kemuncak. Bebola mata aku bergerak-gerak, meminta untuk cepat membuka mata namun tidak berjaya. Percubaan pertama menemui kegagalan sehinggalah percubaan yang ketiga...

Mata aku terbuka luas.

Ruangan sekeliling aku perhatikan. Tak lupa juga, setiap sudut aku teroka dengan mata terpicing kecil. Aku berasa was-was. Aku dekat mana sebenarnya? Bukan ke tadi aku tengah buat pastri aku? Pelbagai persoalan bertalu-talu menyentuh kotak fikiran.

Tangan aku singgah mengurut pelipis. Rasa pening kepala yang menyengat tadi sudah terbang dibawa angin sejuk dari kipas. Walaupun badan terasa sedikit lesu, tetapi aku masih mampu untuk bangkit dan memulas tombol pintu.

Aku nak keluar dari sini. Aku tak tahu di mana aku berada. Aku takut jika aku diculik tapi takkanlah penculik bagi aku duduk dekat bilik yang cantik itu? Macam bilik orang perempuan pula dengan pelbagai hiasan berwarna ungu.

Entah kenapa, kaki aku terjengket-jengket bagaikan seorang pencuri yang mahu meneruskan misi jahatnya. Aku melangkah dengan penuh debaran, menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Suasana yang terasa gelap menjadikan aku lebih takut mahu memandang kawasan sekitar.

Kenapalah dia orang tutup lampu? Persoalannya, sekarang ini dah malam ke atau masih waktu petang? Aku rasa macam orang dungu pun ada.

Sampai di tingkap ruang tamu, aku selak langsir tersebut secara perlahan-lahan. Bulan masih menyimbahkan cahaya yang ada, menjadikan suasana tidak terlalu suram pada kepekatan malam ini. Melihat ke luar, aku rasa kawasan ini seperti kawasan yang sangat kukenali. Aku rasa aku berada di rumah jiran yang mungkin tidak jauh dari rumahku.

Mereka tolong aku? Bukan ke aku sepatutnya kena langgar...

Aku terus menekup bibir. Rasa mahu meraung tatkala teringat semula secebis memori yang masih bersisa. Tadi, aku jumpa dengan Amanda. Amanda bawa aku berjalan sehinggalah kami berada betul-betul di atas jalan raya. Dan kerana kecuaian aku, aku hampir sahaja mati dilanggar. Tetapi, siapa yang baik hati menyelamatkan aku untuk terus bernafas di muka bumi ini?

"Siapa tu?"

Tidak semena-mena, kepalaku terus terteleng ke tepi. Dalam kegelapan, mata aku mencari-cari di mana punca suara tersebut. Menyesal pula tinggalkan telefon di rumah aku. Sudahnya, aku juga yang menyesal!

Pun begitu, setahu aku hanya ada aku sendiri sahaja dekat sini. Takkanlah ada yang lain...

"Helo?"

Bibir aku terkatup rapat. Bulu roma aku merinding tanpa dipinta. Takut-takut aku menyorok di sebalik sofa kulit di tepi meja kopi. Rambut yang serabai, aku cuma biarkan. Ah, dalam keadaan genting seperti ini, aku tak ada masa untuk memikirkan penampilan diri. Aku cuma tak mahu bertemu dengan 'raksaksa' itu. Suaranya sahaja kelihatan begitu menakutkan.

"Apa hal la pula langsir terbuka macam ni? Ni mesti kerja Si Tiger." 

Dari tempat aku menyorokkan badan, aku dapat rasakan kaki dia berhenti di belakang sofa itu. Aku tak nampak wajah dia dengan jelas tetapi suara itu macam aku pernah dengar saja. Aku menggelengkan kepala. Mainan perasaan kut!

Saat ini, nafas lega yang mahu berhembus dari wajah, automatik menghilang sebaik sahaja tapak kaki aku dicuit oleh satu makhluk yang berbulu tebal. Aku mahu pandang makhluk itu tetapi pandangan aku tidak begitu jelas. Semakin aku mahu berundur, semakin liar dia menggeselkan badannya di hujung kaki aku. 

Hampir sahaja aku menjerit kegelian kerana lidah kasarnya menjilat hujung ibu jari kaki aku. Momok berbulu apa ini? Tolonglah, aku takut dengan momok!

"Shuh-shuh! Pergi dari sini! Pergi!" Aku halau makhluk yang tak reti makan saman itu. Kali ini, aku kuatkan nada suara supaya makhluk itu dengar dengan jelas betapa aku tidak suka dengan apa yang dilakukannya tadi. Semoga momok itu balik ke alam dia semula.

"What are you doing here?"

Suara lain pula yang mencelah. Aku semakin gelisah dibuatnya apabila aku sedar orang itu ialah Ezzat! Mataku cuba mencerun ke bawah, mencari kelibat momok yang berbulu namun tiada pula. Tolong jangan cakap momok itu dah berubah menjadi Ezzat!

Kalau aku tahu, dari awal lagi aku tendang momok itu. Mungkin rupa dia kelihatan mengerikan sekarang.

Setapak aku berundur ke belakang tetapi setapak lagi kaki yang lain menghala ke arah aku, menjadikan jarak kami sedikit rapat. Aku ambil tindakan tergesa-gesa dengan segera melarikan diri. Aku rasa canggung dan pelik. Kini, aku persoalan aku tadi akhirnya terjawab. Jadi, Ezzat yang selamatkan aku?

Sikit pun aku tak rasa terharu. Aku tak rasa aku patut berterima kasih kepada dia. Dia memang layak untuk menadah setiap kebencian yang aku lemparkan semua.

"Ammara, bukan kau tidur ke tadi? Terjaga semula?"

"Itu tadi. Sekarang, aku dah bangun dan aku nak balik rumah." Aku menjawab dingin tanpa langsung melirik pada wajahnya. Ketika itu juga, keadaan rumah yang gelap kian bertukar terang-benderang setelah Ezzat hidupkan suis lampu. Terkelip-kelip juga mata aku mahu mengesan semula cahaya yang menembusi mata.

"Tiger tak tidur lagi tu sebab itulah dia merayau-rayau dalam rumah. Tiger macam suka dekat kau." Ezzat mengalihkan wajahnya pada Tiger yang muncul di sisinya. Dia tersenyum nipis sambil mengusap lembut kepala Tiger. Macam tahu-tahu sahaja kucing itu datang dekat dengan tuan dia. Sungguh patuh perintah.

"Tak kisahlah nama dia Tiger ke, Lion ke yang penting aku tak nak tengok muka dia. Dia ni pun sama aje, tak ada adab. Suka sangat jilat kaki orang. Geli tahu tak? Dasar momok banyak bulu!" Aku bercekak pinggang dengan kaki berdiri betul-betul di hadapan Tiger yang buat wajah sekupang.

Itulah, kalau awal-awal buka lampu kan lebih mudah. Tak adalah aku kena hadap momok berbulu Ezzat. Eloklah nama Tiger, kulit serupa harimau yang tunggu masa nak membaham mangsanya. Dan akulah mangsa dia tu!

Tiger dengan selamba merapatkan kepalanya di kakiku. Aku berdecit geram. Aku tidak berapa menyukai kucing sejak dahulu lagi. Walaupun arwah ibu suka kucing, tetapi aku tidak tahu kenapa aku tidak mempunyai minat yang serupa dengannya. Mungkin aku jarang bermain dengan haiwan sebab itulah mahu membentuk jalinan mesra pun susah. 

Mahu tendang Tiger, aku pun tak sampai hati. Aku ini tak adalah zalim sangat terhadap haiwan comel. Aku masih tahu mana yang elok, mana yang tidak.

"He loves you, Ammara. Bahasa tubuh Tiger kata, dia nak kau manja dan belai-belai dia. Dia suka kau sangat. Tengok dekat situ." Suara Ezzat memecah keheningan yang bertamu kurang dari seminit.

Aku angkat mata merenungnya, namun masih lagi dengan wajah beku tiada tandingan.

"Tak nak. Aku tak suka Tiger. Shuh-shuh pergi dari sini!" Buat bazir liur sendiri sahaja, malangnya Tiger tetap tak mahu pergi dari menggeselkan wajahnya pada kaki aku. Aku mengeluh perlahan. Aku tak ada masa nak belai dia penuh kasih sayang segala. Cubalah dia faham sikit. Lagipun, aku ini baru sahaja bertemu dengan dia.

Takkan dah 'jatuh hati' dekat aku? Dia pun agaknya dah terkena sumpahan momok.

"Feeling better now?" Ezzat tujukan soalan itu untuk aku selepas dia letakkan Tiger di tempat tidurnya sendiri. 

"Tak. Tak akan pernah." Bicara aku penuh nada tersirat yang mungkin aku sendiri sahaja yang tahu. Bukan pasal kucing dia. Yang aku maksudkan, apa yang aku hadapi semenjak aku kerja di kafenya. Sejak aku sudah mengetahui berkenaan hakikat itu, dia sendiri pun mungkin perasan perubahan yang terpalit dalam diri aku.

Ketika itu, aku dapat menangkap keluhan yang terbit dari bibir Ezzat.

"Susah sangat ke untuk percayakan aku?"

"Susah. Sangat susah." Aku menjawab pantas. Mata kami bertaut seketika.

Entah mengapa, aku melihat sinar matanya tidak terang seperti selalu. Mengapa sinar itu sudah malap dan seakan tidak bercahaya? Kenapa dan kenapa? Hati aku tidak berhenti untuk menaburkan persoalan.

"It was not me. Sungguh."

Aku terus putuskan renungan tersebut. Segala apa yang dia katakan, memang aku tak mahu dengar dan tak mahu percaya. Aku berura-ura untuk pergi namun suara seseorang segera menghalang langkah ini.

"Dah malam sangat ni, bahaya kalau kau nak balik rumah. Please, kalau kau marah dekat aku at least kau tak keluar dari sini. Apa kata mama kalau kau pergi macam tu aje?"

"Okey! Aku tak jadi keluar." Malas mahu memanjangkan cerita, aku angkatkan tangan ke atas tanda mengalah kerana aku akui, aku rasa badan aku kembali penat. Sebelum beredar naik ke atas semula, aku sempat lihat senyuman kecil yang terbentuk di bibir Ezzat.

Fine!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro