TSS 10
"APA? Apa yang kau nampak semalam?"
Badanku tegak di tempat berdiri. Niat mahu beredar untuk sambung kerja terus hancur dibawa arus persoalan yang terluncur dari bibir lelaki itu. Aku menatap Ezzat sambil menggenggam kuat penyapu di tangan kanan.
Sebelum Dhuha beredar tadi, sempat lelaki itu menyerahkan kembali penyapu kepadaku.
"He was the one who helped you, right?"
Dahi aku berlapis. Aku cuba memerah otak untuk mengingat kembali kejadian semalam. Nyatanya, pernyataan Ezzat itu sudah mampu aku hadam. Dia sedang bercakap pasal Dhuha.
"Kalau betul pun... kau nak buat apa? Nak marah Dhuha sebab dia yang tolong aku dari kena langgar?" Aku bersuara sinis lalu melontarkan pandangan jengkel kepada Ezzat. Entah apa-apalah dia ini. Sehari tak cukup ke nak buat hati aku sakit menelan kata-katanya?
Seolah-olah aku dapat kekuatan baharu untuk membalas setiap tutur bicaranya. Kadangkala, aku rasa aku perlu sedarkan Ezzat betapa aku meluat dengan sikap prihatin yang cuba ditonjolkannya. Apa dia ingat aku tersentuh gamaknya dengan setiap soalan-soalan yang diutarakan itu?
Lagi, senyum sinisku langsung tertarik melihat Ezzat yang hanya diam tanpa suara. Di setiap patah kata yang aku selitkan memasuki gegendang telinganya, aku harap dia hadam dengan jelas.
"Jangan dekat-dekat dengan dia lagi lepas ni. Aku tak suka kau berkawan dengan dia." Ezzat jeling aku tajam. Arahannya bagai angin lalu di telinga aku.
"I don't need your concern, Encik Ezzat Hadif. Berhenti untuk berpura-pura baik di hadapan aku. Kau boleh pergi dari sini dan biarkan aku sambung kerja yang tertangguh. In fact, maturity always hits the first stage. Susah sangat ke untuk bersikap profesional?" Aku balas renungannya sama, tajam. Kali ini, aku pula yang sekolahkan dia.
Baru dia tahu bahawa seorang Ammara Sakura tidak akan berdiam diri selama kakinya masih berpijak di lantai bumi. Tidak sesekali dan tidak akan.
"Right, you are right then. Kita tengok selama mana kau mampu bertahan untuk hadap seorang aku, Ammara. Mulut tu... hati-hati bila bercakap. You might get bitten by the monster." Ketika itu, aku menangkap senyuman senget yang terlahir dari bibir si dia.
Rahang aku... jatuh.
Gila.
Dia dah gila agaknya.
TIYA, pekerja kafe yang baru aku kenali lima hari lepas, melambaikan tangannya di hadapan aku. Aku berjalan perlahan-lahan kerana kedua tangan ini sedang cermat menatang dulang yang berisi sup cendawan panas. Di atasnya juga terletak secawan kopi panas.
Pada mulanya, aku ingat kafe yang bernama Cremé ini merupakan kafe yang hanya menjual makanan sejuk dan berkrim seperti kek ataupun pelbagai jenis kopi. Tetapi apabila sudah bekerja di sini, sedikit sebanyak aku dapat tahu bahawa kafe ini bukan sahaja menyediakan semua itu malah makanan yang biasa ditemui di restoran pun ada juga. Selain kek, kopi dan pastri, kafe ini juga menyediakan makanan berat dan bergoreng seperti nasi, mi, spageti dan banyak lagi.
Kerana itulah... kafe ini pernah menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak bersama Mallysa. Sebut sahaja nama itu, ah... rindunya aku kepada dia! Apa khabar dia di sana, ya? Mesti sudah berbahagia di samping suami tercinta.
"Dia tu kenapa? Dari tadi lagi... aku perasan dia lepak dekat depan sini aje. Pula tu, mata dia bukan tengok customer tapi dia tengok kau tanpa lepas. Kau ada buat apa-apa ke sampai macam tu sekali Encik Ezzat turun padang?" Soalan Tiya mengembalikan aku ke alam nyata.
"Serius ke ni? Jangan main-mainlah, Tiya. Aku tak ada masa dengar gosip-gosip staf." Segera aku sanggah bicaranya. Takkan la kut?
"Serius, Ammara! Ni bukan gosip. Sungguh!" bisik Tiya keras dan bersungguh-sungguh. Wajahnya tiba-tiba bertukar ketat. Aduhai, dah kenapa pula dia ini? Tersampuk setan ke apa?
"Tak elok bergurau masa ni. Elok kau sambung kerja. Pergilah hantar order tu ke dapur. Kau nak kena tengking dengan dia ke nanti?" balas aku dalam nada berbisik. Lenguh juga bila memegang dulang ini. Nasib baik juga tangan aku dah sembuh sedikit. Sekurang-kurangnya, dapat buka balutan pun dah rasa lega sangat!
"Tapi, Ammara..." Ayat Tiya terjeda, selari dengan bebola matanya yang sudah bergerak ke satu arah. Menyedari itu, aku berbuat perkara yang sama.
Zzap!
Segera aku palingkan wajah menghadap Tiya semula. Badan mulai terasa seram sejuk sehingga Tiya sendiri dapat menyedari tangan aku yang menggigil sewaktu menatang dulang tersebut. Cepat-cepat Tiya mengambil dulang yang hampir terlepas dari tangan aku. Dulang itu diletaknya di atas meja.
"Ammara... kau kenapa ni? Janganlah menggigil macam ni. Aku risau kalau makanan ni jatuh, nanti kena marah. Aku minta maaf sebab buat kau rasa takut." Tiya menggosok bahu aku perlahan. Anak rambut aku yang terarah ke hadapan, dia tolak ke belakang.
"Tak... tak apa. Aku okey je ni," balas aku lambat-lambat. Nafas yang tersekat-sekat, aku cuba gali dengan menarik sedalamnya. Tanganku naik merapat pada dada. Kenapa bergetar semacam hati aku ini? Apakah isi dalamnya dah rosak sehinggakan hanya panahan itu sahaja dah membuatkan aku rasa seram sejuk?
Padahal bukan ada apa yang berlaku pun. Normallah itu, kan jika orang atas nak pantau pekerja-pekerja dia?
Tidak dapat tidak, fikiran aku menerawang pada ayat yang dilempar oleh Ezzat, beberapa hari yang lalu. Aku harap dia cuma main-main sahaja. Aku tak nak jumpa manusia gila dengan pakej psiko. Aku nak hidup dengan tenang, aman dan damai!
Oh, Ammara. Nasib baik positif itu percuma.
Bibir aku tersengih sendiri. Mudah betul aku rawat hati tikala gundah.
"Uit! Gila ke apa tersengih macam beruk kekurangan zat? Kau teringat boyfriend ek?" Tiya menyoal nakal. Dia senggol bahu aku selamba. Nampaknya, Tiya dah jadi salah seorang kawan yang memahami aku selain Mallysa. Elok juga tu, daripada aku terkandas kesunyian dek dipanah oleh mata hitam pekat si dia.
"Mana ada. Aku tak ada boyfriendlah. Bukan macam kau, bahagia semedang hari-hari pujaan hati jadi tukang ambil dan tukang hantar. Ceh, macamlah aku tak tahu!" balas aku bersulamkan tawa kecil di bibir. Beruntung betul Tiya ini, dapat orang yang setia dengan dia.
Berbeza dengan aku, semudah itu aku dicurangi. Luka yang ditinggalkan agak dalam dan berparut sehingga pintu hati aku sendiri tertutup buat masa yang lama. Jika itu yang ditakdirkan untuk aku, aku tidak kisah kerana aku lebih senang dengan kehidupan yang tidak terikat begini. Tidak perlu susah-susah untuk jaga hati si dia. Elok aje aku jaga hati aku sendiri dari disakiti buat kesekian kali.
"Yelah tu! Aku tak percaya muka-muka flawless macam kau ni tak ada someone lagi dalam hati. Aku tak percaya tau!" Tiya sengaja menatap wajah aku lama-lama untuk 'mencungkil' rahsia yang ingin dicarinya. Malangnya, aku hanya ketawa sahaja.
"Kau tak akan jumpa apa-apa tau kalau kau selam mata aku lama-lama. Jangan jatuh cinta dengan aku pulak ya!" Aku berseloroh dengan niat sekadar mahu bercanda.
"Eee... mengarut betul kau ni, nyah!"
Kami sama-sama ketawa. Tetapi ketawa yang kecil sahajalah sebab nanti pelanggan pandang pelik pula. Lagipun, aku rasa aku dah okey dari sebelumnya. Aku kena hantar makanan ini. Karang sejuk aku lagi yang terkena tempias angin monsun.
"Aku pergi hantar dululah semua ni," ujar aku sambil menatang semula dulang itu sambil memandang kertas yang diselitkan antara sup cendawan dan kopi. Meja tiga belas terletak jauh di hadapan, berdekatan muka pintu. Timbul rasa pelik dalam hati. Bukan ke sepatutnya meja bernombor satu yang berada dekat pintu?
Ah, kalau dah namanya aku mesti nak serabutkan otak sendiri dengan perkara yang tak penting! Biarlah meja tu nak duduk dekat mana pun.
"Are you sure, Ammara? Kau dah okey?" soal Tiya prihatin.
"I am. Aku dah okey sikit ni dan... terima kasih!" Aku hulurkan senyuman nipis. Alahai... baik betul Tiya ni. Mananya aku tidak terharu ada teman sekerja seperti dia.
"No worries!" Tiya kenyit mata sebelum beredar. Sempat telinga aku dengar bibir dia sebut 'nak pergi tandas'.
Dengan senang hati, aku buka langkah ke hadapan. Setiap langkahan ini, aku lepasi setiap satu meja bersama mata yang mengintai sekeliling. Pelbagai ragam yang dapat aku lihat di dalam kafe ini. Dan di setiap satu itu, yang paling menarik minat aku adalah seorang gadis dalam lingkungan remaja sedang menyuap ibunya makanan. Dari situ, aku boleh melihat dengan jelas betapa dalamnya kasih sayang si anak terhadap si ibu. Kemudian, gadis itu turut menyuapkan makanan kepada ayahnya pula.
Dada aku disapa rasa yang hangat. Bergetar hebat bercampur daunan pilu.
Ayah...
Sedar dengan diri yang terlalu dibuai memori, aku kini sudah sampai di hadapan meja bernombor tiga belas. Aku mengukir senyuman buat si pelanggan sambil tangan cermat meletakkan sup cendawan dan secawan kopi yang masih berasap di hadapan pelanggan itu. Aku mahu berpamit untuk beredar namun belum sempat aku melakukan demikian, aku dikejutkan dengan empunya suara di hadapanku.
"Sekejap..." Tangannya segera menahan aku untuk pergi.
Aku memandang dia dengan kerutan tetapi wajahnya hanya terlihat samar-samar dek ditutupi topi besar yang membaluti kepala. Dari tepi, aku jangkakan dia ini mungkin gadis berwajah Pan Asian kerana lihat sahaja dari pemakaiannya yang agak tipikal iaitu skirt paras lutut dan baju lengan pendek. Rambutnya panjang mengurai turun ke pinggang. Lebih panjang dari rambut aku yang hanya separas bahu.
"Ada nak pesan apa-apa lagi?" Aku bertanya lembut. Dah sedia keluarkan pen dan helaian kecil kertas untuk dicatat. Maklumlah, manusia sekarang inikan mudah lupa.
"Oh... jadi inilah perempuan yang Wen sanjung-sanjungkan dulu? What a small world, Ammara. Tak sangka kita akan bertemu hari ini ya? Sangat-sangat tak sangka bila I dapat tahu you dah diberhentikan dan kemudian kerja dekat sini pula? You nak buat onar apa lagi dekat sini?"
Gadis itu terus menolak topi yang dipakai ke belakang sedikit. Kali ini, aku tidak perlu mengintai gerangan siapakah dia dan aku dapat lihat dengan jelas dalam sepasang mata yang melemparkan jelingan tajam seperti pedang!
Calla.
Mana mungkin aku lupa seraut wajah itu. Wen cukup tahu bahawa aku punya musuh tradisi selama aku bekerja di tempatnya dahulu. Mana mungkin aku lupa dengan setiap bait sinisnya. Seorang gadis yang selalu mencari gaduh dengan aku dan selalu rasa tidak puas hati dengan layanan yang Wen pernah berikan kepadaku.
Yang dia nak cemburu sangat kenapa?
"You tak mengerti apa yang I alami, Calla. So, please stop assuming something that you've never known." Aku menjawab tenang. Kesabaran masih bersisa di sudut hati. Kalau diikutkan hati, nak aje aku tumbuk wajah yang masih tayang senyuman sinis itu. Geram betul aku dengan dia. Walaupun dah bertukar tempat kerja, tak sangka aku boleh jumpa dia di sini.
Ya, dia sebagai pelanggan dan aku hanya kuli biasa. Nanti mulalah nak keluarkan statement berkuasa veto iaitu... customer is always right. Heh!
"Hei! You tahu tak? I geli sungguh bila pernah kenal perempuan macam you, ini! I jijik dengan perangai you kat luar sana sampaikan you sanggup palit kotoran dengan muka bos. You bangga sangat ke sebarkan gambar kebodohan you itu?" Tinggi nada suara yang terlempar dari bibir nipis Calla. Dia berpeluk tubuh. Ketajaman mata helangnya seakan melenyapkan setiap sel-sel darah dari menerpa ke wajahku.
Nafas aku berubah rentak. Calla pun tahu pasal hal itu?
"Bukan I seorang sahaja yang tahu, Ammara. Semua pekerja dan bos, iaitu Wen. Faham tak betapa malunya kami ada kawan merangkap staf buruk seperti you ni? Ugh, so disgusting! Hanya tahu memalukan nama kafe."
Aku dapat tangkap pandangan jijik milik Calla. Matanya menyorot aku dari atas sehingga bawah bersama senyuman mengejek yang kian melebar. Seketika, jemari runcingnya didaratkan pada telinga cawan. Mengangkat kopi seterusnya menyisip kopi itu dengan tenang. Langsung tidak mempedulikan air muka aku yang terusik keruh.
"You silap. Tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan dekat I semuanya silap dan tak berasas! Semua tu satu kesalahan dan I sebagai orang yang teraniaya, I mengaku yang I tak pernah lakukan pada apa yang gambar itu tunjukkan!" Kenyataan ini aku julang dengan nada separa tinggi tanpa dapat dikawal lagi. Aku tidak sedar bahawa banyak mata yang menumpukan sepenuh perhatian pada aku dan Calla.
Dan mungkin nama aku akan naik... dan menangkap perhatian Ezzat.
"Tempat you tak layak dekat sini, sayang. I rasa you patut kerja di bar ataupun pub. Situ baru sesuai dengan perempuan murahan seperti you."
Aku dapat rasakan jemari Calla memaut lembut tangan yang aku labuhkan ke sisi. Hati aku semakin sakit dipanah bait sinikalnya. Untuk saat ini, aku rasa nak tampar wajah Calla tetapi aku sabarkan hati. Tangan kiri yang membentuk penumbuk, aku genggam erat. Takut terlepas pada wajah berkulit putih kemerahan itu.
Aku benci melihat senyuman plastik Calla.
"Berhenti hina I, Calla. Elok you blah je dari sini. Kehadiran you kat sini memang sengaja nak malukan I bukan?"
"Oops! I tak expect yang kita bertemu. Dah kebetulan, I muntahkan ajelah apa yang terbuku dalam hati I."
Sabar aku semakin hilang dan serentak itu, kedua belah tangan aku mula menghempas buku menu yang aku ambil tadi dengan kuat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro