Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TSS 1

"YOU better tell me the truth, Ammara Sakura!"

Melengking naik suara itu menyebabkan bahu aku sekali terhinjut-hinjut. Keheningan kian berganti dengan ketegangan. Tidak dapat tidak, aku dengar bunyi nafas itu berhembus tidak teratur, yang tentu sahaja datang dari arah di hadapan aku ini.

"It wasn't me! Kenapa you susah sangat nak percaya?" jawabku senada. Aku pakukan panahan mata hitam pekatku ke anak matanya. Aku lawan dia tanpa rasa ketakutan di hati.

Kalau manusia yang sudah selalu disogok dengan penipuan, mana mahu mereka mengunyah kebenaran. Yang mereka tahu, cuma menjatuhkan hukum tanpa ada niat untuk mencari tahu dari mana punca semuanya berlaku.

Dan untuk kes ini, aku adalah mangsa teraniaya.

Sudah banyak kali aku jelaskan. Sudah berbuih mulut ini dibuka bagi membuatkan telinga sang lelaki tegak mendengar apa yang betul malah yang salah juga yang membuka besar biji matanya. Kalau dia ingin memecat aku sekalipun, silakan kerana aku sedar di mana letak duduk aku ini.

Menjelang era sekarang, manusia lebih percayakan orang sekeliling sampaikan fitnah dilempar pun tidak sedar.

"Habis tu, ni apa?"

"Itu cuma gambar. You hanya percaya pada gambar saja ke, bos?" Sengaja aku tekankan perkataan bos dengan niat, ingin buat lelaki itu berasap.

Nak marah aku, aku bagi kebenaran sebelum aku noktahkan penumbuk sebagai langkah terakhir. Kalau dia masih lagi menadah gosip buruk itu, memang dia spesies bedebah!

"Manusia suka menipu dan mata I tengah bertentang dengan mata yang menipu sekarang."

"You cakap I penipu? I bercakap jujur tau dan mata I tak menipu bila diselangi dengan apa yang I cakap!" Aku lorongkan sedas peluru kepadanya. Biar dia tersentap. Kalau dia ingin terjun bangunan sekalipun, langsung aku tak kisah sebaliknya mungkin aku akan bersorak riang sambil bertepuk tangan.

Betapa berbuku-buku rasa geram dalam jiwa yang tiada noktahnya.

Semua kerana dia.

Dia yang cuba merosakkan hari-hari indahku.

Hanya kerana dia bos, ini bukan satu tiket untuk aku menadah fitnah yang dijaja dan membiarkan hal itu dengan begitu sahaja.

"You nak ke reputasi kafe I ni rosak hah? You tak ingat, macam mana susahnya I dan famili I bangunkan kafe sampai jadi macam ni. Then, sesenang you saja nak ceramah I... macam you ni bos dan I adalah pekerja!"

Kali ini, gigi aku terketap dengan sendiri. Sedari dulu lagi, aku menghormati lelaki ini. Tapi bila dia semakin keterlaluan, mana mungkin aku berdiam diri.

"You tak boleh percayakan orang luar berbanding staf you sendiri. I dah kerja dengan you selama dua tahun tapi bila tiba-tiba I kena macam ni, kenapa you lebih dengar cakap mereka yang tak tahu apa-apa?" balas aku dengan rasa terkilan.

Sudah dua tahun aku berada di tempat seselesa ini. Ada rakan sekerja yang ramah-tamah, ada kemudahan yang kondusif dan lagi... punya bos yang berwibawa. Dahulu, bos aku bukan seperti ini. Dia bukan kaki pemarah dan perengus seperti sekarang. Bila dia dapat tahu sesuatu, dia akan menyelidiknya terlebih dahulu. Bukan secepat ini menjatuhkan hukum.

Lalu, aku cuma mengetap bibir. Kena sedar diri bahawa siapalah aku di sini. Cuma seorang pekerja biasa yang berangan ingin memiliki kafe sendiri, yang terkadang langsung tidak sedar dengan status diri aku.

"Dalam kafe, I dah bagi kemudahan dan longgarkan sedikit peraturan. Kehadiran you... sungguh memenatkan kepala I." Wen berdesis sendiri. Telingaku dapat menangkap keluhannya.

Aku menebarkan pandangan pada Wen, melihat kedua belah tangannya sudah naik ke rambut. Meraup wajahnya dengan kuat, bersama dada naik turun menahan getaran emosi.

"Berapa kali nak cakap, I tak buat..." luahku perit. Kembali semula membawa rasa sayu yang mencengkam. Aku dapat membayangkan bagaimana kelamnya hidup aku nanti bila aku buka selangkah kaki keluar dari kafe yang ibarat separuh hatiku sendiri.

Dari dulu lagi, tangan aku dah sebati memegang kuali, sudip dan peralatan seumpamanya. Selain menjadi tukang masak atau pembuat manisan, aku juga selalu jadi tukang ambil pesanan. Walaupun hakikatnya memang aku boleh saja buat semua itu sendiri di rumah, tapi rasa dia tak sama bila berada di kafe. Entah kenapa, aku sayang sangat dengan kerja aku ini walaupun gajinya tidak sehebat doktor mahupun arkitek.

"Buktikan apa yang you buat tu tak betul."

"Nak buktikan apa lagi, bos? I didin't know anything and I didin't do for what you said, just now..." Bersungguh-sungguh aku menegakkan kebenaran. Tak tahu berapa kali aku kena terang supaya Wen faham, tapi yang aku dapat hanya jelingan tajamnya. Seolah-olah ianya salah besar dan menyalahi undang-undang apabila aku dengan tegarnya membela diri.

"You tahukan... I paling pantang dengan pekerja yang menipu."

"Berapa kali nak cakap supaya you percaya yang I tak tipu?" jawab aku sambil membalas renungan Wen.

"Ammara..."

"Wen..."

Aku melepaskan keluhan kasar buat kesekian kalinya. Lelah dengan situasi ini, kekal tiada penghujungnya. Wen hanya meletakkan kesalahan di bahu aku sedangkan aku tidak bersalah, walau sedikitpun.

"It's up to you. I takkan bangkang dah. Terpulanglah kepada you nak buat apa. If you are going to fire me, then you buatlah."

Dada yang memberat aku isi dengan menarik nafas dalam-dalam. Aku tidak boleh cepat gelabah. Seharusnya, aku kena bertenang supaya selepas ini aku dapat memikirkan semula ke mana hala tuju aku.

Tak cukup oksigen aku ambil, suara yang memecahkan kembali keheningan tadi kian meragut segenap nafas tenangku.

"So, Ammara Sakura... you are fired."


AKU tersengih sinis. Memang betullah intuisi hatiku tadi. Wen tidak akan mendengar cakap aku waima untuk memikirkan semula sama ada aku patut dibuang atau tidak. Agaknya muka keparat macam aku ini, tak layak mendapat pekerjaan begini.

Aku sudah bosan menadah telinga, mendengar perkara-perkara yang jengkel dan menyakitkan hati. Acap kali, suara bandingan yang kerap menerobos gegendang telinga.

Ammara pemalas, Ammara bersikap sambil lewa. Ammara tidak mementingkan masa dalam bekerja. Bukan itu sahaja, paling teruk aku dituduh berskandal dengan staf lelaki lain. Isteri lelaki itu siap datang serang aku. Dapatlah makan penampar pertamanya.

Apa dengki sangat dekat aku?

Heh, kalau aku ada kuasa supernatural, dah lama aku mengambil kuasa halimunan. Biar aku bekerja dengan tenang dan lesap dari pandangan mata mereka. Tak adalah sakit sangat hatiku.

"Tak tahu nak ketawa atau tak. Tapi sangat hebat, tak ada yang percayakan aku. Kau tahu tak perasaan tu macam mana?"

"Mereka cemburu dekat kau tu. Kau ignore ajelah diorang, Ammara. Nanti makin sakit hati kau bila fikir balik. Bukan dapat buat apa pun..." Mallysa cuba menenangkan hati aku. Tangan aku ditepuknya lembut.

Mujur saja gadis itu cuti dari kerja hari ini. Dapatlah lepak sebentar. Cuma Mallysa kawan yang aku ada buat masa ini. Sebelum ini, aku rapat dengan Ardella Dahlia tetapi wanita itu sudah berhijrah ke luar negara bersama suami dan anaknya, Hawa Delrara. Dia mengikut suaminya yang bekerja di Amsterdam.

Sejujurnya, aku tak ada ramai kawan dan aku pasti, orang pun bukan mahu berkawan dengan aku.

Huh, kalau ada pun mesti nak ambil kesempatan sahaja.

Tapi aku lebih senang dengan hidup aku begini. Kata orang, quality over quantity. Tak ramai kawan tak apa. Asalkan kawan aku bukan sejenis yang berdengki atau mudah cemburu.

"Ally, otak aku tak boleh dengan apa yang jadi. Semua ni... sampah." Aku melepaskan nafas lelah. Sampai bila lagi aku harus menghadap orang sekeliling?

Barangkali aku kena ikat leher aku dekat kipas dulu agaknya baru mereka suka.

"What are you thinking of? Ammara... janganlah!" Seperti dapat mengagak fantasi hitamku, Mallysa segera menegah. Tahu dengan perangaiku yang jenis tak boleh tahan sabar.

"Jadi... bila semua tu nak berakhir? Tell me, sampai bila?" Aku merengus kuat lalu mengentak sudu kasar ke atas pinggan. Kalau kek coklat itu boleh bercakap, agaknya sudah lama aku kena maki.

"Abaikan sajalah, Ammara. Tak perlu peningkan kepala otak," balas Mallysa, kembali mengulang patah perkataan yang sama.

Balik-balik dia suruh aku abaikan. Apa dia ingat otak aku ini robot? Ada butang buka dan tutup? Sesenang saja untuk buat begitu?

Aku menggelengkan kepala. Bersama riak wajah runsing, aku mengurut pelipis. Rambut yang sedikit berserabai, aku betulkan dan kuak ke belakang.

"Then, you know the answer. Pergi bercuti."

"Untuk apa?" Keningku berlapis mendengar idea bernas yang disumbangkan oleh Mallysa.

"Tenangkan hati tu. Kau tak perlu fikir macam mana nak cuti sebab Wen dah pecat kaukan?"

Keadaan sepi buat sesaat. Aku diam, cuba berfikir dalam-dalam sama ada aku patut mengikut cadangan Mallysa itu. Tapi... aku rasa macam tak seronok saja.

Kalau aku pergi pun mesti rasa kosong sebab aku tahu di akhirnya, aku kembali bersendiri. Membawa langkah kaki entah ke mana. Macam tak ada tujuan dan matlamat hidup. Alamatnya jadi bodoh kalau duduk rumah tanpa keluar.

"Pasal duit..."

"Itu bukan masalahnya. Tapi... aku seorang je ke dekat sana?" tanya aku risau. Aku belum tahu di mana tempat untuk aku bercuti nanti. Aku tak tahu bagaimana persekitarannya, sama ada terjaminkah keselamatannya ataupun mudah didatangi mara bahaya.

Tetapi, bahaya itu datang jika kita tidak berhati-hati, bukan? Takkan aku kena menyorok dalam selimut dan tak keluar melihat dunia yang indah ini?

"Tidak, Ammara. You are not alone. Ada pakcik guard, penjaga kaunter, orang sekeliling yang berjantina lelaki dan perempuan, tua dan muda..."

"Kau ni, Ally!" Suara aku naik seoktaf, gamaknya sudah didengari oleh pelanggan kafe, tak kurang daripada mata menjadi tatapan. Boleh pula minah ni main-main. Laju saja tanganku naik menghempuk lengannya. Ada pula meloyar buruk!

Mallysa tidak membalas perbuatanku tadi. Dia terdiam buat beberapa saat sebelum kembali mengangkat pandangan pada seraut wajah aku yang berkerut pelik. Mendengarkan helaan nafas diselangi dengan keluhan, hati aku mulai tertanya-tanya.

"Kau okey ke tak ni?"

"Tak, bukan aku. Sepatutnya aku yang tanya kau, Ammara." Mallysa memangkas bicara aku. Sepertinya, dia seakan berat hati tetapi aku tidak tahu berkaitan apa. Aku tak tahu apa yang membelenggu pelosok hatinya. Silap besar, aku bukan ahli silap mata mahupun pak nujum untuk meneka.

Aku cuma manusia biasa.

Mana mungkin aku boleh menebak hati orang lain sedangkan aku sendiri selalu keliru dengan perasaanku.

Lebih-lebih lagi bila melibatkan orang sekeliling.

Bunyi sudu berhenti berlaga dengan piring. Aku lihat, Mallysa sudah mengelap bibirnya dengan tisu. Agaknya gadis itu sudah mati selera, membuatkan aku juga rasa benda yang sama. Sudahnya, air menjadi mangsaku. Perut kosong diisi penuh dengan air.

Kalaulah ini kafe Wen, mungkin aku akan cuba buatkan Mallysa secawan kopi, biar memenangkan segala gundahnya. Sejujurnya, aku tahu aku bukan kawan yang baik. Aku tak pandai memujuk orang, lagi-lagi memberi kata semangat. Yang aku hanya mampu... merenung orang itu sehingga dia sendiri kalah dengan renunganku.

Mallysa.

Dia telan liur pahit. Tapi, bibirnya tak dibuka bagi berkata. Aku tidak tahu apa masalah dia. Bila dia jadi begini, aku selalu bertanya tentang keadaannya dan dengan mudah dia menjawab,

"Aku okey. Jangan risau."

"Ally, kalau ada masalah cerita aje."

Tadi, aku dilihat seperti orang kurang siuman. Rasa tak puas hati, konon mahu meminta keadilan atas diriku yang sudah dipecat Wen. Tetapi, aku bukan boleh buat apa-apa. Mahu bersemuka dengan Wen?

Huh, mati hidup semula pun memang takkan!

Sekarang, hatiku jadi galau sendiri melihatkan perubahan reaksi di wajah si sahabat. Terlalu jelas ketara.

"Ammara, kau jaga diri ya bila dekat sana?" Dengan tidak semena-mena, Mallysa menarik tanganku lalu menggenggamnya erat bagai tak mahu dilepaskan.

"Bila masa pula aku cakap nak pergi?" Dahiku tertampal kerutan. Musykil dengan riak wajah Mallysa itu.

"You have to. Ini pesanan penaja dari aku sebab dekat sana mana ada orang nak jaga kau. Atau kau nak aku call pak guard pergi ikut kau selalu?" seloroh Mallysa.

"Balik-balik pak guard! Kau kahwin jelah dengan pak guard belakang rumah kau tu. Settle!" Ketawaku langsung terburai dengan penyataannya. Mood sedih aku dah hilang, berganti dengan kelakar. Mallysa, suka cakap benda yang sama.

"Dengar cakap aku tau, Ammara. Kau kena pergi bercuti. Aku nak bila kau balik sini semula, kau tak fikir macam-macam. Aku tak nak kau stres sebab nanti aku ikut stres sekali. Okey?" Mallysa tersenyum nipis.

Aku tak tahu kenapa Mallysa nampak serius sangat bila bercakap. Gerun pula aku dengan fiilnya yang ini. Takut sangat kalau aku tak pergi bercuti.

Tapi demi Mallysa, aku akan pergi walaupun separuh dari hatiku berbelah bahagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro