Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t u j u h b e l a s

The Satan's Promises
Chapter Seventeen - Blackmailing

_____

"Saya...cintakan awak. Saya cintakan awak, Hades." Ujar Sera dengan tatapan matanya yang berkaca itu menusuk masuk ke dalam pandanagn mata Noah.

Pegangan Noah terhadap tubuh Sera terus terlepas lalu pandangannya dilemparkan dari terus menatap Sera.

"Kau boleh balik bilik kau. Aku rasa kau penat sangat ni sampai cakap benda pelik-pelik macam ni." Noah mengalihkan pandangannya dari terus memandang Sera.

"No. Hades. Tolonglah. Saya dah lama menyimpan perasaan ni terhadap awak, Hades." Jawab Sera seraya menggapai tangan Noah dan digenggam erat.

"Aku lelaki jahat, Medusa. Takkan kau tak nampak lagi? Aku buat macam-macam dekat kau. Sudahlah, lupakan perasaan kau terhadap aku. Itu hanya perkara sia-sia saja." Tangan Sera ditepis kasar.

"Tapi-" Sera sekali lagi mahu emmbantah namun Noah terlebih dahulu memintas kata-katanya.

"Medusa. Tolonglah. Aku...tak nak cakap pasal ni lagi." Ujar Noah agak perlahan dan juga kedengaran dingin.

"Sampai bila awak nak berkelakuan macam ni?" Soal Sera dengan wajah tegang bersama hatinya yang sebal dengan Noah itu.

Noah masih diam, tidak membalas mahupun menghalau Sera. Sera mengeluh perlahan sebelum menyambung kata-katanya.

"Sampai bila awak nak teruskan pemberontakan awak ni?"

Mata Noah bagaikan tercelik luas apabila kata-kata Sera menyapa pendengarannya. Noah mengalihkan pandangannya ke arah Sera dengan pandangan terkejut.

"Awak ingat saya tak tahu? Awak buat semua ni hanya nak tunjuk pemberontakan awak terhadap Zeus kan? Sebab Zeus paksa awak kahwin dengan Persephone lepas Zeus tahu awak mengandungkan anak dia?"

Serang Sera membuatkan Noah agak terpana. Noah terus sahaja mengawal riak wajahnya supaya tidak kelihatan terkejut dengan fakta yang diungkapkan oleh Sera itu.

"Tch. Apa kau merapu ni? Dari mana kau dengar benda bodoh macam tu? Sudahlah. Kau tak faham ke yang aku cakap aku penat? Keluar sekarang. Aku nak-"

Kata-kata Noah terus sahaja dipintas oleh Sera sambil Sera menampar permukaan katil Noah itu dengan geram.

"Saya cintakan awak, Hades. Kenapa susah sangat awak nak terima saya? Saya sanggup buat apa saja demi membuatkan awak terima saya. Tolong, Hades. Dah lama sangat saya simpan perasaan ni. Awak tak rasa benda yang sama ke, Hades? Walaupun secebis tapi saya yakin kita sama-sama boleh pupuk perasaan tu."

Noah sekali lagi berdecit lalu dia menarik selimutnya seraya menyelubungi tubuhnya di bawah selimut itu tanpa menghuraukan kata-kata Sera.

"Saya berjanji pada diri saya, saya akan buat awak terima saya di dalam hati awak."

-

"Mana Sera? Dia tak datang lagi ke?" Soal Mia kepada anak-anak buahnya yang berada berdekatan dengannya apabila dia perasan ketiadaan susuk tubuh Sera di dalam studio tersebut.

"Belum lagi, Miss Mia." Jawab Hana pantas membuatkan Mia mengeluh berat.

"Ish, ke mana pula dia ni? Dah lambat dah ni."

Mia meletakkan fail kerjanya bagi penggambaran pada hari ini di atas meja kecil berhadapan dengannya bersama wajah tidak puas hati.

"Hana. Kamu dah cuba call dia ke?" Soal Mia kepada Hana dan Hana pantas sahaja mengangguk.

"Dah, Miss Mia. Tapi, tak dapat sebab talian serta-merta je terputus."

Mia merengus perlahan usai mendengarkan jawapan daripaa anak buahnya itu, Hana. Dia terus sahaja bangkit dari duduknya.

"Saya keluar kejap. Semua, pastikan barang-barang untuk penggambaran harini takda cacat celah dan semuanya lengkap. Faham?" Arah Mia kepada semua anak buahnya yang berada di dalam studio itu.

"Faham, Miss Mia!"

Mia terus sahaja mengangguk dan mula mengorak langkah keluar dari studio penggambaran itu usai menggapai beg tangannya beserta telefon pintarnya.

Dia mula menghidupkan telefonnya lalu nombor seseorang dicarinya sebelum ditekan butang telefon bagi menyambung talian dengan gerangan tersebut.

Sebelum talian disambungkan, telefonnya terjatuh akibat dia tiba-tiba sahaja dilanggar oleh seseorang.

Mia mula menundukkan badannya bagi memohon maaf terhadap orang tersebut namun gadis itu hanya memandangnya kosong dengan riak wajah menyampah lalu terus sahaja beredar.

Tenaga ni? Macam kenal...

"Hello?" Suara Jared di hujung talian mula mengekutkan Mia dari lamunannya tentang gadis tadi lalu terus sahaja telefonnya ditekap di telinga.

"Maaf, tadi telefon jatuh. Saya telefon ni nak tanya awak sesuatu. Sera ada dekat rumah tak sekarang?" Soal Mia tanpa berdalih.

"Tak adalah, Athena. Kenapa kau tanya aku?" Jawab Jared di hujung talian lalu Mia memejamkan matanya bersama kemaman di bibir bagi melegakan hatinya yang bercelaru.

"Dia tak datang kerja lagi ni. Noah ada tak kat rumah?" Soal Mia lagi memandangkan Sera selalu datang ke tempat kerja bersama Noah.

"Tak ada juga. Dah lama rasanya diorang keluar tadi. Tapi..." Kata-kata Jared tergantung membuatkan Mia tertanya-tanya.

"Tapi apa, Sei?" Soal Sera lalu Jared dengan teragak-agak menjawab persoalan Mia itu.

"Diorang berdua keluar berasingan. Tak macam selalu."

Mia terus terdiam apabila mendengar kata-kata Jared. Dahinya dikerutkan apabila ayat Jared itu cukup mencurigakan. Setahu dia, Noah tidak akan pernah melepaskan Sera keluar sendirian. Lelaki itu mengongkong gadis itu bagaikan seorang hamba.

"Erm, takpalah, Sei. Saya cuba jumpa Noah dulu. Terima kasih." Ucap Mia pasrah.

"Okay."

Panggilan terus dimatikan lalu Mia dengan pantas membawa langkahnya menuju ke arah lif yang berdekatan untuk ke pejabat Noah.

Setibanya Mia di aras pejabat Noah, terus sahaja Mia melangkah ke tempat setiausaha Noah berada dan memberitahunya bahawa dirinya ingin bertemu dengan Noah.

"Maaf, Miss Mia. Presiden Kim ada tetamu sekarang. Miss Mia boleh datang lagi sekali nanti ataupun tunggu saja di ruangan menunggu."

Jadi, dia ada di pejabat? Tapi, mana Sera pergi?

-

Jared melihat skrin telefonnya usai talian dimatikan oleh Mia sebentar tadi. Hatinya mula diserang asa risau terhadap Sera apabila mengetahui gadis itu tidak jadit ke tempat kerja.

Tanpa berlengah, Jared terus menggapai salah satu kunci kereta milik Noah lalu langkah mula diderapkan keluar dari rumah agam tersebut.

Dia perlu mencari keberadaan Sera. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap apabila memikirkan kata-kata Mia sebentar tadi.

Usai dia memasuki perut kereta mewah itu, sempat dia memejamkan matanya lalu kuasa yang dia miliki digunakan bagi mengesan keberadaan Sera.

-

"Presiden Kim. Ada seseorang ingin bertemu dengan tuan sekarang." Setiusaha Noah yang baru menapak masuk ke dalam epjabat Noah itu memberitahu Noah.

"Siapa? Aku sibuk." Noah terus sahaja menjawab tanpa memandang sekilas pun ke arah setiausahanya yang berada di pintu pejabatnya itu.

"Namanya Anna Lauren Jung. Tapi, dia ada beri saya sesuatu untuk saya sampaikan kepada tuan."

Setiausaha Noah mula mendekati meja Noah lalu sehelai kertas diletakkan di atas meja Noah. Noah menggapai kertas tersebut seraya lipatannya dibuka. Noah mula membaca beberapa perkataan yang diconteng di atas kertas tersebut.

'Bagi saya masuk. Kalau tak, awak akan tahu apa yang bakal terjadi kepada gadis kesayangan awak iaitu Medusa.'

"Shit. Bagi dia masuk sekarang!" Noah terus menghentakkan kertas tersebut di atas mejanya, geram.

"B-baik, Presiden Kim." Setiausaha Noah mula terkocoh-kocoh keluar dari pejabat Noah lalu dia memberitahu waniat yang ingin bertemu dengan Noah itu supaya masuk.

Satu susuk tubuh mula terpacul di sebalik pintu pejabat Noah. Pandangan mata Noah yang kian memerah itu menusuk tajam ke arah waniat itu.

Anna berjalan menuju ke salah sebuah sofa buat tetamu yang sudah siap tersedia di hadapan meja kerja Noah itu. Kakinya disilangkan lalu pandangan matanya dibawa ke arah Noah.

"Apa yang kau nak?" Soal Noah tanpa berdalih dengan hatinya yang menahan rasa geram itu.

"Soalan bodoh apa awak tanya saya, Hades? Mestilah saya nak awak." Jawab Anna sinis.

Ppak!

Pen di tangan Noah dihentakkan ke atas meja penuh kegeraman apabila mendengarkan jawapan daripada Anna itu.

"Ouh, Hades. Jangan marah-marah sangat. Biar kita buat deal. Awak terima saya sebagai isteri awak, saya lepaskan perempuan tak guna tu." Anna berkata membuatkan hati Noah mula diterpa rasa marah.

"Sial! Kau siapa nak arah-arahkan aku?! No! Aku takkan pernah terima perempuan sial macam kau jadi isteri aku!" Jerkah Noah. Mahu sahaja dia bakar gadis itu di hadapannya namun dia masih belum terlalu bengap untuk membakar seseorang yang juga mempunyai kuasa api sepertinya.

"Hades, Hades. Nyawa Medusa di tangan awak, Hades. Cepat awak bagi jawapan, cepatlah saya lepaskan Medusa. Come on, Hades. Saya tahu awak takkan biarkan saya bunuh perempuan separa dewa yang awak sayangkan tu, kan?"

Noah meramas rambutnya geram. Dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Dia tahu sangat bahawa Anna bakal melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dia mahu.

Sepertimana dia menjadikan Noah sebagai suaminya, seperti itu jugalah, dia akan lakukan supaya Noah kembali sebagai suaminya.

"Bagi aku masuklah!" Jerit seseorang dari luar.

Bang!

Pintu pejabat Noah dihempas kuat dari luar mengejutkan Anna juga Noah yang berada di dalam pejabat itu. Terkejut Noah apabila melihat Mia sudah termengah-mengah di muka pintu dengan tangannya yang menggapai tombol pintu bagi menampung tubuhnya.

"Noah! Sera...dia..."

•••

Question of the day:

Q: Korang rasa apa yang Anna (Persephone) buat dekat Sera (Medusa)

A: ???

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro