Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t u j u h

The Satan's Promises
Chapter Seven - Such A Tease

_____

Sera duduk bersilang kaki di sofa yang berada di ruang tamu rumah agam milik Noah itu. Diperhatikan oleh pandangan matanya di segenap ruangan.

"Miss Sera?" Tegur seseorang membuatkan Sera terus memandang ke arah gerangan yang menegurnya itu.

"Ouh, hai, Jared!" Riang sahaja Sera menegur kembali pengawal peribadi Noah itu.

"Kenapa Miss Sera ada dekat sini pagi-pagi ni? Harini kan hari cuti dan rasanya, awal lagi nak tunggu sarapan." Jared masih berdiri di belakang sofa, tempat Sera duduk itu sambil bertanya.

"Tak adalah. Saya terjaga awal dan sekarang, saya tak boleh nak tidur dah. Jadi, saya turunlah." Jawab Sera sambil tersengih.

"Ouh. Tuan Noah dah terjaga ke belum?" Soal Jared lalu dia mengalihkan pandangan ke arah tangga dan kemudian ke arah Sera semula.

"Belum rasanya." Terangguk Jared saat mendengarkan balasan daripada Sera itu.

"Eh, Jared. Duduklah sini ha. Kita sembang-sembang sikit. Bosan saya duduk termenung dalam rumah besar gedabak ni seorang diri. Best juga kalau ada yang temankan."

Ajak Sera lalu Jared mengusap belakang lehernya, janggal dan dengan teragak-agak, dia berjalan ke arah Sera.

"Erm. Okay, Miss Sera." Jared melabuhkan punggungnya di sebuah sofa yang berlainan daripada sofa yang diduduki oleh Sera.

"Jadi, Jared. Awak tu dah berpunya belum?" Soalan itu terus membuatkan Jared terkedu. Pandangan dibawa memandang ke arah Sera.

"Kenapa tanya? Miss Sera nak jadi girlfriend saya ke?"

Tergelak besar Sera mendengarkan balasan daripada Jared itu dan kemudiannya, disambut pula dengan tawa kecil milik Jared.

"Tak adanya. Saya dah ada bakal suami." Jared tersenyum suka saat Sera membalas sedemikian.

"No wonderlah. Miss Sera pun lawa macam ni. Tak akanlah takda siapa yang terjatuh hati." Ujar Jared lalu muka Sera mual berona merah apabila dipuji sedemikian.

"Saya tahu tu. Tapi, saya suka orang lain." Senyuman Jared mula sedikit pudar apabila mendengarkan kata-kata Sera itu.

"Maksud, Miss Sera? Miss Sera tak suka pun dengan bakal suami Miss Sera?" Soal Jared teragak-agak. Sera mengeluh lalu dia memgangguk kecil.

"Hm. Boleh dikatakan begitu. Terpaksa je. Tapi, nak buat macam mana? Takkan nak bantah cakap Ze- Ah, I mean, orang yang lebih berkuasa."

Hampir-hampir sahaja Sera terlepas cakap memanggil nama Zeus, namun Jared hanya diam tidak membalas dan tak lama kemudian, Sera mula tergelak kecil.

"Janganlah serius sangat. Biasalah tu. Dalam kehidupan, tak semua yang kita inginkan akan kita kecapi. Jadi,saya reda je." Ujar Sera apabila melihat Jared yang tiba-tiba senyap.

"Ouh. Hehe. Saya pun ada bakal isteri." Kata Jared membuatkan fokus Sera terus dibawa kepadanya.

"Wah. Seriously? Untunglah tunang awak tu. Dapat lelaki kacak dan baik macam awak." Balas Sera bersama gelakan kecil dan Jared hanya tersenyum nipis.

"Saya harap dia pun rasa macam tu. Sebab, saya betul-betul cintakan dia." Jared berkata pula lalu Sera denhan perlahan menggapai tangan Jared dan digenggam erat.

"I'm sure that she loves you more than you expected. I pray for your happiness with her, Jared. Nanti, bila-bila, bawalah saya jumpa dia. Hehe."

Jared hanya tersenyum nipis sambil memandang ke arah Sera lalu kepalanya diangguk perlahan.

"Miss Sera. Miss Sera dah boleh kejutkan Tuan Noah. Sarapan dah siap." Pembantu rumah yang ditugaskan untuk memasak di dapur mula menegur Sera membuatkan genggaman tangan Sera paa Jared itu terlerai.

"Ouh, okay. Kejap saya naik atas kejutkan dia." Balas Sera lalu dia terus bangkit dan berjalan mendaki tangga untuk ke bilik Noah.

Tok. Tok. Tok.

Tiga kali ketukan di pintu itu dihadiahkan oleh Sera lalu Sera mula menunggu respons daripada Noah di dalam biliknya itu.

"Awak. Bangun. Sarapan dah siap. Jom makan." Sekali lagi, Sera mengetuk pintu bilik Noah bersama kata-kata tersebut namun masih tiada respons. Keluhana ringan mula terlepas.

"Saya masuk eh?" Sera terus memulaskan tombol pintu bilik Noah itu lalu dia mula melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.

Kemasnya bilik dia. Kalah bilik aku.

"Awak. Bangunlah. Jom sarapan sekali." Sera mula menggoncangkan sedikit tubuh Noah yang berbalut dengan selimut itu namun, begitulah hasilnya. Tiada respons.

Dia ni dah mampus ke macam mana?

"Yah, Noah Xander Kim. Awak bangun sekarang sebelum saya tarik selimut awak."

Disebabkan tiada respons, Sera dengan ketapan gigi terus menarik selimut lelaki itu dan sekali gus dia menjerit kecil lalu tubuhnya terus dipusingkan.

"Erm. Kenapa main tarik-tarik ni? Kacau jelah aku nak tidur." Noah mula bersuara dengan suaranya yang berat itu.

"J-jom sarapan." Sera dengan rasa gugupnya terus membalas.

Mana tak gugupnya kalau lelaki itu tidak memakai baju malah hanya mengenakan seluar pendek paras paha sahaja. Menyesal pula dia ugut ingin menarik selimut lelaki itu.

Noah menenyeh matanya perlahan lalu dia pandang Sera yang berdiri membelakanginya di sebelah katilnya itu.

"Kau ni dah kenapa?" Soal Noah kepada Sera yang kelihatan pelik baginya itu.

"Erm. A-awak tak pakai...erm...baju." Noah memandang tubuhnya seraya tersenyum sinis. Mula pelbagai idea untuk mengusik wanita itu timbul di benak fikirannya.

"Kenapa? Tak suka ke?" Soal Noah dengan nada mengusik.

"Erm. Dahlah. S-saya keluar du- Argh!"

Lengan Sera terus ditarik oleh Noah sehingga wanita itu terbaring di atas katil dengan Noah yang menggenggam kedua pergelangan tangannya di atas permukaan katil itu.

"You don't like hm?"

Gulp.

Sera mula menelan air liurnya payah dengan matanya yang terkebil-kebil melihat wajah lelaki di hadapan wajahnya itu.

Dengan rambut yang serabai dan wajah yang bersih tanpa sedikit cela. Pakej penuh untuk dijadikan sebagai lelaki idaman semua wanita di luar sana.

Tetapi tidak kepada Sera. Kerana hatinya hanya ada satu nama yang terukir.

Namun, entah mengapa, kini, jantungnya berdegup luar biasa. Tidak seperti selalu.

"A-awak nak apa?"

Wajah Noah tiba-tiba didekatkan membuatkan Sera mengalihkan wajahnya ke kiri dengan mata yang dipejamkan.

"I want you, boo."

Noah terus menjauhkan wajahnya bersama senyuman sinis dilemparkan kepada Sera yang kini kelihatan terkedu.

Noah terus berdiri dari terus berada di atas katilnya meninggalkan Sera terbaring dengan mina yang kosong, tidak mampu berfikir secara betul ketika itu.

"Kau memang nak baring atas katil macam tu ke?"

"Ah. Erm, tak, tak. S-aya keluar dulu. Turun tau. Erm. S-saya tunggu dekat bawah."

Noah tergelak kecil memandang Sera yang keluar dari biliknya itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Mungkin, malu?

"Mengusik sikit pun dah macam tomato. Tch."

Sera dengan langkah yang pantas terus menuruni tangga untuk ke tingkat bawah bagi menunggu kehadiran Noah.

"Eh, mana Jared?" Soal Sera saat dia tiba di meja makan sambil matanya iliarkan ke seluruh runagan di tingkat bawah.

"Ouh. Tadi saya hanya nampak dia naik ke atas. Tak tahulah dia ke mana."

Dia naik ke atas? Tapi, kenapa aku tak terserempak dengan dia?

•••

Alamak. Terbanyak pula scene Noah X Sera ni. Lol. Takpalah, korang pun mesti sukakan?😂

Hope korang enjoy baca chapter kalini. Rasa hambar gila do. Hmm, takpalah. Tunggulah korang dengan next update😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro