t i g a p u l u h t u j u h
The Satan's Promises
Chapter Thirty Seven - Noah's Crazy Plan
_____
Di sebuah cafe, Ryan dan Anna sibuk bersembang bersama.
"Nampaknya, rancangan kita dah berjaya. Tunggu masa Hades mati dan Medusa terpaksa mengikut takdir dia sebab dia mengandungkan anak Poseidon." Ujar Ryan kepada Anna lalu Anna hanya terangguk-angguk bersama senyuman lebar.
"Baguslah ada dewa macam awak ni, Ryan. Bijak. Kacak pula tu."
"Well. Ini Zeuslah. Siapa tak kenal dewa paling berkuasa ni?" Dengan bangga, Ryan berkata membuatkan Anna tergelak perlahan.
"Ada-ada je awak ni."
"Eleh. Padahal kau suka kan?" Ryan mula mengusik Anna mbuatkan Anna memandangnya bersama kerutan di dahi.
"Suka apa?" Soal gadis itu kembali.
"This night. How?" Ryan berkata membuatkan Anna menahan senyuman lalu dia terus saja menundukkan pandangannya bagi melindungi wajah merahnya. Ryan hanya tergelak kecil.
"As usual. I will wait you there. Okay, babe?" Ryan berkata usai menghabiskan sisa tawanya.
"Yeah. Erm, sure. Why not?"
Ryan tersenyum sinis mendengarkan jawapan daripada Anna itu lalu dia mula mneyisip kembali jus oren yang dipesannya itu menggunakan penyedut minuman.
Bunyi loceng yang bergema di dalam rungan cafe itu menarik perhatian Ryan dan Anna lalu mereka mengerling ke arah pintu cafe itu.
Dua susuk tubuh yang amat dikenali berjalan dengan laju menuju ke arah meja mereka. Yeri dan Darren dengan muka tidak puas hati terus menerpa ke arah mereka.
Darren dengan pantas menarik kolar Ryan sehingga membuatkan jejaka itu terbangkit dari duduknya.
"Wo, wo. Bro. Calm down. Kau apahal?" Ryan mengangkat kedua tangannya ke udara dengan waja terkejut. Pelik dia apabila pasangan dewa ini tiba-tiba datang menyerang.
Takkan mereka dah tahu rancangannya menyihir Poseidon supaya merogol Medusa adalah rancangannya? Tak mungkin.
"Kau tanya aku apahal? Kau bagitau aku sekarang. Mana kau campak Medusa." Persoalan daripada Darren membuatkan kerutan di dahi Ryan mula kelihatan.
"Korang ni kenapa? Boleh bincang elok-elok kut. Tak payah pakai kekerasan-"
"Kau diam, plastik." Yeri terus memintas kata-kata Anna membuatkan wanita itu terus terdiam.
"Apahal pula aku nak main campak-campak dia ni?" Soal Ryan pelik.
"Aku tahu, kau mesti tahu mana Medusa menghilangkan?" Yeri berkata kepada Ryan lalu Ryan memandang Yeri dengan wajah tidak faham.
"Medusa hilang? Sebab apa pula?" Soal Ryan kembali membuatkan Yeri terus memicit pelipis dahinya, penat dengan lakonan daripada dewa itu.
"Tak payah nak berlakonlah, Zeus. Aku penatlah dengan drama kau ni. Sekarang kau bagitau aku, mana Medusa?" Yeri berkata lagi membuatkan Ryan terus merengus kasar.
"Tak. Aku kata aku tak tahu, aku tak tahulah! Yang korang nak paksa aku ni apahal? Tak takut mati ke?" Ugut Ryan bersama nada suara yang tinggi.
"Eh, aku tak takutlah. Kau nak bunuh aku? Kalau Tuhan tak perkenankan, tindakan kau membunuh kami tu takkan berhasillah. Tch. Bodoh." Kalini, Darren pula yang mencelah.
Ryan hanya mengetap bibirnya geram bersama kepalan penumbuk di tangannya.
"Sekarang bagitau aku. Mana kau campak Medusa, hah?" Yeri bertanya buat kesekian kalinya lalu Ryan sekali lagi menjawab dengan rimas.
"Ish, geramnya aku. Aku kata aku tak tahu, aku tak tahulah! Payah sangat ke nak percaya?!"
Baru sahaja Darren ingin menyerang Ryan, telefon pintar milik Yeri tiba-tiba berdering dan apabila dilihat siapakah yang menelefonnya, terus dia mengarahkan Darren untuk bertenang.
Panggilan terus dijawab lalu dia meekan butang loud speaker bagi membenarkan Darren mendengarnya juga.
"Nyx. Aku dah tahu mana Medusa." Suara Eric mula keluar dari corong telefon.
"Seriously, Than? Kau bagi location, aku pergi sana dengan korang." Yeri pantas berkata lalu Eric membalas.
"No, tak boleh. Keadaan tak mengizinkan. Medusa dikenakan sumpahan Athena, dan kemungkinan besar, korang boleh terkena sumpahan tu juga. Jadi, Hades minta aku bagitau korang untuk stop cari Medusa dan tunggu keputusan dia dari aku nanti. Okay, get to go."
Terang Eric lalu terus mematikan panggilan dan membuatkan Ryan yang mendengarnya sudah membuntang biji matanya, terkejut.
Sumpahan Athena?! Ini langsung tidak termasuk dalam perancangan asalnya!
"Jomlah. Kita balik. Nanti kita tunggu Than bagitau kita lain." Yeri berkata kepada Darren bersama tepukan di bahu jejaka itu sebanyak dua kali.
Darren merengus kasar lalu dia terus menolak tubuh Ryan sehingga hampir jatuh terduduk kembali ke kerusi tempat duduknya tadi.
Ryan hanya menghanatr mereka keluar dengan pandangan matanya yang semakin memerah akibat menahan amarah. Lalu, dengan perasaan sebal, dia terus menumbuk meja yang berada di hadapan Anna membuatkan bahu wanita itu terhinjut kecil akibat terkejut.
-
"Where are you, my boo?" Noah hanya berkata perlahan sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta dengan kereta yang dipandu oleh Eric.
Tiba-tiba sahaja, telefon pintarnya berdering lalu dia terus mengeluarkannya dari poket dan menjawabnya apabila melihat nama Jared yang timbul di skrin telefonnya.
"Hello, Hades? Kau datang rumah kau sekarang. Aku ada benda nak bagitau pasal Medusa." Jared di hujung talian berkata.
"Okay. Aku datang sekarang."
Panggilan terus dimatikan lalu dia mula memberitahu Eric untuk pulang ke rumahnya bagi bertemu dengan Jared yang katanya ingin memberitahunya tentang Medusa.
Kini, Noah, Eric, Jared juga Mia berada di meja makan di rumah Noah.
"Apa kau nak cakap pasal Medusa? Mana dia? Kau tak bawa dia balik ke?" Soal Noah bertubi-tubi membuatkan Jared tersenyum nipis sebelum senyumannya kembali lekang dan pandangan dibawa ke arah Mia.
"Bagitau dia sekarang." Arah Jared lalu Mia dengan teragak-agak mula bersuara.
"A-aku sumpah dia."
"What the-"
Noah memejam matanya rapat, bibirnya diketap menahan rasa yang terbuku di hati. Dia tak mampu melepaskan rasa marahnya akibat fizikalnya yang tidak mengizinkan.
"Sumpahan apa yang kau kenakan pada dia?" Soal Noah, cuba mengawal suaranya.
"Erm. Sumpahan di mana rambutnya seperti ular dan pandangannya, yang menjadikan mereka yang memandangnya menjadi batu." Terang Mia secara ringkas bersama pandangan matanya yang ibawa ke permukaan meja kerana gentar ingin memandang wajah Noah.
"Termasuk pantulan diri sendiri?" Soal Noah lagi, masih mengawal suaranya.
Mia mengangguk teragak-agak lalu Noah dengan geramnya menghentak meja sebelum dia mengerang sakit. Dia menjerit kuat lalu mula menyalahkan dirinya.
"Bodoh! Kalau aku tak cuai, semua ni takkan berlaku! Semuanya salah aku! Salah aku..." Noah menarik rambutnya dengan kasar membuatkan Eric dengan pantas menahan tangan Noah daripada terus berbuat demikian.
"Hades, stop. Bukan salah kau." Eric berkata bagi menenangkan Noah yang mungkin akan hilang kawalan. Di samping itu, dia juga risau akan keadaan Noah yang semakin teruk.
"Ya, betul cakap Than. Sebenarnya, aku rasa ini ada kena mengena dengan Zeus. Dia merancang untuk sihir aku dan buatkan aku rogol Sera. Dan, disebabkan tindakan dia, Athena jadi hilang kawalan dan semuanya mula tak tentu arah."
Jared mula berkata bagi memujuk Noah juga dan Mia hanya mampu menundukkan pandangannya, serba sedikit berasa kesal dengan dirinya.
"Kau...tiduri Medusa, Sei?" Tindakan Noah terhenti lalu pandangan matanya yang bergetar mula dibawa memandang Jared.
"A-aku minta maaf. Tapi, aku berani sumpah di atas nama Tuhan. Aku tak sedar langsung malam tu. Aku rasa macam disihir untuk melakukan sedemikian." Terang Jared sambil cuba membela dirinya yang sememangnya tidak bersalah.
"Shit."
Noah hanya mampu menundukkan pandangannya memandang permukaan meja makan di rumahnya itu. Nafasnya kini tidak teratur akibat perasaan marah yang menyelubungi jiwanya.
"Dia ada dekat mana sekarang, Athena." Dalam keadaan tertunduk, Noah mula bersuara membuatkan pandangan Mia terangkat.
"G-gua terpencil dekat Busan. Aku letak dia dekat sana." Balas Mia pendek.
"Than. Call Nyx dengan Erebus bagitau kata kita dah tahu keberadaan Medusa dan suruh diorang stop cari Medusa." Arah Noah kepada Eric lalu Eric dengan pantas bersuara.
"Kau nak buat apa, Hades? Kau jangan buat benda bodoh-"
"Aku nak pergi jumpa Medusa." Kata-kata Eric terus dipintas oleh Noah membuatkan Eric membubtang biji matanya.
"Kau nak mati ke, Hades? Kau tahu kan dia terkena sumpahan Athena tu? Masa dia pula dah semakin hampir. Lepaskan dia, Hades. At least kita tahu dia bakal tinggalkan kau dengan kematian dia yang bakal menjelang tiba."
Pujuk Eric dengan sdaya upaya menyedarkan Noah bahawa hari kematian Medusa semakin tiba.
"I don't fucking care, Than! Bagitau aku perkara sebenar sekarang. Kau halang aku ni sebab kau dah boleh nampak hari kematian aku kan, Than?"
Eric terus terdiam saat mendengarkan kata-kata Noah. Liurnya ditelan kelat. Lidahnya juga terasa kelu membuatkan dia sukar ingin menuturkan kata-kata.
"Tch. Aku tahu sebab tanpa tongkat aku, aku bagaikan manusia biasa yang tidak kekal dan akan menghadapi mati." Noah berkata dengan nada sinis dan perlahan.
"Dan, aku berjanji di atas nama Tuhan, aku akan mati bersama Medusa. Tak kira apapun yang berlaku."
•••
Weyh. Dah nak habis. Next update is the last update which is the epilogue. Sedih sebab ff ni dah nak melabuhkan tirai. I will miss you guys n also all of your comments😭
Jangan lupakan Idae dan TSP ye guys. Sayang korang sebab setia dengan ff ni sampailah dah nak tamat. Muah😔💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro