Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t i g a p u l u h e n a m

The Satan's Promises
Chapter Thirty Six - Her Disappearance

_____

Noah melangkah dengan penuh berhati-hati keluar dari bilik air. Walaupun dia sudah terlalu penat untuk bangkit dari perbaringan dan berjalan dengan sendiri, namun, entah kenapa, harini, Sera langsung tidak datang ke biliknya seperti hari-hari sebelumnya.

Dengan perlahan, dia melabuhkan punggungnya ke atas katil bersama keluhan lega terlepas dari dua ulas bibirnya yang pucat.

Matanya terus dibawa memandang ke arah telefon pintarnya sebelum telefon pintarnya diambil olehnya.

Tangan mula ligat mencari nombor telefon Sera. Namun, belum sempat dia menekan ikon telefon pada nombor telefon wanita itu, panggilan mula masuk buatnya.

Kerutan di dahinya mula jelas kelihatan apabila nama Thanatos yang terpampang di skrin telefon pintarnya.

"Hello, Than? Kenapa?" Soal Noah dengan pantas kepada rakannya yang berada di hujung talian itu.

"Hades. Masa dia dah tak lama." Balas Eric dengan pantas tanpa berdalih membuatkan Noah tergamam.

T-tak mungkin.

"A-apa? Bukan...lagi dua bulan ke?" Soal Noah kembali, tidak percaya dengan berita tergempar daripada Eric itu.

"Aku faham kau terkejut. Tapi, takdir para dewa dewi sekarang semuanya dah berubah Hades. Semuanya dah tak tentu arah." Ujar Eric dan hampir gugur jantung Noah mendengarkan perkara itu.

"Than. D-datang rumah aku. Aku...tak larat nak cari Medusa sendirian." Ujar Noah lalu Eric pantas menjawab.

"Okay. On my way. Aku sampai kejap lagi."

-

"Mana kau menghilang ni, Sera?"

Jared dengan penuh rasa risau memandu kereta ke syarikat Noah. Noah memberitahunya tentang kehilangan Sera juga mengarahkannya mencari Sera bermula di syarikatnya manakala dia akan mencari Sera bersama Eric.

Yang Jared pelik, dari tadi dia cuba ingin menggunakan kuasanya mengesan keberadaan Sera, namun semua percubaannya hampa.

Kereta diparkir di lot parkir di hadapan bangunan HK Fashion Co. Jared dengan pantas berlari anka masuk ke dalam bangunan besar itu.

Nasibnya baik apabila dia dapat menangkap susuk tubuh Mia melalui lobi syarikat tersebut.

"Mia!" Terus beralih pandangan Mia daripada memandang fail di tangannya. Mia tersenyum lebar memandang Jared yang sedang berlari ke arahnya.

"Eh, Sei? Apa awak buat dekat sini?" Soal Mia lalu Jared yang sedang termengah-mengah mencari nafas itu mengangkat tangannya, mengarahkan Mia untuk bersabar bagi membolehkan dia mengatur nafasnya.

"Huh. Sera...ada datang kerja tak?" Persoalan Jared pantas sahaja membuatkan riak wajah Mia berubah seratus peratus.

"Tak. Kenapa?"

"Dia menghilang. Noah pun sibuk cari Sera dalam keadaan dia yang makin lama makin teruk." Ujar Jared dengan nada risau. Sungguh, dia sudah buntu ke mana lagi yang mungkin dia perlu cari keberadaan Sera.

"Tch. Kenapa dia nak cari perempuan yang dah tiduri lelaki lain?"

"A-apa kau cakap ni?" Jared kelihatan agak tergamam mendengarkan kata-kata daripada mulut Mia itu.

"Apa? Awak ingat saya tak tahu? Dia sengaja je kan nak tiduri awak sebab nak mengandungkan anak awak dan kekalkan gelaran yang bakal dia ambil bila dia dah selesaikan misi dia? Tapi, dalam masa yang sama, dia masih nak Hades. Tch. Dasar perempuan sundal."

Ppang!

Satu tamparan berjaya mendarat pada pipi kiri Mia membuatkan wajah wanita itu tertelang ke kanan. Mia terus memandang Jared dengan wajah tidak percaya.

"Mana kau tahu semua tu hah? Kau, kalau tak tahu cerita sebenar, jangan nak buat andaian sendiri. Faham?"

Jared berkata lalu dengan pantas dia ingin melangkah meninggalkan Mia di situ namun Mia pantas mengejar Jared dan berdiri di hadapan jekaka itu sehingga langkah lelaki itu terhenti.

"Kenapa awak tergila sangat dekat perempuan sundal tu, Sei? Awak tak nampak lagi ke niat buruk dia? Dia sanggup gadaikan maruah dia, Sei!"

Mata-mata di lobi syarikat itu sudah memandang ke arah mereka berdua namun itu langsung tidak memberi kesan kepada pergaduahn yang bakal tercetus di antara dua insan itu.

Bahu Mia pantas dicengkam oleh Jared lalu pandangan mata Jared menusuk masuk ke dalam pandangan mata Mia, dalam dan tajam.

"Kau dengar sini, Athena. Aku yang tiduri dia. Dia tak tahu apa-apa. Jadi, jangan berani larikan mulut kau dengan perkataan sundal yang kau gelarkan pada Medusa."

Jared terus menolak tubuh Mia ke tepi membuatkan wnaita itu hampir jatuh tersungkur ke tanah. Langkah terus dibawa laju keluar dari bangunan syarikat itu.

Namun, langkahnya terus terbantut apabila satu suara mula menerpa pendengaran batinnya.

Awak takkan dapat cari Medusa, Sei. Saya dah letak dia dekat tempat yang tiada siapa akan dapat cari dia.

Dengan pantas, Jared mengorak langkahnya kembali ke arah Mia lalu lengan wanita itu direntapnya dan diheret keluar dari bangunan syarikat itu.

"Sakitlah, Sei! Awak ni kenapa?!" Mia mula tidak puas hati apabila diperlakukan oleh Jared sebegitu.

Jared pantas membuka pintu di bahagian tempat duduk penumpang bersebelahan dengan pemandu lalu ditolak dengan kasar Mia ke dalam perut kereta sebelum ditutup dengan kuat.

Ini kereta Noah? Dia kisah apa? Lelaki tu kaya, boleh beli lagi lima biji kereta sebiji dalam sekelip mata je.

Jared pantas memandu keluar kereta itu keluar dari perkarangan syarikat HK Fashion Co. Mia memandang ke arah Jared yang sememangnya wajah sudah memerah, mungkin menahan amarah.

"Sekarang, kau cakap! Mana Sera?!" Jerkah Jared penuh perasaan marah.

"Saya dah cakap. Awak takkan dapat cari di-"

Skrett!

Kereta terus dihentikam di bahu jalan secara mengejut membuatkan tubuh Mia terbawa ke hadapan dan hampir terhantuk pada cermin hadapan kereta itu.

"Yah, Sei! Awak nak kita mati ke?!" Marah Mia lalu pandangan terus dialihkan memandang Jared di sebelahnya.

Jared terus memandang Mia dengan pandangan yang tajam sebelum mulutnya mengujarkan rasa yang terbuku di hati pada tika itu.

"Aku tak kisah punlah kalau kita mati! Yang penting aku dapat tahu mana Sera dan dia selamat! Tolonglah, bagitau aku, Athena!"

"Awak ni kenapa?! Biar jelah dekat perempuan tu! Apa yang ada dekat dia sampai awak dengan Hades terkejar-kejar dekat makhluk separa dewi tu!" Balas Mia geram.

"Kau jangan bagi aku tampar kau lagi sekali, Athena." Jared berkata dengan suara yang cuba dikawalnya memandang tahap kemarahannya betul-betul sudah di tahap maksimum.

"Ha, memang. Muka saya je, awak nak tampar. Kalau awak nak tampar je mesti muka saya. Sebab perempuan sundal tu, awak berkasar dengan saya. Awak tak pernah macam ni tau!"

"Kau memang sengaja bagi aku hilang sabar!"

Tangan Jared mula menaik kembali, ingin menampar wajah wanita di sebelahnya itu. Mia terus memejamkan matanya sebelum mukutnya dengan sendiri menuturkan kata-kata.

"Saya dah sumpah dia!"

Niat Jared untuk menampar wanita itu kerana bercakap tidak bertapis itu terus terbantut mendengarkan kata-kata Mia. Pandangan tidak percaya mula ditayangkan.

Mia pula perlahan-lahan membuka matanya memandang Jared yang sudah menghentakkan stereng kereta, melepaskan amarah.

"Bodoh! Kau memang perempuan tak guna, Athena!"

•••

Sorry kalau plot time nak ending ni macam terabur. Skskksks😔

Lagi satu chapter sebelum epilogue. Excited tak nak tahu ending kisah Hades X Medusa ni macam mana?😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro