t i g a p u l u h d u a
The Satan's Promises
Chapter Thirty Two - Where's Noah?
_____
Sera melirikkan pandangannya ke arah jam dinding di ruang tamu rumah Noah itu buat kesekian kalinya. Namun, hatinya makin lama makin resah.
Sekarang sudah mencecah pukul 3 pagi. Namun, kelibat Noah langsung tidak kelihatan pulang ke rumah. Sera menggigit bibir bawahnya dengan hati yang resah memandangkan dia sudah beberapa kali menelefon Noah namun tidak berjawab.
Dengan pantas, dia terus menghidupkan telefon pintarnya kembali. Nombor telefon Jared dicarinya.
Sempat dia menggigit kukunya sementara menunggu Jared mengangkat panggilannya. Sebaik sahaja, panggilan disambung, pantas Sera menegur.
"J-jared. Awak tahu tak mana Noah pergi? S-saya seorang je dekat rumah ni. Noah tak balik-balik pun. Saya ridaulah, Jared." Luah Sera penuh perasaan.
Jared di hujung talian terus terdiam. Matanya tidak habis meliarkan ke segenap kawasan yang dipandunya itu.
Sebenarnya, dia kini juga sedang mencari Noah.
"Erm, Sera. Apa kata aku ambil kau dekat rumah. Kita cari Noah sama-sama. Boleh?" Ujar Jared di hujung talian membuatkan Sera mengerutkan dahinya.
"Ke-"
"Jangan tanya apa-apa. Nanti aku ceritakan." Terus dipintas kata-kata Sera oleh Jared.
"Hm. Okaylah kalau awak cakap macam tu. Saya tunggu." Terus panggilan dimatikan oleh Jared dan dia mula memandu ke rumah Noah bagi mengambil Sera.
-
Jared mengekori Noah sehingga ke rumah Yeri. Sebenarnya, dia ingin menyiasat tentang apakah yang dirancang oleh Noah dan Jenna.
Tak lama kemudian, Yeri, Darren dan Eric mula keluar dari kalut dari rumah mereka. Namun, kelihat Noah langsung tidak kelihatan. Terus dia keluar dari keretanya dan menerpa ke arah Yeri.
"Yah, Nyx. Kenapa ni? Mana Noah?" Soal Jared membuatkan Yeri kelu lidah untuk menerangkan semuanya.
"T-tadi. Persephone muncul kembali. Tadi, tak tahu macam mana, kami semua bagaikan kena sihir yang kuat sehingga kami tidak sedarkan diri. Even Erebus pun terkena sihir tu. Bila kami bangun tadi, Hades dan Persephone hilang."
Jared terkedu. Kerutan di dahi semakin jelas selepaa mendengarkna penerangan daripada Yeri itu.
Macam mana Persephone boleh hidup balik dan macam mana Persephone boleh dapat kuasa sihir yang kuat sampai macam tu? Adakah sebab...
Zeus?
-
"Macam mana awak tahu Noah hilang?" Soal Sera sebaik sahaja kereta yang dipandu Jared keliar dari perkarangan rumah.
Jared terdiam seketika lalu dia menghembus nafas berat. Dia tidak tahu dari mana ingindia mulakan penerangannya.
"Okaylah. Macam ni." Lalu, apabila sudah yakin, Jared mula menceritakan satu per satu perkara yang membuatkan dia tahu tentang kehilangan Noah.
"Dan, sekarang ni, aku tak boleh guna kuasa aku mencari keberadaan diorang. Kuasa yang Persephone ada terlalu kuat. Tidak seperti kebiasaannya." Jared akhirnya habis bercerita sambil memandu dan Sera terkebil-kebil, cuba mencerna setiap bait kata daripada mulut Jared itu.
"K-kejap. Saya masih tak faham. Yeri, Darren dan Eric sebenarnya dewa juga?" Soal Sera lalu pandangan dibawa memandang Jared di sebelahnya.
"Aku tahu kau terkejut tapi itulah hakikatnya. Aku pun baru tahu sebenarnya, Noah tugaskan Nyx untuk jaga kau bila kau turun ke bumi. Aku masih tak tahu kenapa Noah buat sedemikian. Yang penting, kita kena cari Noah dulu sekarang."
Sera sekali lagi terdiam namun dengan lebih lama. Jared yang sedang memandu hanya tersenyum nipis.
-
Anna kini sedang berbaring di atas katil di dalam sebuah bilik hotel. Di sebelahnya, terdapat Noah yang kini sudah tidak menyedarkan diri.
"Kau baca ayat ni. Hafal. Dengan ayat tu nanti, sihir aku dan persephone akan bersatu menjadi kuat. Jadi, sukar untuk Hades melawan sihir campuran aku dan persephone ni. Faham?"
Anna tersenyum puas lalu dia mengusap lembut wajah bersih milik Noah yang terbaring di sebelahnya itu.
Noah langsung tidak berbaju dan berseluar dan tubuhnya kini hanya diselimuti dengan selimut tebal yang disediakan oleh pihak hotel sahaja.
"Kau tahu, dah lama aku nakkan kedudukan sebagai seorang dewi. Aku nakkan kuasa. Sebab tu aku sanggup kejar kau macam orang gila hanya sebab aku nak jadikan kau milik aku dan memberikan aku kuasa serta kedudukan yang tinggi."
Anna mula berkata-kata sambil tangannya tidak berhenti daripada mengelus lembut wajah Noah itu. Senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya.
"Tamak? Ya, akulah itu. Ketamakan aku tiada tandingan. Sudah bertahun aku memendam. Nasib saja Ryan sudi menolong aku."
Dagu Noah pantas ditolak sehingga terdongak sedikit menghadap wajah Anna yang kini berada betul-betul di hadapan wajah Noah. Dia menelengkan kepalanya sedikit, memandang lama wajah bersih jejaka itu.
"Dan, untuk pengetahuan kau. Aku bukanlah isteri kau yang dah mati tu. Tapi, aku adalah Jang Hana."
•••
Ha, plot twist dia mai dah. Amacam geng lepas baca chapter ni?😂
Ouh btw, seperti yang ada beberapa orang komen, kenapa Zeus nak hidupkan balik Persephone kalau dia marahkan Persephone sentuh Athena. Ya, inilah jawapannya.
Zeus tak hidupkan Persephone, tapi dia hidupkan Hana dengan membenarkan roh Hana menetap di dalam tubuh Persephone dan sekaligus membuatkan Hana autonatik mendapat kuasa dan pangkat yang didukung oleh Persephone sebelum ni.
Begitulah ceritanya😂
Ada persoalan lain, boleh tanya je Idae. Idae akan jawab. Sksskksks😘✊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro