t i g a p u l u h
The Satan's Promises
Chapter Thirty - Awake From Death
_____
"Kenapa nak jumpa? Aku busy tau." Jenna berkata dengan nada agak malas kepada Jared yang berada di hadapannya itu.
Mereka kini berada di pinggir sebuah taman kosong. Jenna hanya duduk bersandar pada badan keretanya sambil berpeluk tubuh memandang Jared.
"Okay. Straight to the pointlah. Tolong bagitau aku apa yang korang rancang." Jared tetus menyatakan hasrat mengapa dia mahu bertemu dengan wanita itu.
"Apa yang kami rancang? Maksud kau?" Jenna bertanya denagn riak wajah tidak faham akan apa yang ditanyakan oleh Jared.
"Aku tahu kau dengan Hades ada rancang something berkenaan suami kau kan?" Tebak Jared lalu sekali lagi Jenna mengeruykan dahinya, tidak faham.
"Apa kau merepek ni? Rancangan apa pula?" Soal wanita itu membuatkan Jared meraup wajahnya kasar, sebal.
"Kau tak perlu nak tipu akulah, Hera. Tolonglah. Bagitau aku." Jared mula merayu pada Jenna.
"Tak. Sekarang ni, aku cakap aku tak tahu kan? Rancangan apa yang kau cakap ni? Kenapa kau nampak desperate sangat?" Soal Jenna bertubi-tubi dan Jared terus sahaja merengus kasar.
"Ya! Memang aku desperate. Sebab aku tak sanggup nak lepaskan wanita yang aku cintai pada seseorang yang bakal merisikokan nyawa dia." Jawab Jared penuh perasaan.
"Kau ni memang cinta mati betul dengan Medusa kan?" Jenna tersenyum sinis dengan pandangannya yang dialihkan dari terue memandang Jared.
"Dan, kau cinta mati dengan Zeus. Am I right? Macam tu jugalah aku. Jadi, tolonglah. Aku tak nak Medusa menempuh padah yang bakal tiba buat dia kalau dia terus-terusan memberontak dengan takdir yang telah ditetapkan." Luah Jared dengan pandangan yang redup. Jenna hanya diam sebelum membalas.
"Aku mengaku Sei, takdir kau memang dengan Medusa seperti yang dirancang oleh Tuhan. Tapi, takdir boleh berubah, Sei. Semuanya atas pilihan masing-masing."
Jared terdiam mendengarkan kata-kata Jenna itu. Dia mengetap bibirnya dengan mata yang bergetar. Kepalan penumbuk mula terbentuk di tangannya, menahan rasa geram yang membuak di dada.
"No. Aku takkan mengalah. Kalau dia takdir aku, jadi dia hak aku dan perlu habiskan sisa hidup dia dengan aku." Tutur Jared, masih dengan pendiriannya. Jenna terus menggulingkan biji matanya.
"Apa-apa jelah, Sei. Aku pun dah tak tahu nak nasihatkan kau macam mana lagi. Kau fikirlah apa kau nak fikir, buatlah apa kau nak buat. Aku minta diri dulu."
Terus Jenna ingin membuka pintu keretanya untuk beredar dari situ namun pantas dihalang oleh Jared.
"Yah, Hera." Tangan Jenna pantas digapai oleh Jared erat bagi menghalang wanita itu melangkah meninggalkan dia.
"Tolonglah. Aku merayu. Kau tak kisah ke kalau kau hilang kedudukan tertinggi kau sebab kau dan Zeus tak mampu laksanakan tugas yang Tuhan perintahkan?"
Jenna dengan pantas terus merentap tangannya kluar dari genggaman Jared. Dia mengerling ke arah Jared sekilas sebelum membetulkan membetulkan cermin mata hitam yang terletak elok di atas hidungnya itu.
"Kalau itu apa yang bakal berlaku nanti, aku terima. Siapa kita nak halang ketentuan Tuhan? Sudahlah, Sei. Ada yang lebih baik untuk kau. Hades memang takkan bagi peluang pada kau untuk memiliki Medusa. Sebab dia seseorang yang bukan mudah untuk kau tumpaskan."
Jenna terus melangkah pergi meninggalkan Jared yang hanya berdiri statik di situ bersama pandangan matanya yang jatuh ke tanah.
Rasa kecewa, marah dan geram mula bercampur aduk membuatkan dadanya berombak dengan perasaan negatif yang wujud mencengkam dadanya itu.
Aku akan sentiasa percayakan bahawa takdir aku adalah bersama Medusa.
-
"Sera. Jom lunch sekali? Noah dan ada lunch appointment kan?" Ajak Mia setelah dia diberitahu oleh Noah untuk menemani Sera makan tengah hari pada hari ini.
Sera yang baru sahaja keluar dari bilik persalinan wanita itu bersama dompetnya terus mengangkat pandangan memandang Mia lalu dia tersenyum dan mengangguk laju.
"Boleh je. Jomlah."
Sera dan Mia terus melangkah keluar dari studio penggambaran itu dan berjalan menuju ke arah lif. Sambkl menunggu pintu lif terbuka, Sera tiba-tiba mengajukan soalan kepada Mia.
"Kenapa Hana tak datang, Miss Mia?" Soal Sera pelik apabila susah beberapa hari Mia tidak menghadirkan diri. Padahal sepanajng sesi pengenalan mereka, Hana tidak pernah ponteng kerja walaupun sehari.
Mulut Mia bagaikan terkunci memnadang dia tahu tentang nasib yang menimpa Hana tempoh hari. Dia menggigit bibir bawahnya sebelum dia mengawal riak wajahnya dengan mengukir senyuman manis.
"Ouh. Dia dah letak jawatan beberapa hari lepas." Jawab Mia, menipu bagi menyembunyi fakta sebenar mengapa Hana tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.
"Laa, yeke? Kenapa saya tak tahu apa pun?" Yelah. Hana tu kalau ada apa-apa je terus beritahu Sera. Namun, sejka beberapa hari ni, ruangan mesejnya bersama Hana sunyi sepi.
"Erm. Dia adalah tu problem dia sendiri." Balas Mia teragak-agak.
Sera hanya nengangguk faham. Pintu lif mula terbuka buat mereka lalu langkah terus dibawa masuk ke dalam perut lif.
Waktu rehat sudah hampir tamat. Sera dan Mia pula baru sahaja selesai menjamu selera di kantin syarikat. Sedang mereka berjalan menuju ke arah lif untuk ke aras di mana studio penggambaran terletak, pandangan mata Sera dapat menangkap dua gerangan yang amat dia kenali baru sahja melangkah dari kawasan lif.
"Yeri dengan Eric? Apa diorang buat dekat sini?"
-
Ryan kini baru sahaja selesai membersihkan diri sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerjanya tadi. Dia mengurut sedikit bahagian belakang lehernya yang terasa sedikit lenguh lalu dia terus melangkah ke arah katilnya.
Katil pantas dipanjat olehnya sebelum dia duduk bersila di tengah-tengah katil itu. Mata mula perlahan-lahan dipejamkan dengan kedua-dua tangannya diletakkan di atas pahanya.
Nafas ditarik dan dihembus petlahan sebelum mulutnya mula terkumat-kamit membacakan sesuatu. Sekujur tubuh mula timbul, terbaring elok di atas katil berhadapan dengan tempat Ryan bersila itu.
"I order you as the King of Gods, Zeus, to awake from the dead and allow you to enter this body. Come to me. Come."
Dengan perlahan-lahan, tubuh yang terbaring tidak bernyawa itu mula hilang sedikit demi sedikit dari bahagian kaki hingga ke hujung rambut dan digantikan dengan satu susuk tubuh yang sama tetapi kini sudah bernyawa muncul berdiri di hadapan kaki katil itu.
Mata mereka serentak terbuka lalu hujung bibir mereka mula terangkat, sinis.
•••
Halah, halah. Siapa pula yang baru dibangkit dari mati tu? Hiks--
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro