Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t i g a

The Satan's Promise
Chapter Three - Entertain Me

_____

Sera memulas tombol pintu bilik yang didudukinya itu. Dia menjengulkan kepalanya keluar bilik lalu di pandang ke kiri dan kanan.

"Fuhh. Aku dah lambat ni nak pergi kerja. Nanti habis kena tengking percuma je dengan minah keparat tu." Terus Sera melangkah keluar dari biliknya seraya menutup pintu biliknya rapat.

"Kau nak pergi mana?"

"Mak kau terbang!" Terus tersandar tubuh Sera pada pintu biliknya dengan dadanya yang berombak akibat Noah yang terus sahaja keluar dari biliknya dan berjalan mendekati Sera.

"Eh, erm, aaa, hai, pagi. Erm, nak pergi kerjalah?" Sera terasa betul-betul sesak apabila lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Sera.

"Naik dengan aku." Noah terus menjauhkan dirinya lalu berjalan meninggalkan Sera.

"T-tapi..." Sera barh ingin membantah namun cepat sahaja Noah memotong bantahannya.

"15 juta won."

Wow. He do knows how to shut my mouth.

-

"Habis waktu bekerja tepat pukul 9 malam, aku ambil kau dekat sini. Kau lari, kau akan tahu apa yang aku akan buat. Faham?"

Noah memberhentikan kereta di bahu jalan lalu dia memandang ke arah Sera yang berada di sebelahnya.

"F-faham." Teragak-agak Sera menjawab. Noah terus mengangkat kening apabila melihat Sera masih diam tidak berganjak.

"Tunggu apa lagi? Turunlah. Lambat, potong gaji."

Sera dengan tergesa-gesa terus keluar dari perut kereta lalu tak sampai beberapa saat, kereta Noah dengan pantas meluncur meninggalkan dirinya di bahu jalan.

"Dasar lelaki mental! Dah suruh aku naik dengan dia, dia tinggal pula aku dekat depan kedai ni. Lagi 10 km kau nak aku jalan?! Ha, potonglah gaji aku tu. Aku tak hamak. Eee, meluatnya aku!"

Sera bersama hentakan kaki, membebel perlahan lalu dia mula mencari teksi yang berdekatan untuk menghantarnya ke syarikat tempatnya berkerja.

-

"Maaf menganggu tetapi saya nak jumpa dengan Miss Sera Logan Han." Teguran seseirang terus memberhentikan gerak geri staf di dalam bilik memperagakan produk itu.

Semua mata kini memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di muka pintu.

"Ada apa nak jumpa dengan dia? Kau tak nampak ke dia busy?" Minji terus menyoal kepada lelai itu dengan nada menyampah.

"Maaf, Cik. Tapi, ini arahan daripada Presiden Kim."

Dia nak apa lagi?!

"Err, Presiden Kim?" Terkebil-kebil Monji bertanya kepada lelaki itu lalu lelaki itu mengangguk. Minji terus memandang ke arah Sera yang baru bangun dari kerusi yang sedang digunakan untuk posing di dalam gambarnya sebagai muka hadapan majalah syarikat bulan itu.

"Kejap saya tukar baju."

Sera berkata lalu kini, semua mata di dalam bilik memperagakan produk itu sudah tertacap pada Sera.

Ha, nak tuduh aku buat EHEM dengan mamat tak guna tu lah tu? Tch. Tuduh jelah. Aku malas nak layan dah.

Sera terus memasuki bilik persalinan untuk menukar semula bajunya kepada baju asal.

Pintu bilik persalinan itu mula dibuka saat Sera sedang mengikat rambutnya kepada messy bun. Kelihatan Hana melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Kenapa presiden Kim nak jumpa kau?" Soal Hana bersama riak wajahnya yang kelihatan tenang.

"Manalah aku tahu mamat tu nak jumpa aku kenapa. Ishlah, aku geram betul." Sera berkata berkata ketapan bibir akibat terlalu geram.

"Kau kenapa macam benci sangat dengan dia ni? Kau kenal dia ke?" Soal Hana membuatkan Sera terus memandang Hana melalui pantulan cermin di dalam bilik persalinan itu.

"Tak ada apalah. Sudahlah. Aku nak jumpa dengan presiden Kim kita tu." Sera mengeluh sebelum mula ingin mengorak langkah keluar namun ditahan dengan satu persoalan daripada Hana.

"Erm, Sera. Sebelum kau pergi, aku nak tanya. Kau pergi mana semalam?"

Gulp.

Ditelan payah liurnya saat mendengarkan kata-kata Hana itu. Apa dia nak jawab ni?!

"Ouh, a-aku ada hal masa tu. Housemate aku suruh balik. Ha. Dia suruh balik. Urgent katanya." Alas Sera bersama senyuman janggal dan Hana baru ingin membalas namun, Sera pantas sahaja memotong.

"Okaylah, Hana. Aku pergi jumpa presiden Kim dulu. Nanti mati aku kena pecat free je. Bye!"

Hana hanya menghantar kelibat Sera keluar dari bilik persalinan itu dan serta-merta, riak dingin muka terpapar di wajahnya.

Hana mula rasa ragu-ragu kerana semalam, sebelum dia pulang ke rumah, sempat dia menelefon Yeri dan Yeri mengatakan bahawa Sera langsung tidak pulang pada malam itu.

"Aku tahu kau mesti ada sesuatu dengan Presiden Kim, Sera."

-

"Presiden Kim. Miss Sera Logan Han sudah tiba." Butang interkom ditekan oleh setiausaha Noah lalu Niah terus membalas.

"Bagi dia masuk. Dan, tolong jangan benarkan sesiapa pun masuk sehinggalah aku benarkan."

"Baik, presiden Kim." Setiausaha Noah terus memaklumkan kepada Sera yang berdiri di hadapannya itu.

"Miss Sera dah boleh masuk."

"Erm, baik. Terima kasih." Sera menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia melangkah mendekati pintu pejabat milik Noah.

Terus dia melangkah masuk ke dalam pejabat itu dan tak sampai sesaat, terus dia menyerang Noah.

"Awak nak apa? Saya tengah kerja kut? Nanti tak buat kerja, awak potong gaji saya pula. Tch."

"Duduk." Bagaikan dibawa angin sahaja kata-kata Sera itu, terus Noah mengarahkannya untuk duduk.

Bersama ketapan di bibir Dan hentakan kecil, Sera terus mengorak langkah ke arah sofa di dalam pejabat Noah itu lalu dilabuhkan punggungnya bersama riak wajah tidak puas hati.

Noah mula bangkit dari duduknya lalu dia berjalan ke arah sofa tersebut sambil mencabut satu per satu butang kemejanya.

"A-apa awak nak buat ni?" Sera terus terbaring di atas sofa apabila Noah menolak tubuhnya dengan kasar.

"I'm not in the mood to explain. All I want you to do now is entertaining me."

Like what?

•••

Noah dah mula dah tunjuk taring dia. Ouh, btw, jangan risau, idae akan cuba sebaik mungkin untuk tidak memasukkan scene yang tidak sepatutnya di dalam ff ni. Okay?😜

Ouh, ya. Memandangkan sekarang tengah trend fasal haters senpai tu. Asilalah baca news-news berkenaan dengan wabak stowy-19 ni yang akan sering diupdate di buku ini daripada JCDN 1Billion😂

Buku ini diupdate di akaun wattpad, bangtanies. Boleh usha sekarang!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro