Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s e m b i l a n b e l a s

Bismillah Assalamualaikum. Suka tak dapat surprise update from Idae malam ni? Hehe😁

WARNING PT 2 : Chapter yang cukup hanat.

•••

The Satan's Promises
Chapter Nineteen - Anger From Above

_____

Sera memulas tombol pintu biliknya lalu dia mula menjengulkan kepalanya keluar dari biliknya untuk melihat pintu bilik Noah yang tidak jauh dari biliknya itu.

Dia mengeluh perlahan lalu dia mengeluarkan tubuhnya dari dalam biliknya. Tubuhnya disandarkan pada pintu biliknya usai pintu bilik ditutup rapat olehnya.

Mata Sera terus tercelik daripada memandang pada lantai apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Kelihatan Noah baru sahaja keluar dari biliknya.

Badan Noah bagaikan terkaku seketika apabila matanya menangkap susuk tubuh Sera yang sedang berdiri di hadapan bilik itu.

Noah tanpa menghiraukan Sera terus sahaja dia berjalan melepasi Sera dan Sera dengan pantas mengejar langkah Noah turun ke tingkat bawah.

Jared sudah lama siap dan kini dia sedang menunggu kehadiran Noah dan Sera untuk turun ke bawah bagi membolehkan dirinya menghantar majikannya itu ke tempat kerja.

"Kau pergi kerja sendiri. Aku takda mood nak pandang muka kau."

Sera terus menundukkan pandangannya memandang tangga sambil kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga tersebut manakala langkah Noah sudah maju meninggalkan anak tangga.

Noah berjalan ke arah Jared seraya kunci kereta yang digenggam Jared itu pantas dirampasnya sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Jared yang terpinga-pinga.

Pandangan Jared dikalihkan pula ke arah Sera namun Sera langsung tidak emmandangnya walaupun sekilas malah terus menderapkan kakinya keluar dari rumah tersebut.

Jared memandang susuk tubuh Sera yang hanya berdiri di hadapan pintu rumah sambil melihat kereta yang dinaiki Noah berlalu pergi melalui celahan pintu yang masih belum sepenuhnya terkatup rapat.

Apa yang dah jadi?

Sera kini hanya berjalan di bahu jalan dalam kawasan perumahan elit yang menempatkan rumah agam milik Noah itu. Dia perlu berjalan 10 minit dari rumah terdebut untuk ke jalan besar bagi membolehkan dirinya mencari teksi utuk ke tempat kerja.

"Dasar lelaki tak guna. Kenapalah aku suka dekat lelaki macam kau? Ish. Nasib kacak. Kalau tak, aku lenyek je muka kau pakai tayar lori sampah."

Sera membetulkan beg di bahunya lalu sekali lagi keluhan terlepas tanpa sedar dari belahan bibirnya. Penat memikirkan cara apa lagi yang boleh dia gunakan untuk menyelesaikan misinya terhadap Hades.

Langkahnya terus sahaja terhenti apabila matanya yang hanya memandang ke arah jalan tar tempat dia berpijak itu menangkap sepasang kaki di hadapannya, menghalang jalannya.

Matanya dinaikkan lalu wajah seorang wanita yang cukup cantik disapa oleh pandangan matanya. Waniat itu tersenyum sinis memandangnya.

"Hi, Medusa."

Tangan wanita itu pantas menyapu matanya membuatkan dia bagaikan dijampi dan langsung tidak menyedarkan diri.

-

"Aku berjanji di atas nama Tuhan, sesiapa yang berani mendaratkan jarinya di atas kulit Medusa..."

Noah yang tadinya tertunduk memandang tanah terus sahaja mengangkat wajahnya lalu dia mencerlungkan matanya tajam ke arah Anna.

"...akan mati di tangan aku."

Wajah Noah terus sahaja terdongak menghadap langit lalu matanya dipejamkan beserta tangannya yang didepakan.

"Ergh!"

Tubuh Noah terus sahaja terapung lalu api mula marak di seluruh tubuhnya. Pandangan matanya juga kini bertukar menjadi merah semerah-merah api yang sedang marak di dalam neraka.

Dengan penuh kemarahan, Noah menerpakan tangan berapinya ke arah akar-akar yang menular keluar dari tangan Anna membuatkan akar-akar tersebut terputus serta-merta.

Usaha akar-akar tersebut menghancurkan tembok yang dibina oleh Mia tidak berhasil apabila punca akar tersebut kini telah berjaya dipotong oleh Noah.

"Sanggup awak buang saya semata-mata untuk perempuan tak guna tu, Hades?!"

Tubuh Anna juga kini terangkat ke udara malah tubuhnya mula mengeluarkan api yang sama seperti Noah namun lebih kecil dan tidak semarak api pada tubuh Noah.

"Aku tak pernah terima kau dalam hidup aku! Jadi, aku tak pernah buang kau!"

Suasana mula tegang. Tembok yang dibina oleh Mia mula surut, diserap tanah lalu tubuh Mia hampir sahaja tersungkur ke tanah kerana terlalu banyak menggunakan kuasanya sehingga membuatkan tubuhnya lemah.

"Athena!"

Jared pantas sahaja berlari ke arah Mia lalu dia menggapai tubuh Mia yang sungguh sudah tersangat lemah itu.

Jared terus memandang ke arah Noah dan Anna yang masih di tengah-tengah pertarungan masing-masing.

"Apa lebihnya perempuan tu, Hades?! Apa kurangnya saya?!" Jerit Anna penuh kemarahan berbaur rasa sebak.

"Sebab kau bukan Medusa!"

Kini, tubuh Anna dihempapkan pada batu yang berada lebih kurang 10 kaki dari tempat Noah berdiri. Hampir 5 pokok tumbang dengan cantasan api daripada Noah yang mencengkam tubuh Anna sehingga terhempap pada batu besar itu.

"Ark." Satu suara yang cukup imun di telinga Noah mula menyapa deria pendengaran lelaki itu membuatkan pandangan lelaki itu terus sahaja teralih ke arah suara tersebut.

Whoosh!

Dengan sekelip mata sahaja, api yang menyelubungi tubuh Noah terus terpadam sekalis gus cengkaman pada tubuh Anna terlepas.

Noah menggunakan kuasa telepatinya untuk memunculkan dirinya di hadapan Sera yang masih terjerat di dalam akar itu.

"Medusa..."

"H-hades. S-sakit." Tangis Sera perlahan kerana tubuhnya benar-benar rasa sakit akibat cengkaman lilitan akar pada tubuhnya itu yang teramat ketat.

"Sabar ye, boo. I will make sure you get out from here alive. I promise you. Trust me."

Jared memandang ke arah Noah dan Sera. Hatinya sakit namun apa lagi yang mampu dia lakukan sekarang? Sera lebih memilih Noah berbanding dirinya. Hendak dipertahankan lagi, dia pula sudah buntu.

Tiba-tiba, tangannya digenggam seseorang membuatkan pandangannya pantas teralih menuju ke arah tangannya yang digenggam itu.

Kelihatan Mia yang berada di atas ribaannya itu sedang tersenyum pahit memandang ke arahnya. Hatinya retak melihat wajah Jared yang bagaikan menyimpan seribu satu rasa sakit.

"Ada...dua cara ingin melepaskan Medusa. Pertama, dengan tarikan sumpahan daripada Persephone. Dan yang kedua adalah dengan, kuasa Zeus."

Terbuntang mata Jared mendengarkan kata-kata Mia itu. Jangan kata...

Bunyi dentuman guruh dari langit mula mengejutkan kesemua dewa-dewi yang berada di tengah hutan belantara itu.

Mia tersenyum nipis apabila mindanya sudah mengetahui apa yang bakal terjadi. Matanya mula terpejam rapat lalu dia mula berbisik di dalam hatinya.

Saya okay, Zeus. Tolong bantu Medusa, Zeus. Saya mohon sangat. Tolong kami bebaskan dia.

"Dengan nama Tuhan yang berkuasa, aku arahkan kau, Persephone, untuk menarik semula sumpahan kau."

Satu suara mula kedengaran bergema dengan kuat di segenap kawasan membuatkan fokus semua dewa-dewi tersebut mula tertumpu ke arah satu susuk tubuh yang memunculkan diri di hadapan Anna yang tersandar lemah di batu tadi.

Anna mengangkat wajahnya memandang gerangan tersebut.

"S-sanggupnya kau meminta untuk melepaskan pemusnah kebahagiaan anak kau sendiri, Zeus?" Ujar Anna, tidak percaya.

"Tiada anak yang lebih aku sayangi berbanding Athena. Dan, kau baru sahaja membuatkan anak kesayangan aku itu menempuh ajal. Apakah yang kau harapkan daripada aku selepas kau hampir sahaja membunuh anak kesayangan aku sendiri?"

Mata Anna mula bergetar menatap wajah gerangan di hadapannya itu yang tak lain dan tak bukan ialah Zeus saat kata-kata Zeus bagaikan menusuk hatinya dengan sejuta sembilu.

Hatinya bagai dirobek-robek apabila mengetahui fakta yang dia bukanlah siapa-siapa di mata Zeus mahupun suaminya sendiri. Dia...tiada guna.

"Medusa!" Jeritan Noah mula kedengaran saat akar yang melingkari tubuh Medusa perlahan-lahan meleraikan lilitan dan tubuh Sera terus terjatuh ke dalam dakapan Noah.

"Kau okay?" Noah meribakan kepala Sera di atas ribanya. Tanpa sedar, setitis air matanya terlepas dari tubir matanya.

Sera perlahan-lahan mula mengangkat tangannya lantas dia mengusap perlahan wajah bersih Noah dan mengesat perlahan air mata lelaki itu. Senyuman terukir nipis di bibirnya menatap wajah lelaki itu.

Anna kini masih lagi tertunduk sambil bersandar pada batu besar itu di hadapan Zeus. Lalu, dengan wajah yang bengis, Zeus mula bersuara kembali.

"Disebabkan tindakan kau yang hampir membunuh Athena juga hampir membunuh dewi yang sedang menjalankan tugasnya di bumi, aku jatuhkan kau hukuman penjara seumur hidup di neraka."

Usai kata-kata Zeus dilontarkan, ketawa daripada Anna mula kedengaran, jelas dan lantang. Air matanya keluar dengan deras namunitu langsung tidak meredakan hilaian tawanya.

Sedang dia ketawa, tanpa mereka perasan dari belakang batu yang disandarnya itu, mula dijalar dengan beberapa dahan pokok yang kurus dan kehijauan.

"Lebih baik aku mati daripada merempat di dalam penjara neraka tu." Ujar Anna perlahan lalu dahan pokok yang menjalar pada batu itu mula perlahan-lahan menjerut lehernya.

Zeus hanya diam tidak menghalang. Dia hanya menonton segmen menjerat diri yang dilakukan oleh Anna itu tanpa perasaan.

Dan, akhirnya, Anna menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tragis di mana wajahnya membiru akibat kekurang oksigen yang disekat oleh jerutan dahan-dahan pokok pada lehernya itu.

Saya cintakan awak, Hades.

•••

Maaf di atas kehanatan dua chapter terbaru ini. Jangan risau. Chapter seterusnya akan kembali normal. InsyaAllah😂


-

Pertambahan Watak

6) Zeus from paradise

Zeus is King of Gods and also the God of Sky from paradise.

Di dalam fanfiction ini, Jeon Jungkook akan mengambil watak Zeus dengan namanya di bumi iaitu Ryan Kyle Jeon.

-

Thanks to jia, bangtanies atas nama yang dicadangkan itu. Alhamdulillah sesuai untuk Jeykey :))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro