Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s e b e l a s

The Satan's Promises
Chapter Eleven - Without Hesitation

_____

Sera menjulurkan tangannya keluar dari selimutnya bagi menggapai telefon pintarnya yang sedang berdering itu.

"Hm, hello?" Tegur Sera kepada gerangan yang berada di hujung talian itu.

"Bangun." Mata Sera terbuka sedikit apabila suara itu menerpa masuk ke dalam rongga pendengarannya.

"Saya tak nak pergi kerja." Jawab Sera perlahan lalu telinganya dapat menangkap decitan daripada lelaki itu.

"Kau bangun sekarang, Sera Logan Han." Arahnya tegas membuatkan Sera merungut.

"Saya kata tak nak, tak naklah!"

Sera terus sahaja mematikan panggilan daripada Noah itu lalu dilemparkan telefon pintarnya di sebelahnya di atas katil.

Sera meletakkan lengannya ke atas matanya lalu mula berniat untuk sambung tidur. Namun, terus terbatal niatnya saat dia merasa suasana biliknya mula terasa panas. Suhu bagaikan naik secara mendadak malah penghawa dingin yang disediakan seperti tiada guna.

"Aish! Yah!"

Sera terus menendang selimutnya yang menyelubungi tubuhnya sehingga hampir keseluruhan selimut itu jatuh ke lantai.

Dia menajamkan pandangannya ke arah satu susuk tubuh yang berda di hadapan kaki katilnya itu.

"Awak kenapa?!" Soal Sera penuh kegeraman. Noah hanya tersenyum sinis memandang Sera yang sedang duduk di atas katil itu.

"Kau yang paksa aku guna cara ni, Sera. Kenapa? Bukankah kau patut suka bila bakal suami kau ada di bumi untuk lindungi kau?"

Perkataan bakal suami ditekan sedikit oleh Noah membuatkan Sera menjelingnya tajam.

"Awak tak tahu apa-apa. So, shut up." Balas Sera, menyampah lalu kata-kata mengundang tawa daripada lelaki itu.

"Oh, Sera. Kenapa? Kau tak cintakan dia ke, Sera? Lelaki yang baik, comel, kacak malah hot. Full package." Noah berkata membuatkan Sera terus memandangnya jijik.

"Tch. Kenapa nampak macam gay ni?" Soal Sera, masih dengan pandangan jijiknya terhadap lelaki di hadapan katilnya itu.

"Kalau aku kata ya?" Persoalan Noah mengundang tawa kecil Sera. Geli hatinya mendengar balasan lelaki itu. Apa ingat dia ingin percaya?

"Jangan buat lawaklah, Noah Xander Kim. Awak ingat saya nak percaya? Tch, sudahlah. Keluar. Saya nak bersi- Ark!"

Noah terus menggapai kedua tangan milik Sera lalu dia menolak tubuh Sera jatuh ke atas permukaan katil, mengurung tubuh gadis itu.

"Apa awak nak buat ni hah? Tadi kata gay." Soal Sera kepada Noah lalu hujung bibir Noah terangkat sedikit penuh kesinisan.

"Apa ingat gay takda nafsu dekat perempuan?"

Gulp.

Sera menelan liurnya pekat apabila pandangan mata Noah bagaikan menusuk tajam masuk ke dalam matanya, membuatkan bulu romanya mula menegak.

"Ish, l-lepaslah. Ark!" Sera mula meronta namun Noah makin mengeratkan pegangannya pada pergelangan tangan Sera membuatkan Sera menjerit kecil.

"Aku bagi amaran dekat kau. Sekali lagi kau bantah arahan aku, tahulah kau apa yang akan jadi. Silap-silap..."

Wajah Noah didekatkan dengan wajah Sera lau kemudiannya, lelaki itu membisikkan sesuatu.

"Silap-silap, Sei dapat bekas aku je."

Noah terus bangkit dari katil lalu dia tersenyum sinis memandang Sera yang agak tergamam itu. Sekelip mata sahaja, dia terus melenyapkan dirinya dari dalam bilik gadis itu.

Dada Sera berombak luar biasa lalu dengan segala kudrat yang masih bersisa di tubuhnya, dia membangunkan tubuhnya dari permukaan katil.

Dia menarik nafas dan menghembus perlahan bagi mengawal degupan jantung yang berlapik dengan lapisan daging pada bahagian dadanya.

-

"Ha, Sera. Datang pun kau. Harini, kita nak bincang pasal konsep baru pakaian produk syarikat kita untuk musim sejuk." Tegur Hana lalu Sera terus sahaja memandangnya dan terus menjawab.

"Ouh, yaka? Ha, okay, okay. Kejap aku pergi letak beg aku dekat bilik persalinan kejap."

Sera terus sahaja memasuki bilik persalinan lalu beg tangannya diletakkan di dalam bilik persalinan tersebut.

"Eh, P-presiden Kim."

Terangkat terus pandangan Sera saat mendengar pengurus barunya, Mia berkata sedemikian. Dia memandang lelaki yang baru sahaja memberhentikan langkahnya di hadapan Mia.

"Presiden ada nak sampaikan sesuatu ke?" Soal Mia kepada Noah.

"Tak ada. Takpa, teruskan je apa yang korang ingin lakukan. Aku saja je datang."

Balas Noah lalu matanya dilirikkan ke arah Sera membuatkan Sera menundukkan terus pandangannya daripada bertembung dengan pandangan helang lelaki itu.

"Ouh. Baiklah. Ha, semua. Mari kita teruskan dengan perboncangan kita tentang konsep baru untuk musim sejuk tahun ini."

Sepanjang perbincangan tersebut, Sera sungguh tidak senang duduk apabila dia begul-betul merasa diperhatikan oleh Noah.

Ish, semaklah lelaki ni.

Sera memaki perlahan di dalam hatinya namun terus tersentak apabila satu suara menerpa masuk ke dalam mindanya, bagai sedang berkomunikasi dengannya melalui telepati.

Aku boleh dengar, Sera.

What the-

Terus terangkat kepala Sera dengan mata yang terbuntang memandang ke atah Noah yang sedang duduk tak jauh darinya itu. Terkebil-kebil dia memandang Noah apabila Noah hanya tersenyum sinis bersama lidahnya yang menolak pipi dari dalam mulut.

Sera memejamkan matanya rapat lalu perlahan-lahan dia memindahkan arah kepalanya. Hendak dimaki di dalam hati namun, sudah terkantoi dengan keupayaan lelali itu membaca fikirannya.

"Sera? Jelas tak?" Soal Mia kepada Dera membuatkan Sera terkebil-kebil.

"Huh? Erm, tak berapa nak jelas. Hehe." Sera menggigit bibir bawahnya memandang ke arah Mia lalu Mia hanya mengeluh perlahan.

"Haih. Okay, dengar sini baik-baik." Mia mula menerangkan kembali tentang apa yang dibincangkan sebentar tadi kepada Sera.

-

"Yah!"

Sera terus sahaja menerjah mauk ke dalam pejabat milik Noah walaupun sudah sedaya upaya ditahan oleh setiausaha Noah.

"Maaf, presiden. Saya dah cuba halang tapi Miss Sera masih ingin masuk." Setiausaha Moah mula berkata lalu Noah mula mengangkat wajahnya memandang setiausahanya yang sedang berdiri di muka pintu dan kemudiannya dialihkan ke arah Sera yang sedang berdiri di hadapan meja kecil di antara sofa tetamu itu.

"Takpa. Tinggalkan kami." Jawab Noah lalu setiausahanya menunduk hormat sebelum menjawab.

"Baik, presiden."

Sebaik sahaja setiausaha Noah melangkah keluar dari pejabat tersebut, terus sahaja Noah bersuara.

"Haih. Baru jumpa tadi takkan dah rindu?"

"Eee, takda masa saya nak rindu dekat awak. Kenapa awak ada dekat bilik memperagakan produk tadi hah? Awak tahu tak awak mengganggu ketenteraman saya nak bekerja?" Balas Sera menyampah.

"Laa, aku buat apa? Aku duduk setempat je. Tengok perkembangan model harapan syarikat. Salah ke?" Gigi diketap geram saat Sera mendengarkan jawapan daripada Noah yang sungguh menyakitkan hatinya itu.

"Eee, geramnya! Sudahlah! Malas nak layan awak ni!" Sera merungut geram lalu dia berpeluk tubuh sambil mengalihkan pandangamnya ke tempat lain.

Noah tersenyum sinis lalu dia terus bangun dari tempat duduknya. Dia mengorak langkahnya menuju ke arah Sera lalu ditarik tubuh Sera mendekatinya. Sera tergamam lalu dia mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah mata hazel milik lelaki di hadapannya itu.

"If you are mad at me, why don't you punish me?" Soal Noah dengan suara yang diperlahankan namun jelas didengari oleh Sera.

"P-punish you?"

Noah mengangguk bersama sengihan lalu dengan perlahan dia menanggalkan dua butang kemeja di bahagian atas lalu dia menjongkeykan kening kirinya ke arah Sera.

Sera menelan liurnya kelat lalu dia perlahan-lahan melingkarkan tangannya pada leher Noah dan terus sahaja mencantumkan bibirnya dengan bibir lelaki itu.

Bukan kerana rasa terpaksa, namun kerana dia rela diperlakukan sebegitu. Kerana...

...dia cintakan lelaki itu.

•••

Siapa jawab Sera suka dekat Zeus tu ngaku skunk? Tergelak terus Idae baca jawapan korang dekat previous chapter😂

Okaylah. Tunggulah next update. Lol. Sayang korang sebab masih setia dengan ff hambar ni. Muahh😂💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro