Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s a t u

The Satan's Promises
Chapter One - 15 millions won

_____

Sera mengeliat kecil sesudah selesai menukarkan pakaiannya kepada pakaian asalnya ketika dia datang untuk bekerja pada pagi tadi.

"Eh, Hana, Hana. Kau datang sini kejap." Panggil Sera saat melihat Hana baru sahaja memasuki bilik persalinannya itu.

"Apahal?" Soal Hana seraya berjalan menuju ke arah Sera yang sedang duduk di hadapan cermin make up.

"Kau kenal ke dengan presiden syarikat kita?" Soal Sera membuatkan Hana menampar dahi.

"Kau kalau nak tanya soalan bodoh, boleh pergi tanya batu. Batu pun boleh jawab kau tahu tak? Mestilah kenal, dah aku kerja sini, bengap." Jawab Hana, tidak percaya bahawa rakannya itu bertanyakan soalan yang lebih senang daripada soalan budak tadika.

"Halah, halah. Kenapa aku tak pernah tahu nama dia Noah Xander Kim?" Jawab Sera, mengeluh.

Serius, selama hampir enam bulan juga dia bekerja di bawah nama syarikat HK Fashion Co. ini, tidak pernah lagi dia tahu bahawa nama presiden mereka ialah Noad Xander Kim. Semua orang hanya memanggilnya Presiden Kim malah wajahnya juga tidak pernah diuar-uarkan.

Hana terus memandang ke arah Sera, terkejut apabila Sera mengetahui nama penuh presiden syarikat mereka.

"M-macam mana kau tahu nama penuh dia?" Soal Hana teragak-agak kepada Sera membuatkan Sera mengerutkan dahinya, pelik.

"Kenapa? Salah ke kalau aku tahu nama dia?" Soal Sera, pelik. Salah ke dia tahu nama penuh presiden syarikatnya sendiri?

"Maaf kalau aku tanya ni. Tapi, kau ada buat kerja tak senonoh ke dengan presiden syarikat kita tu, Sera?" Soal Hana tanpa berdalih lagi. Tergamam Sera mendengarkan persoalan si Hana itu.

"Weyh. Kau agak-agaklah nak tanya aku macam tu. Kau ingat aku ni apa? Pelacur?"

"Manalah tahu kau buat? Sebab, orang yang tahu nama penuh presiden tu semuanya tempat melampiaskan nafsu si presiden tu. Tak semua orang tahu nama penuh dia tahu tak?"

Pergh. Jadi, Minji pernah buat EHEM dengan presiden tulah? Memang betullah rumours fasal minah tu?

"Kau mesti tahu dari Minji kan?" Soal Hana lalu Sera terus menjawab.

"Pergh, tepat sekali. Macam mana kau boleh teka?"

"Ouh. Err. Aku...ada dengar je." Hana mula teragak-agak menjawab membuatkan Sera mula pelik.

"Weyh, korang. Malam ni, kami nak buat makan malam pasukan. Nak join tak?"

Hana mengeluh lega saat salah seorang staf menegur mereka yang berada di dalam bilik persalinan model itu.

"Ha, kami join! Kami join!"

Terus Hana keluar dari bilik itu meninggalkan Sera yang terpinga-pinga.

Hana pun macam Minji ke macam mana sekarang ni?

-


Sera mula mengeluarkan telefon pintarnya apabila dia teringat untuk memberitahu Yeri bahawa dia akan pulang lewat malam ini kerana makan malam pasukan yang dia sertai bersama Hana.

"Hana. Kau masuk dulu. Kejap lagi aku masuk. Aku nak call housemate aku kejap, takut dia tunggu nak makan malam sekali pula." Ujar Sera lalu Hana hanya mengangguk faham.

"Ah, ya. Aku masuk dulu."

Usia melihat Hana telah emmasuki restoran yang merupakan tempat mereka mengadakan makan malam pasukan itu, terus nombor telefon Yeri dicari.

Namun, belum sempat dia ingin menekan butang telefon, seseorang mula menekup mulutnya dari belakang dengan sehelai kain.

"Erm, erm!"

Lama-kelamaan, pandanagn mata Sera mula kabur mungkin kerana kesan daripada klorofin yang diletakkan sekali pada fabrik kain yang digunakan untuk menekup mulut Sera itu.

Tubuh Sera mula diheret masuk ke dalam sebuah kereta hitam lalu terus kereta itu meluncur meninggalkan restoran itu.

-

"Bagus kerja kau. Lagi mahallah kita boleh dapat kalau kita jual perempuan ni. Semua mesti nak kalau tahu dia model yang tengah naik sekarang ni." Seorang lelaki memberikan satu sampul berisi wang kertas kepada lelaki yang berjaya menculik Sera.

Kini, mereka telah menguncikan Sera di dalam sebuah bilik di sebuah pusat pelacuran. Hampir setiap hari, mereka akan menjual wanita yang mereka culik.

Dan, hari ini bagaikan hari bertuah mereka apabila mereka berjaya menculik model terkenal seluruh bumi Korea itu.

"Erm." Suara erangan Sera mula bergema di dalam bilik tersebut lalu Sera cuba membawa tangannya keluar dari belakang tubuhnya namun tidak berhasil kerana tangannya sudah selamat diikat.

"A-aku kat mana ni?" Soal Sera kepada diri sendiri sambil matanya meryap di setiap pelusuk bilik itu.

"Yah! Sesiapa! Tolong!"

"Takkan ada sesiapa yang datang." Satu suara memberhentikan tindak-tanduk Sera yang sedang cuba sedaya upaya ingin melonggarkan ikatan tali pada tangan dan kakinya.

Dia mula mencari punca suara itu dan dapat dia lihat beberapa orang wanita juga senasib sepertinya duduk bersandar pada dinding bilik itu yang tidak jauh darinya.

"A-apa maksud kau?" Soal Sera, mula dihuni rasa takut.

"Kau takkan terlepas dan harini mungkin hari kau pula memandangkan kau cantik." Jawab salah seorang wanita di situ.

"Apa yang kau cakap ni? Jangan buat lawaklah." Sera cuba untuk tidak berfikiran negatif.

"Kita semua akan dibida tepat pada pukul 12 malam di tempat ini. Tetapi, disebabkan kau ada juga malam ni, mungkin kami tidak akan terlepas daripada neraka ini lagi."

"Dibida? Apa ni? Aku tak faham. Kita ada dekat mana sekarang?" Soal Sera, tidak berapa faham dengan penerangan wanita itu.

"Kau akan tahu nanti. Dan, kita sekarang berada di pusat pelacuran."

Bagaikan terhenti sekejap degupan jantung milik Sera mendengarkan kata-kata wanita itu.

-

"Baiklah, semua. Di sini ada pelanggan hangat punya. Ya, itu dia! Model terkenal yang seluruh bumi Korea kenali! Model Sera Logan Han!"

"Ark." Sera mengaduh sakit apabila tubuhnya ditolak dengan kasar sehingga jatuh ke atas pentas itu.

Matanya sudah tidak mampu lagi mengeluarkan air mata kerana terlalu banyak menangis di dalam bilik kurungan tadi.

Sera melihat di hadapannya. Semuanya dibanjiri oleh lelaki yang sudah memegang kayu seperti sepanduk kecil berbentuk bulat.

Oh God. Save me. Apa akan jadi pada aku?

"Jadi, mari kita mulakan sesi pembidaan kita! Harga paling rendah bermula daripada 6 juta won!"

"6.5 juta won!" Pembida pertama mula bersuara namun, tiba-tiba, ada seorang lagi pembida membalas.

"7 juta won!"

"7.5 juta won!"

Pembidaan terus berlangsung sehingga 10 juta won dan tiada siapa lagi yang ingin bersuara.

"Baiklah. Nampaknya kita sudah menemui pembida yang-" Kata-kata pengerusi majlis itu mula dipotong oleh satu suara.

"15 juta won!"

Terus semua mata memandang ke arah si pembida yang sanggup membeli sang model dengan harga semahal itu.

Sera menganhkat pandangannya ke arah suara itu lalu dia terpempan.

Seorang lelaki bersut hitam kemas tersarung pada tubuhnya tetus berjalan menuju ke pentas. Langkahnya berhenti betul-betul di hadapan Sera yang masih memandangnya tidak berkelip.

"Aku nak perempuan ni, 15 juta won."

•••

Ko tembak jelah aque sebab aku buat double updates harini. Tak menyabar aque ni ha nak publish chapter 1. Harap korang suka this chapter berbanding prologue yang hambar tu😔✊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro