Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

prologue

The Satan's Promises
The Prologue - Noah Xander Kim

_____

Di Syurga

"Queen Medusa. King Zeus, mahu bertemu dengan Queen dan King Poseidon." Seseorang datang menegur di pemaisuri yang dikatakan wanita paling cantik di kerajaan langit.

Queen Medusa yang sedang menikmati angin di taman syurga itu mengalihkan pandangannya lalu dia mengangguk bersama senyuman terbit di bibir.

"Baiklah. Akanku pergi bertemu dengannya sebentar lagi." Jawab Queen Medusa penuh lembut.

Kini, sang pemaisuri berada di istana kerajaan langit bersama King Poseidon yang sedang berhadapan dengan King Zeus, the most powerful god di kerajaan langit, the God of Sky.

"Aku titahkan Queen Medusa untuk turun ke bumi bagi menjalankan misi terakhir kamu sebelum kamu dinaikkan pangkat bersama bakal suami kamu iaitu King Poseidon sebagai The Great God dan The Great Goddesses."

-

Di Bumi

Seorang wanita yang kelihatan dalam linkungan umur 20-an melangkah masuk ke dalam bangunan gah yang berada di tengah-tengah bandar Seoul itu.

Dia tersenyum memandang semua staf yang menghadiahkannya sebuah senyuman yang mempunyai pelabgai makna.

Senyuman manis.

Senyuman tidak ikhlas.

Senyuman penuh kedengkian.

Senyuman gatal.

Dia, wanita yang dianggap paling cantik di bumi Korea, Sera Logan Han yang merupakan model baru bagi syarikat HK Fashion Co..

"Sera! Kau sini kejap! Bos nak jumpa kau!" Saat kaki Sera menapak ke dalam bilik shooting, terus pembantunya yang merangkap rakan karibnya memanggilnya.

Dengan langkah yang pantas, Sera terus berjalan ke arah rakan karibnya yang sedang berdiri di belakang majikannya ataupun pengurusnya.

"Yes, bos? Ada apa?" Soal Sera sebaik sahaja dia berdiri di hadapan majikannya.

"Ni apahal muka kau batu sangat? Cuba buat lagak biasa. Aku tak bayar kau untuk kau tunjukkan lagak nervous kau dekat kamera."

Fail yang dipenuhi dengan gambar-gambar Sera memperagakan produk syarikat terus dihempas ke atas meja dengan bengang.

"Maaf, bos. Saya pun baru je berjinak dengan dunia modelling ni. Saya harap bos mampu memberi tunjuk ajar yang lebih supaya saya dapat memperagakan produk syarikat kita yang menetapi standard bos juga syarikat."

"Maaf, maaf! Dari haritu lagi kau minta maaf je kerja kau kan? Apa kau ingat muka cantik, body lawa mantap macam ni, kau boleh buat sesuka hati waktu memperagakan produk di depan kamera? Kau tahu tak aku ni dah berapa kali kena tengking dengan pihak atasan sebab kau?!"

Tertunduk wajah Sera memandang lantai. Staf di sekeliling mereka juga tidak mampu mencelah bagi menyelamatkan keadaan kerana terlalu takut ingin berhadapan dengan pengurus mereka itu.

"Sudahlah. Aku malas nak marah-marah kau lagi. Sekali lagi kau buat salah, aku pecat kau."

Kata-kata terakhir Go Minji, pengurus kepada Sera yang merupakan model baru syarikat itu mula meluncur keluar dari belahan bibir wanita itu membuatkan Sera memejamkan matanya, lega.

"Sudah. Semua boleh mula bekerja." Arah Minji dan semua orang mula akur termasuk Sera dan pembantunya.

Saat langkah kaki Minji dibawa keluar dari bilik peragaan produk itu, terus semua staf mengeluh perlahan. Lega apabila The Bad Witch sudah hilang daripada pandangan kornea mata mereka.

The Bad Witch adalah gelaran yang diberikan kepada Minji kerana sikapnya yang menjengkelkan malah pernah ada khabar angin memberitahu, sudah hampir lima perempuan berpisah dengan teman lelaki mereka kerana disailang oleh wanita itu.

"Pergh. Nasib dia tak pecat kau terus. Kau tahu tak, kalau model sebelum ni, buat salah sekali, terus dia pecat?" Beritahu Hana, pembantu dan rakan karib Sera itu kepadanya.

"Seriuslah? Pergh. Nasib aku baik juga sebab aku rasa ni kali keempat dia marah aku teruk sebab posing awkward aku." Jawab Sera, terkejut.

"Ada khabar angin kata, pihak atasan minat dekat kau tu sampai dia nak kekalkan kau jadi model syarikat." Sekali lagi, kata-kata Hana mengejutkan Sera.

"Kau merepek apa ni? Jangan mereka ceritalah. Khabar angin je tu." Balas Sera bersama gelakan kecil.

"Ish, tak percaya sudah."

Dan, perbualan mereka mula dipotong dengan arahan daripada salah seorang staf buat Sera untuk mula menukar pakaiannya kepada produk syarikat.

-

"Ah, ye. Kejap lagi aku baliklah. Ish, kalutlah kau ni." Sera dengan langkah tergesa-gesa terus mematikan panggilannya bersama housematenya, Jung Yeri untuk keluar dari bangunan syarikat tempat dia bekerja itu.

"Aduh!" Tiba-tiba, tanpa dia sedari, dia dilanggar oleh seseorang sehingga tubuhnya tersungkur jatuh menyembah bumi.

Dia memandang manusia yang melanggarnya itu dengan pandangan tajam.

Pergh. Bukan nak tolong! Dia tengok je?!

"Yang duduk dekat lantai lagi tu kenapa? Ada kerusi disediakan untuk kita duduk, bukannya lantai. Haih. Nasiblah baju aku tak rosak sebab kau." Lelaki itu dengan selamba terus berjalan melepasi Sera, meninggalkan Sera yang terpinga-pinga mendengarkan kata-kata daripada lelaki sombong itu.

"Yah!" Sera bingkas bangun dari jatuhnya lalu dikejar lelaki yang sombong dan angkuh itu.

Terus dia gapai tangan kekar milik lelaki itu lalu dia berdiri di hadapan lelaki itu.

Dua orang lelaki berbaju hitam di belakangnya mula ingin bertindak tetapi lelaki sombong itu terus m mengangkat tangannya menandakan bahawa biar dia sahaja yang menguruskan perempuan itu.

Dia hanya menjeling ke arah Sera yang nampak gaya sedang berasap itu.

"Don't waste my time, miss. I do have a lot of works to do." Ujar lelaki itu sambil melirikkan matanya ke arah jam di tangannya.

"Minta maaf." Dua perkataan yang tiba-tiba membuatkan lelaki di hadapannya itu ketawa besar.

Staf di sekeliling mula memandang dan ada yang sudah melarikan diri apabila mereka sudah dapat mengenal pasti siapakah lelaki itu.

"Kelakarlah kau ni. Nah. Ambil ni, buat basuh baju dekat dobi." Terus lelaki itu memgeluarkan sesuatu daripada dompetnya lalu dilemparkan beberapa keping wang kertas di tangannya itu pada wajah Sera seraya melangkah melepasi Sera yang tergamam.

"What the- Yah!" Sekali lagi Sera menjerit dan berlari anak mengejar langkah lelaki itu usai mengutip wang kertas yang dilemparkan tadi lalu dia berdiri sekali lagi di hadapan lelaki itu, menghalang lelaki itu daripada meneruskan langkahnya.

Dia membaling semula wang kertas yang berada di tangannya itu ke wajah lelaki itu dengan berani. Wajahnya mula memerah, geram apabila diperlakukan sebegitu oleh lelaki angkuh itu.

Muka je kacak. But, no manners.

"Yah, Sera!" Panggilan seseorang mula kedengaran di seluruh lobi syarikat HK Fashion Co. itu.

"Apa kau ingat aku ni pengemis ke? Aku tak hamak punlah duit kau ni! Aku suruh kau minta maaf je. Tu pun susah ke?"

"Yah." Tubuhnya terus ditolak kebelakang oleh seseorang dan didapati Minji kini berdiri di hadapannya, menghalang pandangannya terhadap lelaki itu.

Lelaki itu pula hanya tersenyum sinis bersama riak yang masih kekal biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Maaf, tuan. Saya minta maaf bagi pihak pekerja saya." Minji tidak habis-habis menundukkan tubuhnya sambil mengutarakan kata-kata maaf kepada lelaki yang dipanggil tuan itu.

Perempuan ni apahal tiba-tiba acah baik dengan aku ni?

"What's your name, miss?" Soal lelaki itu dan dengan pantas Minji menjawab.

"Go Minji, tuan."

"Not you, dear. I asked for that pretty girl's name at the back." Ujar lelaki itu dan Minji kelihatan terkebil-kebil.

"Kenapa kau nak tahu? Minta maaf dan semua settle. Nama aku takda kaitan dalam urusan kita." Balas Sera dengan pedasnya.

Lelaki itu terus terpandang sebuah banner di belakang Sera lalu dia mengangguk perlahan.

"Okay, Miss Sera Logan Han. Nice to meet you. But, I'm afraid that I need to go now. Till we meet again." Lelaki itu terus berjalan meninggalkan Sera dan Minji di tengah-tengah lobi itu.

"Yah, kau kenapa hah? Apahal cari gaduh dengan bos besar. Kau nak mati ke apa?" Serang Minji sebaik sahaja susuk tubuh lelaki itu hilang bersama dua pengawal di belakangnya.

"Apa yang bos merepek ni? Bos besar?" Soal Sera kepada Minji.

"Itulah, Noah Xander Kim. Presiden syarikat HK Fashion Co.."

What the-

•••

Okaylah, sis tahu prologue hambar gila nak mati😃

Tapi, sabar dulu. Ni baru jumpa gitu-gitu je. First chapter nanti baru real meeting Sera dengan Noah. Hehe. Do wait for the next update😍💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro