l i m a b e l a s
The Satan's Promises
Chapter Fifteen - Become a Sinner
_____
Sera masih tidak menyedarkan diri. Noah pula sedang duduk di sebelah katil yang dibaringi Sera itu sambil menunggu wanita itu menyedarkan dirinya.
"Kau boleh balik bilik kau sekarang. Aku boleh jaga dia." Jared mula bersuara, memecahkan keheningan di antara mereka.
Noah mengangkat pandangan matanya lalu wajah Jared ditatapnya kosong.
"Aku tuan dia. Biar aku yang jaga dia. Kau tu yang boleh keluar sekarang." Jawab Noah penuh kedinginan, tidak berstuju dengan cadangan daripada Jared itu.
"Tch. Sejak bila kau jenis ambil berat hal orang ni, Hades? Ni bukan Hades yang aku kenal." Balas Jared pula membuatkan Noah berdecit perlahan.
"Dari dulu kau tak pernah kenal aku, Sei. Dahlah. Aku malas nak gaduh. Boleh tak kau keluar sekarang? Aku takda mood nak bercakap dengan kau sekarang ni."
Jared memandang Noah dengan matanya yang bagaikan mempunyai pelbagai maksud tersirat itu. Disebabkan dia juga malas ingin berbalah dengan seseorang yang keras kepala seperti Hades itu, terus sahaja dia melangkah keluar dari bilik Sera itu.
Noah hanya diam sambil matanya tidak lepas daripada menatap wajah Sera lama. Keluhan mula terlepas lalu dia mula berbisik pada dirinya.
"Kenapa aku perlu jaga kau? Kenapa aku tak keluar je dari bilik ni dan biar Sei jaga kau? Just why?" Soalnya perlahan, bagikan keliru dengan dirinya sendiri.
Seumur hidupnya, tidak pernah lagi dia merasa keliru sebegini. Dia sentiasa tetap pendirian an tidak mudah goyah dengan omongan kosong para dewa-dewi di sekelilingnya.
Tak lama kemudian, Sera mula membuka matanya perlahan bersama erangan yang terlepas dari dua ulas bibirnya.
"Hey. Kau dah bangun?" Soal Noah perlahan lalu Sera yang baru sahaja mencelikkan mata itu terus mengalihkan pandangannya ke Noah yang berada di sebelah kiri katilnya itu.
"Apa dah jadi? Kenapa saya ada dalam bilik ni? Sekarang bukan waktu kerja ke?" Soal Sera lalu dia mula membangkitkan tubuhnya dari perbaringan. Noah terus sahaja membantu wanita itu bangun sambil menjawab.
"Aku bagi kau half day. Dah, jangan banyak cakap. Kaki kau ada rasa sakit lagi tak?" Noah duduk kembali di atas kerusi bersebelahan dengan katil Sera lalu soalan tersebut terpacul keluar.
"Takda. Rasa sakit sikit je tapi saya okay."
Noah melepaskan keluhan lega usai telinganya disapa dengan balasan positif daripada Sera itu.
"Saya minta maaf sebab dah buat awak risau." Ujar Sera lalu Noah hanya menjawab ringkas.
"Bukan salah kau."
Sera tersenyum nipis apabila dia teringat akan kejadian tengah hari tadi di mana isteri Noah mula memunculkan diri.
Nampaknya, dirinya sudah dianggap sebagai ancaman di mata isteri lelaki itu. Dan, itu bermakna, dia tidak boleh melengahkan masa lagi.
Tangan Sera perlahan-lahan terus sahaja menggapai tangan Noah yang terletak tidak jauh dari tangannya itu. Digenggam erat olehnya terhadap tangan Noah itu membuatkan Noah memandang wajah Sera kembali.
Entah kenapa, Noah bagaikan terbuai dengan kecantikan yang dibawa oleh wajah Sera itu membuatkan Noah tanpa sedar mendekatkan wajahnya dengan wajah Sera lalu bibir mereka akhirnya bertaut.
Tubuh Noah mula memanjat katil Sera lalu posisi tubuh mereka mula bertukar dan pada ketika itulah, Sera bagaikan tidak kisah lagi apa yang bakal diperlakukan oleh Noah terhadap dirinya.
Kerana, misinya hanya satu pada ketika ini.
.
.
.
Merampas lelaki itu daripada sang isteri dan menjadikan lelaki itu hak miliknya seorang.
-
Jared masih setia berada di luar bilik Sera dan memerhatikan setiap gerak-geri dua insan yang berada di dalam bilik tersebut.
Tangannya dikepal menjadi penumbuk dengan wajahnya yang kian memerah. Jiwanya mula dibakar dengan rasa sakit hati juga dengan rasa marah apabila melihat adegan tersebut.
"Medusa hanya milik aku. Takdir dia adalah aku dan bukannya kau, Hades."
-
Sera sedang sibuk memerhatikan pembantu-pembantu rumah menyediakan makanan buat ahli rumah ini iaitu dirinya, Noah dan Jared untuk makan malam pada hari itu.
Sedang khusyuk dia memerhati tindak-tanduk para pembantu rumah, dirinya dikejutkan dengan teguran daripada seseorang.
"Sera."
Sera terus sahaja berpaling lalu kelihatan susuk tubuh Jared kini mula mendekati dirinya. Sera hanya tersenyum nipis memandang Jared yang kini sudah berdiri di hadapan.
Entah kenapa, wajah Jared bagaikan tidak seperti selalu. Wajahnya dingin sahaja pada ketika ini.
"Kenapa?" Soal Sera kwpada Jared lalu dengan nada yang dingin, Jared pantas menjawab.
"Ikut aku kejap. Aku nak cakap sesuatu dengan kau."
Jared mula melangkah pergi dan Sera hanya akur sahaja lalu dia terus sahaja mengekori langkah Jared sehinggalah mereka tiba di laman rumah agam milik Noah itu.
"Kenapa sampai keluar rumah nak bercakap pun? Sejuk ni malam-malam." Ujar Sera seraya menggosok kedua-dua belah bahunya bagi menghasilkan sedikit haba pada tubuhnya yang hampir menggigil kesejukan itu.
"Orang yang kau maksudkan sebelum ni katanya dah menetap hati kau dan bukannya aku tu adalah Hades, kan?"
Sera yang sedang menggosok kedua belah bahunya akibat kesejukan terus terhenti gerak-gerinya usai deria pendengarannya menangkap kata-kata daripada Jared itu.
Pandangannya terus sahaja dibawa menatap wajah Jared di hadapannya. Dia mula memandang wajah jejaka itu dengan pandangan terkebil-kebil.
"Jujur dengan aku, Sera. Kau suka Hades sebenarnya, kan?" Soal Jared sekali lagi membuatkan Sera mula menelan liurnya payah.
Sera menundukkan wajahnya lalu dia bibir bawah digigitnya bagi menghilangkan rasa gugup. Dia kemudiannya mengangguk perlahan lalu pandangan kembali dibawa ke wajah Jared.
Jared merengus geram lalu dengan perasaan yang serabut, dia meraup wajahnya kasar. Bahu Sera kedua-dua terus dicengkam oleh Jared lalu pandangan mata mereka bertaut.
"Tolong lupakan perasaan kau pada dia, Sera. Please. Aku merayu. Selesaikan misi terakhir kau dan kita boleh bahagia di syurga bersama."
Sera terus sahaja menepis tangan Jared usai Jared melemparkan kata-katanya itu.
"No. Saya takkan lupakan perasaan saya pada dia. Saya tak kisah apa yang akan jadi. Sebab saya dah betul-betul cintakan dia. Awak tak boleh halang saya, Jared. Saya percayakan kata hati saya."
Balas Sera penuh keyakinan membuatkan Jared dihantui rasa marah.
"Kau takkan dapat bersama dia, Medusa. Aku adalah takdir kau, dan dia hanya syaitan durjana yang akan menghancurkan kau!"
Perasaan amarah Jared mula bermaharajalela di dalam jiwa jejaka itu. Sera mengeluh perlahan apabila Jared berkata sedemikian. Dia sudah dapat mengagak tentang reaksi Jared apabila mengetahui siapakah yang berada di dalam hatinya itu.
"Sudahlah, Sei. Saya malas nak gaduh dengan awak. Berbalah dengan awak ni sampai esok takkan habis. Saya minta diri dulu."
Sera yang baru sahaja ingin membawa langkahnya masuk semula ke dalam rumah terus sahaja ditahan oleh Jared dengan tangannya yang digenggam erat oleh lelaki itu.
"Dengar cakap aku, Medusa. Tolonglah. Kita bina buku baru untuk kita berdua dan aku janji aku akan bagi kau kebahagiaan." Rayu Jared kepada Sera lalu Sera terus sahaja merentap tangannya keluar dari genggaman Jared.
"No, Jared. I'm so sorry. Saya takkan ikut cakap siapa-siapa lagi. Hati saya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hades dan saya takkan biarkan hati saya disakiti lagi. Saya sanggup buat apa saja demi bersama dia."
Sera menatap wajah Jared lama sebelum berkata dengan nada yang agak keras bagi menyambjng ayatnya itu.
"Even if, I could become a sinner myself."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro