l i m a
The Satan's Promises
Chapter Five - New Private Bodyguard
_____
"Sera. Hey, bangun. Kenapa kau berpeluh teruk ni?" Yeri mengejutkan Sera apabila melihat Sera seperti meracau dengan wajahnya yang berpeluh.
Sera terus terbuka matanya luas, terkejut lalu dia memandang Yeri dengan dadanya yanh berombak.
"Y-yeri. Hiks." Sera terus menarik tubuhnya dan tubuh Yeri bersatu membentuk sebuah dakapan erat. Yeri tanpa segan silu terus membalas pelukan rakannya itu.
"Hey, kenapa ni? Kau mimpi buruk ke?" Soal Yeri kepada Sera dan Sera hanya menangis teresak-esak.
Aku langsung tak dapat beza adakah itu hanyalah sebuah mimpi yang meupakan mainan tidur ataupun realiti yang pahit untuk ditelan. Semuanya kelihayan terlalu realistik untuk aku katakan ianya sebuah mimpi.
"Kau tak sihat ke? Tak sedap badan?" Soal Yeri saat dia meleraikan pelukan bersama Sera itu dan tangannya mula naik mengesat air mata yang turun dengan lebatnya pada wajah rakannya itu. Sera pula hanya diam tidak membalas.
"Takpalah. Kau mandi dulu. Kejap lagi aku masakkan bubur untuk kau. Nanti aku call Hana bagitau kau sakit eh?"
Sera sekali lagi tidak membalas dan hanya mendiamkan diri sahaja. Di dalam mindanya hanya mampu memikirkan tentang kejadian semalam yang berlalu ke atas dirinya. Bajunya masih elok terpasang di tubuh.
Adakah semua itu hanya mimpi semata-mata?
"A-awak. Tolong jangan buat saya macam ni."
"Let me mark you, boo. Shush. It's not that hurt."
"A-awak!"
"Hades."
Dan semua ingatan selepas itu bagaikan hilang sekelip mata. Pandangannya terus gelap malah dia bagaikan dijampi untuk terus tidur sebaik sahaja Noah mengusap matanya ke bawah bagi menutup kelopak matanya.
Hades?
-
"Yeri. A-aku kena pergi." Saat minda Sera kembali ke alam realiti selepas mengingati kembali kejadian semalam itu, terus Sera bangkit dari duduknya di atas katil.
"Eh, pergi mana pula? Kau tu kan tak berapa nak sihat, Sera? Dengar cakap aku please." Pujuk Yeri melihatkan Sera yang sudah menuju ke arah almari pakaiannya.
"No, no. I should go. Aku minta maaf, Yeri. Tapi, aku terpaksa pergi."
Sera tanpa berlengah terus menyarungkan kardigannya lalu digapai telefon pintar serta beg tangannya. Yeri terus ditinggalkannya dengan terkebil-kebil melihat kekalutan rakannya itu.
Kini, Sera baru sahaja keluar dari perut teksi yang dinaikinya untuk ke rumah Noah. Dia berdiri statik di hadapan pintu pagar runah agam tersebut bersama kemaman di bibir.
"Tekanlah, Sera." Sera berkata kepada diri sendiri lalu dia mengangkat tangannya untuk menekan alat penggera rumah agam tersebut namun terus dia tarik balik tangannay dan dia memusingkan tubuhnya bersama kepala yang didongak ke langit.
"Weyh, kenapa aku takut semacam ni! Eee!" Sera membebel seorang diri. Dia kemudiannya menarik nafasnya dalam sebelum dihembus kembali, perlahan.
Tubuh dipusingkan kembali lalu dia mula ingin menekan alat penggera rumah agam tersebut.
"Miss?" Teguran seseorang itu terus membantutkan tindakan Sera untuk menekan alat penggera tersebut lalu terus sahaja Sera memandang ke arah lelaki yang menegurnya itu.
"Ouh, h-hai. Erm, awak kerja sini ke?" Soal Sera kepada lelaki itu dan lelaki itu hanay tersenyum lalu dianggukkan kepalanya.
"Ya. Saya pengawal peribadi baru kepada Tuan Noah Xander Kim. Jomlah masuk." Ajak lelaki itu kepada Sera lalu dia mula ingin menekan nombor pin untuk membuka pagar rumah agam itu sebelum ditahan oleh Sera.
"Eh! A-awak kenal saya ke?" Soal Sera yang baru sahaja menghalang lelaki itu daripada membuka pagar tersebut. Lelaki itu sekali lagi tersenyum manis sambil tangannya kembali memasukkan nombor pin pagar rumah Noah itu dan akhirnya pagar kecil itu terbuka secara automatik.
"Mestilah saya kenal, Miss Sera Logan Han. Tuan Noah dah beritahu saya tentang Miss Sera dan dia suruh saya bawa Miss Sera masuk kalau Miss Sera dah tiba." Jawab lelaki itu, memusingkan tubuhnya menghadap Sera yang berada di belakangnya.
Sera memgangguk faham sebelum dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu, janggal.
"Ouh, ye eh? Hm, okaylah."
"Mari masuk." Ajak lelali itu sekali lagi dan Sera pula hanya akur lalu mula mengekori langkah lelaki tersebut.
"Miss Sera ni memang lawa. Patutlah Tuan Noah boleh jatuh suka." Ujar lelaki itu kepada Sera.
Erm. Noah Xander Kim? Suka aku? Memang taklah, awak oii. Kenal pun tidak, ni kan nak jatuh suka? Tch.
"Err. Tak adalah. Dia tak suka saya punlah. Kenal gitu-gitu je. Lagipun, awak pun kacak juga." Jawab Sera dan sempat juga dia memuji lelaki yang berada di sebelahnya itu.
"Alahai. Saya ni biasa-biasa je. Tak mampu kalahkan Tuan Noah." Lelaki itu tergelak kecil dan disambut juga dengan gelakan kecil Sera.
Tak tahu nak setuju ke tak. Noah? Kacak? Hm.
"Nama awak siapa? Yelah, kita mungkin akan banyak meluangkan masa bersama lepas ni memandangkan saya tinggal sini." Terang Sera membuatkan langkah lelaki itu terbantut saat mereka sudah hampir dengan pintu utama rumah agam milik Noah itu.
"Err. Miss Sera...tinggal sini?" Soal lelaki itu teragak-agak.
"Ah, ya. Awak jangan salah fa-"
"Ehem."
Terus pandangan mata Sera dan lelaki itu teralih ke arah sang pengganggu ketenteraman manusia berbual itu. Terkedu Sera saat matanya bertembung dengan pandangan mata helang milik Noah. Liur ditelan payah sebelum dia mula bersuara.
"A-awak. Ark!" Tangan Sera terus ditarik mendekati tubuhnya lalu dia mengecilkan mata memandang pengawal peribadi barunya itu.
"Tangan kau okay ke? Aku minta maaf fasal semalam. Aku tahu aku salah main tarik kau macam tu je."
Ni apahal tiba-tiba jadi baik dengan aku ni? Salah makan ubat ke?
"Oh, erm. S-saya okay je. Tak payah risau." Jawab Sera teragak-agak.
"Glad to know that. Dah, kau boleh pergi bilik kau, rehat. Nanti aku panggil kau turun makan tengah hari." Kata Noah dan Sera mengangguk perlahan.
"O-okay."
"Ouh ya. Sebelum aku terlupa, ini pengawal peribadi baru aku. Kenalkan, Jared Matt Park." Noah mula memusingkan tubuhnya dan berdiri di sebelah lelaki yang merupakan pengawal peribadi barunya itu.
Bahu Jared dipeluk dari tepi sambil matanya memandang ke arah Sera yang terkebil-kebil.
Lelaki bernama Jared Matt Park di sebelah Noah itu hanya tersenyum menimbulkan eyesmilenya.
Mak aih. Kenapa tiba-tiba aku rasa dia ni comel? Shut up, Sera. Ko pikir bakal suami ko yang tengah tunggu ko kat atas tu.
"Ouh, hai, Jared." Tegur Sera lalu dia menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda menegur.
"Okay, kau boleh naik." Noah mengarahkan kembali Sera untuk naik.
"Erm, baik. Saya naik dulu."
•••
Ha sudah datang abe Jared kita😜
Tiber je jadi pengawal peribadi si Noah tu. Ada apa-apa ke ni? Hmm. Nak tahu? Tunggulah next chapter😆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro