l a p a n b e l a s
Bismillah Assalamualaikum.
WARNING : Chapter yang cukup hanat.
•••
The Satan's Promises
Chapter Eighteen - His First Promise
_____
"Sera!"
Jared menjerit memanggil nama wanita kesayangannya itu apabila dia dikejutkan dengan situasi yang sungguh dia tidak jangka.
Kini, dia berada di dalam hutan belantara yang seluruh kawasannya sudah dikosongkan menjadi padang hijau dan ditengah-tengahnya kini ialah di mana Sera berada.
Sera kini tidak menyedarkan diri dan badannya terlilit dengan akar pokok yang menjalar keluar dari tanah, mbuatkan tubuh Sera berada di tengah-tengah lilitan akar itu, ketat dan sempit.
Dia buntu. Dia tidak boleh menggunakan kuasa airnya memandangkan akar tersebut bakal memberikan reaksi terhadap air dan semakin membesarkan usai menyerap zat daripada air yang diberikan.
Jared tanpa berlengah terus sahaja mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Nombor Mia terus sahaja ditekan untuk disambungkan ke talian telefon pintar gadis itu.
"Hello. A-aku dah jumpa Sera. D-dia..."
-
"S-seriuslah?" Soal Mia bagi memastikan kembali apa yang didengarinya daripada Jared yang berada di hujung talian itu.
"Okay, okay. Kejap lagi saya datang dengan Noah."
Mia terus mematikan panggilan bersama Jared lalu pintu pejabat Noah ditatapnya. Dia terus sahaja bangkit dari abuhan punggungnya seraya melangkah laju ke arah pintu tersebut.
"Miss Mia. Kan, saya dah cakap Presiden Kim ada tetamu? Miss Miaa tak boleh masuk sekarang." Halang setiausaha kepada Noah itu dengan pantas apabila melihat Mia seperti mahu merempuh pintu pejabat Noah itu.
"Please. Urgent ni." Rayu Mia kepada setiausaha itu lalu setiausaha Noah menggeleng sebelum menjawab
"Maaf, Miss Mia. Presiden Kim takkan suka kalau kalau Miss Mia buat macam ni."
"Ish, aku kata urgent kan?" Tubuh sang setiausaha pantas Mia cuba menolak namun setiausaha Noah itu masih berkeras menghalang Mia.
"Bagi aku masuklah!" Mia terus sahaja menolak tubuh setiausaha Noah itu dengan kasar lalu pintu dibuka kuat olehnya.
Nafasnya mula termengah-mengah lalu matanya kini memandang tepat ke arah Noah yang sudah membuntang matana memandang Mia.
"Noah! Sera...dia..."
Noah terus terbangun dari duduknya lalu dia memandang Mia dengan mata yang terbuntang.
"Dia apa?!" Soal Noah apabila Mia seperti membiarkan ayat itu tergantung.
"Aish. Ikut saya. Kita pergi sana."
Sekelip mata sahaja, tubuh Noah dan Mia terus menghilang dari pejabat Noah. Anna terus mengepal tangannya menjadi penumbuk bersama ketapan gigi, geram.
Setiausaha Noah pula hampir tersungkur apabila melihat kejadian yang sungguh asing dari pandangan matanya.
Adakah ini realiti?!
"What the-" Itu sahaja yang mampu terkeluar dari belahan bibir sang setiausaha usai menyaksikan kejadian yang sungguh tidak boleh diterima dek akal itu berlaku di hadapan matanya.
Anna terus memandang ke arah setiausaha Noah itu. Dia menjeling malas lalu dia pantas memetik jarinya dan tika itulah, setiausaha Noah terus jatuh tersungkur ke tanah, pengsan. Tidak dilupakan juga, ingatannya tentang kejadian tadi juga dilupuskan.
Anna terus sahaja berdiri dan mula menghilangkan diri dari pejabat Noah itu, juga ingin pergi ke tempat kejadian.
-
Noah tergamam saat matanya disapa dengan pandangan yang cukup dia bencikan. Matanya mula memerah lalu seluruh tubuhnya menggeletar.
Dia mula ingin memotong akar-akar tersebut dengan kuasa apinya namun pantas sahaja dihalang oleh Jared.
"Hades. Kawal marah kau, Hades. Akar tu kita tak boleh potong dengan senang. Kalau tak, dia akan keluarkan racun yang bakal membunuh Sera serta-merta."
Jared terus menepuk bahu Noah perlahan bagi meredakan kemarahan lelaki itu. Takut juga dia apabila Noah bakal melakukan perkara yang di luar jangkaan mereka.
"Persephone!!" Jerit Noah penuh amarah. Dalam hatinya hanya mampu memaki wanita itu kerana wujud di dalam hidupnya.
Tubuh Anna terus sahaja muncul tidak jauh dari mereka. Dia tersenyum sinis lalu dia menghalakan tangannya ke arah akar-akar yang melilit tubuh Sera itu dan mula mengepalkan tangannya itu perlahan-lahan kepada penumbuk membuatkan akar-akar itu semakin ketat melilit tubuh gadis yang berada di antaranya sambil mengeluarkan bunyi.
Terus terbuntang mata Jared dan Mia melihat adegam tersebut. Noah pantas sahaja berpaling dari terus memandang Sera dan mencerlungkan matanya tajam ke arah Anna yang berdiri tidak jauh dari mereka itu.
"Kau memang nak mati, Persephone." Ujar Noah dengan suaranya yang masih dikawal.
"Saya sanggup mati di tangan suami sendiri kalau saya dapat tengok perempuan acah dewa tu pun mati!" Jerit Anna penuh perasaan.
Noah mula hilang sabar lalu dengan pantas api mula terhasil di tangannya akibat rasa marah yang seakan-akan membuak di jiwanya.
"Hades! Tolong kawal marah awak! Jangan bunuh dia! Awak perlu lepaskan Medusa dan dia saja mampu lepaskan Medusa!"
Mia memberi amaran kepada Noah namun pantas sahaja Anna bersuara lantang, memprovok Noah.
"Bunuh jelah saya, Hades! Itu yang awak nakkan?! Saya dah tak boleh tengok awak cintakan perempuan tak guna tu berbanding saya, isteri awak sendiri!"
Mendengar sahaja kata-kata Anna membuatkan api yang terhasil di tangan Noah itu perlahan-lahan terpadam.
Tangan Noah mula menggeletar hebat saat telinganya disapa dengan perkataan yang cukup asing bagi seorang Noah dan seorang Hades.
Cinta.
Noah perlahan-lahan mengalihkan tubuhnya menghadap Sera yang masih tidak menyedarkan diri di dalam lilitan akar itu.
Pandangan diangkat dengan matanya bergetar menahan rasa yang kian mencengkam jiwanya. Dia kemudiannya jatuh ke atas kedua-dua lututnya dan kepalanya tertunduk memandang tanah.
"H-hades?" Mia memanggil Noah namun Noah masih statik, duduk melutut sambil menatap tanah tempat dia berpijak.
Jared pula bergegas mendapatkan Noah lalu kedua-dua bahu Noah dicengkamnya. Walaupun dia masih sedih akan keputusan Sera untuk memilih Noah berbanding dirinya, namun keselamatan Sera lebih penting sekarang.
"Pull yourself together, Hades! Kita perlu selamatkan Medusa!" Ujar Jared bagi memberi semangat kepada Noah yang kelihatan seperti hilang di dalam dunianya sendiri.
Mia yang baru sahaja mengangkat pandangannya untuk melihat Anna yang masih berada di tempat dia berdiri sejak tadi terus sahaja membuntang biji matanya apabila kelihatan Anna sedang berdiri dengan tangannya diangkat ke udara sekali gus mengeluarkan pelbagai jenis akar keluar dari tanah.
"No!"
Mia terus menerpa ke arah Sera lalu dengan pantas, dia menahan serangan akar daripada Anna itu dengan sebuah tembok besar yang mula timbul dari tanah.
"Argh!" Mia menjerit kuat apabila serangan akar daripada Anna itu terlalu kuat sehingga temboknya itu sudah mula retak malah tunggu masa untuk hancur sepenuhnya.
Jared pantas mengalihkan pandangannya dan mula menonton pertarungan antara Mia dan Anna itu dengan mata yang terbuntang.
"Aku berjanji di atas nama Tuhan, sesiapa yang berani mendaratkan jarinya di atas kulit Medusa..."
Noah yang tadinya tertunduk memandang tanah terus sahaja mengangkat wajahnya lalu dia mencerlungkan matanya tajam ke arah Anna yang masih tetap dengan serangannya terhadap Sera yang dihalang oleh Mia itu.
"...akan mati di tangan aku."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro