Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

e n a m b e l a s

The Satan's Promises
Chapter Sixteen - Confessions

_____

Suasana di meja makan malam itu agak tegang. Sera hanya makan seperti biasa namun tidak bagi Jared. Selera sudah hilang sejak pergaduhannya bersama Sera sebentar tadi.

Ppak!

Sudu dihentakkan ke atas meja oleh Jared membuatkan tumpuan Sera juga Noah dialihkan ke arah jejaka itu. Jared merengus perlahan lalu terus sahaja dia bangun dari duduknya dan ingin melangkah meninggalkan meja makan tersebut.

"Kau kenapa? Sengaja nak bagi selera aku hilang?" Soal Noah dingin apabila dia benar-benar tidak suka dengan tindakan mengejut daripaa Jared itu.

Jared memandang Noah dengan pandangan kosong lalu dijelingnya malas sebelum dia terus mengorak langkah meninggalkan Sera dan Noah di meja makan itu.

Noah menghantar susuk tubuh Jared pergi dengan pandangan matanya lalu wajah Sera ditatapnya. Sera hanya diam tidak bersuara apa-apa kerana hatinya panas masih belum reda sejak pergaduhan tadi.

"Kau gaduh dengan dia ke?" Soal Noah kepada Sera.

Sera hanya mengangkat bahunya kerana moodnya sudah hancur tika ini. Suaranya bagaikan terlalu berat untuk dikeluarkan kerana terlalu malas.

Noah mengeluh perlahan lalu sudunya dihentakkan perlahan di atas meja.

"Hilang selera aku dengan korang ni. Tch."

Noah tanpa berlengah terus bangkit dari labuhan punggungnya lalu langkahnya terus sahaja diderapkan meninggalkan Sera di meja makan tersebut.

Sera masih diam dan hanya meneruskan segmen menjamu seleranya tanpa terkesan sedikit pun dengan suasana yang tegang itu.

-

Jared kini sedang berjalan di bahu jalan berdekatan dengan rumah agam milik Noah. Dia tidak betah untuk berada di dalam rumah itu apabila mindanya terus-terusan menayangkan kejadian sebentar tadi.

Keluhan tidak habis terlepas dari dua ulas bibir Jared. Mindanya terlalu berat dengan pelbagai perkara.

Pin.

Bunyi hon kereta yang datang daripada sebelah Jared itu menarik perhatian Jared lalu kereta tersebut dipandang oleh Jared. Langkahnya terhenti betul-betul di sebelah kereta itu malah kereta itu juga berhenti.

Kelihatan Mia yang berada di dalam kereta itu sedang tersenyum nipis ke arahnya.

"Masuklah." Ajak Mia bersama senyuman.

Jared tersenyum nipis lalu dia tanpa berlengah mula membuka pintu di bahagian penumpang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu itu dan memasukkan tubuhnya ke dalam perut kereta.

Kereta Mia mula berjalan mengikut jalan di dalam kawasan perumahan elit tersebut.

Kini, Mia membawa Jared berhenti di sebuah cafe berdekatan lalu dia mengajak lelaki itu duduk di dalam cafe itu.

"Awak okay? Kenapa nampak macam ada masalah?" Soal Mia setelah dia meletakkan air yang dipesan olehnya dan Jared di atas meja.

"Hm. Jadi, kau tahulah yang Medusa sebenarnya suka Hades?" Soal Jared tiba-tiba.

Mia tergamam mendengarkan soalan daripada Jared itu lalu dia tersenyum nipis seraya menganggukkan kepalanya perlahan.

Jared meraup wajahnya kasar usai melihat reaksi yang diberikan oelh Mia itu. Hatinya serabut kerana semuanya bagaikan tidak mengikut perancangannya.

Bagaimana dia ingin memperisterikan Medusa jika Medusa sudah mula berpaling darinya dan mula menaruh harapan terhadap Hades?

"Sei. Tolonglah. Saya tak suka tengok awak begini. Lupakan dia?" Pujuk Mia, masih berharap agar Jared akan cuba melupakan perasaannya terhadap Medusa yang sudah bercambah lama di dalam hati jejaka itu.

Jared menggeleng perlahan lalu matanya dibawa memandang Mia di hadapannya.

"No. Aku yakin, dia takdir aku. Kalau tidak, Zeus tidak akan menentukan dia sebagai bakal isteri aku." Jawab Jared yakin membuatkan Mia mengeluh perlahan.

"Tak semua yang Zeus tentukan adalah betul, Sei. Kau kena terima kalau benar Medusa tidak mampu mencintai kau." Mia berkata.

Jared terus sahaja menundukkan pandangannya apabila dia menemui isi yang disampaikan oleh Mia itu boleh diterima akal.

"Entahlah, Athena. Aku penat fikir perkara ni selama ni. Aku cintakan dia, Athena."

Mia tersenyum pahit mendenfarkan luahan perasaan daripaa Jared itu. Sakit hati? Dia sudah terbiasa.

"Ikut awaklah, Sei. Tapi, kalau awak ada masalah, saya sentiasa ada untuk awak." Balas Mia, menawarkan dirinya sebagai tempat lelaki itu melepaskan segala bebanan yang dipikul oleh lelaki itu walaupun hatinya dilanda rasa sakit.

Itulah Athena. Dia terlalu sayangkan lelaki itu. Jadi, dia merasakan bahawa pengorbanan buat orang yang tersayang adalah penting juga menenangkan hatinya.

-

Tok. Tok. Tok.

Noah mencelikkan mata kirinya lalu dia pandang pintu biliknya yang mula dibuka oleh seseorang itu. Wajah Sera mula muncul di sebalik pintu biliknya.

Noah mengeluh peralahn lalu dia memejamkan matanya semula sambil bersandar pada kepala katilnya, mindanya penat tika ini.

Sera terus sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Noah. Tangan Noah ditariknya membuatkan tubuh lelaki itu duduk tegak di atas katil bersama wajahnya yang terkejut.

Tanpa amaran, tubuh Noah didakap Sera, erat.

"Please. Stay like this for awhile." Bisik Sera perlahan di telinga Noah.

Noah yang tadinya agak terkedu itu mula mengawal riak wajahnya seraya membalas pelukan Sera, erat. Tiba-tiba sahaja, Noah mula merasakan bahawa bahunya mula terasa hangat.

"Yah. Kau-"

Noah baru sahaja ingin meleraikan pelukan bagi melihat adakah benar gadis itu menangis namun pelukan tersebut terus sahaja diperketatkan oleh Sera, tidak membenarkan Noah melepaskan tubuhnya.

Noah mula buntu namun dia biarkan sahaja gadis itu menangis di atas bahunya. Hatinya yang terasa agak bercelaru kerana dihujani pelbagai tanda tanya itu cuba diabaikan.

Tak lama kemudian, tangisan Sera mula mereda lalu tubuh Noah mula ditolak perlahan bagi membina ruang di antara mereka.

Sera tersenyum pahit lalu pandangannya dilekatkan di atas permukaan katil, langsung tidak memandang wajah Noah.

Noah perlahan-lahan meliarkan sentuhan tangannya pada wajah Sera lalu dagu Sera ditarik ke atas sehingga wajah Sera terdongak menghadapnya.

"Look at me, boo." Noah berkata dengan nada yang lembut.

Sera dengan matanya yang masih berkaca itu mula mengangkat pandangan matanya menatap wajah Noah di hadapannya itu.

"Tell me, boo. What happened?" Soal Noah kepada gadis itu namun Sera terdiam tidak menjawab.

Dia mahu memberitahu segalanya. Cuma, dia tidak tahu bagaimana dia ingin memulakan bicaranya dalam memberitahu Noah tentang perkara yang menghantui jiwanya tika itu.

"Why? You can't tell me, hm?" Soal Noah lagi dan pada ketika itulah, Sera mula mengungkapkan ayat yang sudah lama bertapa di dalam hatinya.

"Saya...cintakan awak. Saya cintakan awak, Hades."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro