e n a m
The Satan's Promises
Chapter Six - Drastic Changes
_____
Sera menuruni anak tangga dari biliknya untuk ke dapur bersama Noah di sebelahnya. Noah hanya berjalan dengan lagak biasa bersama kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya.
Apa dia ingat dia hot buat macam tu?
"Erm, awak." Sera tiba-tiba memanggil Noah yang berada di sebelahnya lalu lelaki itu hanya berdehem kecil lalu emmberhentikan langkahnya di tengah-tengah tangga.
Okay, nak tanya ke tak?
"Erm. Nak tanya. Awak...ada mana semalam?" Soal Sera teragaka-gak lalu Noah terus mengalihkan pandangannya ke arah Sera dengan kening kiri yang terangkat.
"Kenapa tanya? Aku ada je dekat rumah."
Tapi, bekas parut di leher dan pinggang aku? Macam mana boleh ada?
"Ouh, ye ke. Saja tanya. Tapikan, macam mana awak tahu saya akan balik sini?" Soal Sera lagi sambil memandang tepat pada mata milik lelaki itu. Noah terus memusingkan tubuhnya lalu dia meneruskan langkahnya menuruni anak tangga tersebut.
"Entah. Aku tebak je yang kau akan balik. Tengok-tengok kau betul-betul balik. Jodoh mungkin?"
Jodoh kepala bapak dia?
"Sudah-sudahlah tu interview aku. Aku dah lapar ni." Dia berkata saat kaki mereka berjaya mencecah lantai di tingkat bawah membuatkan Sera mencebik kecil.
"Yelah, yelah."
-
"Eh? Kenapa tak turunkan saya?" Sera memandang ke arah deretan kedai yang tempoh hari, pernah lelaki itu turunkannya.
"Mulai harini, kau turun dengan aku depan bangunan syarikat aku."
Tiba-tiba je ni? Nanti apa orang lain fikir pasal hubungan aku dengan Noah?
"Ish, tak naklah." Jawab Sera terus membuatkan gelakan sinis yang perlahan terkeluar dari belajan bibir milik Noah.
"Kenapa? Kau tak nak kena chop sebagai perempuan sundal presiden Kim?"
Gulp.
Sera menelan liurnya payah apabila tekaan si presiden betul-betul tepat. Sudahlah Hana dah mencurigainya, inikan pula apabila Hana lihat mereka datang ke kerja dan pulang dari kerja bersama?
"Err."
"Tak payah risau. Biar je dekat diorang tu. Kau ada aku."
Ada kaulah lagi buat aku rasa macam nak mati.
Tiba sahaja di hadapan bangunan syarikat di mana jereta Noah betul-betul berhenti di hadapan pintu utama bangunan syarikat fesyen itu, dua orang staf mula membuka pintu buat Sera dan Noah.
Dengan teragak-agak, Sera berjalan di belakang Noah namun Noah sempat menarik lengan gadis itu untuk berjalan di sebelahnya, memasuki bangunan syarikat fesyen tersebut.
Sera perasan bahawa banyak pasang mata sudah mula memandang ke arab mereka berdua dan itu cukup membuatkan Sera terasa gugup.
"Ha, Sera. Datang pun kau. Dah sihat ke?" Tegur Hana sebaik sahaja melihat Sera baru sahaja masuk ke dalam bilik peragaan produk.
"Hehe. Dah." Balas Sera bersama sengihan di bibir sambil berjalan masuk ke dalam bilik persalinan.
Sera mula meletakkan beg tangannya di hadapan cermin solek di dalam bilik persalinan sebelum bertanya kepada staf yang terlibat untuk memberikannya pakaian yang hendak diperagakan pada hari ini.
"Ouh. Ni, ada nak bagitau sesuatu ni." Hana memulakan bicara saat Sera baru menyambut sepasang dress yang labuh atas buku lali berwarna ungu gelap yang merupakan produk terbaru musim bunga syarikat HK Fashion Co. daripada staf tersebut.
"Ouh apa dia?" Sera meletakkan dress tersebut di atas kerusi meja solek lalu wajah Hana dipandangan dari pantulan cermin solek tersebut.
"Kau keluar kejap lagi, kau tahulah." Jawab Hana membuatkan Sera mwngangguk faham.
"Ha, okay. Kejap aku tukar baju dulu." Hana mengangguk dan terus menghilangkan diri dari bilik persalinan itu, memberi ruang untuk Sera menukar pakaiannya.
Sera mula melangkah keluar daripada bilik persalinan usai menukar pakaiannya serta mendapaykan sedikit solekan daripada juru solek yang bertugas.
"Apa dia kau nak bagitau tu? Ni siapa pula?" Soal Sera sebaik sahaja dia mwndapat Hana yang sedang berdiri di hadapan seorang perempuan yang kelihatan agak elegen dan cantik.
"Inilah pengurus baru kita, Miss Mia Kate Lee. Minji dah kena pecat." Jawab Hana sambil memperkenalkan perempuan yang berada di hadapan mereka itu.
"Ouh, hi, erm..." Sera mula teragak-agak apakah yang ingin dipanggil kepada pengurus itu.
"Panggil je Miss Mia. It's already enough." Sera mengangguk mendengarkan balasan daripada pengurus tersebut.
"Okay, Miss Mia."
"Baiklah. Lagi sepuluh minit, kita akan mulakan kerja kita. Settings biar siap dan jangan ada cacat cela sedikit pun. Okay? I'm really looking forward to work with you guys."
Mia mula menyuarakan kepada semua staf yang berada di dalam hilik tersebut dan mereka semua tersenyum sebelum membalas.
"Okay, Miss Mia!"
"Weyh, Hana. Nak tanya. Kenapa pula si Minji tu kena pecat?" Sera menarik Hana menjauhi Mia bagi bertanyakan soalan berkaitan dengan Minji yang merupakan pengurus lama mereka.
"Entahlah, weyh. Tapi yang aku tahu, pihak atasan terus keluarkan notis 24 jam untuk dia bagi surat perletakan jawatan semalam." Balas Hana menyebabkan dahi Sera mula berkerut, pelik.
Bukan ke Minji dengan Noah ada hubungan istimewa? Kenapa pula kena pecat?
"Ouh. Ye eh? Okaylah kalau macam tu. Tak bernanah lah telinga kita dengar dia mengamuk setiap hari lagi." Sera berkata membuatkan Hana tergelak kecil sebeljm ditampar perlahan lengan milik Sera itu.
"Memandai je kau. Dahlah. Baik kau pergi tengok settings photoshoot tu. Dah nak mula dah ni." Arah Hana lalu disambut dengan anggukan daripada Sera.
"Ouh, hehe. Okay. Kejap lagi, lunch sekali tau!" Sera yanv sedang berjalan ke arah ruangan penggambaran memberitahu Hana dan Hana terus membalas.
"Ye, Sera sayang. Aku takkan lupakan kaulah."
"Hehe. Manalah tahu!"
-
"Mak aih. Kau biar betul?" Soal Sera, masih dengan sisa ketawanya ketika mendengarkan cerita daripada Hana itu.
"Yelah. Kau tahu tak mimpi kena kejar hantu tu sampai jatuh katil aku dibuatnya? Retak tulang belakang aku beb." Jawab Hana lalu mereka berdua kembali tergelak besar di lobi syarikat tersebut.
"Over je kau ni, Hana." Balas Sera lalu ditampar bahu Hana, bergurau.
Langkah mereka tiba-tiba terhenti di tengah-tengah lobi itu apabila satu susuk tubuh berdiri betul-betul di hadapan mereka, menghalang mereka daripada meneruskan niat untuk berjalan ke kafeteria.
"P-presiden Kim." Tegur Hana teragak-agak. Sera hanya mampu menelan liurnya payah, berharap agar lelaki itu tidak melakukan perkara tidak dijangka sekali lagi.
"Kau." Jari teljnjjk lelaki itu dihalakan ke arah Sera. Sera sudah mula memejamkan matanya bersama ketapan bibir.
"Makan lunch dengan aku."
Ko tengoklah dia ni nyah! Boleh mental aku macam ni kalau dia layan aku macam bini- No, no. Macam kuli batak dia.
"Tapi, saya nak makan dengan kawan saya. Tak nampak ke?"
Hana terkejut mendengarkan balasan daripada aku itu lalu dicuit lembut lengan aku namun aku hanya abaikannya.
"Kau ikut jelah, Sera. Aku okay je. Aku boleh join staf lain makan." Ujar Hana, berbisik namun seorang wanita bernama Sera Logan Han jarang sekali mendengar nasihat orang lain.
"Kau jangan buat aku mengamuk, Miss Sera Logan Han. Aku lapar ni." Jawab Noah bersama suara yang masih lagi terkawal.
"Ish. Yelah, yelah." Sera mendengus geram lalu dia memandang Hana di sebelah.
"Sorry tau, Hana. Next time, kita makan lain ye? Nak pi teman baby besar makan kejap." Diperlahankan suaranya sambil didekatkan mulutnya dengan wajah Hana pada ayat terakhirnya membuatkan Hana tergelak kecil.
"Apa kau cakap?" Soal Noah yanga sepertinya dapat mendengari kata-kata Sera kepada Hana itu.
"Okay, bye, Hana! Jumpa nanti! Muah!" Sera terus menarik lengan Noah berlalu pergi meninggalkan Hana.
"Ish, cepatlah jalan. Tadi nak makan sangat? Kebulur dah kan?" Sera betkata kepada Noah namun Noah kelihatan seperti merajuk dan dia hanya mengeraskan tubuhnya.
Penat juga Sera ingin menarik tubuh tegap lelaki itu. Entah kenapa lelaki itu makin hari makin manja dengannya. Rasa nak lempang pun ada.
Jared di belakang mereka pula hanya melihat gelagat mereka berdua itu bersama senyuman nipis.
"Ish, lepaslah. I'm your master, Sera. Put this in your mind." Noah merentap perlahan tangannya keluar dari genggaman Sera.
"I'm your master." Sera mengajuk Noah lalu dia menggapai semula lengan Noah.
"Sudahlah bebel tu. Jomlah makan. Lapar ni."
Hana hanya memandang Sera yang terpisat-pisat menarik tubuh Noah pergi dari situ. Wajahnya sungguh memaparkan riak wajah yang sukar untuk ditafsir.
Saat susuk tubuh Sera bersama Noah sudah hilang, Hana terus berjalan kembali untuk ke kafeteria seperti niat awalnya turun ke bawah.
•••
Mak aih. Seorang demi seorang ni datang😆
Ha, kenapa pula Queen Shuhua kita ni turun pula? Dapat kerja dengan Sera pula tu? Hm. Any idea?😜
Takpa, kita tunggu je next chapter nak bawa siapa pula turun. Mana tahu Jungkook pula ke turun? Ceh tibeh😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro