e m p a t b e l a s
The Satan's Promises
Chapter Fourteen - Sudden Attack
_____
"Selamat datang, Presiden Kim." Tegur staf yang ditugaskan untuk menjemput Noah bersama Sera keluar dari kereta di hadapan bangunan syarikat.
Kunci kereta selamat bertukar tangan dengan Jared untuk lelaki itu membawa kereta itu pulang ke rumah dan datang kembali 30 minit awal sebelum Taehyung dan Sera ingin keluar dari pejabat.
Noah kemudiannya berjalan dahulu sebelum diekori oleh Sera di belakangnya memasuki bangunan gah milik lelaki itu.
"Lunch kejap lagi dengan aku." Noah berkata saat pintu lif mula terbuka ke aras di mana Sera akan melangkah keluar ke studio.
Sera memandang Noah lalu dia tersenyum dan mengangguk faham. Terus sahaja dia melangkah keluar dari lif tersebut dan melihat kelibat Noah mula hilang di sebalik pintu lif.
"Sera!" Jeritan seseorang membuatkan Sera berpaling lalu senyuman mula terlukis di bibirnya saat iris matanya menangkap sueuk tubuh Hana yang sedang berjalan dari pintu studio.
"Hana! Kenapa keluar? Miss Mia tak datang lagi ke?" Soal Sera lalu Hana menggeleng perlahan.
"Haah, dia tak datang lagi. Entah kemana. Selalu, mana pernah dia lambat." Jawab Hana dan Sera hanya terangguk-angguk faham. Mereka mula berjalan perlahan menuju ke studio.
"Entah-entah kan, dia pun dah jadi next target Presiden Kim tah?" Tebak Hana tiba-tiba membuatkan Sera terkedu. Dia memandang Hana di sebelahnya yang baru sahaja menolak pintu studio tersebut.
Pintu itu kembali tertutup namun Sera masih lagi berdiri di hadapan pintu studio itu dengan mindanya yang cuba mencerna ayat daripada Hana itu.
"Takkan kut. Miss Mia tu nampak baik and, tadi Noah ada dengan aku." Bisik Sera perlahan kepada dirinya lalu dia hanya menggelengkan kepalanya perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam studio bersama senyuman.
-
Sera duduk menunggu Noah di lobi bangunan syarikat HK Fashion Co. itu. Tiba-tiba, matanya menangkap kelibat Jared dari jauh.
"Mana Noah?" Soal Jared sebaik sahaja langkahnya terhentidi hadapan Sera dan Sera terus sahaja menjawab.
"Entah dia. Tadi dia mesej suruh turun dulu, tunggu dekat bawah."
"Ouh. Okay." Jared hanya mengangguk faham lalu dia mula berdiri di sebelah Sera sambil melihat sekeliling, menanti kehadiran Noah di sebalik orang ramai itu.
Matanya agak terbuntang apabila satu kelibat mula kelihatan di sebalik pekerja-pekerja yang berada di lobi pada ketika itu untuk pergi makan tengah hari.
Sera terus sahaja berdiri membuatkan Jared mula memandangnya pelik. Sera kemudiannya menegur seseorang.
"Hai, Miss Mia." Tegur Sera membuatkan Jared terkedu.
Ouh. Hampir sahaja Jared terlupa tentang Sera yang tidak sama seperti dewa-dewi yang lain. Memang patut pun Sera tidak mengecam Mia sebagai Athena yang hanya menyamar sebagai manusia itu.
"Ouh, Sera. Tunggu sesiapa ke dekat sini? Dengan..." Mia memandang Jared atas bawah lalu keningnya diangkat memandang Jared. Jared hanya diam lalu pandangan dialihkan ke tempat lain.
"Ouh. Haah, tunggu seseorang. Ni. Yang ni pula, pengawal peribadi orang yang saya tengah tunggu tu. Hehe." Sera menjawab mesra lalu Mia hanya mengangguk faham.
"Ouh. Yeke? Ha, okaylah. Saya minta diri dulu. Selamat makan. Jumpa petang kejap lagi." Mia mula beredar sebaik sahaja Sera mengangguk laju dan menjawab ringkas.
"Eh, Tuan Noah dah sampai. Jomlah gerak." Jared terus sahaja berkata apabila matanya menangkap susuk tubuh Noah dari jauh.
Sera terus mengalihkan pandangannya daripada terus melihat kelibat Mia menghilang ke arah seseorang yang kini berjalan mendekatinya dan Jared di lobi itu.
"Kenapa lambat sangat?" Soal Sera kepada Noah.
"Ada hal." Noah menjawab ringkas lalu pantas sahaja dia berjalan melepasi Sera, meninggalkan wanita itu bersama Jared.
Sera hanya mengecilkan matanya memandang belakang susuk tubuh Noah itu lalu dia merengus perlahan seraya mula menderapkan langkahnya mengekori Noah.
-
Suasana hening di antara Noah dan Sera kini kian terasa. Jared juga diajak makan bersama dengan mereka. Sesekali, Sera mengangkat pandangannya memandang Noah yang berada di hadapannya itu.
Wajah Noah sungguh menunjukkan bahawa moodnya tidak berapa baik tika itu. Hal itu membuatkan Sera menelan liurnya payah.
Baru sahaja Sera ingin bersuara bagi bertanyakan tentang keadaan Noah, Noah terlebih dahulu bersuara.
"Aku okay. Kejap lagi, dah masuk kerja, datang pejabat aku."
Sera terkebil-kebil memandang Noah di hadapannya itu lalu mengangguk janggal. Jared pula hanya diam tidak berkutik.
Baru dia teringat yang Noah itu boleh membaca mindanya. Keluhan terlepas perlahan dari bibirnya lalu makanan disuap kembali ke dalam mulutnya.
Tak lama kemudian, mereka bertiga sudah selesai menjamu selera lalu kini, mereka mula melangkah keluar dari restoran mewah itu.
Langkah Sera tiba-tiba sahaja terhenti membuatkan langkah Noah dan Jared juga terhenti. Mereka berdua memandang Sera pelik.
"Kau kenapa?" Soal Noah pelik dengan gerak-geri Sera yang bagaikan digam tapak kakinya pada muka bumi itu.
"S-saya tak boleh gerakkan kaki saya." Jawab Sera tersekat-sekat apabila dia memang terasa seperti kakinya melekat pada tanah.
Beberapa saat kemudian, Sera mula terasa seperti ada benda yang melingkari kakinya membuatkan pandangannya terus sahaja jatuh ke kakinya.
"N-noah!" Sera mula diterpa rasa panik.
Noah dan Jared terus membuntang biji mata mereka saat melihat kaki Sera mula dilingkari oleh akar pokok yang bagaikan hidup itu.
"Weyh. Kenapa ni?" Soal Jared, mula cemas dengan keadaan tersebut dan bergegas ke arah Sera. Noah mula mengepalkan penumbuknya apabila mindanya mula diterpa oleh satu nama.
"Shit. Dia buat hal lagi."
Noah mula menghalakan tangannya ke hadapan lalu dia merantaukan tangannya ke segenap ruangan membentuk bulatan di mana dia, Sera dan Jared berada. Tindakannya itu akan membuatkan pandangan manusia biasa tidak dapat mengesan keberadaan mereka di situ.
"Kau keluar sekarang!" Noah menjerit kuat dengan wajahnya yang mula memerah itu, menahan amarah yang mula dikandung jiwanya.
Jared pula masih sedaya upaya membantu Sera untuk memotong akar tersebut menggunakan kuasa yang dimilikinya namun akar itu bagaikan terlalu kuat, mencengkam penuh dendam terhadap Sera.
"Argh! Sakit!" Tubuh Sera mula jatuh tersungkur ke tanah manakala akar tersebut muka meneroka naik hingga ke paras pahanya.
"Aku kata keluar sekarang, Persephone!" Suara Noah naik seoktaf dengan lebih kuat. Satu kelibat mula perlahan-lahan muncul di antara kedudukan Noah dan kedudukan Sera serta Jared.
"Kau tarik balik sumpahan kau terhadap akar tu sekarang, Persephone." Arah Noah, masih cuba mengawal suaranya yang dipenuhi dengan rasa marah serta geram itu.
"Apa yang membuatkan saya patut mengikut arahan awak?" Jawab Persephone penuh sinis, masih berdegil.
"Aku kata tarik balik!" Api mula keluar dari tangan Noah lalu Noah menghalakan tangannya ke arah Persephone membuatkan api tersebut terus memanjang keluar dari tangan Noah dan mencengkam tubuh Persephone.
Tubuh Persephone terud terangkat ke udara manakala Noah semakin lama semakin dilanda rasa marah. Jeritan kuat daripada Persephone langsung tidak menjadi penghalang buat Noah daripada terus mencengkam tubuh Persephone yang tidak mampu melawannya memandangkan kuasa Noah itu adalah antara kuasa yang paling terkuat.
"Argh! H-hades!"
"Tarik. Balik. Sumpahan. Tu. Persephone." Satu per satu dengan jelas keluar dari mulut Noah penuh amarah.
"Sera!" Jeritan Jared mula kedengaran apabila tubuh Sera yang kini layu itu mula tidak menyedarkan diri dan akar yang melingkari tubuh wanita itu mula diserap masuk kembali ke dalam ceruk bumi.
Noah terus sahaja melemparkan Persephone jatuh ke tanah dengan impak yang kuat yang mampu menggegarkan tanah itu membuatkan Persephone terkulai lemah di atas muka bumi.
Api yang terhasil perlahan-lahan terpadam lalu Noah terus sahaja mendapatkan Sera yang berada di dalam pangkuan Jared.
"Hey, Sera. Bangun." Wajah Sera ditampar lembut namun wanita itu masih tidak menyedarkan diri. Pandangan mata Noah kembali menajam ke arah Persephone.
"Kau terlepas harini, Persephone. Lepas ni, aku takkan biarkan kau kacau Medusa lagi." Ujar Noah beransur ugutan.
Persephone hanya mampu memandang lemah ke arah Noah yang kini sedang mencempung tubuh Sera dan dibawa pergi dari situ.
"Pandangan mata awak, Hades. Ianya lain berbanding selalu..."
•••
Imaginasi aku terlalu meliar waktu tulis chapter ni semalam. Lol😂
Btw, thanks korang yang sudi memberi semangat untuk Idae terus konsisten dalam menghapdet cerira ni. Sayang korang ketat-ketat. Muah💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro