d u a p u l u h t u j u h
The Satan's Promises
Chapter Twenty Seven - Times
_____
Sera baru sahaja melangkah keluar dari bilik tidurnya dengan keadaan yang masih mamai. Matanya ditenyeh perlahan sebelum pergerakannya terhenti apabila dia melihat kelibat Eric yang baru sahaja ingin keluar dari rumah.
"Eric? Nak pergi mana awal pagi ni?"
"Ouh, Sera. Ada hal kejap. Maaf, aku dah kena gerak. Jumpa nanti." Eric terus sahaja bergegas melangkah keluar dari rumah Yeri itu meninggalkan Sera yang hanya berdiri statik di tempatnya dengan wajah kosong.
Bahunya diangkat lalu langkahnya disambung semula untuk ke kamar mandi bagi membilas wajahnya sebelum dia mula memasak sarapan buat Yeri dan rakan kepada Yeri dan Eric iaitu Darren.
Tak lama kemudian, Sera baru sahaja selesai memasak an kini dia sedang menghidang sarapan pagi yang disediakan olehnya itu di atas meja.
Bunyi pintu dibuka terus menarik perhatian Sera lalu kelihatan Yeri baru sahaja keluar dari biliknya dengan wajah mamai.
Sera tersenyum melihat Yeri dan baru sahaja dia ingin menegur, senyumannya lentur serta merta melihat satu susuk tubuh jejaka juga melangkah keluar dari bilik yang sama.
Langkah Yeri terhenti tepat di hadapan meja makan lalu dia memandang Sera dan memandang ke arah belakangnya apabila emlihat pandangan Sera bukanlah tertacap pada dirinya.
"What the- Yah!" Yeri terus membuntangkan matanya lalu dia menerpa ke arah jejaka itu dan ditampar lengan lelaki itu dengan geram.
"Kau apahal keluar dengan aku?"
Terkebil-kebil wajah lelaki itu memandang Yeri dengan wajah yang serabut kerana baru sahaja bangkit dari tidur.
"Kenapa pula? Salah ke?" Soal lelaki itu kepada Yeri membuatkan Yeri menjegilkan matanya ke arah lelaki itu.
Lelaki itu terus sahaja mengalihkan pandangannya ke arah Sera lalu kening kirinya terangkat sebelum tangan kanannya diangkat ke udara.
"Hai, Med- Emph!" Mulut lelaki itu ters ditekup oleh Yeri sebelum tubuh lelaki itu diheret masuk secara paksa ke dalam bilik yang mereka keluar bersama tadi.
Sera sudah mengerutkan dahinya namun tak lama apabila tawa kecil mual terlepas dari bibirnya bersama gelengan kepala.
Yeri keluar semula dari biliknya lalu dia berjalan ke arah meja makan. Sempat liurnya ditelan kesat lalu wajah Sera yang sedang fokus menghidangkan makanan itu dipandangnya.
"Erm, S-sera. Fasal t-tadi..."
"Why? Kau malu?" Soal Sera membuatkan lidah Yeri seakan-akan kelu.
"Malu?"
Sera tergelak melihatkan reaksi daripada Yeri itu. Dia menampar lengan Yeri perlahan lalu berkata.
"Tak perlu nak malulah. Kau tu dah tua. Memang patut ada peneman hidup. Pandai eh berahsia sekarang?" Kata Sera mwmbuatkan Yeri terdiam seribu bahasa.
Peneman hidup? Jangan kata...
Yeri hanya mengeluarkan tawa kekok bagi memberi reaksi kepada kata-kata Sera itu apabila dia mula faham isi daripaa ujaran Sera itu.
"A-aku mandi dululah eh?" Yeri tanpa menunggu jawapan daripada Sera terus bergegas ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Usai menutup pintu bilik air, terus disandarkan tubuhnya pada pintu sambil dadanya diurut perlahan.
"Pergh. Nasib baik." Yeri berkata perlahan dengan matanya dipejamkan. Namun, dia terus sahaja membuka matanya dengan luas sebelum wajah tidak puas hati ditayangkan.
"Dasar Darren. Minta kena lempang je dia tu. Jaga dia."
-
Ryan kini berada di hadapan rumah Hana. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi kereta mewah milik Noah itu dengan matanya yang dipejam rapat, terlelap.
"Kau tak layak memegang takhta tu!"
"Huh!" Ryan terus mencelikkan matanya lalu dia mengerdipkan matanya beberapa kali dengan dadanya yang berombak.
"Ryan? Kenapa ni?" Ryan terus sahaja mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut lalu dapat dia lihat kelohat Hana sedang ememandang ke arahnya dengan wajah yang penuh kerisauan.
"No. Huh, nothing." Nafas yang masih tidak teratur itu agak emnyukarkan dirinya untuk berkata namun dia gagahkan juga.
Hana hanya terdiam lalu dia menggenggam tangan Ryan erat. Ryan memandang Hana lalu senyuman nipis terukir sebelum dia membalas genggaman pada tangan Hana.
Ryan terus sahaja membetulkan kedudukannya sebelum break tangan ditolak ke bawah lalu kereta mula dipandu olehnya keluar dari kawasan perumahan yang dihuni oleh Hana itu.
Mereka akhirnya tiba di destinasi iaitu di taman tema. Ya, mereka bercadang ingin menghabiskan hujung minggu mereka dengan keluar bersama, dating.
"Jom naik tu, Ryan?" Hana menghalakan jari telunjuknya ke arah satu permainan yang dipanggil Viking Ship.
"All for you, babe." Ryan berkata membuatkan Hana tersengih suka lalu mereka pun berjalan ke arah Viking Ship itu untuk beratur mengikut giliran.
Tak lama kemudian, mereka pun baru selesai menaiki permainan tersebut. Baru sahaja mereka keluar dari pagar yang mengeliling permainan tersebut, terus langkah mereka terhenti apabila ada seseorang menghalang jalan mereka.
Ryan yang sedang melingkarkan tangannya pada pinggang Hana itu agak terpana melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapannya juga Hana itu. Dia bagaikan tidak mampu mengalihkan pandangannya malah menyambung langkahnya juga dia tidak mampu.
"Ryan? Awak kenal dia ke?" Soal Hana teragak-agak namun Ryan hanya diam, menatap wajah gerangan yang berdiri di hadapannya itu.
"Long time no see, Zeus." Ujar wanita itu bersaam senyuman penuh makna membuatkan tangan Ryan yang melingkari pinggang Hana terjatuh.
Hana agak terpempan mendengarkan gelaran yang dipanggil oleh wanita itu kepada Ryan.
Siapa yang tidak kenal? Dewa langit yang paling berkuasa dan mempunyai lagendanya tersendiri itu, Zeus. Satu nama yang apabila manusia biasa mendengarnya pun sudah memberikan tanggapan bahawa dewa ini sangat menakutkan dan membuatkan bulu roma mereka menegak.
"R-ryan..." Hana baru sahaja ingin bersuara namun wanita di hadapan mereka itu lebih pantas memetik jarinya pada tangan kanannya membuatkan tubuh Hana terus jatuh terjelopak ke atas tanah, pengsan.
"So, macam mana hidup dekat sini, Zeus? Seronok berfoya-foya dengan perempuan lain belakang isteri awak hm?"
-
"Jadi, berapa lama lagi masa yang tinggal?" Noah melontarkan peesoalan yang sudah lama berlegar di minda kepada rakannya yang duduk di hadapannya itu.
"Kau masih ada masa. Lebih kurang setengah tahun?" Jawan rakannya itu.
Noah meraup wajahnya kasar mendengarkan jawapan daripada lelaki di hadapannya itu.
"Aku buntu, Than. Aku takut aku tak sempat." Luah Noah dengan hati yang tidak senang.
"Kau akan sempat, Hades. Aku percaya kau akan sempat lakukan semuanya. Habiskan masa yang berbaki ni dengan dia. Jangan bazirkan walau sekejap pun."
"Aku cuba, Than." Noah menongkat kepalanya sambil melemparkan pandangannya ke luar cafe tersebut.
"Ha lupa nak tanya. Kau macam mana dekat rumah mak kau tu? Bapak kau takda terlepas cakap kan? Dia tu bukan boleh percaya." Soal Noah dengan wajahnya yang dibetulkan menghadap Than dengan tangan yang masih menongkat dagunya.
"Entah dia. Aku keluar awal tadi. Diorang dua tu tidur lagi. Medusa je yang dah bangun tadi. Biasalah, diorang dua tu mana suka cerah-cerah macam ni."
Ting!
Satu mesej terus masuk ke dalam telefon pintar milik lelaki bergelar Than itu buatnya. Terus terbuntang mata Than melihat mesej yang diterimanya itu.
"Apahal?" Soal Noah lalu Than terus menayangkan mesej yang diterimanya itu kepada Noah.
"Anak syaitan punya, Erebus. Kau tunggu aku panggang bapak kau tu malam ni."
•••
Tertanya-tanya siapa watak yang sedang memunculkan diri? Kita nantikan di episod seterusnya. Tibeh😂
Baiklah. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dekat semua readers kesayangan saya. Muahh💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro