Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a p u l u h t i g a

The Satan's Promises
Chapter Twenty Three - Trust

_____

"Noah. Saya nak tanya something boleh?" Soal Sera yang berada di sebelah Noah itu.

"Just ask me anything, boo. I will answer it just for you." Balas Noah masih dengan aura romantisnya.

"Erm. Saya betul-betul nak tahu. Sejak bila awak mula suka saya?"

Noah yang sedang berjalan di sebelah Sera itu terhenti langkahnya. Tubuhnya dipusingkan menghadap Sera di sebelahnya lalu bahu Sera digenggam keduanya bagi membuatkan tubuh wanita itu juga berdiri menghadapnya.

"Sejak bila aku suka kau itu tidak akan memberi kesan pada hubungan kita. What's important right now is I'm totally falling for you, boo."

Sera tersenyum lebar mendengarkan kata-kata yang baginya sangat menenangkan daripada Noah itu. Dia mengangguk perlahan lalu Noah membalas senyuman manisnya dan mereka sambung berjalan menerusi pinggir pantai dengan air laut yang kerap memukul kaki mereka.

And, I really wish that you would stay by my side forever. Even after we die.

I will, boo. Yes, I will never stop loving you and will always stay by your side even after we die. I promise you in the name of God.

-

Sera memejamkan matanya sekejap saat jurumekapnya sibuk mempersiapkan dirinya untuk iklan produk terbaru. Katanya, sudah ada model lelaki baharu.

Fuh. Lega hati Sera kerana tidak perlu lagi dia menahan jantungnya yang berdegup kencang setiap kali berada dengan Noah ketika di set penggambaran.

"Miss Sera. Makeup dah siap. Miss Sera boleh siap-siap untuk mulakan penggambaran kejap lagi."

"Ouh, baiklah. Terima kasih."

Usai jurumekap itu melangkah keluar dari bilik persalinan itu, Sera terus menatap wajahnya di pantulan cermin besar berhadapan dengannya. Senyuman pantas sahaja terukir di bibirnya, lebar.

Rambutnya diperbetulkan sekali lagi sebelum dia bangkit dari duduknya untuk keluar ke set penggambaran di luar.

Namun, langkahnya terus sahaja terhenti apabila wajah seseotang yang amag biasa dolihat itu menyapa pandangan matanya.

A-apa dia buat dekat sini?

"Ha, Sera! Datang sini." Panggil Mia lalu Sera menelan liurnya perit sebelum berjalan mendekati Mia yang berada bersaam seorang lelaki itu.

"Ni, model lelaki kita yang baru. Kenalkan, Ryan Kyle Jeon."

Ryan Kyle Jeon.

Ya, dia lah lelaki yang berada di sebelah Mia dan kini berada di hadapannya. Sera terkebil-kebil memandang Ryan dengan hatinya yang mula terasa tidak sedap.

"Nampaknya kita bertemu lagi, Miss Sera Logan Han." Ujar Ryan lalu senyuman sinis pantas terbit di bibirnya.

Sera terus sahaja mengalihkan pandangannya daripada terus tenggelam di dalam pandangan mata helang milik Ryan itu.

"Erm. Baiklah. Ryan boleh salin pakaian dekat bilik tu. Akan ada staf yang menguruskan kamu nanti." Beritahu Mia kepada Ryan, cuba memotong perbualan kekok itu.

Ryan tidak membalas namun hanya menggangguk. Matanya tidak lepas memandang Sera dengan senyuman yang begitu sukar untuk Sera tafsir maksud tersiratnya itu.

Saat tubuh Ryan hilang di sebalik pintu bilik persalinan lelaki itu, Sera hampir sahaja tersungkur akibat terlalu terkejut namun Mia dengan pantas menggapai tubuh Sera.

"Yah. Awak okay tak ni?" Soal Mia risau.

"Hm. S-saya okay. M-maaf." Sera menjawab lalu terus membetulkan tubuhnya dan terus berjalan mendapatkan salah sebuah kerusi usai mengambil fail yang menerangkan tentang konsep iklan yang bakal dirakamkan sebentar lagi oleh Sera dan Ryan.

-

Kini, mereka semua sudah habis untuk penggambaran pada hari ini. Sera sudah lama keluar dari studio usai menukar kembali pakaiannya.

Ryan pula masih berada di dalam bilik persalinan lelaki, langsung tidak menyalin pakaiannya itu. Dia duduk di sofa yang tersedia di bilik persalinan yang besar itu.

Kemudiannya, dia merehatkan kepapanya pada kepala sofa itu sehingga kepalanya terdongak menghadap siling bersama matanya yang terpejam rapat.

"Awak boleh balik. Biar saya yang uruskan Sir Ryan." Kedengaran suara seseorang menyapa pendengaran Ryan namun Ryan masih tidak berganjak.

Tok. Tok. Tok.

Tiga kali ketukan kedengaran pula dan Ryan hanya memusingkan sedikit kepalanya ke arah pintu bilik persalinan yang kini sudah terbuka itu. Kelibat seorang wanita muncul di sebalik pintu itu.

Kepala Ryan terus diangkat lalu matanya yang kuyu dibuka memandang ke arah wanita yang sedang menutup pintu bilik tersebut.

Langkah diderapkan mendekati Ryan lalu dia berhenti di hadapan Ryan yang sedang duduk di atas sofa itu. Tangan dihulurkan ke arah Ryan membuatkan Ryan mengangkat kening kanannya memandang tangan wanita itu lalu wajah wanita itu pula menjadi tatapannya.

"I'm Jang Hana. Nice to know you, Sir Ryan Kyle Jeon."

-

Noah kini sedang memandu keretanya menuju ke rumahnya. Sera yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

Sekali sekala, Noah mengerling ke arah Sera yang hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta itu.

Dia tahu apa yang mengganggu fikiran wanita itu sehingga dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Tiba sahaja di rumah, Sera terus sahaja keluar dari perut kereta dan pantas melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

Noah menolak pipi kanannya dengan lidah dari dalam mulut lalu dia juga turut keluar dari perut kereta.

"Sera. Yah, kau kenapa?" Kedengaran suara Jared menyapa telinga Noah membuatkan Noah dengan pantas mengorak langkah naik ke tingkat atas.

Jared sedang mengetuk pintu bilik Sera dan Noah terus sahaja memperlahankan derapan kakinya. Jared yang baru perasan akan kehadiran Noah itu terus berhenti mengetuk pintu bilik wanita itu.

"Kau buat apa dekat dia?"

"Tepi. Biar aku urus dia." Noah menjawab lalu dia ingin memulas tombol pintu bilik Sera namun pantas ditahan oeh Jared.

"Aku tanya tu ja-" Kata-kata Jared ini terus dipintas oleh Noah dengan dingin dan keras.

"Aku kata tepi, Sei. Jangan bagi aku marah."

Jared mengetap bibirnya geram masih tiada tanda-tanda ingin melepaskan tangan Noah namun dengan pantas, tangannya terus ditarik dari menggenggam tangan Noah itu apabila terasa kulitnya bagaikan terbakar.

"You asked for it, Sei. Now, back off."

Noah berkata lalu dia menolak tubuh Jared seraya memulas tombol pintu bilik Sera dan menutupnya kembali saat tubuhnya sepenuhnya masuk ke dalam bilik tersebut, meninggalkan Jared yang memandangnya tajam dari luar bilik itu.

"Why, Noah? Just why him out of all people? What deals that you want to face now, Noah?" Soal Sera yang sedang dudik di birai katil dengan wajah yang tertunduk.

"Sebelum ni fasal Persephone, sekarang Zeus pula? Apa memang semua dewa-dewi bermusuh dengan awak ke?"

Noah terus melangkah ke arah Sera lalu bahagian kiri Sera mula tenggalam apabila Noah perlahan-lahan melabuhkan punggung di sebelahnya itu.

"Boo. Look at me." Arah Noah lembut.

Sera masih tidak berganjak lalu Noah pantas mengambil kedua belah bahu milik Sera dan membuatkan tubuh Sera menghadap tubuhnya.

"Just look at me, boo." Kepala Sera perlahan-lahan diangkat lalu mata mereka mula bertembung.

"I do it for you. For me. And, for us. Please, don't ever question everything that I had planned for us. For our future. Please, I beg you. Put your trust on me. Can't you?" Pinta Noah kepada Sera dan Sera masih terdiam, tenggelam di dalam pandangan mata Noah yang baginya menghanyutkan dirinya itu.

"I know it's totally nonsense, boo. But, I know what am I doing. Just follow me and be by my side during this fight. And, lastly..."

Wajah Noah pantas didekatkan ke arah wajah Sera lalu dia menekapkan bibirnya pada bibir Sera sebelum dileraikan kembali ciuman mereka dan menyambung ayatnya kembali.

"...don't ever lose your trust on me."

•••

Okay. Start from this chapter, konflik baru dah slowly datang and konflik yang datang ni tidak akan keseorangan ye?

Prepare your mental sebab the real conflicts in Hades X Medusa love story will come real soon :)))

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro