Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a p u l u h l i m a

The Satan's Promises
Chapter Twenty Five - Warning

_____

Sera duduk di salah sebuah kerusi yang berada di lobi bangunan syarikat HK Fashion Co. itu. Kini, dia sedang menunggu kelibat Noah untuk mereka berdua pergi lunch bersama namun sudah lewat 10 minit tetapi kelibat Noah masih tidak kelihatan.

"Ish. Dia tak perasan sekarang dah pukul berapa ke?" Soal Sera sendirian lalu dia melirikkan matanya pada skrin telefon pintarnya bagi melihat angka jam pada tika ini.

Keluhan berat terlepas dari belahan bibirnya lalu dengan pantas dia bangkit dari duduknya dan mula mengorak langkah ke arah lif untuk pergi ke pejabat Noah.

"Presiden Kim ada?" Soal Sera kepada setiausaha Noah dan gadis itu hanya mengangguk bersama senyuman.

Sera memandang pintu bilik pejabat Noah itu sebelum langkah diorakkan menuju ke arah pintu tersebut. Pintu ditola perlahan an kini, matanya disapa dengan kelibat Noah di sofa sedang berbaring, tidur. Senyuman kecil terukir di bibir Sera lalu pantas sahaja dia berjalan ke arah Noah dan mula melutut di hadapan Noah.

"Noah." Sera menepuk bahu Noah namun tiada respons yang diberikan oleh Noah.

"Yah, Noah Xander Kim. Bangunlah. Dah waktu lunch ni." Tepukan di bahu Noah dikuatkan sedikit namun responsnya masih sama. Statik dan menghampakan.

Tiba-tiba, mata Sera menangkap wajah Noah yang semakin lama semakin basah dengan kristal-kristal jernih.

Hati Sera mula diserang rasa yang cukup asing buatnya. Noah berpeluh? Mimpi buruk ke?

"Yah. Bangunlah, Noah. Awak! Jangan buat saya takut!" Hampir menangis Sera di situ apabila Noah masih terbaring di atas sofa itu dengan wajah yang berpeluh hebat itu.

Perasaan asing itu bagaikan tidak mahu meninggalkan benak hati Sera membuatkan air mata mula jatuh menyembah bumi.

Sera kini sudah menangis tanpa sebab yang spesifik. Dia rasa satu perasaan yang asing buat dia. Ya, dia takut.

"Noah... Bangunlah..." Rayu Sera di dalam sedu tangisannya. Dia menjayuhkan kepalanya pada sisi sofa itu sambil tangannya menggenggam erat tangan milik Noah yang juga berpeluh.

"Hades!"

Mata Noah pantas terbuntang luas secara mengejut dengan dadanya yang berombak. Telinga terus disapa dengan suara tangisan yang bergema bersama genggaman yang begituerat di tangan kanannya.

"Yah, Sera. Kau kenapa?" Noah pantas bangkit dari baringnya lalu menarik tubuh Sera supaya duduk di atas sofa bersebelahan dengannya. Sera mula perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan dengan pantas, tubuh Noah dibawa masuk ke dalam dakapannya, erat.

"Y-yah. Kenapa ni, hm?" Soal Noah tersekat-sekat, terkejut. Dia perlahan-lahan melingkarkan tangannya pada tubuh Sera bagi menenangkan waniat itu.

"S-saya tak tahu. Tapi, saya takut sangat tadi." Luah Sera penuh perasaan kepada Noah. Noah mengusap belakang kepala wanita itu lalu dia terus bersuara.

"Apa yang kau takutkan tu, boo?" Soal Noah perlahan sambil tangannya masih mengusap lembut belakang kepala Sera.

"Takut kehilangan awak." Jawab Sera membuatkan tangan Noah berhenti bergerak.

Tubuh Sera ditolak perlahan-lahan dikeluarkan dari pelukan lalu air mata yang membasahi pipi Sera dikesat oleh Noah.

"Hey. I'm here. Aku tak pergi mana-mana punlah. Jangan takut please. It's hurt to see you cry, boo." Pujuk Noah lalu Sera hanya memandangnya dengan mata yang berkaca.

"Jom?" Ajak Noah apabila tahu tujuan Sera datang mencarinya di pejabatnya. Sera mengesat wajahnya yang basah itu dengan tapak tangannya lalu dia mengangguk perlahan.

Sera sudah bangun dari duduknya namun Noah masih terduduk apabila mindanya kembali diingatkan dengan mimpinya tadi.

Sera memandang Noah dan dia perasan wajah Noah menunjukkan mindanya seperti diganggu dengan sesuatu.

Sera membawa tangannya ke bahu Noah lalu diurut perlahan membuatkan Noah tersedar dari lamunannya sebelum tersenyum memandang Sera.

"Ouh, okay. Jom."

-

Malam sudah menjelma hari. Sera dan Noah kini sudah tiba di rumah. Mereka berdua berjalan beriringan naik ke bilik namun langkah Sera terhenti membuatkan Noah memandangnya dengan kening yang terangkat.

"Kenapa, boo?" Soal Noah pelik kepada wanita itu lalu Sera mengangkat wajahnya memandang Noah di sebelahnya.

"Saya rasa...tak sedap hati." Jawab Sera agak perlahan suaranya namun masih dapat ditangkap oleh deria pendengaran Noah.

"No need to worry, boo. Perasaan kau je tu. Mesti kau penat lagi sebab kes tengah hari tadi ni. Dah. Pergi masuk bilik. Rehatkan diri. Okay?" Nasihat Noah lalu dia mengusap perlahan wajah Sera bersama senyuman meyakinkan.

"Hm, okay." Jawab Sera perlahan walaupun hatinya masih diganggu dengan perasaan asing itu. Dia rasakan ada benda akan berlaku malam ini. Tapi, dia masih tidak tahu apakah ia.

"I will always be here with you, boo. I love you." Ucap Noah lalu tubuh Sera dipeluknya erat sebelum dahi milik Sera dikucup sekejap.

"I love you too."

Pelukan terlerai lalu masing-masing kini sudah melangkah masuk ke dalam bilik masing-masing. Sera bersandar pada pintu biliknya dengan jantungnya yang tiba-tiba berdegup luar biasa.

Kepalanya digeleng laju lalu dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Be positive, Sera. There's nothing you need to worry about." Nasihat Sera kepada dirinya sendiri bagi membuang rasa todak sedap hati itu.

Setelah yakin, Sera terus berjalan ke arah almari bagi mencari baju tidurnya sebelhm dia memasuki kamar mandi bagi membersihkan diri.

Tak lama kemudian, usai keluar dari kamar mandi dengan pakaian yang ditukar kepada baju tidur, katilnya dituju lalu dilabuhkan punggungnya pada permukaan katil. Dia mula memanjat katilnya bagi mempersiapkan diri untuk melelapkan mata.

Sera mengiring tubuhnya ke kanan dengan kepala yang dialaskan dengan tangannya. Dia memejamkan matanya rapat walaupun dia terasa sangat sukar untuk melelapkan dirinya pada tika ini.

Baru sahaja Sera membetulkan psosisinya ke posisi baring semula, matanya terbuntang apabila satu susuk yang amat dikenali menyapa pandangan matanya.

Dia hampir ingin menjerit namun, mulutnya tiba-tiba terasa dikunci, tidak boleh dibuka walaupun sedikit.

Gerangan tadi memanjat katil Sera lalu tubuh Sera ditindihnya. Sera bergelut di dalam genggaman si dia, masih cuba unuk bersuara namun langsung tiada hasil. Air mata sudah perlahan-lahan jatuh dati tubir matanya.

Genggaman pada kedua belah tangannya semakin dipereratkan oeh si dia membuatkan dia memejamkan matanya menahan sakit yang menular di kawasan pergelangan tangannya itu.

Seperto terkena renjatan elektrik, Sera membuntangkan biji matanya apabila terasa leher dikemam oleh sesuatu dan ya, benarlah bahawa si dia sedang menenggelamkan wajahnya di dalam ceruk leher Sera.

Sera sepantas kilat mengeluarkan tangan kanannya lalu dia terus menampar wajah si dia dengan kuat. Matanya memerah menanhan amarah yang kian membuak akibat daripada tindakan tersebut.

Guruh kini mula berdentum kuat membuatkan Sera terkejut. Jelas sekali bahawa dewa di hadapannya ini sedang marah.

"Aku takkan biarkan kau menghancurkan rancangan aku. Aku takkan biarkan kau rampas segalanya dari aku. This will be my first and last warning, Medusa. Kalau kau tetap dengan pendirian kau, kau akan tahu apa yang bakal berlaku pada kau juga Hades."

Ya, dia. Dewa yang paling berkuasa di kalangan para dewa dan dewi langit, bumi dan dunia bawah.

Zeus.

Bayangan Ryan terus sahaja hilang dari pandangan Sera lalu nafas Sera mula kedengaran kembali di telinganya. Air mata deras sahaja mengalir jatuh dari tubir matanya.

Saya takut, Hades. Saya takut.

"Sera!"

Noah terus merempuh masuk ke dalam bilik Sera dengan dadanya yang berombak hebat. Dia melihat Sera yang sedang menangis teruk sambil memeluk lututnya erat.

Sera mengangkat wajahnya memandang Noah dengan pandangan yang kabur akibat air mata yang memenuhi kornea matanya.

"Saya takut, Noah..." Sera kembali menghamburkan tangisan lalu Noah terus sahaja memanjat katil Sera lalu tubuh Sera dipeluknya erat.

"Okay, okay. Dah, jangan takut. Aku ada dengan kau." Noah mengucup ubun-ubun Sera dengan mata yang dipejamkan.

Matanya dibuka perlahan-lahan dan kelihatan anak matanya mula bertukar merah menyala dengan sedikit berair akibat api kemarahan yang menguasai jiwa.

I won't let you go easily, Zeus. I will make sure you pay back for what you've did.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro