d u a p u l u h e n a m
The Satan's Promises
Chapter Twenty Six - Newcomers
_____
Sejak kejadian semalam, Sera menjadi lebih pendiam malah tika ia bersama Noah juga, dia tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Hanya menenggelamkan dirinya di dalam lamunan panjangnya yang tiada kesudahan.
"Boo. Are you okay?" Noah menegur Sera di dalam kereta namun balasannya hanyalah gumaman perlahan.
Noah mengeluh perlahan lalu tangan Sera digapai dan digenggam erat. Sera masih statik melemparkan pandangannya keluar dari tingkap kereta yang dinaiki oleh mereka itu.
Saat kaki mereka melangkah keluar dari kereta, Noah memberhentikan langkah Sera dengan mengeraskan tubuhnya tanpa melepaskan genggaman tangannya pada tangan Sera. Dan itu berjaya menghentikan langkah Sera.
Kepalanya diangkat menatap belakang Sera yang sedikit pun takengalihkan pandangannya ke belakang.
"If you want, I-I will fired Ryan?" Ujar Noah sedikit tersekat dengan pandangan matanya yang terkebil-kebil.
Sera memejamkan matanya lalu dia membukanya semula dengan senyuman palsu sebelum dialihakn sedikit pandangannya supaya bahagian sisi wajahnya dapat dilihat oleh Noah.
"Nevermind. I should be professional." Kepala Sera dialihkan semula dan senyuman palsunya tadi terus luntur malah tangannya perlahan-lahan ditarik keluar dari genggaman Noah.
Perlahan-lahan, langkahnya mula meninggalkan Noah di luar bangunan syarikat HK Fashion Co. itu. Belakang tubuh Sera dipandang kosong lalu dia hanya mengemam bibirnya sekejap sebelum dia juga melangkah masuk ke dalam bangunan gah tersebut.
-
"Nah air." Ryan menghulurkan sebotol air mineral kepada Sera lalu Sera hanya memandang sekali lalu seraya menyandarkan tubuhnya sepenuhnya pada kerusi yang didudukinya itu.
"Nevermind. I'm good." Sera menjawab sambil matanya membaca majalah yang dipegangnya.
Ryan menolak pipi kanannya dengan lidah dari dalam mulut dengan pandangan yang menusuk pada tubuh Sera di hadapannya itu.
Tiba-tiba belakang tubuhnya bagaikan diusap oleh sesuatu lalu dengan perlahan-lahan memandang gerangan yang berjalan melepasi belakangnya itu.
Kening kiri diangkat apabila wajah Hana tersenyum sinis menghiasa pandangan matanya. Ryan menggigit bibir bawahnya lalu dia meninggalkan Sera yang sememangnya sudah terlebih dahulu mengabaikannya.
Ada baiknya dia melayan sesiapa sahaja yang sudi melayannya.
Dia memandang sekeliling sambil berjalan perlahan ke arah sebuah bilik yang terletak todak jauh dari tempat set penggambaran mereka pada hari ini yang berada di luar syarikat.
Klerk.
Pintu itu tersebut dikunci bersama senyuman sinis terukir di bibir jejaka itu. Pandangan dibawa memandang ke arah Hana. Langkah perlahan-lahan dibawa mendekati wanita yang sedang elok terduduk di atas pangkin jendela itu.
Bibir sang gadis terus dirampas penuh nafsu. Hana pula hanya membalas ciuman dari Ryan. Ciuman dileraikan dan mata mereka bertembung lama.
"Do you...love me, Ryan?" Soal Hana kepada Ryan lalu Ryan mengangkat keningnya sebelum senyuman penuh makna terukir di bibir.
"Of course, babe." Balas Ryan membuatkan senyuman di bibir Hana semakin melebar.
Kemudian, mereka mula menyambung kerja mereka berdua di dalam bilik itu.
-
Jared mengejar langkah Noah yang selamba berjalan melepasinya usai memasuki rumah mereka.
Sera?
Wanita itu berada di rumah kawannya, Yeri. Katanya rimndu jadi bagi mengelakkan suasana menjadi lebih kekok di dalam rumah agam ini, Noah hanya membenarkannya.
"Boleh tak kau berhenti?" Soalan Jared membuatkan langkah Noah terhenti. Noah tanpa berpusing memandang Jared terus membalas.
"Berhenti? Buat apa? Berjalan?"
"Tch. Berhenti daripada membuatkan kedudukan kau dan Medusa jadi lebih berbahaya." Jared berkata lalu Noah bertanya kembali.
"Apa yang aku buat?"
"Aku tahu kau rancang sesuatu kan? Tolonglah berhenti." Jared mengujarkan niatnya membuka perbualan ini bersama Noah.
Noah terus memusingkan tubuhnya lalu wajah Jared dipandang bersama tubuhnya yang dipeluk.
"Apa yang aku rancang?" Soal Noah kepada Jared dengan keningnya yang terangkat, memprovok.
"Hades. Tolong. Aku merayu."
Noah berdecit halus, menggulingkan biji matanya sebelum mengangkat wajahnya kembali memandang Jared dengan kening kirinya yang terangkat. Wajah Jared penuh pengharapan itu ditatap lama.
"Aku tahulah apa yang aku nak buat. Semua ni bukan untuk aku seorang. Untuk Medusa juga. So, mind your own business."
Noah terus berjalan mendaki anak tangga untuk ke biliknya, meninggalkan Jared yang langsung tidak lepas daripada memandang ke arahnya sehinggalah bayangan tubuhnya hilang di sebalik dinding aras satu.
Apa yang kau rancang, Hades?
-
Sera menghentikan langkahnya di hadapan rumah yang amat biasa dilihatnya. Senyuman kian mekar di bibirnya sebelum loceng rumah tersebut ditekan.
Klak.
Bunyi pintu dibuka membuatkan Sera terus menolak pintu tersebut dan pandangan matanya muka dihiasi dengan wajah rakannya, Yeri.
Yeri memandangkannya bersama cebikan. Dia terus mendepakan tangannya dan Sera tergelak perlahan lalu menarik wanita itu masuk ke dalam pelukannya.
"Aku rindu kau." Ujar Yeri dan Sera membalas perlahan.
"Aku pun. Hm."
Pelukan terlerai dan pandangan mata Sera dibawa ke arah seorang jejaka di dalam rumah itu, sedang duduk elok di atas lantai sambil menonton televisyen. Dia tersenyum girang memandang lelaki itu.
"Eric!" Sera menjerit teruja lalu jejaka yang digelar Eric itu mengalihkan pandangannya daripada melekap pada televisyen ke arah Sera sebelum senyumannya juga mekar.
"Yah, Sera!" Eric memanggil Sera lalu dia terus bangkit dari duduknya di atas lantai itu.
"Apa ni, Yeri. Tak bagitau pun Eric datang." Sera berkata kepada Yeri membuatkan Yeri berdecit.
"Dia baru je datang pagi tadi weyh. Demam apa entah dia tiba-tiba nak datang rumah aku dengan kawan dia." Terangnya membuatkan Sera tersenyum dan menyoal dengan pandangan yang dibawa memandang Eric kembali.
"Kawan?"
"Ouh. Darren ada dekat dalam bilik. Tidur." Jawab Eric dan sekali lagi Yeri berdecit.
"Dia tu tak habis-habis tidur! Pagi petang siang malam, kerja tidur je! Apa ingat rumah aku ni hotel?" Bebel Yeri membuatkan Eric dan Sera tergelak.
"Dahlah. Aku lapar. Ada makanan tak?" Soal Sera dan suasana mula hening. Sera mengangkat kening kirinya memandang kedua insan di hadapannya itu.
"Jangan kata..."
Yeri terus tersengih sumbing memandang Sera. Sera mengeluh perlahan.
"Ni mesti sejak aku pindah kau makan ramen je kan? Ish. Ingat elok sangatlah tu dekat badan? Takpalah. Aku masak." Sera berkata lalu dia meletakkan beg tangannya di atas lantai tepi dinding.
"Yeay! Hidup Sera!"
Sera hanya tergelak mendengarkan sorakan daripada mereka berdua itu. Digeleng kepalanya perlahan sebelum langkah diorak ke dapur rumah tersebut bagi memulakan aktiviti memasaknya.
-
Noah menyisip sedikit aie di hadapannya itu. Cawan berisi kopi panas itu kemudiannya diletakkan kembali ke atas piring yang twrsedia di atas meja.
Matanya dibawa ke atas bagi memandang gerangan di hadapannya yang sedang tersenyum sinis.
"Jadi, rancangan kau macam mana sekarang?" Soalnya kepada Noah yang hanya beriak dingin daripada tadi..
"Rancangan aku? Ada sedikit perkembangan. Tapi, akan menjadi lebih menarik bila kau masuk permainan ni." Jawab Noah, tersenyum sinis.
"And, that's the reason you asked me to be here?" Soal si dia lalu Noah menelengkan sedikit kepala sekejap sebelum menjawab.
"Kind of?"
"Hm. Okay then. But, first of all, what's the deal?"
•••
Tahu cerita ni macam merapu and macam hambar. Hm. Terima kasih pada yang sudi setia baca, votes and comments. Membaca bagaikan menunjukkan anda berminat, votes bagaikan menunjukkan anda suka dan comments bagaikan menunjukkan anda mendalami cerita ini. Terima kasih banyak-banyak :'))
So, actually, I'm having a hard time to keep on writing since my anxiety level suddenly rise up real quick these days. Mind to share any words with me? Thanks. Jasa anda amat dihargai :'))
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro