d u a p u l u h e m p a t
Actually, Idae lupa nak bagitau. Start chapter sebelum ni sampai ending, i guess? Korang cubalah dengar lagu Orbit by Hwasa sambil baca memandangkan Idae kalau menulis cerita ni, Idae akan dengar lagu tu. Vibe dia memang lain maciam.
Idae akan sertakan dekat setiap chapter tapi kalau nak savekan internet korang, dengar je melalui phone korang. Ini hanya tips untuk lebih mendalami cerita. Thanks and enjoy💜
-
The Satan's Promises
Chapter Twenty Four - Something Fishy
_____
Noah sudah awal bersiap dengan kemeja terpasang elok pada tubuhnya bersama sut coklat mengalas kemeja di bawahnya.
Noah seperti biasa, masuk bilik Sera tanpa amaran daripada wanita itu mahupun diberikan kepada wanita itu.
Dia melabuhkan punggungnya di atas katil empuk di falam bilik tersebut sambil menanti Sera selesai membersihkan diri di dalam kamar mandi.
"Aku nak cakap ni. Aku harap kau beware dengan Ryan. Kita tak tahu apa yang akan dia lakukan dekat kau." Pesan Noah tanpa berdalih kepada Sera membuatkan Sera yang sedang mencari baju untuk dipakai itu terus terhenti pergerakannya.
"Apa yang dia nak lakukan dekat saya?" Soal Sera dan kembali mencari baju di dalam almarinya tanpa memandang Noah.
"We don't know. Only he knows. Cuma nak pesan je dekat sini, hati-hati. Aku mungkin takkan selalu ada dengan kau secara fizikal. Tapi, percayalah, aku sentiasa ada dengan kau dalam hati kau."
Terang Noah membuatkan Sera yang baru mengeluarkan baju yang dipilih dari almari itu berdecit perlahan.
"Tch. Pagi-pagi dah bagi ayat manis ni kenapa?"
"Aku tak main-main, Sera. We don't play the game with a mere human, but we play with the most powerful King of Gods." Jawab Noah serius dan Sera pantas sahaja memandang Noah lalu menjawab.
"Dah tu? Awak dah tahu kan? Kenapa masih nak masuk dalam game tak guna ni?"
Noah memandang Sera sebelum keluhan terlepas dari belahan bibirnya.
"Boo. I already told you not to question anything, right?" Ujar Noah membuatkan Sera menggulingkan biji matanya.
"Ish. Fine. I will try my best to take a good care of myself. Don't worry."
Noah hanya tersenyum nipis memandang Sera yang kini sudah siap memakai dress merah jambu berlengan panjang yang labuhnya pada paras paha itu.
Tak lama kemudian, Noah dan Sera terus sahaja keluar seperti biasa dari rumah untuk ke tempat kerja.
Sejak mereka sudah menjadi pasangan rasmi, mereka berdua memang tidak menyuruh Jared menjadi pemandu mereka ke syarikat.
Jared hanya ditugaskan berada bersama Noah dan Sera setiap kali mereka berada di luar rumah dan luar syarikat. Malah, Ryan juga diarahkan menaiki kereta Noah yang lain.
-
"Okay, tukar posing. Okay, good. Great pose. Yes. Okay, done!"
Sera melepaskan keluhan lega selepas mendengarkan kata-kata terakhir daripada jurukamera itu. Dia terus menjarakkan dirinya daripada Ryan lalu dia berjalan ke arah jurukamera tersebut bagi meneliti setiap gambar yang diambil.
"Okaylah. Semua nampak okay. Saya nak tukar baju." Ujar Sera dan jurukamera itu hanya mengangguk faham.
"Okay, Miss Sera."
"Semua dah boleh bersurai. Kecuali jurukamera dan editor. Stay dengan saya kejap dalam ni. Great work, semua!" Ujar Mia kepada semua staf yang berada di dalam studio itu.
"Baik, Miss Mia!"
Sera hanya tersenyum nipis lalu ketika dia mengalihkan pandangan ke arah bilik persalinan memandangkan dia ingin ke sana, matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang baru memasuki bilik persalinan lelaki itu.
Jang Hana?
Sera berjalan perlahan-lahan ke arah bilik persalinan lelaki itu lalu langkah terhenti apabila dia terdengar suara desahan dari luar.
Tombol pintu cuba dipulasnya nun ianya berkunci seperti yang dijangka. Sera memandang pintu bilik persalinan lelaki itu dengan wajah tidak percaya.
Apa hubungan Hana dengan Ryan sebenarnya?
-
MiaKateLee
Sei.
Jom jumpa :))
Jared kini sudah berada di cafe tempat sering dia dan Mia berjumpa. Dia menyedut sedikit air latte yang dipesannya sebelum duduk di meja itu sambil menanti kehadiran Mia.
Bunyi loceng cafe tersebut yang bergema di dalamnya membuatkan fokus Jared terus diangkat memandang ke arah gerangan yang baru sahaja melangkah masuk ke falam cafe itu.
Mia tersenyum memandang Jared lalu langkah dibawa ke arah meja yang diduduki oleh Jared itu.
"Tak nak pesan apa-apa ke?" Soal Jared kepada Mia yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan Jared.
"Tak naklah. Malas." Mia menjawab lalu telefon pintar dan dompetnya diletakkan di atas meja.
"Tch. Nah minum ni." Jared menolak gelas lattenya ke arah Mia yang duduk di hadapannya itu membuatkan Mia mengerutkan dahinya.
"Tak nak sudah." Jared baru sahaja ingin menarik kembali gelas tersebut, namun pantas sahaja diberhentikan oleh Mia.
"Eh-" Mia menahan tangan Jared daripada menarik semula gelas latte tersebut membuatkan Jared tergelak kecil dan melepaskan gelas tersebut dan membiarkan Mia meminum airnya itu.
"Ada apa ni nak jumpa aku?" Soal Jared kepada Mia.
Mia terus menarik mulutnya dari penyedut minuman pada air latte yang diberi Jared itu lalu dia berdehem kecil.
"Sebenarnya, saya nak cakap pasal Hades dengan Zeus. Zeus datang kerja sebagai partner model dengan Medusa." Beritahu Mia lalu Jared hanya bergumam perlahan.
"Hm. Aku tahu." Jared menjawab sebelum tangannya mengambil kembali gelas tadi dan menyedut air tersebut. Mia hanya mengangguk faham.
"Tapi, saya rasa ada yang tak kena antara diorang. Like, kenapa Hades terima Ryan kalau diorang tu dari dulu adalah musuh ketat?" Mia mula memberitahu rasa runsingnya kepada Jared lalu Jared mengeluh perlahan.
"Sebenarnya, aku rasa Hades ada plan something. Aku masih tak tahu rancangan apa yang ada dalam kepala Hades. Aku cuma terdengar perbualan dia dengan Medusa tempoh hari."
Jared menerangkan kepada Mia apabila mindanya kembali dijengah oleh perbualan Noah dan Sera beberapa hari lepas.
"He's really something, Sei. No. They are really something. I'm talking about Hades and Zeus." Ujar Mia dan Jared terus sahaja menjawab.
"I know. Something looks fishy between them. Apa yang aku terlepas?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro