Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a p u l u h d u a

The Satan's Promises
Chapter Twenty Two - His Suprise

_____

"Today, I have a surprise for you, boo." Ujar Noah kepada Sera usai melangkah keluar dari perut kereta.

Sera terus mengangkat pandangannya memandang Noah yang berada di sebelahnya berhadapan dengan bangunan syarikat HK Fashion Co. itu.

"Apa tu?" Soal Sera tertanya-tanya lalu pantas sahaja Noah menjawab.

"Nama pun surprise, sayang. Takkan aku nak bagitau. Wait and see." Noah pantas mencuit hidung milik Sera lalu berjalan meninggalkan Sera yang terpinga-pinga.

Sera dengan laju terus mengejar langkah Noah dan berjaln bersamanya seperti biasa ke dalam bangunan tersebut.

Memang dirinya yang kerap kali bersama Noah itu sudah menjadi buah mulut para staf di syarikat itu. Pelbagai kenyataan digosip oleh mereka tentang Noah dan Sera namun masih tiada kepastian tentang perkara itu.

Sera kini sudah tiba di aras yang terletaknya studio penggambaran. Noah sempat menekapkan dua jarinya pada pipi Sera usai mencium dua jarinya itu. Acah-acah indirect kiss.

Sera tertawa kecil lalu dia berdiri di jadapan lif itu dan melambai ke arah Noah. Kelihatan satu senyuman kecil sahaja terbit di bibir lelaki itu tanpa membalas lambaian daripada Sera itu.

Sera mencebik lalu terus dia memalingkan tubuhnya untuk ke studio namun bagaikan ternampak kelibat hantu, dia terjerit kecil.

"Ish. Apa kau buat berdiri dekat situ? Terkejut aku tadi." Sera menegur Hana yang sedang berdiri di tengah-tengah antara studio dan lif.

"Kau memang rapat ke dengan Presiden Kim?" Soal Hana tanpa menjawab persoalan daripada Sera itu.

"Erm. Bolehlah. Tapi kau jangan fikir lain. Kami just erm, kawan?" Ujar Sera. Takkan nak bagitau dia girlfriend si presiden tu pula kan?

"Tapi, nampak macam lebih dri kawan je." Balas Hana membuatkan Sera menggaru kepalanya yang tidak gatal bersama sengihan janggal yang dilemparkan ke arah Hana.

"Erm. T-tak adalah. Ish. Dahlah. Jom masuk."

Sera panats sahaja berjalan melepasi Hana lalu meloloskan diri masuk ke dalam studio. Hana masih statik di situ dengan kepalanya yng memandang ke kiri di mana arah Sera lalu melepasinya tadi bersama wajah yang tidak dapat ditafsir.

Tak lama kemudian, barulah dia bergerak melangkah masuk ke dalam studio semula.

-

Sera agak terpempan apabila ruangan matanya dipenuhi dengan wajah Noah tika ini di dalam studionya.

"Baiklah. Semua dah boleh mula sekarang. Sila beri kerjasama yang baik ketika bekerja Presiden Kim." Arah Miss Mia kepada semua staf yang berada di alam studio tersebut.

"Baik, Miss Mia!"

Sera hanya terdiam tidak berkutik. Mana taknya kalau surprise yang Noah katakan tadi adalah lelaki itu menjadi partnernya sebagai model lelaki memandangkan model lelaki syarikat mereka sudah berpindah ke luar negara atas sebab-sebab tertentu.

"Sera. Move now." Tegas Mia bersuara.

"Ah, baik, baik." Sera mula kalut apabila ditegur oleh Mia kerana masih tidak bergerak dati tempatnya duduk.

Noah hanya menggigit bibir bawahnya, menahan tawa yang hampir meletus melihat betapa terkejutnya wajah Sera tika ini.

Untung dia lantik Mia sebagai pengurus model-model syarikat memandangkan Mia adalah salah seorang yang asal usulnya sama seperti dia, senang untuk dia berhubung dan berbincang.

Noah dan Sera mula melakukan tugas mereka sebagai model bagi majalah syarikat pada bulan hadapan iaitu bulan Oktober.

Dan, pada tika itu jugalah, semua orang dikejutkan dengan satu tindakan Noah terhadap Sera yang meyakinkan semia staf tentang hubungan di antara sang model bersama presiden syarikat itu.

Tindakan Noah mencium bibir Sera dengan lengan yang melingkari pinggang wanita itu sungguh mengejutkan para staf di dalam studio itu.

"And, on this fine day, I want to tell everyone that, you are only mine and will never be someone's else."

Dan seperti biasalah, gambar serta video mereka berciuman dan pengakuan Noah tentang hubungan mereka itu kini sudah tersebar di seluruh pelusuk syarikat berkat daripada mak cik dan pak cik bawang tidak berbayar yang wujud di dalam studio itu bersama mereka.

Malah, kini, sudah menjadi perbualan hangat di seluruh bumi Korea apabila presiden kepada syarikat HK Fashion Co. itu akhirnya membuka topeng yang sering dipakainya daripada dikenali oleh khalayak ramai sekaligus mengumumkan tentang hubungannya bersama Sera.

Keadaan di syarikat itu agak kelam kabut sejak hari itu kerana mendapat permintaan untuk menemu duga Presiden syarikat mereka itu bersama pasangannya, model terkenal di Korea ditambah dengan kenaikan harga stok secara mendadak dan peningkatan di dalam jualan harian syarikat mereka yang sudah sedia banyak.

Semuanya hanya kerana Noah akhirnya menunjukkan pada khalayak ramai akan wajahnya yang tidak terkata kacaknya itu bersama berita tentang Sera yang merupakan teman wanita rasminya.

-

"Hi, my boo." Noah berbisik pada telinga Sera yang berada di sebelahnya, sedang meneliti gambar-gambar mereka yang diambil buat dijadikan kulit majalah bulanan syarikat mereka itu.

Sera langsung tidak memandang ke arah Noah. Dia hanya mengemam bibirnya menahan senyuman sekali gus dengan wajahnya yang kini kian memerah. Noah menggigit bibir bawahnya, menahan senyuman apabila melihat Sera yang baginya terlalu comel, geram.

"Alaa. Gambar ni kenapa saya nampak tak lawa." Sera mula memberi komen tentang satu gambar yang ditelitinya, tidak puas hati.

"You're always pretty, my boo." Bisik Noah lagi lalu Sera terus mengerling ke arah Noah tajam.

"Ish. Gelilah, Noah. Tampar kang?"

Noah berdecit mendengar balasan daripada Sera itu lantas menjauhkan wajahnya dari wajah Sera dengan muka tidak puas hati.

"Delete this photo. I'm not satisfied." Arah Sera kepada jurukamera itu lalu jurukamera itu pantas memberi respons.

"Alright, Miss Sera."

"No!" Terkejut Sera dan staf yang berada berdekatan dengan mereka apabila mendengar jeritan daripada Noah itu.

"Yah. Kenapa jerit?" Tegur Sera, terkejut dengan jeritan suara husky daripada Noah itu.

"Ehem. Don't delete that photo. Transfer it to my office." Noah verkata usai berdehem kecil bagi mengawal riak wajahnya tika itu.

"A-alright, Presiden Kim."

Sera mengecilkan matanya memandang Noah yang selamba mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Sera.

Sumpah dia cakap, tahap clingy Noah sejak kebelakangan ni memang tidak boleh dibawa berbincang! Terlalu clingy!

"President Kim." Panggil Mia lalu dia berjalan ke arah Noah bersama fail kerja di tangannya, mungkin mahu berbincang tentang hal kerja. Terus Noah berjalan ke belakang sedikit bagi mencari ruang untuk dia dan Mia berbincang.

"Pasal kekurangan model lelaki, kita dah ada beberapa calon. Nak pilih satu ataupun lebih?" Soal Mia kepada Noah.

"Satu sudah cukup. Jangan ramai-ramai. Aku tak suka pesaing." Balas Noah selamba.

Terdiam terus Mia mendengarkan jawapan daripada Noah yang bagaikan mempunyai maksud tersirat itu. Dia hanya mengangguk faham.

"Okay then. Tak sangka perangai awak macam ni bila dah ada yang tersayang." Ujar Mia lalu Noah berdecit dan menjawab.

"Perangai aku memang macam ni. Cuma aku tak tunjuk je."

"Tch. Apa-apa jelah."

Mia terus berjalan meninggalkan Noah lalu Sera pula yang mendekati Noah yang berada tidak jauh darinya itu.

"Sembang apa?" Soal Sera kepada Noah apabila langkahnya terhenti du hadapan Noah dengan pandangannya yang dilemparkan ke arah Mia.

"Pasal masa depan kita berdua- Ark, ark." Terus Noah menampar tangan Sera yang mencubit lengan sasanya itu kerana kemerapuan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Saya tanya elok-elok kan? Cuba serius sikit. Sejak bila seorang Noah menjadi tidak serius dan manja macam ni?" Soal Sera penuh kegeraman.

Noah pantas mendekatkan mulutnya dengan telinga Sera lalu membisikkan sesuatu.

"Sejak seorang Sera menghadirkan diri dalam hidup seorang Noah."

Pap!

Satu tamparan berjaya hinggap di lengan Noah membuatkan Noah mendesis sakit lalu menjauhkan dirinya dari Sera bersama tangannya yang lagi satu miliknya menggosok lengannya itu perlahan.

"Dahlah. Malas nak layan." Sera pantas ingin mengorak langkah ke arah jurukamera tadi semula dan Noah laju sahaja bersuara.

"Jangan merajuk lama-lama. Aku tak nak pujuk."

Sera menjeling ke arah Noah lalu meneruskan langkah mendekati jurukamera itu semula.

•••

Tak habis lagi manis diorang dua ni. Bila konflik nak mai ni? Readers dah tak sabar ni. Ye dok, geng?😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro