d u a p u l u h
The Satan's Promises
Chapter Twenty - A New Legend Created
_____
Sera perlahan-lahan cuba membuka matanya yang terasa amat berat. Dia mula meringis perlahan apabila sakit di kepala mula menyerang.
Dia membangkitkan tubuhnya dari perbaringan lalu matanya yang hampir tercelik luas itu diliarkan ke segenap ruangan.
Bilik?
"Ergh." Kepalanya masih lagi terasa berdenyut lalu dengan segala kudrat yang ada, dia mengeluarkan kakinya dari lindungan selimut dan mula mengangkat labuhan punggungnya dari permukaan katil.
Dinding digapai pantas saat pandangannya sedikit berputar. Mungkin kerana terlalu lama berbaring. Matanya dipejam celik beberapa kali bagi menghilangkan rasa pening itu. Kepapanya juga diurut perlahan.
Baru sahaja dia ingin melangkah ke bilik air apabila pandangannya mula jelas dan pening di kepala juga semakin mereda, kuakan pintu terus sahaja menarik perhatiannya dan membantutkan pergerakannya.
"Miss Sera dah bangun?" Soal pembantu rumah itu lalu Sera hanya mengangguk perlahan. Pembantu rumah itu terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Sera lau dulang yang ditatangnya itu diletakkan di sebuha meja berdekatan dengan katil Sera.
"Ini bubur ayam dan juga air kosong untuk Miss Sera. Kejap lagi, saya maklumkan pada Tuan Noah." Ujar pembantu rumah itu.
Sera hanya mengangguk lalu pembantu rumah itu membongkokkan tubuhnya sedikit sebelum melangkah keluar kembali dari bilik tersebut.
Sera mengeluh kecil lalu niat ingin membersihkan diri mula menerpa dirinya. Terus sahaja dia berjalan ke arah almari pakaiannya seraya mengambil tuala yang tergantung kemas di tepi almari itu.
Kamar mandi dituju dan akhirnya, dia berjaya memasuki kamar mandi bagi tujuan membersihkan diri.
Tak lama kemudian, dia mula melangkah keluar semula dari kamar mandi dengan bathrobe dipasang elok pada tubuhnya dengan tualanya yang melilit rambutnya yang basah menjadi sanggul.
"Oh man, holy shit! Omg-" Sera terus sahaja menekup mulutnya yang baru sahaja mengeluarkan kata kesat itu.
Matanya terkebil-kebil memandang satu susuk tubuh yang kini sedang elok berbaring sambil bermain telefon pintar di atas katilnya.
"A-apa awak buat dalam bilik saya ni?" Soal Sera tergagap-gagap.
Buang tabiat apa lelaki ni berbaring siap atas katil orang ni?
Noah berpaling ke arah Sera yang masih terpaku di hadapan pintu bilik air itu. Dia mengangkat kening kirinya sebelum menjawab.
"Nak datang bilik my boo pun tak boleh ke?" Jawab Noah membuatkan Sera terpana.
Sera terus sahaja mengawal riak wajahnya lalu dia berdehem kecil dan melangkah ke arah almari bajunya bagi mencari baju yang ingin dipakainya.
"Tak adalah. Bukan apa. Sebelum ni, mana pernah awak datang bilik saya macam ni. Siap baring elok lagi macam katil sendiri."
Jawab Sera lalu dia terus sahaja mengambil salah satu tshirt lengan pendek bersama sepasang seluar pendek paras paha lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Noah yang masih memandangnya.
"Kenapa pandang saya? Pergilah balik bilik awak. Saya nak tukar baju ni." Arah Sera kepada Noah lalu Noah pantas sahaja menjawab dengan selamba.
"Macamlah aku tak pernah tengok."
Muka Sera pantas sahaja bertukar merah-kemerahan usai mendengarkan jawapan daripada Noah itu. Dia terus sahaja men
rengus perlahan.
"Ish. Meluatlah cakap dengan awak ni. Sudahlah. Saya tukar dalam bilik air jelah."
Sera mula mengorak langkahnya ke arah bilik airnya semula namun Noah lebih pantas bangkit dari katil lalu lengan Sera pantas ditariknya membuatkan tubuh Sera automatik terpusing menghadapnya.
Kini, ruang antara mereka bagaikan semakin terkikis akibat dada masing-masing yang berombak. Nafas hangat lelaki itu menyapa lembut pada wajah Sera membuatkan jantung Sera mula berdegup luar biasa.
"N-noah-"
Pantas sahaja, bibir Sera ditemukan oleh bibir lelaki itu lembut. Terus terlepas pegangan tangan Sera pada baju dan seluar yang ingin digantinya tadi lalu tangannya pantas sahaja menggenggam kuat pada baju di bahagian pinggang Noah sambil membalas ciuman daripada Noah itu.
Tubuh mereka mula perlahan-lahan bergerak ke arah katil lalu akhirnya, belakang tubuh Sera berjaya bertemu dengan permukaan katil.
Noah perlahan-lahan meleraikan ciuman mereka lalu hujung bibirnya mula terangkat. Nafas mereka berdua kini tidak teratur.
"So, today is our first day, right?" Noah berkata perlahan dan kedengaran penuh romantis di telinga Sera.
"W-what do you mean?" Soal Sera teragak-agak lalu liurnya ditelan kesat.
"Our first day as a couple, boo." Perlahan sahaja suara gemersik Noah itu menyapa telinga Sera membuatkan Sera mula terkebil-kebil.
Jikalau tadi jantung sudah berdegup luar daripada kebiasaan. Namun, kini, dia terasa seperti jantung sudah hampir melompat keluar dari dadanya.
Noah pantas sahaja bangun daripada mengunci tubuh Sera di atas katil itu. Dia tersenyum sinis melihat wajah Sera yang sudah merah seperti buah tomato itu.
"Tukar baju elok-elok sikit. Aku tunggu kat bawah pukul tepat pukul 7 malam kejap lagi. Lambat, punishment awaits you."
Noah pantas sahaja menderapkan langkahnya keluar dari bilik Sera, meninggalkan Sera yang masih terdiam seribu bahasa itu sambil berbaring di atas katil itu.
What just happened just now? I'm not dreaming, right?
-
Sera dengan cepat keluar dari biliknya apabila dia perasan masa sudah semakin suntuk dan kini jam sudah hampir mencecah jam 7 malam.
Laju sahaja kaki Sera menuruni anak tangga lalu pandangan matanya menyapa dua susuk tubuh yabg dengan berada di dalam satu konversasi yang kelihatan agak tegang.
Sera mula memperlahankan derapan kakinya dan berjalan menuju ke arah mereka berdua. Dia memberhentikan langkah apabila tiba di antara dua gerangan itu.
Wajah Noah ditatapnya sebelum beralih ke arah gerangan yang tidak dikenalinya di hadapan Noah itu.
"Kenapa ni, Noah? Dan, siapa-" Kata-kata Sera dengan pantas terus dipotong oleh Noah.
"Zeus."
Mulut Sera bagaikan terkunci saat Noah melontarkan satu nama yang cukup biasa di telinganya. Liurnya ditelan kesat lalu dia memandang gerangan yang dikatakan ialah Zeus.
"Jadi, ini keputusan kau, Medusa?" Zeus ataupun nama samarannya ialah Ryan Kyle Jeon itu pantas sahaja melemparkan soalan tersebut membuatkan Sera sekali lagi terdiam.
"Keputusan dia tak ada kena mengena dengan kau. Jadi, kau boleh balik ke pangkuan isteri kesayangan kau di syurga." Jawab Noah pantas, menjawab bagi pihak Sera yang suaranya bagaikan disekat itu.
"Disebabkan keputusan dia ada kena mengena dengan akulah yang membuatkan aku perlu tinggal di bumi bagi membetulkan kembali masalah yang kau dah timbulkan." Keras sahaja suara Ryan membalas kata-kata Noah.
Noah terus sahaja melepaskan ketawa sinisnya lalu pinggang Sera pantas sahaja dipeluknya erat membuatkan Sera terkejut. Sera terus mengangkat pandangannya memandang wajah Noah.
"If that what you wish. Then, I shall obligated. And, I wish you a very good luck while watching me create a new legend about how Medusa, the great-goddesses-to-be become a sinner herself after dispute you, the most powerful King of Gods because of me, a mere God from underworld."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro