Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a b e l a s

The Satan's Promises
Chapter Twelve - Persephone

_____

Tok. Tok. Tok.

Sera yang sedang menyikat rambut itu terus terbantut aktiviti apabila rongga pendengarannya disapa dengan bunyi ketukan di pintu biliknya itu.

Terus sahaja tangannya meletakkan kembali sikat rambut di tangannya itu ke atas meja solek di hadapannya lalu dengan pantas dia mengangkat labuhan punggungnya dan bergerak ke pintu biliknya.

Saat pintu dibuka olehnya, terpampang wajah milik Jared di hadapan muka pintu membuatkqn pandangannya terus teralih ke tempat lain.

"Nak apa?" Soal  Sera acuh tak acuh lalu Jared terus sahaja menjawab dengan teragak-agak.

"Jom keluar nak? Aku erm bosan?" Sera memandang Jared dengan dahi yang dikerutkan.

"Tak naklah. Nanti Noah mengamuk." Jawab gadis itu apabila membayangkan apabila Noah marahkan dirinya ketika dia melarikan diri.

"Ajak jelah dia sekali. Mesti dia bagi." Jared memberi cadangan dan membuatkan Sera terbuntang biji matanya, terkejut dengan cadangan yang diberikan.

Hengko gila?

"A-aaa. Awak pergilah tanya dia dulu. Kalau dia bagi baru kita keluar."

Pintu terus sahaja ditutup. Sebenarnya, dia terimbas kembali kejadian di dalam pejabat milik Noah pada tengah hari tadi. Masih malu untuk berdepan dengan lelaki itu.

Sera menyandarkan tubuhnya pada pintu biliknya lalu dia memandang telefonnya yang mula mengeluarkan bunyi deringan yang emnandakan ada panggilan masuk buatnya.

Terus dia bergegas mendapatkan telefon pintarnya lalu dahinya dikerutkan saat matanya tertacap pada skrin telefonnya yang memaparkan nama Noah.

"Erm, nak apa?" Tegur Sera sebaik sahaja panggilan disambungkan olehnya kepada lelaki di hujung talian.

"Jomlah keluar. Bakal suami kau dah ada dekat bawah tu. Kesian dia tunggu lama." Perkataan bakal duami seperti biasa, ditekan begitu dalam oleh Noah membuatkan Sera berdecit kecil.

"Ish. Kenapa awak setuju?" Sera berkata geram. Dia malas betul mahu melangkah keluar dari biliknya pada hari ini. Lagi-lagi, hari sudah mahu senja. Kenapalah kalut sangat nak keluar?

"Biarlah. Aku pun tiba-tiba rasa nak keluar. So why not?" Jawab Noah lalu Sera mengetap bibirnya, geram. Semua dia yang nak menang.

"Eee, selalu petang-petang ni awak tidur terbongkang je atas katil. Buang tebiat ke apa nak keluar ni?" Balas Sera lalu Noah terus sahaja menjawab dengan nada yang agak dingin.

"Sera. Aku cakap elok-elok ni. Jom keluar. Tak payah nak bebel bagai."

Tit.

Baru sahaja Sera ingin membalas, terus telinganya disapa dengan bunyi panggilan diputuskan. Terus diangkat telefonnya daripada permukaan telinganya dan melekapkan pandangan matanya ke arah dkrin telefon dengan wajah tidak percaya.

"What the-"

Disebabkan dia tidak mempunyai pilihan lain, terpaksalah dia bersiap untuk keluar bersama dua makhluk yang menyamar menjadi manusia itu.

Tak lama kemudian, Sera pun melangkah menuruni tangga dan dapat dia lihat kedua-dua makhluk itu bagaikan baru sahaja selepas bertengkar. Entah apa yang dibualkan mereka sepanjang Sera mempersiapkan diri itu.

"Ni kenapa muka dua-dua masam mencuka je ni?" Soal Sera sambil menatap wajah kedua-dua insan tersebut. Jared terus mengangkat wajahnya lalu berkata.

"Hmph. Kau tengoklah ni, Sera. Dia cari gaduh dengan aku."

"Ha, mengadu, mengadu. Ingat eloklah tu lelaki jadi kaki claim?" Provok Noah membuatkan Jared menjelingnya tajam.

"Eh, kau kenapa, Hades? Kau ada masalah dengan aku ni hah?" Soal Jared dan kini lantai sudah mula membasah. Air yang mengalir keluar dari tubuh Jared itu bagaikan kering apabila ingin mendekati Noah.

Aduh, diorang mula dah.

"Kau tu yang cari masalah dengan aku, Sei. Kalau kau tak-"

"Berhenti!"

Terus terdiam seribu bahasa dua insan tersebut lalu mereka memandang ke arah Sera yang sudah merah wajahnya.

"Korang ni umur masing-masing dah lepas 500 tahun kan? Kenapa perangai macam budak 9 tahun ni?!"

Noah berdecit perlahan mendengarkan amarah Sera itu manakala Jared hanya menundukkan pandangannya.

"Sudahlah. Tadi kata nak jalan-jalan. Penat aku jadi orang tengah dalam rumah tangga orang ni."

Noah terus berjalan meninggalkan Sera dan Jared. Sera memejamkan matanya bagi meredakan rasa geramnya lalu terus sahaja mencelikkan matanya kembali dan mengekori langkah Noah.

Baru sahaja Sera melangkah keluar dari pintu utama rumah agam milik Noah, tubuhnya hampir berlanggar dengan tubuh Noah membuatkan langkahnya berhenti secara mendadak.

"K-kenapa berhenti ni?" Soal Sera teragak-agak kepada Noah yang hanya berdiri statik di hadapan muka pintu rumahnya itu.

Jared yang baru sahaja keluar dari rumah itu juga mengerutkan dahinya melihat Sera dan Noah berhenti betul-betul di hadapan muka pintu. Dia berjalan ke sebelah Noah lalu melihat ke laman rumah agam itu.

"Ke-" Jared baru ingin menegur namun kata-katanya pantas dipintas oleh Noah yang membuatkan Sera dan Jared agak terpempan.

"Aku dapat rasa satu tenaga yang pelik."

Fokus Jared dan Sera mula berubah usai mendengarkan kata-kata Noah itu. Mereka bertiga tersentak apabila satu angin kuat yang membawa haba panas menerpa ke arah mereka.

Jared dan Sera sudah berpeluh manakala Noah masih berdiri statik di tempatnya tanpa memberikan sebarang reaksi. Malah, dia terus mengalihkan pandangannya ke arah punca angin berhaba itu datang.

"Hades." Panggilan seseorang membuatkan Noah terus menyebut satu nama.

"Persephone."

Terkejut Sera dan Jared apabila mendengar Noah menyebut satu nama yang tidak asing di telinga mereka sebagai dewa-dewa.

Nampaknya, dia sudah kembali.

•••

Pendek jewp. Maaf ya, chemua. Grrr😂

Nak tahu siapa Persephone? Tunggulah next update. Muah😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro