Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

d u a

The Satan's Promises
Chapter Two - His Sins

_____

"Selamat datang, Tuan Noah." Lelaki yang menjaga kemasukan para pelanggan ke dalam tempat yang dianggap syurga dunia buat manusia itu menundukkan tubuhnya, menyambut kedatangan si dia, pelanggan VIP di tempat tersebut.

Ya, Noah Xander Kim merupakan pelanggan VIP yang tetap di pusat pelacuran mewah itu.

"Harini, ada produk baru, Tuan." Lelaki itu berkata kepada Noah namun Noah hanya mengabaikannya, tidak berminat.

"Hantar aku seorang. Tempat biasa."

"Baik, Tuan."

"Baiklah, semua. Di sini ada pelanggan hangat punya. Ya, itu dia! Model terkenal yang seluruh bumi Korea kenali! Model Sera Logan Han!"

Terus terhenti langkah Noah mendengarkan kata-kata pengerusi majlis itu. Matanya terus dialihkan ke arah pentas yang dikerumuni dengan lelaki-lelaki yang jelas dahagakan seks.

"Kenapa, tuan?" Soal pengawal peribadi yang sentiasa bersama Noah di mana sahaja lelaki itu berada kecuali di rumahnya.

"Jadi, mari kita mulakan sesi pembidaan kita! Harga paling rendah bermula daripada 6 juta won!"

Noah berdiri statik sambil berpeluk tubuh menghadap pentas yang terletak tidak jauh darinya itu dan pandangan matanya hanya memandang ke arah perempuan yang dibiarkan di atas pentas dengan dress ketat yang telah dipaksa oleh penganjur sesi pembidaan menjual wanita itu.

"6.5 juta won!" Pembida pertama mula bersuara namun, tiba-tiba, ada seorang lagi pembida membalas.

"7 juta won!"

"7.5 juta won!"

Pembidaan terus berlangsung sehingga 10 juta won dan tiada siapa lagi yang ingin bersuara. Noah pula hanya menanti tanpa memberikan sebarang reaksi.

"Baiklah. Nampak kita sudah menemui pembida yang-" Kata-kata pengerusi majlis itu mula dipotong.

"15 juta won!"

Noah berkata dengan nada yang kuat sehinggakan semua mata mula memandang ke arahnya yang sanggup membeli sang model dengan harga semahal itu.

Noah dengan sut hitam kemas tersarung pada tubuhnya terus berjalan menuju ke pentas, berjalan di dalam lautan manusia-manusia berjantinakan lelaki itu.

Langkahnya berhenti betul-betul di hadapan perempuan yang sedang dalam proses pembidaan itu yang masih memandangnya tidak berkelip.

"Aku nak perempuan ni, 15 juta won."

Senyuman sinis terukir di bibirnya memandang ke arah perempuan tersebut lalu pandanagnnya terus beralih ke arah penganjur majlis.

"T-tuan Noah. A-ah, ya! Baiklah! Pemenang dalam sesi pembidaan tadi ialah, Tuan Noah Xander Kim!"

Penganjur majlis mula menguar-uarkan bahawa Noah berjaya menjadi pembida yang memang dalam sesi pembidaan sebentar tadi.

"Lepaskan perempuan ni sekarang."

Terus dua orang lelaki yang berada di tepi pentas bergegas mendapaykan Sera. Noah hanya memerhati setiap gerak geri lelaki-lelaki tersebut meleraikan ikatan tali pada kaki dan tangan Sera.

Lelaki itu masih lagi dengan senyuman sinisnya lalu dia menghulurkan tangan ke belakang, seperti meminta sesuatu daripada pengawal peribadinya.

"Ni, tuan." Satu buku cek dihulurkan lalu tanpa melengahkan masa, Noah menulis jumlah wang yang dijanjikannya untuk membeli Sera lalu diturunkan tandatangannya sebelum dilemparkan ke arah lelaki di atas pentas itu membuatkan lelaki itu terpisat-pisat menangkap cek tersebut.

Noah tanpa berkata-kata terus memeluk tubuh Sera dari tepi lalu dibawa wanita itu melangkah keluar dari pusat pelacuran itu.

Noah membuka pintu keretanya di bahagian penumpang hadapan lalu menyuruh Sera untuk duduk.

"Ambil ni." Noah membaling sepasang hoodie miliknya yang sering dibawanya di dalam keretanya.

Sera menyambut hoodie tersebut lalu dia pandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya.

"N-nak buat apa?" Soal Sera teragak-agak membuatkan lelaki itu berdecit kecil.

"Kau nak aku rogol kau sebab aku high tengok body kau ke?" Sarkastik lelaki itu membalas lalu Sera terus menelan liurnya payah.

Gulp!

"T-tak nak." Kepala digeleng laju usai mendengarkan kata-kata Noah itu.

"Dah tu. Pakailah hoodie aku tu, bengap." Kata Noah lagi dan Sera tanpa segan silu mengangguk lalu menyarungkan hoodie tersebut pada tubuhnya yang terdedah itu.

"Biar aku drive. Pandai-pandailah kau balik rumah." Terus pengawal peribadinya itu menghulurkan kunci kereta milik lelaki itu dan Noah tanpa melengahkan masa terus memasuki tempat duduk pemandu.

"K-kita nak pergi mana ni?" Soal Sera saat kereta mewah milik lelaki itu mula bergerak meninggalkan pusat pelacuran itu.

"Rumah aku." Jawab Taehyung dengan tangannya yang mula menyalakan rokok di mulutnya. Asap rokok mula meluncur laju ekluar dari kereta itu melalui tingkap yang terbuka luas di bahagian pemandu.

"Eh? Kenapa pula nak pergi rumah awak? Saya nak balik." Jawab Sera dengan berani.

"Aku beli kau 15 juta won tau tak? Duit gaji kau 10 tahun pun takkan cukup nak bayar. So, shut up and listen to your boss."

Sekali lagi, Sera tergamam dengan balasan daripada lelaki itu. Liurnya sekali lagi ditelan payah sambil memikirkan apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

Weyh, Yeri! Tolong aku! Macam amna kalau dia rogol aku? Jadikan aku sex slave dia ke? Tempat dia lampiaskan nafsu? No! Aku tak nak!

-

"Ni bilik kau. Kau mandilah dulu. Lepastu, rehat." Noah membuka pintu sebuah bilik yang berada di tingkat atas. Sera melangkah masuk dengan minda yang buntu, tidak tahu apa niat tersirat lelaki ini.

"A-awak." Saat Noah baru sahaja ingin menutup kembali pintu biliknya, terus Sera memanggilnya, masih dengan gagapnya.

"Saya minta maaf tapi saya nak balik rumah. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong saya. Tapi, tolong hantar saya balik dan saya janji saya akan bayar balik 15 juta won awak tu."

Dengan berani, dia meluahkan rasa di hati. Sungguh, htinya tidak sedap apabila lelaki ini berniat untuk membawanya ke rumahnya.

Kau bayangkanlah kau berdua di bawah satu bumbung dengan lelaki yang dahagakan seks? Mahu dia masuk memalam bilik aku lepastu rogol aku. Tak ke seram?!

"Apa kau ingat aku beli kau sebab nak tolong kau terlepas daripada lelaki-lelaki sangap dekat tempat melacur tadi tu ke?"

Ujar Noah membuatkan Sera terkebil-kebil. Kalau bukan tolong, apa lagi? Mereka berkerja di syarikat yang sama kut? Bukan memang patut dia tolong ke?

"A-apa maksud awak?"

"Tch. Too naive. I bought you so that you could ease my job and be my sins."

Holy cow? Ease his job and be his sins? Apa maksud dia?! Aku tak faham!

•••

Hai shemua. Thanks kepada yang masih setia dengan ff lembab ni. Korang okay ke dengan cerita ni? Idae tahu bosan😔

Oh, btw, watak Poseidon dengan Athena takkan muncul lagi awal-awal ni. Kita fokus dengan Hades n Medusa dulu. So yeah😌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro