Bab 3
Pandangan semua ahli kelas dihiraukan oleh Adalia. Dia datang untuk menuntut ilmu bukan bergaduh.
Syeera dan Aireen memandang Adalia tidak puas hati. Mereka berdendam dengan Adalia. Senang sahaja gadis itu berkawan dengan tiga lelaki itu.
Padahal mereka tahu, tiga orang lelaki itu tidak suka berkawan dengan wanita.
"Ehem, kalau dah kawan dengan lelaki handsome dalam ni jangan lupa berkawan dengan yang lain," sindir Aireen.
Adalia hanya memekakkan telinganya. Dia tidak mahu mengambil tau tentang rakan kelasnya. Cukup menyerabutkan kepala.
Bang!
Pintu kelas ditendang kuat. Adalia memandang ke arah pintu. Ray Haiden menendang pintu tersebut. Rees memandang tajam Ray tetapi dibalas dengan sengihan.
"Sekali lagi kau tendang, aku patahkan kaki kau, Ray," kata Rees dengan dingin.
Ayden sudah ketawa terbahak-bahak. Tidak tahu mengapa keadaan itu sangat lucu dimata Ayden. Ray masamkan wajahnya namun tidak lama senyuman terukir dibibirnya.
"Lama tak nampak kau gelak sambal dendeng Khairul Aming. I'm happy for you," kata Ray dengan ikhlas.
Ayden terus berdehem kecil. Tidak sedar yang dimasih didalam kawasan kelas.
"Apa kau, diamlah Ray," kata Ayden. Ray terus tersenyum nakal.
"Aumss, abang ni kacaklah. Boleh tak nak cubit halkum sikit," kata Ray dengan suara kepitnya. Belum lagi dengan tangannya yang gatal mencari dadanya.
Ayden terus menepis tangan Ray.
Sementara di belakang,
Rees memandang mejanya yang sudah diambil oleh Adalia. Dia berdehem dengan kuat. Adalia memandang wajah Rees.
"Bangun, kau duduk meja sebelah." kata Rees. Adalia menggelengkan kepalanya. Dia sudah selesa duduk di tepi tingkap.
"Saya tak nak, saya nak duduk sini," kata Adalia dengan perlahan. Rees mendengus kecil lalu mengambil tempat disebelah Adalia. Terpaksa beralah dengan gadis itu.
Kerana abang gadis itu.
Ternganga gadis 5 Daisy. Rees tidak suka orang ambil tempat duduknya. Syeera sudah membuat wajah terkejut. Matanya terkebil-kebil melihat senario itu.
Bibirnya diketap kuat. Dia tidak puas hati! Syeera terus bangun dan pergi ke tempat Rees.
Dia menghentakkan tangannya di atas meja. Lukisan Adalia sudah tidak jadi kerana hentakan kuat itu.
"Apa masalah kau perempuan?" soal Adalia menahan marah. Syeera mengerling tajam Adalia.
"Kau yang bermasalah. Kau tu pelajar baru. Kau berambut dari meja ni. Biarkan aku duduk sini. Aku lagi layak duduk sebelah Rees," jerkah Syeera lalu menolak Adalia jatuh.
"Auch."
Rees terus mencerlung ke arah Syeera. Dia terus mendapatkan Adalia yang sudah jatuh.
"Kau ok?" soal Rees dengan lembut. Adalia menggengam penumbuk. Dia terus bangun dan....
BUKK!
Penumbuk sulung Adalia dilayangkan pada Syeera. Dadanya turun naik dengan laju.
"Dua kali aku sakit sebab kau. Sekali lagi kau buat perangai, kubur kau duduk," kata Adalia dengan garang.
Dia terus memandang wajah rakan kelasnya. Dia terus menyandang beg dan berlalu pergi.
"Apa tengok-tengok, nak kena juga ke?" Adalia melangkah keluar dari kelas menuju ke padang. Nak healing katanya.
Ternganga mulut Ray melihat Adalia. Dia memandang Ayden lalu berkata, "Princess bertukar jadi raksasa hijau." Ayden menolak kepala Ray.
"Kepala otak kau."
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
Adalia merenung padang yang luas. Dia mengambil udara yang sedar di hujung padang sekolah. Tenang hidupnya selepas menumbuk Syeera. Sakit kepala dia memikirkan perangai gadis itu.
"Dia fikir dia siapa nak tolak aku, dahlah semalam sebab dia leher aku calar. Nasib mama tak nampak. Perempuan tak guna," bebel Adalia dalam hati.
Adalia bersandar pada pokok yang rendang itu. Dia suka keadaan yang tenang, tidak bising dan menyerabutkan kepala.
Dia lebih suka bersendirian daripada bersama dengan orang lain. Dia mengangkat kepalanya apabila ada yang menegurnya.
"Ratna?" panggil Rees dengan lembut.
Rees sudah memerhatikan gadis itu sejak tadi. Dia hanya menunggu masa untuk menegur sahaja.
"Ye, ada apa? Btw, its Adalia not Ratna." Rees tersenyum nipis melihat wajah Adalia.
"Are you okey?" Adalia mengangguk kepala. Rees menghembuskan nafas lega. Dia mengambil tempat di sebelah kiri Adalia.
"I'm sorry behalf my step sister. Aku tak sangka dia buat macam tu," bohong Rees dengan perlahan. Tidak sanggup dia mahu status sebenar Syeera.
Malu! Dia sungguh malu dengan perangai Syeera yang murah itu. Dia sudah menyampah dengan Syeera. Lihat sahaja apa yang dia akan lakukan.
"It's okey, bukan salah awak. Ada juga salah saya," kata Adalia dengan lembut. Adalia menutup mukanya dari terkena matahari.
Apabila melihat itu, Rees terus mengambil tempat di hadapan Adalia. Menghadap Adalia. Dia menghalang matahari dari wajah Adalia. Makin merah wajah Adalia menahan malu. Dia malu diperhatikan oleh Rees.
"Kami dari jabatan agama Islam. Kami mendapati ada pasangan yang bersekedudukan tanpa ikatan yang sah." Suara yang tidak asing di pendengaran Rees.
Rees sudah mencerlang tajam ke arah Ray. "Kalau kena sepak, sia-sia kau hidup hari ini," marah Rees. Tetapi orang di sebelah Ray mendiamkan diri. Ayden mengetal bibirnya. Dia juga memandang tajam ke arah pasangan itu. Adalia yang tidak selesa itu terus mengalihkan tubuhnya, pandangan Ayden bagaikan ingin membunuhnya.
"Apa kau buat Ree?" soal Ayden dengan dingin. Rees memandang Ayden.
"What did I do? I do nothing," kata Rees dengan wajah tidak bersalahnya.
Ray yang merasakan suasana yang mulai dingin. Dia berjalan ke tepi pagar sekolah. Matanya bersinar apabila melihat seorang makcik berjalan di tepi pagar itu.
"Kak, karipap 2 ringgit," jerit Ray pada makcik yang lalu dihadapan sekolah. Terkejut makcik itu mendengar suara Ray yabg berada disebelahnya.
Hanya dipisahkan dengan pagar sekolah.
"Maaf dik, cik tak jual karipap. Ni barang nak masak makan tengahari dik bukan karipap," kata makcik itu.
Ayden terus menuju ke arah Ray dan menolak Ray duduk disebelah Rees. Dia tersenyum malu melihat kelakuan Ray.
"Maaf cik, kawan saya ni ada sakit pagi tadi lupa makan ubat, biasalah orang tak ingatkan dia tak makan," kata Ayden dengan ramah. Makcik itu terus berjalan dengan laju. Takut!
Selepas sahaja mak cik itu berlalu, Ayden terus menarik rambut Ray.
"Cuba satu hari jangan buat masalah Ray!" marah Ayden. Ray terus menarik wajah. Dia tersenyum.
"Sorry Deden. Janji lepas ni buat lagi," kata Ray lalu berlari.
"Kau jangan nak buat hal Ray Haiden." Ayden terus mengejar Ray.
"Arghh!! Liaa, tolong saya. Ada raksasa pink kejar I."
"Kepala otak kau raksasa pink. Jangan sampai aku pijak kepala kau eh Ray."
Adalia tertawa melihat mereka yang berkejaran. Hilang segala masalahnya.
Rees memerhati Adalia dalam diam. Dia menarik senyuman nipis melihat Adalia yang bahagia.
Teringat perjanjian antara dia dan Adrith.
"Kerja kau mudah je, jaga adik aku dari ancaman musuh aku ni." Berkerut dahi Rees. Adrith hanya tertawa kecil.
"I'm a business man, Rees. Musuh aku ramai. Tak dapat aku, dia target adik aku," ujar Adrith.
"Kalau aku gagal jaga adik kau?" soal Rees. Adrith memandang Rees.
"Kau pernah gagal ke?" Rees mengetap bibirnya.
"Aku tak perlukan duit tapi aku nak kau cari siapa parents aku. Parents aku yang sebenar." Adrith tersenyum.
"As you wish," ujar Adrith. Kemudiannya, dia mengambil telefon bimbitnya dan ....
Ka-ching..
RM 500,000
"First payment."
"Argh! Baby Ree, tolong! Ada raksasa pink kejar aku!!" Suara ketawa Adalia membuatkan Rees tersenyum.
"I'll be happy if you're the reason of my happiness."
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
Syeera menuam bibirnya didalam kelas. Sengaja dia buat begitu untuk mengambil simpati guru- guru.
"Bangun kelas. Selamat pagi semua," kata Cikgu Ayesha.
"Selamat pagi cikgu."
Syeera sengaja berdesis kesakitan. Tapi sayang, cikgu tidak memandangnya. Dia sudah menayangkan wajah menyampah.
"Saya dengar ada pelajar baru masuk. Mari ke hadapan dan sila perkenalan diri anda," ucap cikgu Ayesha.
Adalia menapak kehadapan. Syeera menyampah dengan Adalia yang sedang tersenyum pada semua.
"Hi, nama saya Adalia Ratna binti—" Belum sempat Adalia menghabiskan namanya, Syeera sudah mencelah.
"Ala, mesti anak orang miskin. Datang sini untuk cari lelaki kaya tanggung dia. Dasar pelacur," sinis Syeera.
Adalia hanya tersenyum sahaja. Dia tidak mahu menumbuk gadis itu buat kali kedua.
"Syeera, boleh awak diam? Saya nak dengar dia bercakap. Bukan awak," sindir cikgu Ayesha.
"Adalia boleh teruskan."
"Saya Adalia Ratna binti Asher Ruth. Saya berpindah dari Internasional Swift," kata Adalia dengan senyuman manis.
Ternganga mulut rakan kelasnya. Seorang gadis berkaca mata mengangkat tangan. Cikgu Ayesha mengangkat kening.
"Kenapa awak pindah dari Internasional Swift? soal Nara. Adalia tersengih.
"Privacy." jawab Adalia dengan singkat.
Nara mengangguk perlahan. Lelaki dihadapannya pula mengangkat tangan.
"Cik Adalia yang manis sudah berpunya ke?" soal Jayyan dengan nada buaya.
"Single but not available."
"Melepaslah saya nak jadi menantu Tuan Asher," kata Adam.
"Takkan ada kesempatan punya," gurau Adalia. Pelajar perempuan membuat wajah yang menjengkelkan.
Tapi ada dia kisah? Tak!
Syeera memerhati rakan kelasnya. Dia mengetap bibirnya. Benci!!! Dia menyalurkan rasa kebencian pada semua rakan kelasnya..
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Waktu rehat,
Syeera, Aireen dan Danisha tersenyum apabila melihat Adalia sedang makan seorang diri. Mereka mengangguk kepala sambil tersenyum jahat.
Syeera mengambil tempat di sebelah kiri manakala Aireen di sebelah kanan. "Aku tengok muka kau, tak adalah cantik sangat. Kalau nak dibandingkan dengan aku, aku lagi cantik," kata Syeera dengan tawa gedik.
Adalia masih memekakkan telinga dan sambung makan mee hoon gorengnya. Malas layan manusia terencat akal.
Syeera mengetap bibirnya menahan geram. Adalia tidak menghiraukan dia. Dia memberi isyarat mata pada Aireen untuk menyambung.
"Kau nak tah—"
"Taknak, aku nak makan," kata Adalia ketika mulutnya dipenuhi dengan mee hoon goreng.
Aireen mendengus mendengar respon Adalia. Mereka datang ke sini untuk menyakitkan hati Adalia tapi dia pula sakit hati.
Bersinar mata Aireen dan Syeera melihat 'barang' yang dibawa oleh Danisha. Aireen membisikkan sesuatu di telinga Adalia.
"Makan cepat kejap lagi aku dengan Syeera nak bagi kejutan untuk kau." Namun Adalia hanya membiarkan mereka. Dah kata! Dia malas layan manusia terencat akal.
"Ready!"
"1"
"2"
"3"
BUSH!
Tubuh Adalia kini basah dipenuhi dengan sampah sarap. Dadanya turun naik menahan malu dan amarah. Matanya memandang tajam ke arah Syeera, Aireen dan Danisha.
"Padan muka kau perempuan murah! Rasakan kejutan dari kami. Sedap kan?" sindir Syeera. Adalia yang ingin balas itu menundukkan kepalanya apabil Cikgu disiplin lalu dihadapan mereka.
Syeera yang berang terus mengambil bungkusan nasi lemak kepunyaan meja sebelah. Dia menonyoh nasi lemak itu diatas kepala Adalia.
"SYEERA ALIESAA!" jerkah cikgu disiplin itu. Pucat lesi wajah mereka bertiga.
"Kamu bertiga, bilik disiplin!"
Puas hati Adalia melihat wajah pucat mereka. Syeera, Aireen dan Danisha menunduk sahaja. Kantoi membuli ye, kantoi bawa makeup boleh dibincangkan lagi. Ini kes buli dan bukti sudah terpampang di depan mata.
"Saya tanya ni! Kenapa kamu tuang air longkang dan isi tong sampah dekat murid baru ni?" soal cikgu disiplin dengan mengetuk rotan di atas meja.
Tergagap-gagap mereka ingin menjawab. Cikgu Fadhli memandang tubuh Adalia dan memandang mereka.
"Minta maaf, lepas itu pergi cuci semua tandas dalam setiap bangunan. Denda awak mula esok. Hari ini awak akan duduk dalam ini. Menulis "SAY NO TO BULLY" 300 kali," ujar cikgu Fadhli. Malas ingin menunggu jawapan.
Syeera, Aireen dan Danisha hanya menjeling Adalia. Senyuman Adalia membuatkan mereka geram.
"Minta maaf!" Teehenjut bahu mereka apabila mendengar jerkahan cikgu Fadhli.
"Kami minta maaf, Adalia. Kami janji kami takkan membuli kau lagi," ujar mereka serentak. Adalia mengangguk kepala.
"Urm... cikgu.... Baju saya?" soal Adalia. Cikgu Fadhli menepuk dahi. Lupa!
"Awak boleh minta pada cikgu Rasha." Adalia menundukkan tubuhnya sedikit lalu keluar dari bilik itu. Senyuman jahat pula ditayangkan oleh Adalia.
"Padan muka! Puas hati aku."
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
Rees terus menuju ke arah Adalia. Dia membelek-belek tubuh gadis itu. Naik pening Adalia.
Mana tak pening, dipusingkan kiri kanan. Ray menepis tangan Rees. "Haram!" Dia duduk di kerusi Rees dan mengusap pipi kanan Adalia.
"Kepala otak kau!" Rees menepis tangan Ray dan menolak Ray ke tepi.
"Kau okey?" soal Rees dengan prihatin. Adalia mengangguk.
"Betul ni? Kalau kau tak okey, aku pergi bantai si Syrek tu," ujar Rees. Ray pula mengangguk kepala sehingga pening. Ayden hanya mendiamkan diri.
"Saya okey je! Don't worry!" kata Adalia dengan senyuman manis. Tergamam Rees, kelemahan dia.....
"Rees?" panggil Adalia.
"Ye, saya."
"Cikgu dah masuk." Semu mata sekarang menuju ke arah mereka. Tetapi ada satu mata yang melihat dengan mata yang tajam.
"Kau takkan bahagia Adalia. Kau akan terus menderita. Kau dah ganggu kerja aku!"
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
Rees memasuki ruangan kerja Tengku Razaleigh Hamzah. Dia ingin mengambil fail di dalam laci atas arahan Hamzah sendiri.
Laci pertama dibuka dan diperiksa. Tiada fail yang dia inginkan. Tetapi dia tertarik untuk melihat fail berwarna hitam itu.
Tangannya gatal untuk membuka fail itu. Rees membuka fail hitam itu. Dia mengeluarkan surat seperti sijil lahir.
Terkedu Rees melihat sijil itu.
"Sijil kelahiran..."
'Rees Andree bin....."
Ayah kandungnya! Rees tertawa sinis. Air matanya sudah mengalir keluar. Ayahnya adalah orang yang dia kenal. Malahan, orang yang rapat dengannya.
Pintu pejabat Tengku Razaleigh Hamzah terbuka. Kelihatan Tengku Razaleigh Hamzah sedang menahan amarah. Mungkin sudah kantoi?
"Am I fool?" soal Rees dengan dingin. Sungguh sakit hatinya dipermainkan seperti ini.
17 Tahun dia dipermainkan, dia ditipu.
"Sekarang kau dah tahu siapa keluarga kau? Hahaha, kau tahu aku puas hati dah pisahkan kau dengan keluarga kau," kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil tertawa besar.
"Kau tahu lepas je kau hilang, mak kau jadi gila. Aku suka lihat dia terseksa macam tu," sambung Tengku Razaleigh Hamzah.
"Apa dosa ibu ayah aku sampai kau seksa mereka seperti ini?" soal Rees dengan bibirnya diketap kuat.
"Simple, sebab mak kau tolak pinangan aku. Padahal waktu tu, aku lebih kaya dari bapa kau yang boleh tu," marah Tengku Razaleigh Hamzah.
Rees tersenyum sinis.
"Memang patut mak aku tak terima kau. Dasar sampah," Terteleng pipi Rees ditampar oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Rees tertawa kecil sambil meludahkan darah yang mengalir.
"Aku akan hancurkan mak kau dalam masa terdekat ni," kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil tertawa sinis.
"Dan aku takkan benarkan benda ini berlaku," kata Rees dengan garang.
Tengku Razaleigh Hamzah tertawa besar. Dia memegang perutnya menandakan perutnya senak akibat gelak terlalu banyak.
"Kau mampu buat apa? Seni pertahanan kau pun tak berguna untuk selamatkan mak angkat kau dulu," sindir Tengku Razaleigh Hamzah.
Rees memandang atas. Dia bangun dari duduknya.
"Jangan. Pernah. Pandang. Rendah. Pada. Aku. Hamzah. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia selepas kau hancurkan mak aku," kata Rees.
"Try me Hamzah. Kau sentuh mak aku, kepala kau pecah," bisik Rees pada Tengku Razaleigh Hamzah.
Dia terus meninggalkan bilik pejabat itu. Dia memegang sijil kelahiran itu dengan erat. Semua pakaian dikemas, dia mahu keluar!
Takkan dia tinggalkan jejak sedikit pun.
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
Company R'A
Rees berjalan masuk ke syarikat miliknya. Terpaksa dianturun padang untuk menguruskan segalanya. Memandangkan personal assistant dia mengambil cuti.
BAM!
Rees terlanggar wanita yang agak berusia. Tetapi wanita itu tidak menampakkan tanda-tanda dia sudah berusia.
"Maafkan saya makcik. Saya tidak sengaja," kata Rees sambil menolong wanita itu bangun.
Wanita itu mengangkat kepalanya untuk meminta maaf juga. Dia menatap wajah wanita tua itu. Wajah Rees itu terus berubah.
Wanita mengamati wajah itu. Dia sepertinya pernah lihat gambar ini. Mata Rees terus membulat apabila mengingati wajah itu.
"Ibu." bisik hati Rees. Dia tidak mampu mengungkapkan perkataan itu. Ya Allah, rindu.
"Dik..." panggil wanita itu. Ress terus mengelap air mata yang tumpah.
"Maaf ye cik, saya tak perasan." Senyuman ikhlas ditayangkan pada wanita itu.
"Eh, tak apa! Cik okey je," kata wanita itu dan dia memanggil suaminya untuk datang ke mari.
"Eh sayang, siapa ni?" soal suami dengan nada dingin.
"Tadi sayang terlanggar dia abang." Sang suami hanya mendiam sahaja.
"Cik pergi dulu ye," pamit wanita itu bersama sang suami.
Air mata Rees tidak boleh ditahan. Air mata rindu mengalir membasahi pipi Rees.
"Hello, Rin. Hari ini i tak masuk office."
︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "
"Ray, nak pergi mana?" soal Puan Rina. Ray tersenyum kecil. Ibu angkatnya sejak kecil.
"Ray nak keluar. Malam ini Ray tak balik. Ibu kunci pintu tau," ujar Ray.
"Selalu betul tak balik! Awas ye kalau Ray buat benda yang tak elok. Ibu cubit pinggang tu!" Ray tergelak mendengar bebelan ibu angkatnya.
"Iya ibu, Ray tak buat benda yang tak elok." Ray menundukkan tubuhnya lalu keluar dari rumah.
Gauman motor Kawasaki Z800 berdesup laju memasuki jalan raya.
Ray menikmati suasana di pantai Morib. Dia melepaskan keluhannya di pantai. Inilah rumah keduanya.
Pantai.
Tempat yang selamat untuk dia meluahkan segala isi hatinya. Esakan mulai kedengaran. Dia penat!
Suara-suara didalam kepalanya sentiasa berulang. Ray lelah untuk mengusir keluar suara itu.
"Anak pelacur."
"Anak haram."
"Anak wanita malam."
Kata-kata yang dilontarkan oleh orang pada dirinya kini menjadi salah satu kelemahannya. Ray menangis teresak-esak.
"Mama, kenapa tinggalkan Ray. Ray rasa nak mati mama.... Sakit mama dihina..."
"Ibu, kenapa nasib Ray macam ni," luah Ray dengan sedu sedan.
Hampir 1 jam, Ray menghabiskan masanya di pantai. Dia terus bergerak ke Selangor, rumah R'A.
Isi kepala Ray terus menekan Ray untuk menjadi manusia yang jahat.
"Maafkan Ray ibu, Ray tak mampu jadi anak yang baik untuk ibu."
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro