Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

REES masuk ke dalam mansion milik 'keluarga'nya. Kelihatan Syeera sedang mengadukan hal disekolah tadi.

"Tak puas lagi rupanya kau kena tampar dengan kakak," kata Rees sambil menyandarkan tubuhnya.

Baju yang dipakai oleh Syeera dipandang. Dia hanya memakai baju separa pusat. Seluar pendek separas peha.

Rees akui yang Syeera memang seksi. Dia hanya memandang kosong terhadap Syeera yang teruja melihat dirinya.

"Kenapa kakak kau tampar Syeera?" tengking Tengku Razaleigh Hamzah .

Rees tidak terkesan dengan tengkingan ayahnya. Dia makin serabut iya.

"Can you just talk it slowly? Aku rasa dulu atuk tak bagi kau makan speaker." kata Rees dengan santai.

Kurang ajar? Tidak, itu semua adalah ajaran Tengku Razaleigh Hamzah juga. Dia hanya mengikuti sahaja rentak ayahnya.

"Kurang ajar, mak kau tak ajar kau ke?" sinis sahaja nada Tengku Razaleigh Hamzah.

Rees menghembuskan nafasnya. Dia perlu ajar jantan tua ni.

Rees melangkah ke hadapan Tengku Razaleigh Hamzah. Dia tersenyum sinis melihat dada Tengku Razaleigh Hamzah turun naik. Amarah lelaki tua itu.

"Cuba kau cermin diri, aku tak jumpa ibu aku sepanjang aku hidup. Macam mana aku nak tahu cara ajaran dia," kata Rees dengan sinis.

"Oh yeah, kau lupa ke yang kau berdiri gah macam ni sebabkan ibu aku. Dasar jantan tak sedar diri," sindir Rees lagi.

Tengku Razaleigh Hamzah mengangkat tangan dan melayangkan tamparan kuat pada Rees.

PANG!

Tergamam Syeera disitu. Dia tidak sangka Tengku Razaleigh Hamzah ini baran.

Rees membuang darah yang mengalirkan di pipi. Dia memandang Tengku Razaleigh Hamzah.

"Ini je yang kau mampu? Kau jangan lupa Tengku Razaleigh Hamzah kau yang bunuh ibu aku," kata Rees dengan mata merah.

"Kau. Pembunuh. Kau bunuh ibu aku," Rees sudah menggengam penumbuk. Dadanya turun naik dengan laju.

Rees terus berlalu pergi. Dia berhenti di hadapan pintu dan membukanya.

"Satu hari nanti, kau akan jatuh terduduk Tengku Razaleigh Hamzah. Masa itu aku akan pastikan kau melutut depan aku," kata Rees sebelum menghempas pintu.

Tengku Razaleigh Hamzah terus menumbuk kerusi.

"Arghh!"

Syeera terus berlalu ke bilik miliknya. Dia takut akan amarah lelaki tua itu.

Tengku Razaleigh Hamzah mengetap bibirnya.

"Kau tunggu Rees, aku akan pastikan hidup kau tak tenang. Kau takkan pernah tahu siapa sebenarnya mak bapa kau," kata Tengku Razaleigh Hamzah dengan penuh dendam.

                       ︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "

"I'm home!" kata Adalia dengan riang. Dia memasuki dengan jarinya yang berbalut dengan Aid Plaster bercorak Barbie.

Puan Adara Rana keluar dari dapur dan memeluk Adalia. Rindu dengan anak bongsunya. Biasanya dia ada menemani Puan Adara tetapi dia sudah masuk sekolah untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.

Puan Adara meleraikan pelukan mereka. Sungguh cantik anak gadisnya.

Puan Adara perasan jari manis anaknya yang berbalut Aid Plaster itu.

Dia terus menjerit.

"Adik! Siapa yang buat adik sampai kena letak Aid Plaster?" jerit Puan Adara.

Dua jejaka menuruni tangga dengan laju. Seorang lagi menggunakan lif untuk turun ke bawah.

"Mama! kenapa mama jerit? Sampai ke tingkat atas dengar." Soal Adrith Ruth, abang sulung Adalia.

Adam mengangguk kepalanya laju. Andika yang baru sahaja tiba menolak kepala Adam.

"Serabut lah aku." kata Andika dengan tenang. Adam memasamkan mukanya.

Adalia tertawa kecil melihat gelagat abangnya. Adam terus melompat ke Adalia.

"Adik abang! Lama tak jumpa. Abang Adam rindu," kata Adam dengan nada yang gedik. Andika sudah menjulingkan matanya.

Bukan dia tidak tahu, betapa gediknya adik kembar dia.

"Tak payah nak lama sangat. Kau baru tak jumpa dia 10 jam. Selama ni dia ada kat rumah, kau juga yang pulaukan dia," kata Adrith dengan nada yang menjengkelkan.

Adam sudah memalingkan mukanya. Muncung sedepa dikeluarkan oleh Adam. Adrith hanya memandang kosong. Bukan salah dia, dia hanya menyatakan fakta saja.

Adrith kemudiannya terpandang jari Adalia. Dia terus menarik jari Adalia. Dia memandang wajah Adalia.

"Who did it to you? soal Adrith dengan nada cemas. Adalia hanya diam sahaja. Adrith mengangkat keningnya.

"Along tanya ni, siapa buat ni?"

"Lia tak kenal dia," kata Adalia dengan perlahan. Adrith menggeleng kepalanya.

Adrith terus menarik Adalia mendekati dirinya. Dia mengambil jari adiknya yang berbalut itu. Dia terus mengucup jari itu dengan lembut.

"Get well soon baby," kata Adrith lalu mengusap kepala Adalia. Pipi Adalia sudah memerah, walaupun itu abangnya tetap dia blushing.

Andika menayangkan wajah kosong di hadapan Adalia. Dia terus mengusap lembut lelangit Adalia.

"Naik atas, kejap lagi turun makan," kata Andika dengan lembut. Dia memberi lalu kepada adiknya. Puan Adara menayangkan senyuman nipis. Andika membalas senyuman itu.

Puan Adara kembali ke dapur. Adam? Dari tadi dah gerak, katanya "Aku merajuk dengan Dika." Andika membiarkan saja. Ikut mu Adam.

Andika membuka pintu garden keluarganya. Lebih tepat lagi, Puan Adara. Dia mengambil tempat dan mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. Dia mendial nombor penjaga Adalia.

"Siapa nama perempuan tu?"soal Andika drngan tegas.

"Danisha Arabella, anak Dato' Danny yang berhutang dengan keluarga bos."

"Pastikan dia minta maaf pada adik aku esok," kata Andika lalu telefon itu dimatikan.

Andika santai saja, bukan dia yang buat kerja itu semua.

"Poor you baby, abang balas dendam sikit je untuk baby. Abang janji, sikit je abang buat."

                        ︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "

Keluarga Ruth sudah berkumpul di dewan makan. Tuan Asher Ruth memandang wajah anaknya satu satu. Rindu dengan anak anaknya.

"Papa, jangan pandang Adam macam tu. Adam malu," kata Adam dengan gedik. Tuan Asher sudah menjulingkan matanya.

"Tak payah gedik sangat. Papa rindu dekat semua. Bukan kau je, dasar anak pungut," kata Adrith dengan niat ingin bergurau. Adam menunjukkan jari tengah pada Adrith.

"Hand down, Adam Ruth!" Kata Tuan Asher Ruth dengan tegas. Adrith sudah bantai gelak. Andika tersenyum.

Tuan Asher melihat Adalia yang termenung. Dia memandang anak lelakinya dan mengangkat kening. Belum sempat Adrith ingin membuka mulut, Andika sudah mencelah.

"Papa, lepas ni Andika ada nak cakap something dengan papa. Also, Adrith and Adam," kata Andika sambil memberi isyarat mata pada Adam.

Adam terus menepuk perlahan bahu Adalia. Tersentak Adalia dengan sentuhan Adam. Dia tersenyum janggal.

"Princess papa, kenapa termenung? Princess ada masalah ke?" soal Tuan Asher dengan lembut. Adalia menggelengkan kepalanya.

"Lia okey. Tak ada apa apa pun cuma penat pusing sekolah tadi," kata Adalia dengan senyuman di bibir.

Tuan Asher Ruth tersenyum tetapi dia memandang kembali anak lelakinya. Dia mengangguk. Andika terus bangun dan berlalu pergi.

"kenapa abang Dika tak makan sekali?" soal Adalia dengan wajah polos. Adrith suka melihat adiknya.

Pipi yang tembam, mata bulat berwarna hitam pekat, buku mata yang lentik, bibir yang seksi.

"Dika ada kerja, takpe princess makan dulu. Kejap lagi dia datang makan sekali," kata Tuan Asher.

Adalia mengangguk kepalanya. Hidangan dihadapan matanya lebih menarik hatinya.

                        ︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "

Tuan Asher sudah berada dalam bilik pejabatnya. Anak lelakinya sudah bersusun di hadapan mejanya.

"Ada apa panggil berkumpul?" soal Tuan Asher dengan tenang.

"DoubleV. Diorang 'usha' adik masa sekolah," kata Andika sambil mengeluarkan gambar beberapa orang memerhatikan adiknya.

Tuan Asher sudah mengurut kepalanya. Dia sudah pening, tidak sampai 24 jam dia membiarkan anaknya keluar dari rumah, sudah ada yang memerhati.

"Papa jangan risau, Rith ada kenal dengan budak yang boleh jaga adik," sampuk Adrith. Semua mata memandang ke arahnya sekarang.

"Siapa?" soal Tuan Asher. Adrith tersenyum.

"Meh Rith bisik kat semua, dekat sikit." kata Rith.

Semua sudah menundukkan kepalanya.

"Tak boleh reveal sini nanti readers tahu siapa yang jaga adik," kata Adrith. Semua tersenyum setuju.

"Papa pun kenal dia. Boleh juga, pandai Rith." Kembang hidung Rith dipuji.

"Dia boleh dipercayai?" tanya Adam dengan tiba tiba. Dia mempunyai trust issues yang tinggi ye.

"What do you mean Adam?" soal Tuan Asher. Adam menghelakan nafas. Dia memandang semua yang berada dalam bilik pejabatnya Tuan Asher.

"Adam tanya dia boleh dipercayai ke? Aku takkan lepaskan adik bawa jagaan orang yang aku tak kenal," kata Adam dengan serius.

Adam mempunyai trauma yang besar dengan orang luar. Luaran dia memang nampak gedik tetapi dirinya tidak mudah lupa tentang kejadian yang menimpa dirinya.

"Don't worry, papa kenal dia. Dia memang boleh dipercayai," kata Tuan Asher sambil menepuk bahu Adam.

Adam terus menolak lidah ke tepi dinding mulutnya. Dia masih tidak terima lagi.

"Just follow the flow, aku tak tinggalkan adik macam itu je. Anak buah aku masih lagi perhatikan adik. Jangan takut sangat Adam," kata Andika.

Adam terus bangun dan meninggalkan bilik pejabat Tuan Asher. Semua hanya mampu melihat sahaja.

"Biar dia, pandailah Dika pujuk dia."

                      ︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "

Adalia merenung keindahan alam. Dia suka akan suasana yang tenang. Dia sedang duduk di balkoni biliknya.

Tempat belajar, tempat dia meluah perasaan, tempat untuk dia mengembalikan semangatnya yang telah pudar.

Adalia mengeluh. Dia risau akan keadaan sekolahnya. Dia tahu ramai yang tidak menyukainya walaupun baru satu hari dia masuk sekolah.

"Amboi, tak sampai satu hari sekolah dah mengeluh macam tu," kata Adam sambil mendekati Adalia. Dia terus cium lelangit Adalia dan duduk di kerusi sebelah.

"Mind to share with me, bubu?" soal Adam. Adalia hanya tersenyum nipis lalu menggelengkan kepala. Adam tersenyum kecil. Dia faham dengan perangai adiknya, suka memendam masalah.

"Bubu, you want to know something?" soal Adam?

"Nak!" kata Adalia dengan semangat.

"Maybe this is a little confession from me to you."

"Maybe we're not close each other, but I just want you to know that I really love you bubu. You're the only one my baby sister. I always be there for you when you need me. Find me if you want to talk. I will lend you my shoulder," kata Adam dengan ikhlas.

Dia tidak mahu adiknya selalu berada dalam keadaan tertekan.

Air mata sudah bertakung di bawah kelopak mata Adalia. Dia tidak sangka abangnya akan membuat pengakuan secara langsung. Dia tahu Adam bukan seorang yang sweet seperti ini.

"Abang Adam, Adalia terharu dengan abang Adam. Adalia nak menangis. Adalia harap abang jumpa jodoh yang boleh faham abang macam mana abang faham Adalia. You're the best brother in this world. You deserve this world, abang Adam," kata Adalia sambil menahan air mata dari jatuh.

Dia tidak mahu membebani Adam lagi. Adam mempunyai 1001 masalah yang terkubur di kepala.

Adam terus memeluk Adalia. Air mata jantannya terus mengalir. Dia tidak layak untuk menemui jodoh yang baik. Dia orang jahat!

Andika yang mahu masuk bilik Adalia melihat senario itu. Dia terus bersandar pada dinding bilik Adalia. Dia perlahan lahan menutup pintu bilik Adalia.

"Adam deserve better than this world."

                       ︿︿،، ♡ ⏧·₊̣̇. "

Rees menghembuskan asap rokok. Dia menunggu seseorang yang ingin bertemu dengannya.

Vroom.

Ducati Panigale V4 milik Adrith Ruth berhenti di hadapan Rees. Helmet Zeus dibuka dan rambut kibas.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Rees. Adrith tersenyum senget.

"Jaga adik aku."

"Aku bukan pekerja kau lagi," balas Rees sambil bermain dengan pisau rambo. Entah bila dia keluarkan pisau itu.

"200 Ribu." Rees mengerutkan dahinya. Ingat dia tak ada duit sendiri ke?

"Aku—"

"500 Ribu. Lepas habis kerja, aku tambah lagi 500 Ribu," kata Adrith lalu mengambil rokok di tangan Rees.

Rees tertawa sinis. Dia bermain dengan rambutnya. "Kau ingat kau boleh beli aku dengan duit? Tch."

"Kau perlukan duit Rees, dunia sekarang takkan pandang kau kalau kau miskin. Right now, money rules the world. Tak ada duit? Kau akan dihina," kata Adrith.

Kemudiannya, Adrith bisik sesuatu kepada Rees sehingga wajah Rees bertukar menjadi bengis.

"Tawaran aku valid selamanya. Kalau kau rasa kau nak, jumpa aku dekat tempat biasa. Aku gerak dulu," sambung Adrith. Ducati Panigale V4 milik Adrith memecut laju menjauh dari Rees.

Rees menendang tayar keretanya. Dadanya turun naik menahan amarah. Teringat bisikan Adrith pada dia tadi.

"...kau perlukan duit untuk cari mak bapa kau Rees. Kau takde duit, kau akan tersepit selamanya dengan Tengku tak guna tu."

Rees menggenggam penumbuk. Dia masih tersepit antara duit dan keselamatan orang sekelilingnya.

Imbas kembali....

Tengku Razaleigh Hamzah memandang sinis tubuh Rees yang diseksa. Wajahnya lebam, bibirnya berdarah.

"Jangan pernah ganggu kerja aku, Rees Andree. Kau cuma budak mentah yang lemah," kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil tertawa sinis. 

"Hahahaha.... kau yang lemah... kau kuat sebab anak buah kau... kalau bukan mereka yang pukul aku, mungkin kau yang terlantar di hospital..." Tersekat-sekat suara Rees.

Tengku Razaleigh Hamzah berubah menjadi bengis. Dia tidak boleh terima kenyataan.

"Diam! Kau diam budak mentah. Kau buka mulut lagi sekali, kakak kau jadi mangsa pula." Rees tersenyum sinis.

"Pukul dia."

Imbas kembali tamat.

Di sisi lain,

Phantom tersenyum melihat wajah kesal Rees. Dia suka melihat Rees dalam kesusahan.

"New victim, i guess." Phantom memerhatikan gelagat Rees melalui rakaman yang dibuat oleh anak buahnya.

"Kau terlalu polos Rees, biar aku ambil alih kerja kau. Aku akan jadi bayangan kau, Rees Andree." Phantom mengukirkan senyuman.

"Eagle, Eye, dalam masa 3 bulan aku akan masuk Fleurgreec. Pastikan tak ada lalang yang ganggu kerja aku," kata Phantom.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro