Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

final | the last sacrifice.

"Joon, maafkan saya. Saya gagal jaga appa awak dengan baik. Saya minta maaf." berkali-kali Yeonha menuturkan kata-kata maaf. Air mata gadis itu mengalir laju membasahi pipi.

"Kenapa dengan appa saya, Yeon? Dia kat mana sekarang?" suara Namjoon kedengaran terdesak sekali. Dia cuma mahu tahu di mana keberadaan insan yang tersayang itu. Namun, melihat Yeonha yang tidak berhenti menangis membuatkan dia sudah tidak boleh menunggu lama lagi.

Akhirnya, dia memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah Yeonha kerana beranggapan bapanya berada di situ. Tetapi, pergerakkannya terhenti apabila dihalang oleh Yeonha. Teman wanitanya menarik hujung fabrik baju milik Namjoon dengan lemah. "Mari ikut saya ke dataran." ujar Yeonha perlahan. Tangisan di bibirnya sudah tidak kedengaran lagi.

"Kenapa kita perlu ke dataran pula? Saya nak jumpa-" kata-katanya terhenti apabila Yeonha tiba-tiba menaikkan suaranya. "Ikut saja saya sekarang!"

Itu membuatkan Namjoon terkelu. Dia tidak pernah melihat teman wanitanya menaikkan suara seperti itu. Sememangnya, apa yang telah terjadi? Baru sebentar tadi dia melihat gadis itu menangis dan sekarang Yeonha memarahinya pula.

Diteliti wajah teman wanitanya seketika. Raut wajah gadis itu seperti menunjukkan rasa sedih dan kesal. Kenapa gadis di hadapannya ini kelihatan begitu lain sekali? Apa yang telah terjadi?

Yeonha mengusap mukanya sambil mengeluh berat. "Maaf, Joon. Appa awak ada di sana. Ikut saya, ya?" kali ini Yeonha cuba memujuk Namjoon. Pandangannya kian lembut.

Walaupun Namjoon masih tidak faham dengan apa yang berlaku, dia hanya turuti sahaja. Ianya tidak masuk akal untuk bapanya berada di dataran kerana bapanya tidak boleh berjalan. Mungkin juga bapanya dibantu oleh orang kampung. Tetapi baru sebentar tadi Yeonha mengatakan bapanya sedang tenat. Jadi, mana satu yang benar?

"Joon." sedar tidak sedar, rupa-rupanya mereka telah sampai di dataran. Bebola mata Namjoon serta-merta meliar mencari figura bapanya.

Dunia seolah-olah berhenti sejenak saat matanya disajikan dengan situasi yang sukar digambarkan. Sungguh tak disangka bahawa perkara ini akan terjadi. Kelihatan bapanya terikat pada sebatang kayu dan sedang dibakar hidup-hidup.

Tubuh tua yang rapuh itu kelihatan penuh dengan luka-luka, kulitnya kian memerah dan semakin melecur. Remuk hati Namjoon melihat insan tersayang dilakukan sedemikian rupa. "Apa semua ni? Lepaskan dia!" percubaannya untuk berlari ke arah bapanya gagal apabila terdapat dua orang individu yang menahan dirinya.

"Lihatlah, Kim Namjoon. Ini adalah balasan untuk kamu kerana mengingkari arahan Dewa Rion!" teriakan suara Father memenuhi segenap dataran pada malam itu. Orang ramai yang sedang berkerumun, memberikan laluan kepada figura suci itu untuk berjalan ke arah Namjoon.

"Apa yang kamu dah lakukan, Namjoon?" suara lelaki itu kedengaran melembut. Namjoon sungguh jelik dengan sikap kepura-puraan lelaki tua itu. Menyorok di sebalik topeng, membuatkan semua orang percaya dan turuti sahaja kehendaknya.

"Disebabkan perbuatan yang mementingkan diri sendiri itu, bapa kamu perlu menanggung dosa yang kamu lakukan. Dia perlu dibakar hidup-hidup bagi menghapuskan dosa kamu."

"Kau memang gila! Lepaskan appa aku sekarang! Lepaskan dia!" jerit Namjoon sepenuh hati. Dia cuba untuk melepaskan diri daripada pegangan dua orang itu tetapi gagal. Pegangan mereka terlalu kuat.

Father perlahan-lahan mengangkat tangannya dan mengusap bahu Namjoon, seolah-olah ingin menenangkannya. "Kamu anak yang suci, tidak boleh dikotori dosa walaupun sekecil zarah. Kamu adalah anugerah daripada Dewa Rion." kata-kata lelaki itu membuatkan Namjoon menjerit sekesal-kesalnya.

Api semakin marak membakar tubuh bapanya. Pada saat ini, dia tidak berdaya melakukan apa-apa. Namjoon hanya mampu melihat tubuh bapanya dimamah api yang marak dengan perasaan yang berkecamuk. Berkali-kali dia melontarkan kata-kata kesat sebelum dirinya terkulai lemah tidak sedarkan diri.

Setelah Namjoon kembali sedar, dia terkejut mendapati dirinya berada di hadapan khalayak penduduk kampung. Wajahnya tertunduk, memerhatikan tubuhnya yang terikat, serupa dengan bapanya tadi. Namun, kali ini dia diikat dalam posisi duduk yang membatasi gerakan bebasnya.

Pada tubuhnya kini dipakaikan dengan pakaian rasmi bagi upacara penyembelihan iaitu kemeja dan kot berwarna putih. Terlintas seketika layar tragis yang menimpa bapanya sebentar tadi. Tubuhnya menggigil, rasa ingin meratap dan meraung dalam dirinya semakin kuat.

"Upacara bermula sebentar lagi. Awak bertenang, ya?" kata-kata seseorang yang amat dikenalinya itu membuatkan Namjoon serta-merta menoleh. Ternyata, individu di sebelahnya itu adalah Min Yeonha, teman wanitanya. Yeonha berpakaian gaun putih bersih, pakaian rasmi yang selalu dipakai oleh korban wanita.

"Yeon?" wajah teman wanitanya diteliti. Gadis itu kelihatan tenang dengan senyuman terukir di bibirnya. Bibirnya mungkin sedang mengukirkan senyuman namun ekspresi wajahnya terlihat kosong.

Namjoon langsung tidak mengerti sama sekali dengan apa yang terjadi. Apabila difikirkan semula, tempat itu sepatutnya diduduki oleh Bae Jungna kerana gadis itu yang terpilih untuk dijadikan korban.

"Saya ada satu rahsia nak bagitau." ujar Yeonha dengan perlahan. Tubuhnya bergerak maju sedikit ke hadapan, mendekati Namjoon, ingin membisikkan sesuatu.

"Saya dah bunuh Bae Jungna." kata-kata yang keluar dari bibir kekasihnya itu membuatkan Namjoon tergamam. Mustahil teman wanitanya itu bertindak sedemikian. Yeonha adalah gadis yang sopan-santun dan baik hati. Mana mungkin dia tergamak bunuh seseorang.

"Yeonha!" wajah Yeonha diteliti dalam. Ekspresi gadis itu kelihatan serius dan langsung tiada tanda dia bergurau.

"Kenapa awak buat macam ni?"

Yeonha mengusap perlahan kerusi yang didudukinya. Bibirnya yang sejak tadi mengukirkan senyuman serta-merta mati. "Tempat duduk ini memang sepatutnya milik saya dari awal lagi. Awak tahu betapa susahnya untuk sata dapatkan tempat ini? Padahal saya sudah menjadi hamba kepada Dewa Rion dengan baik."

Namjoon menggelengkan kepalanya dengan penuh ketidakpercayaan. Mindanya terus mengimbas kembali kepada masa lalu, mencari petunjuk dan jawapan dalam setiap detik yang berlaku dahulu.

"Awak tahu, sejak saya ikut aunty ke Rumah Suci saya rasa lain. Macam ada sesuatu di sini." kelihatan tangan gadis itu naik memegang dada.

"Apa yang awak rasa?"

"Saya rasa semakin dekat dengan Dewa Rion. Hati saya rasa tenang setiap kali beribadat."

Jadi, selama ini Yeonha betul-betul mempercayai agama Iremía yang karut itu. Ternyata gadis itu juga sama seperti penganut lain yang taksub. Yeonha sengaja meyakinkan dirinya dengan mengatakan bahawa dia tidaklah setaksub penganut-penganut lain. "Selama ini awak hanya berpura-pura?"

"Berpura-pura? Langsung tidak! Cinta saya kepada awak benar-benar tulus, Joon. Tetapi, cinta saya kepada Dewa Rion lebih dalam daripada segalanya. Saya rela menjadi korban hanya untuk mendapatkan tempat tertinggi disisinya."

Semakin laju air mata turun membasahi pipi Namjoon. Dia sudah tidak larat untuk semua ini lagi. Kebenaran yang baru saja diungkapkan oleh teman wanitanya membuatkan dia kelu lidah. "Tolonglah sedarkan diri, Yeon. Awak sudah jauh tersasar."

"Tak, Joon. Sebenarnya, awak yang sudah semakin menjauh. Saya lakukan ini supaya awak dapat kembali ke pangkuan dewa."

Yeonha menunding jarinya je arah orang ramai di hadapan mereka. Para penganut Iremía kelihatan sedang khusyuk membacakan sesuatu. Begitu bersungguh-sungguh mereka berdoa sehingga menggoncangkan tubuh badan masing-masing kehadapan dan kebelakang.

"Lihatlah mereka semua. Mereka mungkin terlihat menghormati dan menyanjungi kita. Tetapi saya tahu jauh di sudut hati mereka sebenarnya menginginkan tempat duduk ini. Tempat tertinggi dan suci di sisi dewa."

Namjoon mengetap bibirnya dan memejamkan mata dengan rapat. Dia sudah tidak tahan dengan semua ini. Dia sudah muak dengan perkataan-perkataan yang keluar dari bibir penduduk di sini.

Ketika ini, Namjoon lebih rela dibunuh saja. Tinggal di sini bersama penganut agama sesat membuatkan dia lemas, selemas-lemasnya. Lagipun, dia sudah tiada sesiapa. Bapanya sudah dibunuh, teman wanitanya pula seperti bukan orang yang dia kenali lagi.

Benarlah kata-kata wanita tua itu. Dia akan mati dibunuh. Semua ini hanya perangkap. Dirinya kesal kerana tidak mempercayai kata-kata wanita tua itu. Mungkin saja wanita itu adalah warga Bezuch yang sudah berpindah. Namjoon merasakan dirinya benar-benar bodoh.

Pandangannya kabur dengan takungan air mata. Suara lantang father yang sedang berucap di khalayak ramai semakin tidak didengarinya. Mungkin figura yang kononnya suci itu sedang merasmikan upacara. Dia juga tidak tahu. Dia sudah tidak dapat dengar apa-apa lagi.

Betapa jijiknya Namjoon melihat orang ramai bersorak seolah-olah tidak sabar melihat nyawanya tamat pada malam ini. Terlihat dua orang individu berpakaian serba hitam sedang menuju ke arahnya dan Yeonha. Di tangan mereka terdapat parang yang besar.

Yeonha menggengam erat tangannya, seolah-olah menyalurkan semangat dalam dirinya yang jelas tidak berdaya lagi. Namjoon tidak boleh melawan atau berbuat apa-apa. Dia benar-benar sudah berputus asa dan pasrah.

Sebelum parang yang diayunkan tinggi itu kena tepat di leher Kim Namjoon, telinganya menangkap kata-kata terakhir daripada teman wanitanya. "Selamat tinggal, Namjoon."

Pada waktu itulah penceritaan hidup seorang Kim Namjoon berakhir. Berakhir dengan sangat tragis di hadapan manusia-manusia yang tidak berhati perut. Namjoon akhirnya mati dibunuh oleh orang kampung yang taksub dengan agama karut.

Setidaknya, dia mati dalam keadaan yang masih waras. Sepanjang hidupnya, dia tetap teguh dan tidak pernah terpedaya oleh tipu daya ajaran sesat itu. Namjoon akhirnya dapat berehat tanpa perlu memikirkan semua masalah yang dihadapinya. Dia juga dapat hidup dengan tenang bersama bapanya yang tercinta tanpa gangguan sesiapa.

'Appa, akhirnya kita dapat berjumpa..'

- the end -

Thanks for reading until the end!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro